BAB 36: NEGARA-NEGARA YANG KURANG MAJU
Bukannya kekurangan wang tetapi kekurangan orang dan kebolehan jadi (bakat) yang ada pada seseorang yang menyebabkan sesenegara itu lemah. Voltaire
Mengapakah kita menghuraikan ekonomi negara-negara yang kurang sebagai satu kumpulan yang tersendiri? Sebahagiannya oleh negara-negara tersebut adalah lebih miskin daripada negara- lain; dan juga kerana mereka adalah berlainan. Prinsip-prinsip an sesebuah ekonomi pasaran, yang telah diperkembangkan di an-bahagian yang terawal buku ini, tidak semestinya dapat tikkan di negara-negara yang pasarannya adalah berpecah-belah ‘:dak sempurna. Preskripsi untuk dasar pertumbuhan yang mungkin t dipraktikkan di Perancis atau Australia tidak mungkin dapat tikkan di Ghana dan Sri Lanka. Untuk memahami mengapakah 'i demikian kita perlu meneliti ciri-ciri istimewa ekonomi-ekonomi kurang maju. Memang merbahaya untuk membuat kenyataan...
BAB 37: PEMBANGUNAN EKONOMI
Bukannya kekurangan wang tetapi kekurangan orang dan kebolehan jadi (bakat) yang ada pada seseorang yang menyebabkan sesenegara itu lemah. Voltaire
Mengapakah kita menghuraikan ekonomi negara-negara yang kurang sebagai satu kumpulan yang tersendiri? Sebahagiannya oleh negara-negara tersebut adalah lebih miskin daripada negara- lain; dan juga kerana mereka adalah berlainan. Prinsip-prinsip an sesebuah ekonomi pasaran, yang telah diperkembangkan di an-bahagian yang terawal buku ini, tidak semestinya dapat tikkan di negara-negara yang pasarannya adalah berpecah-belah ‘:dak sempurna. Preskripsi untuk dasar pertumbuhan yang mungkin t dipraktikkan di Perancis atau Australia tidak mungkin dapat tikkan di Ghana dan Sri Lanka. Untuk memahami mengapakah 'i demikian kita perlu meneliti ciri-ciri istimewa ekonomi-ekonomi kurang maju. Memang merbahaya untuk membuat kenyataan...
Hanya satu peratusan kecil orang-orang
muda memperolehi syarat- syarat yang diperlukan (syarat mutlak) untuk mengikuti
latihan maktab dan kemudahan-kemudahan pendidikan tinggi adalah kurang mencukupi dan ini amat menyedihkan. Republik Zaire yang sangat luas hanya mempunyai
sebuah universiti, yang menerima masuk beberapa ratus pelajar saja setahun.
Indonesia juga pada suatu masa dengan bilangan penduduk seramai seratus juta
orang, hanya mempunyai dua buah universiti saja. Universiti-universiti itu
kekurangan kakitangan dan gaji-gaji biasanya sangat rendah menyebabkan
gaji-gaji kakitangan terpaksa ditambahkan dari sumber-sumber luar. Di Amerika
Latin, mengajar di kolej boleh dikatakan selalunya merupakan pekeijaan
sampingan untuk orang-orang yang pekeijaan utama mereka ialah dengan kerajaan,
guaman atau perniagaan. Oleh kerana kebanyakan pelajar kolej di Amerika Latin
mempunyai pekeijaan dan juga belajar secara sambilan, oleh itu latihan yang
mereka perolehi tidak begitu intensif.
Latihan yang disediakan di
universiti-universiti selalunya tidak mempunyai kaitan yang banyak dengan
keperluan-keperluan ekonomi. Bekas-bekas tanah jajahan British, terutamanya
India, mempunyai lebihan siswazah-siswazah “liberal arts”, yang tetap
menganggur di bandaraya-bandaraya yang lebih besar. Dalam pada itu, terdapat kekurangan
pakar-pakar yang mendesak di bidang sains, kedoktoran dan eksekutif-eksekutif
perniagaan.
Hampir kesemua negara ini mempunyai
kekurangan yang sangat nyata dalam bidang-bidang kemahiran profesional yang
dikehendaki dalam sebuah ekonomi moden. Terdapat terlalu kurang orang yang
berpelajaran yang sesuai untuk bekeija dalam bidang pentadbiran perniagaan dan
perkhidmatan kerajaan. Begitu juga terlalu kurang terdapat jurutera-jurutera,
arkitek-arkitek, ahli-ahli agronomi, guru-guru ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli
perangkaan, juruteknik-juruteknik per- ubatan dan penyelidik-penyelidik sains.
Sebahagian daripada jurang ini hanya dapat ditutup dengan menghantar
pelajar-pelajar ke Eropah atau ke Amerika Syarikat untuk latihan. Pada sesuatu
peringkat, mesti ada usaha yang besar untuk memperbesarkan kemudahan-kemudahan
pendidikan di negara-negara ini.
Terutamanya yang serius ialah kekurangan pembaharu-pembaharu (orang yang membawa perubahan atau pembaharuan) dan
pengurus-pengurus. Pembangunan ekonomi mengikut definisinya melibatkan
perlaksanaan perusahaan-perusahaan baru, pengenalan teknologj-teknologi baru,
satu perubahan daripada corak-corak pengeluaran yang sebelumnya. Ini memerlukan
orang yang mempunyai imaginasi untuk melihat kemungkinan-kemungkinan baru,
kesanggupan menerima risiko dan keupayaan untuk mentadbir perusahaan-perusahaan
yang agak besar. Orang-orang sedemikian jarang-jarang didapati meskipun di
negara-negara perindustrian yang lebih matang dan begitu juga sukar didapati di
negara-negara yang kurang maju. Setengah-setengah pemerhati yang
berpengalaman, termasuk Profesor Everett Hagen dari menganggap ini sebagai
satu-satunya rintangan yang terbesar terhadap pembangunan ekonomi.
Terdapat ramai ahli pemiagaan di
negara-negara yang kurang maju. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah
pedagang-pedagang, pemberi pinjam wang ataupun pengusaha-pengusaha harta-tanah,
yang mementingkan perolehan dan keuntungan yang cepat. Mereka yang menceburkan
diri dalam bidang pengeluaran biasanya mempunyai bengkel-bengkel yang kecil.
Mereka kekurangan pengalaman, modal dan dalam kebanyakan kes, kurang keupayaan
untuk melancarkan dan mengurus perusahaan-perusahaan perkilangan yang agak
besar. Peniaga kecil-kecilan ini tidak boleh dipandang hina. Di negara-negara
yang lebih maju, pemimpin-pemimpin perkilangan yang mula-mula biasanya diambil
daripada golongan saudagar, tukang-tukang yang mahir dan tuan-tuan tanah.
Tetapi mengambil masa yang agak lama untuk golongan perindustrian ini muncul
dan begitu juga perusahaan-perusahaan kecil yang telah dilancarkan oleh mereka
akan mengambil masa yang lebih panjang untuk berkembang menjadi perusahaan-perusahaan
yang besar. Ini merupakan satu pertanyaan yang terbuka sejauh manakah proses
ini dapat dipercepatkan di negara-negara yang kurang maju?
Satu masalah yang khusus di
setengah-setengah negara ialah bahawa perniagaan telah dikuasai oleh golongan-golongan
yang masih dianggap sebagai “orang asing” walaupun mereka mungkin warganegara
negara itu.
Orang Cina telah menjadi
pedagang-pedagang, banker-banker dan tukang-tukang mahir di seluruh Asia
Tenggara. Orang India telah menjalankan fungsi-fungsi ini di Burma, Afrika
Selatan dan Afrika Tengah. Keadaan ini menimbulkan ketegangan-ketegangan yang
buruk. Golongan majoriti di negara itu marah akan kedudukan strategik dan
pendapatan-pendapatan lebih tinggi yang didapati oleh “orang-orang luar” ini dan
terdapat desakan politik untuk menghapuskan mereka.
Suatu kes
sebagai satu contoh ialah usaha Indonesia untuk mengusir keluar ahli-ahli
peniaga Cina tempatan. Tetapi oleh kerana anggota-anggota golongan majoriti
itu tidak berpengalaman dalam penggunaan perniagaan, kesan serta-merta akibat
daripada tindakan itu ialah berlaku kemunduran dalam pembangunan ekonomi.
Isu ini sering
menjadi pokok perdebatan antara perusahaan persendirian dengan perusahaan kerajaan.
Pertimbangkan mengenai kes Burma. Mengjkut tradisi British, orang-orang Burma
yang berpelajaran dan daripada keluarga yang baik-baik biasanya setelah tamat
pendidik- an di universiti berkhidmat untuk kerajaan. Oleh itu apa-apa saja
yang diusahakan oleh kerajaan diuruskan oleh orang Burma. Sebaliknya perusahaan
persendirian biasanya dikuasai oleh orang India atau orang Cina. Oleh itu
apabila seseorang ahli politik Burma mencadangkan supaya kerajaan mengendalikan
industri, dia tidak semestinya berhujah berasaskan pendirian sosialis. Dia
berhujah terutamanya untuk kawalan orang Burma bagi menentang apa yang dia
anggap sebagai kawalan asing.
Kekurangan ahli
perniagaan di kebanyakan negara kurang maju sering membawa kepada cadangan
bahawa perusahaan-perusahaan baru harus dilancarkan dan diuruskan oleh
kerajaan. Ini mengandaikan bahawa terdapat satu penawaran pentadbir-pentadbir
yang jujur, cekap yang juga cukup giat berusaha di dalam perkhidmatan kerajaan.
Tetapi secara kebetulan kebanyakan kerajaan kekurangan kakitangan dan sering
tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan
yang perlu, tambahan pula untuk menanggung tanggungjawab-tanggungjawab yang
baru.
Situasi yang
berkaitan dengan perkara ini berbeza sekali daripada sebuah negara dengan
sebuah negara lain. Orang British menggalakkan pelajaran tinggi di tanah-tanah
jajahan mereka, menghantar ramai pelajar ke Britain untuk mendapatkan latihan
dan mengambil siswazah- siswazah universiti yang terbaik bekerja dengan
perkhidmatan awam yang dibentuk mengikut dasar-dasar British. Terutama sekaU di
India dan Pakistan dan begitu juga di bekas-bekas tanah jajahan British yang
lain, kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang cergas merupakan hasil
daripada zaman penjajahan.
Sebaliknya orang
Belgium, Belanda dan Portugis mengikuti satu dasar tidak menyediakan pendidikan
universiti di tanah-tanah jajahan mereka. Orang-orang asli Belgium Congo tidak
dibenarkan pergi ke luar negeri untuk mendapat latihan. Pendidikan universiti
di Congo hanya dimulakan dalam dua atau tiga tahun di akhir pemerintahan
Belgium. Semasa Belanda memerintah Indonesia, pelajar-pelajar Indonesia dibenarkan berusaha untuk memperoleh ijazah dalam bidang perubatan tetapi tidak
pula dalam bidang-bidang pelajaran yang lain. Ini menyekat orang-orang tempatan
daripada memegang jawatan-jawatan pentadbiran, yang seluruhnya dipenuhi oleh
orang-orang dari negara Belanda. Selepas Indonesia mencapai kemerdekaan,
jawatan-jawatan di bidang pentadbiran ditinggalkan begitu saja. Ini menyebabkan
timbul keadaan tidak tersusun dalam pentadbiran ekonomi di Indonesia. Lebih
dramatik ialah kes Congo (sekarang ini Zaire), yang mana dalam tahun 1960
telah kehilangan pucuk pimpinan yang terlatih.
Malahan di
kawasan-kawasan yang telah lama merdeka, seperti Amerika Latin, seseorang
biasanya tidak dapat menjawat suatu pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
Pekeijaan-pekeijaan kerajaan terus terang berbau (bersifat) politik dan sudah
pasti pekerjaan-pekerjaan ini akan bertukar tangan sekiranya berlaku pertukaran
kerajaan. Kelayakan utama untuk menjawat sesuatu jawatan ialah keluarga dan
hubungan-hubungan; golongan pentadbiran atasan diambil daripada golongan
atasan negara itu yang berpelajaran dan yang berada. Ramai daripada orang-orang
ini berkebolehan dan rajin bekerja. Tetapi latihan yang diperolehi serta latar
belakang mereka mempunyai hubungan yang sedikit sahaja dengan
pekeijaan-pekeijaan yang dilaksanakan oleh mereka. Perlantikan-perlantikan yang
dibuat oleh kerajaan sesungguhnya belum boleh dianggap sebagai pekeijaan.
Perlantikan-perlantikan tersebut merupakan penghasilan tambahan politik yang
mana seseorang itu berhak untuk menjadi anggota sesuatu golongan tertentu. Di
bawah keadaan-keadaan ini seseorang tidak boleh mengharapkan keadaan yang
berterusan, kecekapan dan semangat profesional untuk menunjukkan
perkhidmatan-perkhidmatan awam negara-negara yang sudah maju.
Kecekapan ekonomi kerajaan yang terhad
Kecekapan ekonomi kerajaan yang terhad
Kepimpinan
politik di negara-negara yang kurang maju tidak mempunyai perpaduan, disiplin
dan daya perangsang. Apa yang jelas ia lebih menggambarkan ciri-ciri negara
sosialis. Sistem-sistem berbilang parti yang stabil di negara-negara kapitalis
juga tidak ada. Hanya terdapat setengah dozen contoh demokrasi yang bercorak Barat
dan ini pun tidak tentu.
Corak yang biasa
ialah pemerintahan awam satu parti ataupun pemerintahan tentera. Di bawah
kerajaan satu parti, parti yang memerintah cenderung kepada oligarki, yang
terlalu tertumpu di ibu kota, dan mempunyai asas sokongan orang ramai yang
kurang. Rakyat biasa, terutamanya petani, mempunyai pandangan yang penuh dengan
syak wasangka dan kebimbangan terhadap kerajaan yang memerintah. Kira-kira
separuh daripada negara-negara yang kurang maju kini dikuasai oleh rejim-rejim
tentera, yang berbeza dalam kecekapan dan corak politik. Di setengah-setengah
negara jawatan-jawatan pegawai lebih ter- buka kepada pemuda-pemuda daripada
golongan keluarga yang berpendapatan rendah berbanding dengan pemuda-pemuda
daripada golongan orang awam atasan, dan ini mungkin pada hakikatnya menjadi
saluran utama untuk pemuda-pemuda daripada golongan miskin untuk meningkat
maju. Di pandang dari segi ini, kemunculan kerajaan-kerajaan tentera
“sayap-kiri” kebelakangan ini seperti di Peru, Bolivia, Libya dan Sudan (dan
sebelum itu di Burma dan U.A.R.) tidak begitu luar biasa seperti yang mungkin
diflkirkan.
Sesebuah
kerajaan itu berada dalam keadaan yang tidak stabil, jika tidak terdapat
peruntukan untuk pemindahan kuasa secara teratur. Coup
(perebutan kuasa) menggantikan pilihanraya. Oleh yang demikian perhatian utama
mana-mana kerajaan ialah untuk kekal dalam kekua- saan. Ini memerlukan had masa
yang singkat serta tumpuan untuk memikirkan objektif-objektif keselamatan dan
prestij. Mungkin terdapat sebab-sebab lain mengenai sikap tidak peduli (bena
tak bena) kerajaan terhadap pembangunan ekonomi. Sesebuah kerajaan yang
dikuasai oleh golongan yang kaya tidak mungkin akan mendesak
perubahan-perubahan yang boleh mengganggu hak-hak istimewa yang ada.
Golongan-golongan prokemajuan di dalam masyarakat terpaksa menentang satu golongan
yang tidak begitu suka kepada kemajuan atau pembangkang yang kuat.
Selain daripada motivasi
kerajaan, kecekapan kerajaan dalam pengu- rusan ekonomi biasanya
terhad, kecuali di India dan kawasan bekas jajahan British, yang mana
tradisi-tradisi perkhidmatan awam ditanamkan dengan teliti menyebabkan
pekeijaan-pekeijaan kerajaan lebih cenderung untuk dianggap sebagai
hadiah-hadiah politik daripada terpaksa berusaha untuk beijaya mencapai
tingkat-tingkat kemajuan sesuatu keijaya profesional. Pentadbir-pentadbir
ekonomi biasanya tidak mempunyai latihan yang khusus untuk jawatan-jawatan
mereka.
Seseorang akan
mendapati seorang yang berkebolehan menjawat satu jawatan tinggi yang berkaitan
dengan dasar selalunya tidak mempunyai ramai kakitangan untuk membantunya.
Terdapat kekurangan yang besar dalam bilangan kakitangan bahagian “pengurusan
pertengahan” iaitu antara pegawai tinggi dengan kerani. Meskipun isu-isu
ekonomi penting, bilangan ahli-ahli ekonomi yang berkelayakan adalah kecil
relatif kepada keperluan dan penawaran hanya meningkat secara perlahan saja.
Gaji-gaji yang dibayar oleh kerajaan biasanya rendah berbanding dengan
pendapatan-pendapatan dalam perniagaan swasta dan kerja-kerja profesional. Oleh
itu tambahan pendapatan didapati melalui rasuah. Apa saja yang boleh dikatakan
mengenai kebaikan “rasuah yang membina” dalam menyelesaikan sesuatu kerja,
tidak akan membawa kepada penggunaan keutamaan-keutamaan dasar secara
sistematik. Gaji-gaji yang rendah dan kelemahan daripada segi politik juga
menyebabkan ramai orang yang berkebolehan mencari keija di negara-negara yang
sudah maju atau dalam organisasi-organisasi antarabangsa.
Sistem
pengambilan pekerja yang kurang baik dipersulitkan lagi oleh dua kesukaran yang
lain: “statistik yang kasar” dan “mekanisme-mekanisme maklumbalas yang kurang
baik”. Anggaran-anggaran mengenai pengeluaran pertanian, kebanyakan
jenis-jenis pengeluaran yang lain, tingkat-tingkat harga dan upah, pendapatan
isi rumah dan sebagainya, biasanya kurang baik. Anggaran-anggaran KNK yang
berdasarkan kepada bahan-bahan yang tidak dapat dipercayai (tidak kukuh) ini
juga kurang baik. Dengan “mekanisme maklumbalas yang kurang baik” kita
maksudkan bahawa kerajaan biasanya tidak sedar akan akibat-akibat
tindak-tanduknya. Sebagai contoh, lesen-lesen diperlukan untuk semua import,
tetapi tidak siapa pun peduli hendak menyimpan satu gundal (tally) maklumat siapa
yang mendapat lesen-lesen itu. Peruntukan-peruntukan belanjawan dibuat untuk
pembinaan jalan raya, tetapi apa- bila belanjawan yang berikut dibentangkan
tidak siapa pun yang tahu berapa banyak keija yang sudah tercapai di bawah
peruntukan tahun yang sebelumnya. Analisa-analisa projek menyediakan ex ante,
tetapi tidak ada mengaudit ex post. Maklumbalas yang kurang baik menyebabkan
sukar untuk membetulkan salah anggaran dan kesilapan-kesilapan meskipun yang
menjolok mata.
Akhir sekali,
kita boleh mencatatkan kesedaran nasional yang berkembang di kebanyakan
negara-negara yang sudah maju. Kebanyakan negara Barat telah mengalami
perpaduan nasional untuk tempoh yang lama sebelum
bermulanya pertumbuhan ekonomi moden. Nasionalisme secara khusus adalah satu
kuasa yang memberi semangat yang menyokong pemodenan ekonomi. Tetapi kepada
seorang penduduk Bali, Jawa merupakan sebuah tempat asing, bagi seorang anggota
suku kaum Masai, Kenya dan Tanzania pada hakikatnya tidak memberi sebarang erti
padanya. Oleh itu sekalipun kerajaan pusat cenderung kepada pertumbuhan dan
ingin mengerah rakyat ke arah suatu usaha nasional, ia tetap akan menghadapi
kesulitan dalam menyampaikan mesej sedemikian.
Rekod
pertumbuhan kebelakangan ini
Meskipun
terdapat kesulitan-kesulitan yang dirangkakan di atas, kira-kira dua belas
buah negara telah mencapai kemajuan yang besar mengikut peredaran generasi
yang lepas. Purata kadar kenaikan peratusan dalam KNK semasa di tahun-tahun
1960-an adalah seperti berikut:9 Korea Selatan (10.6), Taiwan (9.9),
Ivory Coast (8.8), Iran (8.8), Israel (8.7), Puerto Rico (8.3), Negeri Thai
(8.2), Greece (7.3), Mexico (7.1), Zambia (6.8), Malaysia (6.7) dan Turki
(5.9). Sebab-sebab terdapatnya prestasi yang baik ini pasti agak berbeza
daripada kes ke kes. Setengah negara mempunyai keluaran-keluaran eksport yang
menguntungkan — minyak dari Iran, tembaga dari Zambia, getah dan bijih timah
dari Malaysia. Setengah negara pula telah menerima pindahan-pindahan besar
dalam modal dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang telah maju,
seperti dalam kes Taiwan, Korea Selatan, Israel dan Puerto Rico. Mexico
mendapat faedah daripada kedudukannya yang hampir dengan pasaran-pasaran
Amerika, sementara Greece dan Turki adalah negara-negara Eropah yang separuh
maju yang telah mendapat faedah daripada perhubungan yang rapat dengan
ekonomi-ekonomi Eropah Barat yang berkembang dengan pesatnya.
Dua perkara yang
sama-sama dimiliki oleh kebanyakan negara di dalam kumpulan ini ialah: (1)
wujudnya pucuk pimpinan kerajaan yang kuat. Dalam setengah-setengah kes
(seperti Israel, Puerto Rico, Mexico), kepimpinannya lebih bercorak demokratik;
dalam kes-kes yang lain (seperti Negeri Thai, Korea Selatan, Taiwan, Iran) ia
jelas lebih bercorak diktator. Tetapi dalam kedua-dua situasi, kumpulan yang
menguasai telah condong ke arah pertumbuhan dan berupaya membuat dan melak-
sanakan keputusan-keputusan mengenai strategi ekonomi. (2) Secara relatif ini
merupakan ekonomi-ekonomi yang kecil, dalam mana jumlah pertukaran asing yang sederhana
daripada perolehan-perolehan eksport atau pinjaman dan bantuan asing mempunyai
jumlah yang serupa dengan satu jumlah yang besar per kapita, cukup untuk
mempunyai pengaruh ke atas ekonomi. Kes-kes yang keterlaluan, yang tidak di-
senaraikan di sini ialah negara-bandaraya seperti Singapura dan Hong Kong yang
telah tumbuh dengan pesatnya berpunca daripada bum (keadaan melambung) eksport
yang dikekalkan.
Pada penghujung
spektrum yang lain ialah sebilangan negara yang mempunyai kadar-kadar
pertumbuhan yang rendah secara relatif semasa di tahun-tahun 1960-an, termasuk
Chile (3.7), Argentina (3.6), Jndia (3.4), Indonesia (3.3), Mesir (3.2),
Tunisia (2.8), Algeria (2.6), Ghana (2.2), Sudan (2.2) dan Nigeria (1.4).
Sementara itu data-data yang boleh dipercayai bagi Zaire tidak dapat
diperolehi, tetapi kemungkinan termasuk dalam kumpulan ini. Kebanyakan daripada
negara-negara ini telah mengalami peperangan dengan negara asing, perang
saudara, atau kekacauan-kekacauan politik yang besar. Setengah-setengah daripada
negara ini mempunyai sumber-sumber yang agak terhad. Setengahnya pula adalah
negara yang amat besar sektor modennya masih terlalu kecil untuk mempergiatkan
daerah pedalaman yang kurang maju.
Di negara-negara
yang besar terutamanya, tugas pembangunan adalah sukar sebagai suatu sifat
semula jadinya. Tidak terdapat satu-satunya jawapan yang benar-benar
menakjubkan. Pembangunan yang beijaya memerlukan kritik-kritik daripada banyak
cabang terhadap beberapa bidang, iaitu satu usaha yang hanya dapat ditingkatkan
oleh sebuah kerajaan yang bertenaga dan yang mementingkan pertumbuhan. Perkara
ini akan dimajukan selanjutnya dalam bab yang berikut.
Ringkasan
Negara-negara
yang kurang maju berbeza dalam hal-hal yang pen ting: saiz, asas sumber,
pendedahan kepada perdagangan asing, ting- kat pendapatan dan kadar
pertumbuhan. Walau bagaimanapun mereka mempunyai beberapa “ciri kekeluargaan”.
Pendapatan per kapita memang sangat rendah
di Afrika dan Selatan Asia, sederhana di Asia Tenggara dan Asia Timur dan lebih
tinggi di kebanyakan bahagian Amerika Latin.
Pemhentukan modal bersih secara khusus
kurang daripada 10% daripada pendapatan negara. Ini disebabkan oleh satu
kombinasi keupayaan-keupayaan menabung yang rendah, kekurangan-kekurangan
institusi dan kekurangan dorongan untuk melabur.
Pertanian biasanya merupakan sektor paling
mustahak yang sungguh produktif. Output seorang pekerja ladang amat rendah dan
di kebanyakan negara, peningkatan dalam bidang ini hanya perlahan-lahan
mengikut peredaran masa.
Ketaksempurnaan pasaran dan “herotan” yang
serius dalam harga-harga menyebabkan berlakunya salah untukan sumber-sumber
ekonomi serta daya pengeluaran sumber-sumber ekonomi yang rendah.
Tambahan penduduk adalah serius di kebanyakan
bahagian di Asia dan setengah-setengah bahagian di Amerika Latin. Pengangguran
dan kurang gunatenaga buruh sedang meningkat di kebanyakan negara yang kurang
maju.
Kapasiti yang terhad dan dalam
setengah-setengah kes suatu kekeliruan dalam orientasi sistem pendidikan akan
menyumbangkan kekurangan yang serius dalam bilangan pentadbir-pentadbir awam
dan swasta dalam kemahiran teknik dan iktisas yang lain.
Sesebuah kerajaan kadangkala tidak
meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pembangunan ekonomi dan biasanya
kerajaan-kerajaan itu kurang mempunyai kecekapan dalam bidang-bidang pengurusan ekonomi.
Meskipun terdapat kesulitan-kesulitan ini,
kira-kira sedozen buah negara yang kurang maju telah mencapai kadar-kadar
pertumbuhan KNK dalam lingkungan 6% ke-10% setahun semasa tahun-tahun 1960-an.
Perhatikan bahawa ini tidak memberi
jawapan kepada soalan-soalan yang kritis mengenai dari manakah datangnya sektor
moden dan bagai- manakah ianya bermula. Ia hanya mengandaikan bahawa satu
“beachhead” sudah pun dimulakan dan berjalan terus dari situ.
BAB 37: PEMBANGUNAN EKONOMI
Teori Dan Dasar
Sesiapa saja yang berjaya menghasilkan dua
perkara (teori dan dasar) yang mam hanya satu daripadanya yang telah berjalan
terlebih dahulu dan memberikan suatu perkhidmatan kepada negara. Voltaire.
Telah ditaksirkan bahawa pendapatan per kapita di Britain dalam tahun
1800 sudah pun berada di suatu tingkat yang lebih tinggi daripada kebanyakan
negara yang kurang maju hari ini.
John Stuart Mill, Principles
of Political Economy (Ashley Edition; London: Longmans, Green & Co., Ltd., 1909), m.s.
189-90.
Bagaimanakah bengkel-bengkel kecil itu dapat bergerak dengan kadar-kadar
upah yang lebih rendah ini? Sebahagiannya ialah kerana terdapatnya keadaan
lebihan buruh yang buruk di dalam ekonomi dan juga oleh kerana loji-loji yang
kecil tidak terpengaruh oleh organisasi kesatuan, yang telah menjadi satu
faktor yang mempunyai pengaruh kuat dalam industri skel besar-besaran semenjak
Perang Dunia II.
Kita masih ada bermacam-macam idea yang
bersifat mengusulkan mengenai teori awal, walaupun tidak ada yang diterima
secara umum. Terdapat juga pengalaman-pengalaman sejarah mengenai apa
yang berlaku di Britain, Perancis,
Sweden, Jepun dan negara-negara lain. Idea dan pengalaman-pengalaman ini
akan diringkaskan di permulaan bab ini.
Kita juga tahu bahawa terdapat isu-isu
penting mengenai dasar yang mesti dihadapi dan diselesaikan atau gagal
diselesaikan oleh kerajaan sesebuah negara yang kurang maju. Kita mesti selidik
mengapa tiap-tiap satu isu ini penting dan juga selidik jalan-jalan yang
mungkin untuk menyelesaikannya.
Teori-teori Pertumbuhan ekonomi yang awal
Dalam bab 33, kita telah pun menggariskan
jenis teori pertumbuhan yang biasa digunakan di negara-negara perindustrian.
Mengapakah ia tidak boleh digunakan di negara-negara yang kurang maju?
Mengapakah perlu diadakan satu versi khas pertumbuhan ekonomi untuk negara-
negara yang kurang maju? Jawapannya ialah perbezaan-perbezaan dalam struktur
ekonomi menjadikan andaian-andaian dalam teori pertumbuhan moden terlalu tidak
realistik bagi sesebuah negara yang kurang maju. Di sini biarlah kita cuba
menerangkan dengan lebih khusus.
Di negara-negara yang sekarang ini sudah
maju, pertumbuhan ekonomi yang dikekalkan sudah pun berlaku dan dalam
kebanyakan kes ianya sudah beijalan untuk 50 hingga 100 tahun. Kewujudannya
boleh diterima sebagai perkara biasa. Oleh itu, teori menumpukan per- hatian
kepada soalan seperti apakah yang menentukan kadar pertumbuhan.
Sebaliknya di negara-negara yang kurang maju, soal utama yang mungkin perlu
diterangkan ialah mengapa pertumbuhan tidak berlaku. Bagaimana hendak
menggerakkan sebuah ekonomi yang beku dan di peringkat yang tidak bergerak dan
begitu juga bagaimana hendak memulakan pertumbuhan. Semua ini merupakan masalah
yang berlain- an berbeza daripada soal menerangkan kecepatan sesuatu proses pertumbuhan
yang sedang berlaku.
Rangka kerja institusi negara-negara yang lebih maju pada dasar- nya
menyokong pertumbuhan ekonomi. Di negara-negara kapitalis, mekanisma pasaran
memupuk pengumpulan modal dan kemajuan teknik, dan ia menyampaikan keutamaan-keutamaan
pekerja dan pengguna ke seluruh ekonomi. Di negara-negara sosialis, mekanisma
peran- cangan pusat boleh mengatasi dan mengikuti berbagai-bagai masalah.
Kebanyakan negara yang kurang maju tidak mempunyai sebuah rang- kaian pasaran
berpadu mahupun satu sistem perancangan yang berben- tuk seperti negara Soviet.
Pembentukan institusi-institusi yang meng- galakkan pertumbuhan juga merupakan
masalah utama dasar.
Negara-negara yang lebih maju mempunyai
kadar-kadar pertumbuhan penduduk yang sederhana, kira-kira 1%
setahun. Mereka secara khusus menghadapi kekurangan buruh dan ini menjadi daya
pendorong terpenting yang mendorong kepada rekaan baru dan penggunaan mesin.
Sebaliknya, di negara-negara yang kurang maju, kadar-kadar pertumbuhan
penduduk adalah tinggi dan buruh secara khusus adalah berlebihan. Seseorang
boleh berhujah bahawa lebihan buruh ini adalah satu sumber tersembunyi yang
berharga dan mobilisasinya boleh membantu pembangunan. Tetapi teori pertumbuhan
yang konvensional tidak pula menerangkan bagaimana ini dapat dicapai.
Teori pertumbuhan moden adalah berorientasikan
industri. Ini jelas dalam hal pemilihan buruh dan modal sebagai faktor-faktor
asas pengeluaran, tanpa sebarang hubungan dengan tanah. Tetapi di negara-
negara yang kurang maju, yang mana pertanian secara khusus merupakan kegiatan
yang paling berpengaruh, tanah langsung tidak boleh diketepikan. Ekonomi
pengeluaran di dalam pertanian berbeza daripada di dalam industri dan begitu
juga dengan masalah penghasilan dan peng- gunaan teknik-teknik baru
pengeluaran.
Teori-teori pertumbuhan yang telah
dikembangkan untuk ekonomi-ekonomi yang sudah maju pada dasamya secara
agregat. Keseluruhan ekonomi itu biasanya dianggapkan sebagai satu sektor
tunggal. Ini sama dengan mengandaikan sebuah mekanisme pasaran yang
berintegrasi sepenuhnya dan mobiliti sumber-sumber adalah sempurna, oleh itu
tidak terdapat apa-apa kesulitan dalam memindahkan sumber- sumber dari satu
bahagian ekonomi ke bahagian yang lain. Tetapi bagi sesebuah negara yang kurang
maju, andaian-andaian tersebut sama sekali tidak sesuai. Ekonomi dipecahkan ke
dalam sektor-sektor “moden” dan “tradisional”, dengan struktur-struktur dan prinsip-prinsip
kendalian yang agak berlainan. Oleh itu seseorang perlu sebuah model “ekonomi
dualisme” yang mempertimbangkan perbezaan- perbezaan ini.
Akhir sekali, model-model pertumbuhan yang
biasa adalah model-model ekonomi tertutup, yang tidak mempertimbangkan
secara eksplisit perdagangan asing. Walau bagaimanapun, di negara-negara yang
kurang maju, perdagangan biasanya sangat penting.
EKSPORT—EKSPORT DAN PERMULAAN PERTUMBUHAN
Perhatikan sebuah ekonomi yang terdiri
dari keluarga-keluarga tani, tiap-tiap keluarga mengeluarkan semua yang
digunakan olehnya. Masih terdapat setengah-setengah tempat di dunia ini yang
hampir sama dengan pola ini dan ianya adalah lebih biasa diamalkan satu abad
yang lalu. Seseorang boleh membayangkan dalam fikiran mengenai perkembangan
pengkhususan dan perubahan secara beransur-ansur di dalam sebuah ekonomi
seperti itu. Tukang-tukang mahir di luar-luar bandar menjadi spesialis dalam
mengeluarkan alat-alat, perkakas-perkakas rumah dan barang-barang buatan kulit,
serta bahan-bahan membina bangunan-bangunan dan sebagainya. Benda-benda ini
didagangkan kepada petani-petani untuk mendapat barang-barang makanan, dengan
ini membawa kepada penggunaan wang, timbulnya pedagang-pedagang profesional,
pertumbuhan bandar-bandar yang selanjutnya, tukang- tukang mahir meningkat maju
menjadi majikan kecil-kecilan dan sebagainya. Proses perkembangan secara
beransur-ansur ini berlaku di Eropah dalam zaman pertengahan dan awal zaman
moden, jauh lebih dahulu daripada bermulanya pertumbuhan ekonomi “moden”. Kita
juga tahu bahawa negara China, India dan kerajaan Afrika Selatan serta kerajaan
Incas di Amerika Selatan mempunyai sistem-sistem pengkhususan dan pertukaran
yang sangat-sangat maju sebelum mereka membuat perhubungan awal dengan Barat.
Walau bagaimanapun permulaan perhubungan
dengan negara luar yang dikaitkan dengan penjajahan salah sebuah kuasa Eropah,
secara khusus mempercepatkan proses perdagangan dan penggunaan asing. Terdapat
dua bentuk utama kemasukan ekonomi wang ke dalam ekonomi cukup hidup. Pertama,
melalui pembukaan lombong-lombong, ladang-ladang, agensi-agensi perdagangan dan
perusahaan-perusahaan perindustrian oleh pelabur-pelabur daripada kuasa yang
menjajah. Modal dan para pengurus didapati dari negara asal (ibunda). Biasanya
buruh yang diupah berupa buruh tempatan, tetapi kadangkala ada juga buruh yang
diimport. Upah wang yang mengalir kepada buruh-buruh ini menaikkan permintaan
untuk makanan keluaran tempatan, keluaran-keluaran pekeijaan tangan dan
perkhidmatan-perkhidmatan serta mempercepatkan perkembangan pengkhususan dan
pertukaran. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada pendapatan pekeija-pekerja
yangbergaji biasanya dibelanjakan terhadap barang-barang kilang yang diimport
dan kesan ke atas ekonomi tradisional selalunya tidak besar.
Contoh yang baik ialah industri teh di Sri
Lanka. Industri ini telah dimulakan dalam abad ke-19 oleh pemilik-pemilik
British, yang dapat mengawal kawasan tanah yang luas dan mereka telah membuka
ladang-ladang teh. Modal diimport dari England, dan buruh diimport dari India
Selatan. Sebahagian besar keluaran tersebut dieksport ke England dan
keuntungan-keuntungan mengalir semula ke negara asal. Kerajaan penjajah British
di Sri Lanka mengenakan cukai harta benda dan cukai eksport ke atas peladang-peladang
teh, yang mana perolehan daripada cukai-cukai tersebut digunakan untuk
menyediakan jalan-jalan dan kemudahan-kemudahan lain untuk ladang-ladang itu
dan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman. Tetapi ini semua mem-
punyai pengaruh yang sedikit saja ke atas ekonomi tradisional rakyat Sri Lanka.
Mereka terus menanam dan mengguna beras yang ditanam oleh mereka sendiri,
menjual serta membeli hanya sedikit saja dan pada sebahagian besarnya mereka
dihalang daripada turut terlibat dalam sektor eksport yang berkembang maju.
Eksport-eksport Sri Lanka telah berganda dan terus berganda dengan pesat sekali
antara tahun 1850 dengan tahun 1940, tetapi kemajuan pesat di dalam sektor ini
tidak mempengaruhi; (tidak memberi keuntungan kepada) sektor asal ekonomi
untuk mendorong pertumbuhan di dalam sektor tersebut.
Keadaan seperti itu kerapkali diistilahkan
sebagai suatu “kepungan eksport” (export enclave). Sektor eksport berupa satu
lanjutan kepada ekonomi negara asal, yang mana ianya terikat melalui
perdagangan dan perhubungan-perhubungan kewangan. Saling tindaknya dengan ekonomi
tempatan adalah kecil sekali, terutamanya yang berkaitan dengan bayaran kepada
buruh tempatan iaitu satu peratusan kecil daripada nilai output; dan ini tidak
cukup untuk memulakan satu transformasi umum ekonomi.
Keadaan ini tidak semestinya terhenti
dengan tercapainya kemerdekaan politik. Banyak bekas-bekas jajahan masih
mempunyai perusahaan perlombongan, petroleum dan perladangan yang
dihakmilikkan oleh orang asing. Walau bagaimanapun negara-negara yang sudah
mer- deka dari segi politik, beransur-ansur mengetahui bahawa syarikat-
syarikat asing dikawal agar mudah dimusnahkan dan pencukaian ke atas
perusahaan-perusahaan itu boleh menjadi satu sumber utama hasil kera- jaan.
Sekiranya hasil ini kemudiannya dilaburkan dalam pembangunan ekonomi amnya,
seperti yang berlaku di Iran, Venezuela, Zambia dan sebilangan negara lain,
yang mana sektor eksport boleh menjadi daya pendorong utama kepada ekonomi
dalam negeri.
Satu jalan pembangunan yang agak berlainan
ialah dengan cara mengeksport keluaran-keluaran pertanian yang dikeluarkan oleh
para petani. Satu contoh ldasik ialah perkembangan pengeluaran koko di Ghana
dan Nigeria. Apabila penanaman koko diperkenalkan, negara- negara ini mempunyai
bekalan-bekalan tanah yang belum diusahakan yang lebih dari mencukupi. Buruh
juga berlebihan, dalam ertikata keperluan-keperluan untuk hidup boleh
dikeluarkan dalam beberapa jam sehari. Turut mengambil peluang dengan
pengenalan pokok koko, ialah pedagang British yang menawarkan kain kapas dan
barang-barang pengguna yang lain yang menarik. Untuk membeli barang-barang ini,
para petani sanggup mengusahakan lebih tanah dan bekeija lebih masa (jam)
daripada dahulu. Tidak terdapat sebarang tanda yang menunjuk- kan bahawa
pengeluaran makanan dikurangkan. Pengeluaran koko hanya ditambahkan sebagai
satu kegiatan baru. Dengan berlalunya masa, setengah-setengah petani
meningkatkan pengkhususan mereka dalam pengeluaran koko dan mereka membeli
sebahagian daripada makanan mereka daripada petani-petani lain. Ini menaikkan
pusingan wang dan makanan di dalam negeri dan mendorong perkembangan sebuah
ekonomi pasaran. Negeri Thai, Taiwan dan
setengah-setengah negara di Asia mengikuti jalan pembangunan yang serupa, yang
mana eksport-eksport beras memainkan peranan seperti koko.
Walau bagaimanapun kesan-kesan ke atas
ekonomi dalam negeri secara keseluruhannya tidak baik. Import-import buatan
kilang terbukti lebih digemari daripada hasil pertukangan tangan tempatan yang
tradisional. Ini mengakibatkan output pertukangan tangan merosot. Terdapat
bukti bahawa, di negara Thai, Burma dan Filipina dan banyak lagi negara lain,
“bum” (keadaan melambung) dalam eksport-eksport barang tani disertai dengan
satu kemerosotan dalam industri kecil-kecilan tempatan, yang terbukti tidak
terdaya menahan daripada per- saingan asing. Berdasarkan latar belakang
penjajahan, yang mana tarif tidak mungkin dapat dikenakan ke atas barang-barang
import daripada negara penjajah, di samping itu tidak terdapat sebarang jalan
untuk mengawasi proses ini atau untuk memulakan pengeluaran kilang secara
besar-besaran di tanah jajahan.
Walau bagaimanapun, pada masa ini,
kolonialisme, sebahagian besarnya adalah sesuatu yang sudah pun berlaku. Soal
mengenai sejauh manakah tanah-tanah jajahan itu mungkin telah dieksploitasi
oleh kuasa-kuasa penjajah ini mempunyai perkaitan dengan kepentingan sejarah
tetapi sedikit saja perkaitannya dengan dasar semasa. Masalah yang dihadapi
oleh sesebuah negara merdeka ialah sejauh manakah ia boleh terus bergantung
kepada eksport bahan-bahan mentah sebagai satu pendorong kepada pertumbuhan,
dan sejauh manakah langkah- langkah pembangunan yang lain diperlukan. Ini
bergantung kepada keluaran-keluaran yang dipersoalkan. Minyak masih mempunyai harapan
pasaran yang baik, begitu juga dengan setengah-setengah galian.
Tetapi barang-barang makanan yang
merupakan sebahagian besar eksport-eksport utama, biasanya mempunyai keanjalan
permintaan pendapatan yang iendah. Permintaan untuk banyak keluaran bukan
makanan juga dikurangkan disebabkan terdapatnya rekaan-rekaan baru gentian-gentian
sintetik yang menggantikan gentian-gentian asli, getah sintetik yang
menggantikan getah asli dan sebagainya.
Selalu juga dibuktikan bahawa arah-arah
aliran harga mungkin berlawanan dengan keluaran-keluaran asas pada jangka masa
panjang. Pertumbuhan yang perlahan dalam permintaan dunia serta ketidak-
mampuan negara-negara yang kurang maju untuk mengawal penawaran, dikatakan
membawa kepada kecenderungan kejatuhan dalam harga- harga keluaran utama untuk
jangka masa panjang relatif kepada harga- harga barang-barang buatan kilang
yang diimport oleh negara-negara kurang maju. Bukti-bukti statistik mengenai
hal ini tidaklah muktamad. Harga-harga keluaran asas kadangkalanya telah jatuh
relatif kepada harga-harga barang-barang buatan kilang untuk selama 10 atau 15
tahun; tetapi di masa-masa lain terutama sekali semasa perang, harga- harga
ini telah bergerak naik ke atas dengan pesatnya. Tidak terdapat apa-apa tanda
bahawa dalam tempoh-tempoh yang sungguh panjang, katakan 50 ke-100 tahun,
keluaran-keluaran utama telah mengalami kemerosotan di dalam harga relatif.
Walau bagaimanapun kesulitan-kesulitan
mengembangkan kuantiti yang dieksport adalah benar, terutama sekali untuk
tanam-tanaman makanan dan gentian. Sesebuah negara kurang maju yang tertentu
mudah mendapati dirinya berada dalam suatu situasi yang mana ia ingin
mengembangkan import-importnya sebanyak 10% setahun dan dalam pada itu
mengalami kesukaran dalam menaikkan eksport-eksport tradisional sebanyak
lebih daripada 4%. Jurang ini mungkin dapat ditutup sebahagiannya melalui
pinjaman asing, walaupun hanya untuk semen- tara waktu. Eksport-eksport boleh
digiatkan, mungkin dengan mempelbagaikan pengeluaran kepada keluaran-keluaran
baru. Import-import yang tidak perlu boleh diharamkan. Masih terdapat lagi satu
kemungkinan iaitu mengurangkan keperluan untuk import-import dengan cara
perkembangan industri-industri perkilangan tempatan dipercepatkan, biasanya
diistilahkan sebagai “penggantian import”. Pada ketika ini kita tinggalkan soal
eksport buat sementara waktu dan tumpukan perhatian kepada teori-teori yang
dipusatkan kepada pembangunan dalaman ekonomi.
PERTUMBUHAN DALAM NEGERI: “EKONOMI YANG
MEMPUNYAI LEBIHAN BURUH”
Membuat teori mengenai pertumbuhan ekonomi
yang awal pada seba- hagian besarnya telah tertumpu kepada suatu jenis ekonomi.
Negara yang dipertimbangkan ialah sebuah negara besar, yang boleh dianggap
sebagai berkembang dari dalam dan tidak melalui perdagangan asing. Ia merupakan
sebuah negara yang didiami sepenuhnya, dengan tidak terdapat sempadan tanah.
Ia mempunyai penduduk yang padat dan bilangan besar buruh yang menganggur dan
yang kurang digunakan tenaganya. Pendek kata ia adalah apa yang telah
diistilahkan oleh Myint “model India”.
Ia juga adalah sebuah ekonomi
dualistik, oleh sebab ia dipecahkan ke dalam dua sektor yang berasingan:
Satu sektor tradisional, yang bukan
saja termasuk bidang pertanian cukup hidup tetapi juga kegiatan-kegiatan
perdagangan kecil-kecilan serta perkhidmatan-perkhidmatan. Petani di sawah
padinya, peniaga di gerai kecilnya di pasar, penarik beca di sudut jalan
menceburkan diri dalam sektor tradisional. Ia merupakan sektor yang unggul
dalam pengertian mengandungi 80% atau lebih dari tenaga buruh.
Sebuah sektor moden, yang termasuk
industri kilang, perlombongan, perusahaan-perusahaan kemudahan awam, pertanian
ladang, pembinaan berskel-besar dan setidak-tidaknya sebahagian dari guna-
tenaga kerajaan. Ini adalah sebahagian kecil daripada kegiatan ekonomi tetapi
produktif dan (diharapkan) yang berkembang.
Ciri utama sektor tradisional ialah
penduduk yang berlebihan dan kurang gunatenaga. Terdapat terlalu ramai
pesawah-pesawah padi, peniaga-peniaga kecil dan penarik-penarik beca. Tiap-tiap
seorang memperoleh pendapatan kurang daripada pendapatan bagi keija sehari. Ini
menyebabkan output seorang pekeija menjadi rendah dan taraf hidup juga rendah. Di samping kurang gunatenaga, setengah-setengah negara mengalami
banyak pengangguran ketara dan terbuka. Buruh lebihan datang beramai-ramai dari
desa ke kota-kota besar, yang mana mereka tidak dapat mencari sebarang
pekeijaan untuk dilakukan. Sektor
tradisional ditunjukkan ciri-cirinya melalui penggunaan modal dan teknologi
yang terhad dan yang tidak berubah-ubah. Para petani terus mengusahakan ladang
seperti yang dilakukan oleh bapa dan datuk mereka sebelum itu.
Sektor moden tertumpu di bandar-bandar dan
kota-kota besar. Pekerja-pekerja diberi keija dalam unit-unit pengeluaran yang
besar secara relatif, yang menggunakan teknologi moden, modal yang banyak dan
yang dibayar upah wang. Upah ini mestilah lebih tinggi daripada tingkat
pendapatan di bidang pertanian, sebahagjannya untuk mengimbangi kos hidup yang
lebih tinggi di bandar dan sebahagiannya untuk terus-menerus memberi perangsang
kepada orang-orang untuk berpindah dari desa ke kota.
Dalam Rajah
1, S ialah tingkat pendapatan benar
seorang pekeija dalam sektor tradisional, sementara W pula ialah upah
benar dalam sektor moden. Kita andaikan bahawa jurang upah SW adalah cukup
untuk mengekalkan kemasukan buruh ke dalam gunatenaga moden apa- bila
diperlukan. Kelok penawaran buruh kepada sektor moden ialah garisan mendatar WW,
satu keadaan yang telah dikatakan oleh Lewis sebagai “pembangunan ekonomi
dengan penawaran-penawaran buruh yang tidak terhad.” Kelok permintaan untuk
buruh dalam sektor moden “apabila tabir dinaikkan” ialah jadual daya
pengeluaran marginal AY 2 Para majikan, yang memaksimumkan untung
yang terbaharu, mengupah buruh hingga ke titik yang mana daya pengeluaran buruh
marginal adalah sama dengan kadar upah. Oleh itu gunatenaga ialah Ex
dan output ialah ON1Q1E1. Dari ini
pekeija-pekeija dapat OWQ1E1 (bilangan pekeija
yang diupah X kadar upah), sementara para majikan menyimpan WN1 Q1
sebagai untung.
Majikan-majikan industri boleh mengupah
seberapa ramai buruh yang mereka ingin pada tingkat upah OW. Daya pengeluaran
buruh marginal pada mulanya di- Nj[. Oleh itu gunatenaga ialah OEi, jumlah upah
ialah OEjQiW dan untung ialah NjQiWi.
Untung ini dilaburkan semula dalam loji dan kelengkapan, dengan ini
meningkatkan daya pengeluaran buruh marginal ke Nj. Akibatnya ialah tenaga
adalah sebanyak OE2 dan untung adalah lebih besar lagi. Pelaburan se-
m'Ua untung ini meningkatkan daya pengeluaran buruh marginal ke N 3;
dan se- terusnya.
Katakan majikan-majikan adalah manusia
yang beijimat-cermat d&fi mereka menanam semula untung ini sebagai modal
dalam loji dan kelengkapan. Pekeija-pekeija dapat bekeija dengan menggunakan
lebih banyak kelengkapan, oleh itu daya pengeluaran marginal mereka naik ke-N2.
(Sekiranya kita mahu, kita boleh juga menerima kemajuan teknik sebagai satu
faktor tambahan yang menaikkan kelok daya pengeluaran mengikut peredaran
masa). Sekarang sebanyak E2 pekeija di- upah dan
untung-untung ditunjukkan oleh kawasan yang lebih besar WN2Q2. Melaburkan
semula untung ini akan menaikkan daya pengeluaran buruh ke-7V3 dan
seterusnya dalam satu proses kumulatif. Per- hatikan bahawa gunatenaga dalam
sektor moden berkembang pada satu tingkat upah benar yang malar, W.
Asalkan saja lebihan buruh boleh didapati dari sektor tradisional, tidak ada
sebab mengapa upah akan naik.
Mengikut pandangan ini, intisari
pembangunan ekonomi ialah pemindahan buruh yang berlebihan dari sektor
tradisional ke sektor moden ekonomi. Mengapakah pindahan ini diingini? Pertama,
oleh kerana daya pengeluaran marginal buruh di dalam sektor moden lebih tinggi
daripada di dalam sektor tradisional, maka tiap-tiap pekeija yang dipindahkan
mengeluarkan lebih daripada sebelumnya dan menaikkan output negara. Kedua,
untung yang meningkat di dalam sektor moden menaikkan kadar pembentukan modal,
yang bererti lebih tinggi lagi gunatenaga di masa depan. Ketiga, gunatenaga
moden dan pendapatan yang lebih tinggi cenderung untuk memperbaiki kemahiran,
tenaga dan motivasi (dorongan) tenaga buruh. Sejauh mana kemudahan-kemudahan
kesihatan dan pelajaran bertamah baik di bandar daripada di desa, anak- anak
kepada pekeija-pekeija itu juga tetap akan menikmati faedah- faedah ini.
Pendekatan ini juga menghasilkan satu
ujian kuantitatif ke atas kejayaan usaha pembangunan sesebuah negara. Ujian ini
berkisar pada dasar kenaikan gunatenaga di sektor moden. Memang penting di sini
bekalan buruh yang berlebihan digantikan semula terus-menerus melalui
pertumbuhan penduduk. Oleh itu kadar kenaikan gunatenaga “moden” mestilah
melebihi kadar kenaikan tenaga buruh. Sekiranya ianya berlaku demikian
peratusan tenaga buruh yang diupah dalam sektor moden akan meningkat. “Pusat
graviti” ekonomi akan berpindah ke arah sektor moden. Tetapi jika berlaku
sebaliknya dan peratusan yang diupah dalam sektor moden merosot, ekonomi itu
harus menerima gred (mutu) yang rendah.
Satu penjelasan secara ilmu kira-kira akan
menjelaskan hal pokok ini. Ruangan pertama dalam Jadual 1 menunjukkan taburan
tenaga buruh Ruritania untuk tahun 1965, yang diandaikan beijumlah 1 juta.
Dengan satu kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi tenaga buruh dalam tahun
1980 dianggarkan ialah 1,400,000 orang. Dua ruangan yang ter- akhir dalam
jadual tersebut menunjukkan dua taburan tenaga buruh yang berdasarkan
hipotesis.
Dalam ruangan (2), gunatenaga dalam sektor
tradisional telah meningkat sebanyak 31% semenjak tahun 1965. Di
peringkat-peringkat awal pembangunan dan dengan satu kadar pertumbuhan penduduk
yang tinggi pada hakikatnya tidak mungkin dapat mengelakkan satu kenaikan mutlak
dalam bilangan penduduk di sekitar tradisional. Walau bagaimanapun perkara yang
penting, ialah gunatenaga moden telah meningkat sebanyak 87%, begitu tinggi di
atas kadar kenaikan bilangan tenaga buruh. Oleh yang demikian kadar gunatenaga
dalam sektor moden telah meningkat daripada 20% ke-15%. Pembangunan seperti ini
akan dikira sebagai satu kejayaan. Sebaliknya dalam ruangan (3), gunatenaga
moden telah meningkat dengan kurang pesat daripada bilangan tenaga buruh dan
kadar jumlahnya telah jatuh dari 20% ke-18%. Kes ini harus dikira sebagai satu
kegagalan.
JADUAL1
Gunatenaga di Ruritania, 1965 — 80
1965
|
1980(S)
|
1980(F)
|
|
(1)
|
(2)
|
(3)
|
|
Jumlah tenaga buruh
|
1,000,000
|
1,400,000
|
1,400,000
|
diupah dalam sektor tradisional
|
800,000
|
1,050,000
|
1,148,000
|
diupah dalam sektor moden
|
200,000
|
350,000
|
252,000
|
Peratus daripada tenaga buruh dalam
sektor tradisional
|
80
|
75
|
82
|
sektor moden
|
20
|
25
|
18
|
Kenaikan peratus tenaga buruh, 1965-80
|
40
|
40
|
|
gunatenaga tradisional
|
31
|
44
|
|
gunatenaga moden
|
87
|
26
|
Sekiranya kadar kenaikan dalam gunatenaga
moden merupakan ukuran kejayaan, oleh itu kadar ini bergantung pada apa? Apakah
yang menentukan sama ada, ekonomi itu akan atau tidak akan dapat menga- tasi
halangan. Ada empat faktor penting yang khusus.
Pertambahan penduduk. Lebih rendah kadar pertambahan tenaga buruh, lebih
kecil usaha pembangunan yang diperlukan untuk memindahkan pusat graviti ekonomi
itu.
Kadar pembentukan modal. Satu sifat sektor moden yang ter- sendiri ialah bahawa
orang biasanya bekeija dengan menggunakan alat kelengkapan yang banyak. Lebih
tinggi kadar pembentukan modal, lebih tinggi teijadinya kadar kenaikan
gunatenaga. Secara kasar, kilang- kilang menyediakan peluang-peluang pekeijaan.
Kaedah-kaedah pengeluaran. Sesuatu amaun modal yang diberikan boleh digabungkan
dengan lebih atau kurang buruh, bergantung kepada kaedah pengeluaran. Jika
buruh boleh didapati dalam jumlah yang ramai dan murah, oleh itu adalah cekap
untuk menggunakan lebih buruh bagi seunit modal daripada yang dikehendaki di
Amerika Syarikat. Sehingga ke suatu titik, ia akan menaikkan output negara
dan juga menyediakan lebih banyak pekeijaan.
Terdapat setengah-setengah kendalian
perkilangan, seperti penapisan minyak dan proses-proses kimia tertentu, yang
mana kadar jumlah buruh modal ditetapkan dan tidak boleh diubah-ubah lagi oleh
teknologi. Tetapi dalam kebanyakan kes seseorang boleh mencari cara untuk mengguna lebih
buruh relatif kepada modal: mengeijakan mesin yang sama dua atau tiga syif dan
tidak hanya satu syif; menggunakan buruh dan tidak menggunakan pengangkut
panggul dan trak forklift untuk memindahkan bahan-bahan; menggunakan
lebih buruh untuk menye- lenggarakan dan memperbaiki kelengkapan yang lebih
lama; dan memberi komponen-komponen kontrak (sub-contracting components) kepada
bengkel-bengkel yang lebih kecil, seperti yang telah dilakukan secara meluas di
Jepun. Kadar-kadar faktor lebih fleksibel lagi di dalam bidang pertanian,
kerja-kerja yang berkaitan dengan jalan raya, pengairan, pembinaan bangunan
dan dalam kebanyakan industri perkhid- matan yang mana buruh boleh bekeija
dengan menggunakan modal yang sedikit sekali.
Perilaku upah benar. Dalam Rajah 1 kita telah tunjukkan gunatenaga yang
berkembang pada suatu upah benar yang malar. Walau bagaimanapun di kebanyakan
negara yang kurang maju, terdapat tekanan untuk menaikkan tingkat upah industri
melalui peijanjian-peijanjian kesatuan, undang-undang upah minimum dan
skel-skel gaji kerajaan yang tinggi. Upah benar yang lebih tinggi di dalam
industri dan kerajaan menguntungkan pekeija-pekeija yang sudah digajikan di
situ. Tetapi upah yang lebih tinggi ini melambatkan perkembangan gunatenaga
dengan mengurangkan insentif untuk mengguna buruh bagi menggantikan modal. Di
setengah-setengah negara yang sedang membangun, seseorang itu dapat melihat
gabungan peristiwa-peristiwa ini: pelaburan yang banyak dalam industri moden
dan satu kenaikan yang menggalak- kan dalam output industri; satu kenaikan yang
besar dalam tingkat upah industri, yang menyebabkan kedudukannya semakin jauh
di atas tingkat upah bidang pertanian; tetapi hanya satu kenaikan sederhana
saja dalam gunatenaga industri, disertai dengan pengangguran yang terus
meningkat di kota-kota besar dan kenaikan dalam buruh yang berlebihan di
desa. Keputusan-keputusan yang baik bagi output disertai dengan
keputusan-keputusan yang kurang baik bagi gunatenaga.
Pendek kata, satu kadar pertumbuhan
penduduk yang sederhana, satu kadar pengumpulan modal yang tinggi, kaedah-kaedah
pengeluaran yang cenderung ke arah menggunakan lebih buruh dan satu tingkat
upah benar yang mantap memudahkan satu pemindahan pesat pusat graviti ekonomi
dari kegiatan-kegiatan tradisional kepada kegiatan- kegiatan moden.
Walaupun tujuan model ini ialah untuk
menyarankan sesuatu, tetapi ia. mempunyai batasannya dalam memberikan pemusatan
terutama sekali kepada sektor industri dan memberi implikasi bahawa kemajuan
pertanian adalah kurang mendesak. Tetapi sebenarnya, kemajuan industri tidak
dapat berterusan dengan lama tanpa satu kenaikan yang selari dalam output
pertanian. Apakah yang akan teijadi apabila buruh dipindahkan dari desa ke
kota? Pekerja-pekerja industri yang baru di kota mendapat pendapatan-pendapatan
yang lebih tinggi daripada dahulu; dan satu perkara yang mereka tentu hendak
buat ialah mendapatkan makanan yang lebih baik. Tambahan pula, hingga ke suatu
peringkat yang mana rancangan pembangunan itu beijaya, pendapatan per kapita
akan terus naik; dan pertambahan penduduk menambahkan bilangan yang perlukan
makanan tiap-tiap tahun. Oleh itu permintaan untuk makanan meningkat dan
sekiranya penawaran tidak berkembang secara berkadar harga-harga barang makanan
akan meningkat relatif kepada harga-harga barang perkilangan.
Ini membuat kita berada di dalam keadaan
yang serba salah. Harga- harga barang makanan sedang meningkat. Oleh itu para
majikan perindustrian harus meningkatkan upah wang supaya dapat memberi
pekeija-pekeija, upah benar yang sama seperti sebelumnya. Tetapi harga keluar-
an-keluaran perkilangan tidak naik (penawaran mereka boleh diperkembangkan
sehingga sesuatu masa pada kos yang malar). Oleh itu para majikan mendapati
bahawa untung mereka berkurangan dan insentif untuk membuat pelaburan baru
dikurangkan dan pertumbuhan ekonomi terhalang.
Alasan kedua mengapa perhatian diberi
kepada bidang pertanian ialah kenaikan dalam bilangan penduduk luar bandar.
Meskipun dengan perpindahan penduduk luar bandar dalam bilangan yang besar ke
bandaraya-bandaraya, tenaga buruh di luar bandar di kebanyakan negara yang
kurang maju sedang meningkat sebanyak l%ke-2%setahun. Apakah yang hendak
dilakukan oleh orang-orang ini? Menggunakan lebih ramai buruh untuk
mengusahakan kawasan tanah yang sama dengan menggunakan teknik-teknik yang sama
(tidak berubah) dan meskipun dengan usaha yang lebih taraf hidup mereka akan
jatuh. Satu cara untuk membawa masuk buruh yang bertambah ke dalam bidang pertanian
tanpa kejatuhan seperti itu ialah dengan memajukan teknik-teknik pertanian yang
akan menggunakan lebih buruh bagi tiap-tiap seekar serta menaikkan output
seekar. Pada masa ini hal tersebut telah diakui oleh kebanyakan negara yang
kurang maju sebagai satu masalah dasar yang utama dan kita akan menganalisanya
dalam bahagian yang berikut.
Bukti-bukti Sejarah mengenai pertumbuhan
ekonomi yang awal
Beralih dari teori kepada bukti sejarah,
banyak yang kita tahu mengenai apa yang berlaku di negara yang lebih maju
semasa pertumbuhan ekonomi mereka mula menjadi cepat. Sebagai contoh kita tahu
bahawa kemajuan pertanian secara khusus telah menyertai ataupun telah men-
dahului kemajuan industri. Memang, walaupun terdapat istilah “Revo- lusi
Perindustrian”, kita sekarang sedar bahawa pertumbuhan ekonomi yang awal adalah
kompleks, melibatkan setiap bidang ekonomi. Kita tahu bahawa di kebanyakan
negara, pertumbuhan dikaitkan dengan penyertaan yang lebih ramai di bidang
perdagangan antarabangsa. Kita juga tahu bahawa di kebanyakan negara, kerajaan
mengambil tanggung- jawab yang utama untuk memajukan rangkaian-rangkaian jalan
raya dan jalan keretapi, kemudahan-kemudahan perhubungan, pengeluaran kuasa elektrik
dan perkhidmatan pelajaran serta kesihatan. Tidak tepat untuk menggambarkan
pertumbuhan ekonomi Barat sebagai timbul hanya daripada inisiatif pihak swasta
sedangkan kerajaan hanya memainkan peranan yang pasif.
Tidak jelas sejauh manakah pengalaman
pertumbuhan yang awal ini ada hubungannya dengan negara-negara yang kurang maju
pada hari ini. Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan kawasan-kawasan
petempatan baru yang lain telah lama mempunyai penawaran tanah yang tak terhad,
yang bersama-sama dengan import-import modal insan dan modal fizi- kal dari
Dunia Lama, sebenarnya menjamin pertumbuhan ekonomi. Tidak banyak negara yang
kurang maju berada di dalam keadaan yang menggembirakan ini. Malahan Britain
dan negara-negara Eropah mempunyai kebaikan-kebaikan yang hanya dapat disaingi
oleh sebilangan kecil sahaja negara-negara yang kurang maju hari ini: satu
tingkat pendapatan yang tinggi secara relatif,3 yang meninggalkan
satu margin untuk dita- bungkan dan untuk pengumpulan modal; satu kadar
pertumbuhan penduduk dalam lingkungan 1% setahun, yang tidak meletakkan
tekanan serius ke atas sumber-sumber satu tempoh masa perpaduan nasional yang
panjang; kerajaan-kerajaan yang stabil dan tradisi undang-undang yang
menghormati harta benda dan kontrak-kontrak persendirian; dan satu golongan
perniaga yang agak besar, yang mana prestij sosial dan kuasa politiknya akan
berkembang dengan pesat.
Pendek kata, keadaan di negara-negara yang
lebih maju pada permulaan pembangunan yang pesat negara mereka sudah tentu
lebih baik daripada yang terdapat sekarang di negara-negara yang lebih miskin.
Pembangunan di hari ini adalah satu tugas yang lebih berat dan tugas yang agak
berlainan daripada zaman-zaman yang lebih awal.
KES YANG BERKAITAN DENGAN JEPUN
Kalau terdapat mana-mana negara yang
pengalamannya boleh memberi beberapa penunjuk kepada pembangunan ekonomi hari
ini, mungkin negara itu ialah Jepun. Satu abadyanglalu Jepun adalah sebuah
negara yang sangat miskin, dengan satu struktur politik yang bercorak feudal dan
sebahagian besar daripada penduduknya mendiami satu kawasan tanah yang kecil.
Bermula dengan Permulihan Meiji dalam tahun 1868, Jepun terus menjadi sebuah
negara industri yang utama, yang mana di tahun-tahun yang kebelakangan ini
telah menjadi salah sebuah daripada negara yang mempunyai kadar pertumbuhan
yang tertinggi di dunia. Bagaimanakah mereka mencapainya? Beberapa soal pokok
boleh digariskan:
Walaupun terdapat tanggapan yang tersebar
luas bahawa Jepun membangun dengan pesatnya selepas tahun 1868, sekalipun
sebenar- nya pertumbuhan awal Jepun agak perlahan. Perindustrian sebenarnya
tidak berjalan dengan giatnya di tahun-tahun sehingga 1890-an, iaitu 25 tahun
selepas Pemulihan Meiji. Namun demikian, industri utamanya ialah kain. Sehingga
lewat tahun 1930, Jepun masih belum “mampu diri” untuk bergiat dalam industri
besi waja dan jauh daripada “mampu diri” dalam industri mesin. Industri logam,
mesin dan bahan-bahan kimia belum lagi dapat menyaingi industri kain sehingga
rancangan menyediakan kelengkapan senjata di dalam tahun-tahun 1930-an, dan
tidak dapat menyaingi industri kain sehingga tahun-tahun 1950-an. Rentetannya
ialah dari satu kemajuan di bidang terutama pertanian (1868-90), kepada
industri kain dan industri ringan yang lain (1890- 1930) dan akhir sekali ke
industri berat (1930 sehingga masa kini).
Pertumbuhan awal Jepun ditunjukkan dengan
satu kenaikan yang pesat dalam output pertanian. Antara tahun 1878 dengan tahun
1908, tanah yang digunakan untuk pertanian naik sebanyak 35% dan output seekar naik
sebanyak 80%, oleh itu jumlah output lebih daripada dua kali ganda.
Bagaimanakah ini telah tercapai? Terdapat satu reformasi tanah yang asas pada
awal tempoh itu, yang mana kerajaan telah membayar pemilik-pemilik tanah feudal
dengan bon-bon kerajaan dan menjual semula tanah itu kepada petani yang
mempunyai minat secara langsung meningkatkan daya pengeluaran. Terdapat juga
pela- buran awam yang banyak dalam bidang pembinaan pengairan, parit- parit dan
penebus-gunaan tanah.
Dalam rangka kerja ini, daya pengeluaran
meningkat melalui per- baikan-perbaikan yang kecil: penggunaan baja yang
meningkat, ber- bagai-bagai jenis benih baka baik, kawalan rumpai
(rumput-lalang), penanaman dua kali setahun bagi beras, profil (susunlapis)
tanah yang lebih baik dan kaedah-kaedah penanaman yang diperbaiki. Kegiatan-
kegiatan penyelidikan dan perluasan bidang pertanian oleh kerajaan relatif
kepada pendapatan negara Jepun adalah lebih besar berbanding dengan Amerika
Syarikat dan penting dalam memajukan perbaikan- perbaikan ini.
Kemudahan-kemudahan kredit pertanian yang diperbaiki dan usaha-usaha untuk
meningkatkan kebolehan membaca dan menulis penduduk luar bandar juga penting.
Pendapatan tani juga didapati daripada kegiatan-kegiatan sampingan: pengeluaran
pekeijaan tangan yang tersebar luas di seluruh kawasan luar bandar dan
penubuhan perusahaan ulat sutera, yang menjadi satu lagi keluaran eksport yang
utama bagi Jepun.
Sebahagian besar daripada kenaikan dalam
pendapatan petani di- ambil oleh kerajaan sebagai cukai untuk membiayai
pembentukan modal di sektor-sektor ekonomi Jepun yang lain. Dari tahun 1878 ke
tahun 1912, kira-kira dua pertiga daripada jumlah pungutan cukai da- tang dari
sumber-sumber pertanian. Beban cukai ke atas pertanian, sebagai satu peratusan
daripada pendapatan pertanian, adalah kira-kira tiga kali sama berat seperti
sektor-sektor lain dalam ekonomi. Oleh yang demikian sektor pertanian
menyediakan makanan untuk penduduk yang berkembang dan ia juga merupakan salah
satu sumber utama eksport, sumber utama hasil-hasil cukai dan menyediakan satu
pasaran yang berkembang untuk barang-barang perkilangan dalam negeri. Apa lagi
yang hendak diminta oleh seseorang?
Pengaruh kerajaan ke atas pembangunan
ekonomi adalah penting tetapi dengan secara tidak langsung. Walaupun kerajaan
yang memulakan membina model-model kilang dalam peringkat-peringkat awal
perindustrian, tetapi kebanyakan daripadanya telah dijual dalam tahun 1882
kepada perbadanan-perbadanan swasta. Kerajaan terus mengendalikan hal-hal
seperti jalan keretapi, besi waja dan alat-alat perang (untuk sebab-sebab
peperangan). Perkara penting yang dilaku- kan oleh kerajaan ialah mencipta satu
pasaran dalam negeri yang ber- padu melalui pengangkutan dan perhubungan yang
diperbaiki, politik yang stabil, sistem cukai yang boleh dikuatkuasakan,
undang-undang syarikat dan syarat-syarat mutlak yang lain supaya perusahaan
swasta dapat beijalan dengan beijaya. Hal ini telah dijelaskan dengan baik oleh
Patrick:
Kefleksibelan dalam penggunaan faktor-faktor
ditingkatkan dengan banyaknya melalui penghapusan halangan undang-undang dan
politik terhadap kebebasan memiliki tanah, memilih pekerjaan serta pergerakan
buruh dan melalui pembaharuan-pembaharuan institusi dalam undang-undang, sistem
pencukaian, matawang, urusan bank dan bidang-bidang lain. Hubungan-hubungan
penggunaan dengan tabungan diubah, terutama sekali dalam soal agihan semula
pendapatan daripada tuan-tuan daimyo dan orang-orang gaji mereka. Gerakan
untuk membawa masuk ilmu
pengetahuan dari luar negeri dan penyebarannya dimulakan melalui usaha kerajaan
untuk membenteras buta huruf amnya, serta pene- kanan ke atas bermacam-macam
jenis kemahiran teknikal dengan meng- adakan sekolah-sekolah vokasional,
menggaji ahli-ahli teknik asing, menghantar rombongan-rombongan dan
pelajar-pelajar ke luar negeri, mengimport mesin dan sebagainya.
Pada umumnya kerajaan menggunakan mekanisme pasaran swasta untuk menguntukkan sumber-sumber
dan untuk mencapai objektif- objektif pada umumnya, dengan menggunakan
pengaruhnya melalui pasaran (melalui tarif, subsidi, kadar cukai yang berbeza,
pembelian dan sebagainya) daripada menggantikan pasaran melalui perancangan
atau pengeluaran oleh kerajaan . . . kecuali pada mula-mulanya, kerajaan
tidaklah penting sebagai pengeluar perindustrian dan sumbangannya terhadap
pertumbuhan ekonomi tidaklah terdapat pada perusahaan kerajaan.
Sebahagian besar daripada
usahawan-usahawan Jepun yang awal berasal dari luar bandar — anak-anak lelaki
kepada saudagar-saudagar desa, petani-petani kaya, atau tuan-tuan tanah.
“Mereka adalah anak- anak muda yang berada dalam keadaan tidak tenteram
(gelisah), mempunyai pendidikan yang agak tinggi dan keperluan pengalaman
praktikal di peringkat awal lagi. Dalam suatu pengertian yang lain mereka
terpisah dari masa yang lampau, mempunyai keyakinan penuh kepada kaedah-kaedah
Barat dan sebagai anak-anak muda mereka ber- hijrah ke salah sebuah pusat
bandar yang besar, mencari kemajuan dan kemajuan peribadi”.5
Mereka berusaha untuk mencari untung
persendirian; dan mengga- bungkan usaha ini dengan memberikan perkhidmatan
kepada Maharaja serta perkembangan kuasa negara. Memang telah dianggap benar
bahawa “apa yang baik untuk Mitsubishi adalah baik untuk Jepun,” dan
sebaliknya. Kemajuan perusahaan-perusahaan industri yang besar dianggap
sebagai satu perkhidmatan untuk negara. Alangkah gembira sekiranya dapat
menjadi kaya dan dalam pada itu juga memiliki sifat patriot. Struktur sosial
negara tetap bercorak “oligarki”, dengan adanya pertalian erat melalui
perkahwinan antara keluarga-keluarga peniaga, politik dan tentera yang
berkedudukan tinggi. Golongan pemerintah yang baru ini mempunyai kuasa yang
luas memegang kedudukan yang dipegang oleh tuan-tuan tanah feudal sebelum tahun
1868.
Di samping pertumbuhan industri kilang,
kegiatan bengkel secara kecil-kecilan telah terus memainkan peranan yang
penting dalam ekonomi Jepun. Di akhir tahun 1955, tiga perempat dari gunatenaga
perkilangan terlibat dalam bengkel-bengkel yang menggaji kurang daripada 300
pekeija dan 40% terlibat dalam bengkel-bengkel yang menggaji kurang daripada 30
pekeija. Bagaimanakah bengkel-bengkel kecil ini dapat terus bertahan dan tidak
ditekan keluar oleh perusahaan- perusahaan pengeluaran skel besar-besaran.
Nampaknya terdapat bebe- rapa sebab. Pertama, lebihan dalam buruh dan
kekurangan dalam modal di Jepun menyokong kaedah-kaedah yang menggunakan lebih
buruh secara relatif, yang biasanya bererti unit-unit pengeluaran yang lebih
kecil. Kedua, bengkel-bengkel kecil membayar upah yang lebih rendah. Dalam
tahun 1954 loji-loji perkilangan yang mempunyai pekeija antara 100 hingga 500
orang membayar upah hanya 70% daripada upah yang dibayar oleh loji-loji yang
mempunyai pekeija seramai 1,000 ke atas. Loji-loji yang mempunyai pekeija
seramai 10 ke-30 orang hanya membayar 55% daripada upah yang dibayar oleh
perbadanan-perbadanan yang terbesar sekali. Oleh yang demikian upah yang rendah
mengim- bangi daya pengeluaran yang lebih rendah di bengkel-bengkel kecil.
Ketiga, loji-loji yang kecil tidak
semestinya berasingan dengan loji- loji yang besar. Sebaliknya sebahagian besar
pekeija kilang-kilang besar sering diambil bekerja mengikut kontrak dengan
pengeluar-pengeluar kecil kos-rendah. Dalam industri-industri pemasangan
berperingkat-peringkat seperti basikal, mesin jahit, radio dan elektrffciik,
yang mana bahagjan-bahagian alat sering dibuat di kedai-kedai kecil dan
kemudian di hantar ke kilang utama untuk pemasangan terakhir. Ini mungkin boleh
menjadi panduan kepada setengah-setengah negara yang baru membangun, yang mudah
memikirkan bahawa perindustrian adalah sama dengan pengeluaran skel
besar-besaran.
Perdagangan Luar adalah penting dalam
pembangunan Jepun. Sebelum Perang Dunia II, Jepun secara khusus mengeksport
kira-kira 20% daripada keluaran negaranya. Tetapi corak perdagangan ini telah
berubah apabila perkilangan Jepun bertambah menjadi berbagai-bagai jenis dan
semakin meningkat lagi kuasa persaingan. Dalam tahun 1880 Jepun mengeksport
bahan-bahan mentah dan mengimport barang- barang modal dan barang-barang
pengguna buatan kilang. Menjelang tahun 1940 Jepun sudah mengeskport,
terutamanya barang-barang buatan kilang, sementara itu ia juga mengimport
bahan-bahan mentah dan begitu juga bahan-bahan makanan.
Tidak seperti Amerika Syarikat dan banyak
lagi negara lain, Jepun tidak bergantung dengan sepenuhnya atas pinjaman asing
pada pering- kat-peringkat awal pembangunannya. Hampir kesemua pembentukan
modal datang daripada sumber-sumber dalam negeri: kenaikan hasil-hasil cukai
kerajaan, pelaburan semula untung-untung perniagaan dan tabungan-tabungan
persendirian rakyat Jepun yang beijimat cermat. Memang menarik perhatian bahawa
kadar pembentukan modal tidak tinggi dalam dekad-dekad awal yang berada dalam
keadaan-keadaan yang gen ting. Dari tahun 1889 hingga ke tahun 1914 pelaburan
kasar didapati antara 10% ke-11% daripada keluaran negara dan pelaburan bersih
mungkin 6% ke-7% daripada keluaran negara. Pertumbuhan output negara pada
sebahagian besar nampaknya disebabkan oleh kemajuan teknik dan
perubahan-perubahan institusi dan bukan disebabkan oleh pelaburan sendiri.
Sebagai kesimpulan kita harus menegaskan
semula mengenai sifat pertumbuhan ekonomi awal yang bersifat sementara.
Pencepatan output dan pelaburan adalah secara beransur-ansur dan
perlahan-lahan. Untuk tempoh-tempoh yang lebih pendek atau lebih panjang ia
mungkin terganggu. Hanya selepas berlakunya perkembangan untuk beberapa dekad
barulah seseorang dapat membuat kesimpulan yang selamat bahawa ekonomi itu akan
mencapainya.
Tempoh pertumbuhan yang bersifat sementara
dan merbahaya ini telah diberikan berbagai-bagai nama. Ranis mengistilahkannya
sebagai tempoh breakout. Rostow telah melabelnya tempoh pelancaran.
Walau bagaimanapun, istilah ini adalah mengelirukan, oleh kerana ia menge-
mukakan satu kadar pencepatan yang lebih pesat daripada yang biasa berlaku
sebenarnya dan juga mengemukakan bahawa pergerakan ter- sebut selalunya di
dalam satu arah. Sebagaimana yang dikomen oleh seorang ahli ekonomi Burma,
“apabila kami lihat pada data statistik untuk tahun-tahun awal lima puluhan
kami membuat kesimpulan bahawa kami telah mengalami tempoh pelancaran.
Malangnya, tidak lama dari itu kami ‘menurun’ semula. Mungkin terdapat beberapa
‘penurunan’ seperti itu di tahun-tahun awal pertumbuhan. Seseorang cenderung
untuk menyetujui kata-kata seorang ahli ekonomi Yugoslavia di suatu persidangan
antarabangsa baru-baru ini: “Negara-negara di dunia tidak mengalami tempoh
pelancaran”. Mereka merangkak-rang- kak untuk mencapai ambangpintu
pembangunan.
Isu-isu penting dalam dasar pembangunan
Kita tidak akan berusaha untuk menentukan
dasar pembangunan “yang betul” di sini. Sebenarnya dasar pembangunan
berbeza-beza antara sebuah negara dengan sebuah negara, bergantung kepada
keadaan dan akan melibatkan pertimbangan-pertimbangan bukan ekonomi dan juga
ekonomi. Tetapi, kita akan mengemukakan dua jenis pertanyaan. Apakah
keputusan-keputusan penting yang harus dibuat? Apakah yang dapat disumbangkan
oleh taakulan (kajian ekonomi) kepada keputusan- keputusan ini?
RANGKA KERJA INSTITUSI
Sebelum melihat secara khusus terdapat
satu masalah umum yang sering diketepikan. Di kebanyakan negara yang kurang
maju, institusi-institusi ekonomi yang moden sangat kurang dimajukan dan
keadaan politik tidak menyokong inisiatif ekonomi. Oleh yang demikian, dalam
dekad- dekad awal pertumbuhan, kerajaan mesti memperbaiki organisasi ekonomi
dalam cara-cara yang akan membolehkan modal dimobilisasi- kan dengan lebih
mudah dan digunakan dengan lebih berkesan. Di kebanyakan negara yang kurang
maju, sektor awam mengeluarkan hanya 10% ke-15% daripada output negara.
Sementara peratusan ini sedikit sebanyak boleh dijangka akan naik apabila
pembangunan ill jalankan, sebahagian besar daripada kegiatan ekonomi akan tetap
dl bawah kawalan swasta. Oleh yang demikian, satu masalah utama ialah untuk
mempergiatkan usaha dan inisiatif swasta di seluruh ekonomi, untuk menggalakkan
beijuta-juta orang supaya bekeija, menabung dan melabur dengan lebih berkesan.
Pertamanya adalah perlu untuk mengekalkan
undang-undang dan ketenteraman, melindungi harta benda, menguatkuasakan kontrak
dan mengelakkan pemerasan yang sewenang-wenang oleh kerajaan. Orang tidak akan
berusaha sedaya-upaya untuk memperoleh pendapatan yang lebih besar tanpa
kepastian yang cukup bahawa ia akan menikmati gan- jarannya. Oleh kerana
prinsip ini tidak begitu mendalam (peringkat asas) dan tidak asli, maka ia
ditegaskan oleh John Stuart Mill dalam tahun 1848:
…hasrat sesebuah negara yang sedemikian (yang kurangmaju),
dipertimbangkan dari segi ekonomi ialah kenaikan dalam industri dan keinginan
pengumpulan yang berkesan. Keperluan-keperluan- nya, pertama ialah sebuah
kerajaan yang lebih baik, keselamatan harta benda yang lebih sempuma,
cukai-cukai yang sederhana dan kebebasan daripada pemerasan yang
sewenang-wenangnya atas nama cukai; pemi- likan tanah yang lebih kekal dan
lebih berfaedah supaya pengeluar memperoleh faedah yang tidak diagih-agihkan
seberapa banyak yang boleh daripada industri, kemahiran dan ekonomi yang
diusahakannya. Kedua, perbaikan kebolehan berfikir orang awam . . . ketiga,
pengenal- an seni-seni asing, yang akan menaikkan pulangan yang boleh didapati
daripada modal tambahan dan import modal asing, yang
menjadi-
kan kenaikan dalam
pengeluaran tidak lagi bergantung secara eksklusif kepada kehematan berbelanja
penduduk-penduduk itu sendiri ....
dan dengan menamakan idea-idea baru dan membuang halangan-halangan
tabiat cenderung untuk membentuk kehendak-kehendak
baru
dalam diri mereka sendiri,
cita-cita yang lebih dan pemikiran yang lebih luas mengenai masa depan.
Pertimbangan-pertimbangan ini sediki sebanyaknya ada kena-mengena dengan semua
penduduk Asia dan tempat-tempat yang kurang bertamadun dan menjalankan kegiatan
perindustrian di Eropah seperti Rusia, Turki, Sepanyol dan Ireland.
Diberi sebuah kerajaan yang aman sebagaimana
yang diaujurkan oleh Mill, perhatian utama harus ditumpukan kepada memperbaiki
pasaran-pasaran seluruh ekonomi. Sekira pasaran didapati terlalu tidak
sempurna, pasaran-pasaran ini tidak boleh menjalankan fungsi normal mereka
dalam mengendalikan pengeluaran. Perkembangan pasaran adalah sebahagian
daripada hal-hal yang berkaitan dengan peng- angkutan dan perhubungan supaya
pembeli dan penjual dapat membuat perhubungan antara satu dengan lain dengan
lebih senang. Ini melibat- kan penyediaan maklumat-maklumat yang bersangkutan —
sebagai contoh menasihatkan para petani mengenai harga-harga yang mungkin pada
tahun hadapan untuk berbagai-bagai jenis tanaman; ataupun membuat ramalan
jangka panjang mengenai permintaan untuk bermacam- macam jenis kemahiran pekeijaan,
yang dapat membantu anak-anak muda membuat pilihan keijaya. Ia mungkin
memerlukan pembinaan tempat-tempat untuk pertemuan, seperti pasaran keluaran
tempatan ataupun pasaran buruh tempatan.
Satu syarat penting ialah bahawa kerajaan
tidak masuk campur dalam hal urusniaga-urusniaga ekonomi dan harga-harga
pasaran, kecuali jika perlu untuk melindungi kepentingan orang awam. Kerajaan
negara- negara yang kurang maju hari ini mempunyai satu kecenderungan yang kuat
untuk mengawal ekonomi secara berlebihan hingga ke suatu titik yang boleh
melemahkan inisiatif swasta yang juga dapat diperhatikan di Britain dan Eropah
semasa abad ke-18. Di setengah-setengah negara, kemajuan memerlukan kerajaan
kurang mengawal ekonomi swasta dan menumpukan keupayaan pentadbirannya yang
terhad itu kepada penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang perlu.
Perkembangan institusi mesti diuruskan
secara bersistem dan teratur. Setengah-setengah institusi moden yang perlu
terletak di dalam sektor awam; sebuah bank pusat; sebuah bank pembangunan
kerajaan untuk mengumpulkan modal untuk pelaburan industri; satu sistem cukai
yang dibentuk dan dirancang supaya dapat menaikkan hasil dengan pengu- rangan
insentif ekonomi yang minimum, satu sistem belanjawan untuk merancang
perbelanjaan. Walau bagaimanapun institusi-institusi sektor swasta lain yang
memerlukan inisiatif kerajaan serta tindakan undang- undang: satu sistem urusan
bank perdagangan yang moden; undang- undang syarikat dan undang-undang lain
yang berkaitan dengan kontrak- kontrak perniagaan; reformasi-reformasi
berkenaan pemilikan tanah untuk menggalakkan pertanian yang lebih cekap.
Ini semua mungkin jelas dan munasabah.
Tetapi setengah-setengah negara yang mempunyai sumber-sumber yang banyak
seperti Indonesia dan Zaire, tidak banyak berbuat sesuatu tindakan untuk
memperbaiki rangka keija institusi mereka; oleh yang demikian tidaklah hairan
output per kapita mereka stagnan (tetap) ataupun telah merosot. Sebagai satu
contoh sebuah kerajaan yang beijaya, sekali lagi kita melihat kepada Jepun.
Pada keseluruhan perkembangan sejarah pemodenan ekonominya, Jepun mula-mula
merupakan sebuah ekonomi swasta. Tetapi kerajaan Jepun semasa tempoh yang
genting di tahun-tahun 1870-1900, sangat-sangat aktif mengimport teknologi dari
luar negeri, memulakan industri-industri baru, membawa pembaharuan kepada
pertanian, menaikkan mutu pelajaran, memajukan sebuah sistem kewangan yang
moden, membentuk peluang pekeijaan orang awam yang asas dan oleh yang demikian
meletakkan asas-asas untuk pembangunan ekonomi.
PERTUMBUHAN PENDUDUK
Bagaimanakah pula dengan penduduk di
negara-negara yang kurang maju? Kuznets telah menunjukkan bahawa di
negara-negara perindus- trian yang lebih matang tidak ada pertalian yang
benar-benar mempunyai makna antara kadar kenaikan penduduk dengan kadar
kenaikan output per kapita. Negara-negara yang mempunyai kadar pertumbuhan
penduduk yang tinggi seperti Amerika Syarikat, dapat menaikkan output per
kapita mereka sama pesat dengan negara-negara yang mempunyai pertumbuhan
penduduk yang sangat rendah, seperti Perancis dan Norway.
Walau bagaimanapun, adalah mengelirukan,
untuk memindahkan kesimpulan-kesimpulan ini kepada negara-negara yang kurang
maju. “Ledakan penduduk” abad ke-19 di negara-negara yang lebih maju berkembang
secara beransur-ansur dan jarang-jarang sekali naik lebih daripada 2% setahun,
dan kemudian turun ke lebih kurang 1% kadar masa kini. Tambahan pula, ledakan
itu berlaku sesudah negara-negara ini memajukan keupayaan untuk memperkekalkan
pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya di negara-negara yang kurang maju, ledakan itu
adalah dengan tiba-tiba, disebabkan terutamanya oleh satu pengurangan yang
mengejut dalam kadar-kadar kematian melalui perbaikan dalam kawalan kesihatan
dan penghapusan wabak-wabak penyakit. Banyak negara yang kurang maju telah
mengurangkan kadar-kadar kematian mereka dari 30-35 dalam seribu ke lingkungan
10-20 kurang daripada dua dekad. Sementara itu kadar kelahiran kerapkali
menetap hampir pada kadar maksimum biologis iaitu sebanyak 40-50 dalam seribu.
Akibatnya ialah pertambahan dalam penduduk sebanyak kira-kira 3% setahun. Ini
telah pun berlaku sebelum kebanyakan negara yang kurang maju mencapai jalan
pertumbuhan yang diperkekalkan dan mengancam untuk mensia- siakan usaha-usaha
mereka dari mula-mula lagi.
Memandangkan latar belakang negara-negara
yang kurang maju, tidak disangsikan lagi bahawa pertumbuhan penduduk yang pesat
men- jadikan lebih sukar untuk menaikkan output per kapita.8 Dalam
sebuah negara yang didiami penduduk yang ramai, ia menambahkan tekanan ke atas
sumber tanah dan bekalan makanan. Ia meningkatkan lagi tingkat gunatenaga tak
penuh, yang mana di setengah-setengah negara telah sampai ke kadar yang
merbahaya dari segi pohtik. Ia meletakkan beban ke atas sistem pendidikan dan
kemudahan awam yang lain dan oleh yang demikian memberi tekanan (straining) ke
atas sumber fizikal kerajaan. Kebanyakan daripada kumpulan wang pelaburan
negara digunakan untuk “memperluaskan modal” menyediakan modal yang sama banyak
bagi seorang pekeija untuk anggota baru tenaga buruh sepertimana yang didapati
oleh mereka yang sebelumnya dan menyediakan rumah untuk penduduk-penduduk yang
semakin bertambah bilangannya. Mungkin hanya ada sedikit saja ataupun mungkin
tidak ada apa-apa yang tinggal untuk membentuk modal yang baru yang diperlukan
bagi mewujudkan kemajuan teknik.
Keburukan-keburukan ini sekarang sudah
diakui secara menyeluruh dan kebanyakan daripada negara yang padat didiami
penduduk sekarang memberi sokongan rasmi kepada rancangan-rancangan perancang
keluarga. Walau bagaimanapun, terdapat kesulitan-kesulitan yang serius dan di
kebanyakan negara, kemajuan yang tercapai adalah sedikit. Rin- tangan utama
ialah kekurangan doktor-doktor, jururawat-jururawat, bidan-bidan dan pengamal
kesihatan lain yang hanya dapat diatasi secara beransur-ansur melalui
pengembangan pendidikan. Ini bermakna bahawa teknik-teknik yang bergantung
kepada rawatan klinik oleh orang-orang yang terlatih, seperti alat
‘intrauterine’, pemandulan dan pengguguran, hanya boleh sampai kepada
sebahagian kecil penduduk saja. Ia meletakkan satu premium ke atas
teknik-teknik yang boleh dilaksanakan oleh pembantu-pembantu perubatan
tingkatan lebih rendah.
Keputusan-keputusan tinjauan secara khusus
menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga di negara-negara yang kurang maju tidak
mahu jumlah bilangan anak-anak yang hidup ramai. Mereka yang terlalu ramai anak
sebahagiannya disebabkan oleh satu kepercayaan yang diperkuat- kan oleh tradisi
yang telah diamalkan beradab-abad, bahawa kebanyakan daripada kanak-kanak ini
akan mati sebelum dewasa. Apabila kepercayaan ini menjadi lemah dengan adanya
kemajuan dalam per- khidmatan perubatan dan kejatuhan dalam kadar-kadar
kematian kanak-kanak, sikap terhadap pembiakan mungkin akan banyak berubah.
Sikap-sikap berunsur kebudayaan adalah
satu penghalang yang serius kepada perubahan di banyak negara. Satu masalah
kebudayaan ialah taraf kaum wanita yang rendah di kebanyakan negara-negara yang
kurang maju. Ramai suami bersikap “neutral” ataupun negatif terhadap perancang
keluarga, terutama sekali di Latin Amerika yang mana kela- hiran banyak anak
menunjukkan bahawa si suami yang mempunyai kekuatan seks (machismo) diberi
penilaian yang tinggi. Oleh itu walau- pun kaum wanita mungkin mudah menerima
perancang keluarga, kaum lelaki mungkin akan menghalang usaha mereka itu.
Perancang keluarga hanya akan berkembang maju hanya sekiranya kaum wanita bebas
daripada segi pendirian sosial dan ekonomi.
PERKEMBANGAN BIDANG PERTANIAN
Di kebanyakan negara-negara yang kurang
maju, pertanian merupakan industri yang terbesar sekali. Ia menyediakan
sebahagian besar daripada pekeijaan untuk tenaga buruh, makanan yang merupakan
sebahagian besar daripada penggunaan isi rumah dan begitu juga bahan-bahan
mentah industri dan juga keluaian-keluaran untuk eksport. Ini menge- mukakan
bahawa ia berhak mendapat pertimbangan yang penting di dalam mana-mana
rancangan pembangunan. Di negara-negara perindus- trian yang lebih tua, satu
tranformasi dalam bidang pertanian secara khusus disertai dengan, ataupun
didahului oleh pertambahan industri kilang. Untuk pertumbuhan yang kekal,
negara-negara yang kurang maju hari ini juga memerlukan output pertanian yang
bertambah.
Memang mudah untuk menunjukkan perlunya
kemajuan pertanian daripada merancang jalan-jalan untuk mencapainya. Dalam
setengah- setengah kes, satu penyusunan semula yang asas dikehendaki dalam
bidang pertanian. Satu sistem pemilikan tanah yang luas dengan ramai daripada
tuan-tuan tanah tinggal di kota-kota besar dan mengendalikan estet-estet mereka
melalui pengurus yang digajikan, boleh menjadi satu penghalang yang serius
kepada kemajuan pertanian. Tuan-tuan tanah mahukan pendapatan yang besar dan
teijamin, tetapi tidak semestinya pendapatan-pendapatan yang meningkat;
pengurus-pengurus bergaji mempunyai sedikit saja insentif untuk mengubah
kaedah-kaedah pengeluaran; dan petani-petani-penyewa tahu bahawa sebahagian
daripada sebarang kenaikan dalam output mereka akan dimiliki oleh tuan-tuan
tanah sementara sebahagian besar usaha dan risiko ditanggung oleh mereka.
Insentif-insentif boleh diperkuatkan dengan membahagikan pemilikan-pemilikan
tanah yang luas ini kepada pengusaha kebun-kebun yang bersaiz keluarga, supaya
petani yang membuat keputusan-keputusan pengeluaran juga menerima ganjaran.
Banyak negara, termasuk India, Pakistan,
Iran, Mesir, Colombia dan Chile telah meluluskan undang-undang “reformasi
tanah” mengikut garis-garis ini; tetapi undang-undang seperti itu tidaklah
mudah hendak dilaksanakan. Sebagai contoh golongan tuan tanah yang mempunyai
kuasa politik boleh mengelak daripada mematuhi undang-undang ini, dengan
mengagihkan hak-hak memiliki tanah kepada ramai sanak- saudaranya, sementara
kawalan berkesan tetap tidak berubah. Biasanya tuan tanah itu akan dibayar
pampasan atas sesuatu pengambilan tanah yang berjaya dan ini menimbulkan
masalah-masalah kewangan. Bekas petani-petani penyewa yang sekarang telah
menjadi pemilik-pemilik, biasanya dibenarkan membuat bayaran ke atas tanah
mereka dalam tempoh beberapa tahun; oleh itu kerajaan terpaksa terlebih dahulu
membayar tuan-tuan tanah yang lama itu sebelum ia dapat memungut bayaran daripada
pemilik-pemilik baru.
Mengubah petani penyewa kepada
pemilik-pemilik tidak dengan serta-merta mengubah mereka kepada petani-petani
yang progresif dan giat berusaha. Meskipun di negara-negara yang mana tanah
lazimnya dimiliki oleh petani secara kecil-kecilan, kemajuan dalam bidang pertanian
adalah lambat dan sukar. Petani-petani terus menggunakan benih- benih,
alat-alat dan kaedah-kaedah pengeluaran yang primitif yang di perturunkan
kepada mereka oleh nenek moyang mereka kerana mereka buta huruf, terikat dengan
tradisi dan takut kepada risiko dan per- ubahan. Bagaimana hendak memecah
halangan-halangan adat resam yang kuat ini yang merupakan masalah pertanian
utama.
Satu perkara yang tidak mudah difahami
mengenai pertanian di negara-negara yang kurang maju ialah bahawa teknik-teknik
yang di gunakan adalah begitu mundur sekali daripada yang diketahui oleh ahli-
ahh sains pertanian. Di India, pakar-pakar menyatakan bahawa kadar hasil seekar
boleh dinaikkan sebanyak 50% atau lebih, dengan cara menggunakan teknik-teknik
yang diketahui sahaja. Namun demikian, laba yang mungkin didapati daripada
output tidak tercapai. Mengapa tidak dan apakah yang boleh dilakukan
mengenainya?
Pertama, penggunaan pengetahuan' yang ada
kepada bidang-bidang baru biasanya melibatkan penyelidikan tambahan.
Tanah,iklim, bekalan air, kesan penyakit tumbuhan dan haiwan, semuanya berbeza
dengan luas daripada sebuah negara dengan sebuah negara. Oleh yang demikian
kaedah-kaedah tidak boleh dipindahkan tanpa sebarang penyesuaian. Gandum
Mexico—yang telah dimajukan melalui penyelidikan teliti untuk
bertahun-tahun-agak sesuai di Pakistan Barat. Tetapi ia ter- paksa ditanam di
sana secara eksperimen untuk beberapa “generasi tanaman” bagi menghasilkan
benih-benih yang dapat disesuaikan sepenuhnya kepada keadaan-keadaan tempatan.
Begitu juga dengan benih-benih padi Jepun, ia juga mesti disesuaikan supaya
dapat ditanam dengan jayanya di Bangla Desh atau di India. Eksperimen yang
serupa adalah perlu untuk baka-baka binatang ternakan, baja dan racun binatang
perosak seperti serangga, tikus dan lain-lain. Mengajar petani- petani
kaedah-kaedah yang baru sebelum sampai waktunya boleh mem- bawa akibat yang
buruk dan boleh mengurangkan kepercayaan terhadap “pakar” asing untuk beberapa
tahun sekiranya kaedah-kaedah itu tidak berhasil di kawasan itu disebabkan
kekurangan penyelidikan yang cukup.
Kedua perbaikan dalam output pertanian
secara khusus berkehendak- an satu “bungkusan” input-input yang diperbaiki dan
bukan tambahan dalam satu input sahaja. Menambahkan baja tanpa bekalan air yang
mencukupi akan membakar akar-akar tanaman itu. Satu kombinasi benih-benih yang
baru yang betul, baja, perbaikan dalam bekalan air, racun binatang perosak dan
binatang-binatang perosak serta kaedah- kaedah penanaman akan menaikkan output
dengan lebih banyak daripada jumlah yang dihasilkan sekiranya
perubahan-perubahan ini dilakukan secara berasingan. “Bungkusan” ini juga mesti
mengandungi kemudahan-kemudahan kredit, jalan-jalan yang menghubungkan kawasan-
kawasan yang jauh atau terpencil dengan jalan utama untuk menghantar hasil ke
pasaran, maklumat mengenai permintaan dan harga-harga yang dijangka,
institusi-institusi pemasaran yang diperbaiki dan sebagainya. Pertanian yang
cekap secara berkeluarga memerlukan petani itu diling- kungi oleh satu
rangkaian institusi-institusi perkhidmatan yang diken- dalikan pada skel yang
lebih besar, seperti yang terdapat di Amerika Syarikat dan negara-negara lebih
maju yang lain.
Ketiga, jurang perhubungan antara
ahli-ahli sains pertanian dan pegawai-pegawai kerajaan di bandaraya-bandaraya
dengan kaum petani di desa mesti dikurangkan melalui satu perkhidmatan tambahan
di bidang pertanian yang berkesan. Kedegilan serta tradisonalisme penduduk-penduduk
tani biasanya dilebih-lebihkan. Terdapat banyak bukti bahawa petani-petani
adalah pintar, ingin menaikkan pendapatan mereka dan sanggup mengambil idea
daripada langkah-langkah yang sudah terbukti untuk mencapai tujuan ini. Tetapi
kaedah-kaedah baru itu mesti ditunjukkan. Di kebanyakan negara yang kurang
maju, ejen pertanian yang mempunyai pendidikan dan menjadi seorang pegawai
kerajaan, menganggap dirinya lebih tinggi daripada petani-petani. Ia akan mengedarkan
bahan-bahan bacaan atau memberikan arahan-arahan tetapi tidak mahu pergi ke
ladang-ladang dan menggunakan tangannya. Oleh yang demikian perhubungan yang
berkesan tidak berlaku.
Di Amerika Syarikat dan negara-negara
perindustrian yang lain, kita kaitkan kemajuan pertanian dengan bertambahnya
penggunaan mesin. Untuk kawasan-kawasan yang kekurangan buruh, menjimatkan penggunaannya
adalah patut. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara yang kurang maju,
terdapat satu lebihan buruh di luar bandar yang gunatenaganya tak penuh. Oleh
yang demikian apa yang dikehendaki oleh seseorang itu dalam peringkat-peringkat
yang awal bukanlah ke- majuan-kemajuan dalam jimat-buruh tetapi
kermjuan-kemajuan dalam jimat-tanah, langkah-langkah yang menaikkan output
seekar dan juga memerlukan lebih buruh seekar. Ini bererti sistem-sistem
kawalan air yang telah diperbaiki yang membenarkan penanaman dua kali atau tiga
kali setahun, jenis-jenis benih yang baru, lebih banyak penggunaan baja,
penggunaan racun-racun binatang perosak dan kaedah-kaedah penanaman yang lebih
intensif. Ini boleh diistilahkan sebagai “kemajuan teknik orang Jepun—orang
Taiwan.” Untuk penanaman padi, Jepun menggunakan kira-kira empat kali sama
banyak buruh seekar seperti yang digunakan di kawasan Benggala Barat di India;
dan buruh ini tersebar dengan lebih sama rata di sepanjang tahun. Output beras
seekar di Jepun adalah lebih dari tiga kali banyaknya di Benggala Barat.
Kemajuan teknik jenis ini membawa masuk
buruh tambahan dalam tiga cara. Ia mengambil lebih buruh langsung untuk menanam
dua jenis tanaman daripada menanam satu jenis tanaman, untuk menyediakan tanah
dengan lebih sempurna, untuk menabur baja dan racun-racun binatang perosak
untuk menuai, membanting serta memasarkan hasil tanaman yang lebih besar. Buruh
tambahan diperlukan juga untuk membina parit-parit perairan, tali air,
pondok-pondok simpanan dan jenis-jenis pelaburan tani yang lain, yang
kebanyakan daripadanya boleh dilakukan semasa luar musim. Akhir sekali,
pelaburan pelengkap oleh kerajaan dalam kerja-kerja membina tali air yang
besar, jalan-jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh atau terpencil
dengan jalan utama, yang biasanya boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah yang
kadar penggunaan buruh adalah lebih.
Mobilisasi buruh lebihan untuk keija-kerja
awam tidak sebegitu mudah seperti yang kadangkala diandaikan. Mengakui bahawa
sebilang- an besar daripada buruh yang digunakan akan terbiar kalau tidak digunakan
dan oleh yang demikian tidak berharga daripada segi sosial. Pekeija-pekeija
masih perlu dibayar upah tunai apabila digajikan oleh kerajaan dan mesti
disediakan alat-alat yang mudah, oleh itu terdapat masalah membiayai
perbelanjaan tambahan ini.
Satu pendekatan ialah mengenakan cukai ke
atas masa buruh dan tidak ke atas wang iaitu sesuatu yang paling senang
dilakukan melalui kerajaan-kerajaan tempatan. Pada masa-masa dahulu, ini
merupakan amalan biasa di kawasan-kawasan luar bandar di Kanada dan Amerika
Syarikat. Tiap-tiap tahun kerajaan tempatan mentaksir cukai-cukai ke atas
petani. Tetapi tiap-tiap tahun juga jalan-jalan di desa perlu diperbaiki. Oleh
yang demikian seseorang petani akan datang dengan kuda- kudanya untuk meratakan
jalan, membaiki lubang-lubang di atas jalan dan meratakan batu kerikil dan ia
menerima kredit mengikut jumlah keija yang dilakukannya. Secara misteri, kredit
yang diberikan kepada petani itu adalah kira-kira sama dengan bil cukainya.
Sedikit saja wang yang bertukar tangan, tetapi kerja terlaksana.
Rancangan yang berlainan digunakan di
Pakistan Timur (sekarang Bangla Desh) untuk melaksanakan satu rancangan besar
iaitu pembinaan jalan dan kawalan air semasa luar musim aktiviti tani. Gandum
Amerika yang dikirimkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Pakistan
atas syarat-syarat kredit yang longgar di bawah P.L. 480, di- jual di pasaran
untuk memperolehi rupee. Rupee ini kemudiannya digunakan untuk membayar
pekeija-pekeija yang bekerja dalam projek- projek keija awam.
Soal menitikberatkan pelaburan
perindustrian sepertimana yang terdapat dalam bahan-bahan bacaan mengenai
pembangunan telah cende- rung untuk mengaburkan tentang perlunya pelaburan awam
yang besar di dalam bidang pertanian. Selain daripada jalan-jalan dan
sistem-sistem tali air yang lebih baik. Begitu juga tentang perlunya diadakan
kilang- kilang yang mengeluarkan baja-baja, racun-racun pembunuh binatang- binatang
perosak dan input-input pertanian yang lain; kemudahan- kemudahan dan
stesen-stesen ujikaji. Pelaburan ini sedikit sebanyak ber- saingan dengan
pelaburan di sektor-sektor ekonomi yang lain dan harus berpandu kepada kriteria
yang sama. Belanjawan pelaburan harus di- peruntukkan dalam sesuatu cara supaya
dapat menyamakan jangkaan pulangan-pulangan marginal tiap-tiap sektor. Di
setengah-setengah negara, sekurang-kurangnya ada alasan untuk memikirkan bahawa
pu- langan marginal sektor pertanian adalah lebih tinggi daripada sektor-
sektor lain, dengan ini mengemukakan bahawa pelaburan pertanian adalah terlalu
rendah.
Tinjauan pertanian, pada hari ini
nampaknya lebih cerah daripada semasa tahun 1960. Penyelidikan intensif ke atas
benih-benih yang lebih baik bagi gandum dan beras, yang dibiayai oleh yayasan
Ford dan Rockefeller, telah membawa kepada penggunaan benih-benih ini dengan
meluas di setengah-setengah tempat di India, Pakistan dan beberapa buah negara
yang lain di Asia. Kadar hasil seekar telah semakin bertam- bah baik.
Negara-negara yang dahulunya bergantung kepada import- import makanan sekarang
ini menghampiri keadaan mampu diri. Banyak negara yang mengalami
kesulitan-kesulitan telah mempunyai masa untuk mendapat perkhidmatan rawatan
dalam jangka masa (diharapkan) perancangan keluarga dan rancangan membina yang
lain boleh dihasil- kan.
INFRASTRUKTUR FIZIKAL (ASAS)
Setengah-setengah industri merupakan
industri asas dalam ertikata ia menyediakan perkhidmatan kepada banyak jenis
industri lain. Industri-industri ini termasuk sistem-sistem menjana dan
mengagih kuasa elek- trik; pengangkutan jalan raya, keretapi, udara dan air;
sistem kemajuan sungai serba guna; dan perhubungan pos, telefon dan radio.
Istilah biasa bagi utiliti-utiliti awam meliputi kebanyakan industri ini.
Mereka juga dipanggil infrastruktur ekonomi, sejenis rangka sokongan untuk
seluruh ekonomi. Satu lagi istilah biasa ialah modal sosial overhed (SOC), yang
mana seorang yang pintar telah mendefinisikannya sebagai “Bank Dunia akan beri
pinjam wang untuk apa-apa saja”. Dua pertiga daripada beri pinjam oleh Bank
Dunia ialah untuk pengangkutan dan tenaga elektrik.
Perkembangan modal sosial overhed biasanya
dikira sebagai satu fungsi kerajaan. Industri-industri ini adalah “monopoli
anugerah” untuk apa-apa saja yang harga untung dan kecekapan tidak tertakluk
kepada kawalan-kawalan saingan. Mereka biasanya perlu satu perlaburan per-
mulaan yang besar yang mungkin memerlukan kerajaan membuat pin- jaman daripada
Bank Dunia atau daripada pemberipinjam asing. Dalam setengah-setengah kes,
seperti penggunaan jalan besar, perkhidmatan tersebut tidak dikenakan sebarang
caj (bayaran) dan dalam kes-kes yang lain, lebih baik mengenakan caj satu harga
di bawah kos untuk meng- galakkan penggunaan penuh kemudahan itu.9Dalam
jangka masa pan- jang hanya kerajaan saja mampu mengendalikan industri-industri
yang merugikan. Soal utama ialah, bahawa keputusan-keputusan berkenaan dengan
penentuan harga, output dan perluasan perkhidmatan-perkhid- matan infrastruktur
begitu penting sekali kepada seluruh ekonomi, oleh itu kerajaan harus
bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan itu.
Meskipun kerajaan tidak diharuskan membuat
keuntungan, tetapi kos-kos serta faedah-faedah projek pelaburan yang
dicadangkan harus dipertimbangkan dengan teliti. Teknik untuk melakukan ini
dipanggil analisa kos-faedah.I0Setengah-setengah masalah praktis
dalam meng- anggarkan kos dan faedah telah pun dibincangkan dalam Bab 28.
Satu lagi kesukaran dalam konteks negara
yang kurang maju ialah saling bergantung antara bidang pengangkutan,
perkilangan, tenaga (kuasa elektrik) dan industri yang lain. Faedah yang
dihasilkan oleh sebuah “grid tenaga” dua puluh tahun dari sekarang bergantung
kepada bilangan industri yang menggunakan tenaga telah ditubuhkan pada masa
itu. Faedah daripada satu pemasangan perkilangan akan bergantung kepada sama
ada terdapat cukup buruh yang mahir untuk mengendali- kannya, cukup tenaga
untuk menjalankan mesin dan pengangkutan yang cukup untuk mengumpul bahan-bahan
mentah dan mengagihkan keluaran. Masalahnya ialah menganggarkan kadar hasil
bersama dari berbagai-bagai aktiviti moden, semuanya berkembang serentak pada
kadar-kadar tertentu yang telah diandaikan.
Kesulitan-kesulitan ini tidak bermakna
bahawa analisa kos-faedah tidak berguna. Sesuatu usaha untuk cuba membuat
perkiraan adalah lebih baik daripada membuat serkap jarang. Sebaik-baiknya,
seseorang mungkin dapat satu anggaran yang baik bagi pulangan-pulangan jang-
kaan. Keburukan daripada perkiraan ini mendedahkan perbezaan dalam maklumat,
menjelaskan pendapat dan gerak hati (firasah) yang terlibat dalam sebarang
keputusan.
Satu analisa strategi yang umum ialah sama
ada lebih baik untuk terlebih dulu ataupun dikemudiankan membuat pelaburan
dalam modal overhed sosial (SOC) daripada pelaburan dalam perkilangan dan dalam
aktiviti-aktiviti produktif langsung (DPA) yang lain. Pertanyaan ini telah
dikemukakan terutamanya oleh Hirschman11 yang mana beliau
mengistilahkan cara yang dahulu itu sebagai pembangunan keupayaan berlebihan
(dalam modal overhed sosial) dan yang terkemudian, beliau mengistilahkan
sebagai pembangunan melalui kekurangan.
Strategi pertama melibatkan pembinaan
jalan keretapi, lebuh-lebuh raya, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan loji-loji
kuasa terdahulu daripada permintaan serta-merta (immediate demand), dengan
harapan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan ini akan menimbulkan pelabur- an
dalam industri-industri kegiatan produktif langsung. Ini adalah satu strategi
yang selamat dalam ertikata bahawa pada akhirnya negara itu akan berkembang
secukupnya untuk menggunakan pelaburan-pelaburan overhed ini. Kesukarannya
ialah keupayaan yang berlebihan ini hanya mempunyai kesan membiarkan
daripada kesan memaksakan. Seseorang tidak boleh pastikan betapa
cepatnya sesuatu kegiatan produktif secara langsung bermula. Jika kegiatan yang
lambat memakan masa yang lama, kemudahan-kemudahan itu boleh merosot nilainya
kerana kurang digunakan dan setengah-setengah daripada pelaburan pramasa (belum
matang) akan terbuang sahaja.
Cara yang berlawanan ialah dengan
mendorong seberapa cepat yang boleh pelaburan dalam kegiatan produktif secara
langsung, yang akan meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan
kemu- dahan awam. Oleh yang demikian apabila kekurangan dalam perkhid- matan
ini menjadi nyata, teruskan saja dengan pelaburan modal overhed sosial untuk
mengatasi kekurangan-kekurangan itu. Kebaikan daripada turutan yang memaksa ini
ialah, jika langkah pertama yang diambil beijaya, yang kedua juga dijangka akan
beijaya. Apabila jalan-jalan pengangkutan dan output tenaga tidak mencukupi
akan terdapat tekanan politik untuk membuat sesuatu mengenainya dan langkah-
langkah yang perlu akan diambil hampir-hampir secara automatik. Keburukannya
dapat dihhat melalui pelaburan modal overhed sosial yang memakan masa yang
begitu panjang sekah, suatu perluasan yang dilaksanakan hanya sesudah ketaranya
kekurangan-kekurangan bererti kekurangan-kekurangan ini akan berterusan untuk
beberapa tahun. Kewujudan halangan-halangan ini akan mempunyai satu kesan yang
tidak menggalakkan terhadap pelaburan produktif selanjutnya.
Meskipun terdapat kesulitan-kesulitan ini,
Hirschman menyimpulkan bahawa strategi yang kedua lebih disukai secara umum:
….jika kita
anugerahkan sesebuah negara yang kurang maju dengan rangkaian lebuh raya kelas
pertama, kemudajian elektrik-hidro yang meluas dan barangkali
kemudahan-kemudahan pengairan, boleh- kah kita pasti bahawa kegiatan
perindustrian dan pertanian akan berkembang sesudah terdapat kemajuan-kemajuan
ini? Tidakkah kurang risikonya dan lebih menjimatkan kalau kita mempastikan
dahulu kegiatan seperti sedemikian. . . dan kemudian biarkan tekanan-tekanan
yang terjadi sebagai akibat daripada ini menentukan belanja-belanja dan lokasi
yang sesuai bagi modal overhed sosial? Sebagai contoh dan urut- an jenis ini,
seseorang boleh menyebut pembangunan Jepun, Turki dan pada sebahagian besarnya
K.R.S.S.
Pelaburan Manusia: Pendidikan
Berkait rapat dengan pelaburan dalam modal
overhed fizikal ialah perbelanjaan ke atas kesihatan awam, pendidikan, latihan
teknik dan perkara lain yang meningkatkan mutu tenaga buruh. Ini biasa dikelas-
kan sebagai perbelanjaan semasa di dalam belanjawan-belanjawan kerajaan dan
dianggap sebagai satu tambahan kepada penggunaan; tetapi ia mengandungi satu
unsur pelaburan yang penting menjadikan tubuh badan manusia lebih kuat,
mempunyai pengetahuan yang lebih dan lebih banyak kemahiran teknik untuk
meningkatkan keupayaan produktif mereka sama seperti apabila mereka diberikan
alat-alat dan kelengkapan yang lebih, rapi dan teliti.
Persamaan antara pelaburan dalam modal
overhed sosial dengan pelaburan dalam manusia sebenamya memang menarik
perhatian. Kebanyakan negara menganggap kedua-duanya sebagai fungsi-fungsi
biasa kerajaan. Kedua-duanya mempunyai kesan-kesan berfaedah yang luas di
seluruh ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan industri yang lain. Dalam
kedua-dua kes, keluaran sosial daripada pelaburan ini adalah lebih besar
daripada faedah swastanya. Akibatnya terdapat bahaya kurang pelaburan, yang
hanya boleh dihindarkan oleh kerajaan melalui tindakan yang bijak.
Pelaburan manusia menimbulkan dua
pertanyaan. Pertama, berapa banyakkah yang harus dibelanjakan oleh
kerajaan dalam hal ini? Seseorang boleh menjawab dengan pasti “Lebih daripada
yang biasa dibelanjakan”. Meskipun di Amerika Syarikat, dengan sistem
pendidikan- nya yang teliti, hasil daripada pelaburan dalam pendidikan masih
tinggi. Seseorang akan menjangka bahawa ianya adalah lebih tinggi di negara-
negara yang kemudahan-kemudahan pendidikannya terlalu terhad. Nampaknya ada
kemungkinan bahawa di kebanyakan negara terdapat pelaburan berlebihan (secara relatif) dalam modal “bahan” dan kurang
pelaburan untuk menaikkan kapasiti produktif peribadi.
Sungguhpun tingkat kemajuan pendidikan
berbeza antara negara- negara yang kurang maju, situasi yang khusus adalah
seperti berikut: kebanyakan kanak-kanak beijaya naik ke beberapa peringkat
daijah di sekolah rendah asas, tetapi pelajaran yang didapati hanya sedikit saja
menyebabkan mereka dengan cepat kembali semula kepada keadaan buta huruf.
Bilangan yang tamat sekolah rendah lebih kecil daripada bilangan yang
memasukinya pada mula-mula. Bilangan penuntut sekolah tinggi sangat kecil dan
ia merupakan satu golongan aristokrat yang mempunyai pendidikan seperti yang
benar berlaku di negara-negara barat satu abad dahulu. Peratusan anak muda yang
memasuki kolej sangat kecil dan mereka pada sebahagian besarnya terdiri
daripada golongan ekonomi atasan.
Untuk memperluaskan tingkat-tingkat
piramid pendidikan yang paling tinggi merupakan satu tugas yang berat. Halangan
utama ter- hadap perluasan ini ialah kekurangan yang nyata dalam bilangan guru-
guru pada tiap-tiap tingkat. Siswazah-siswazah sekolah tinggi tidak mencukupi
untuk memperkembangkan dengan pesatnya penawaran guru-guru sekolah rendah.
Begitu juga kekurangan bilangan siswazah- siswazah kolej, untuk mengajar pada
peringkat sekolah tinggi. Halangan yang paling serius ialah dalam keupayaan
untuk memberi latihan di peringkat sekolah tinggi. Di setengah-setengah negara,
dengan tujuan untuk memperkembangkan pendidikan di peringkat sekolah rendah
pada satu kadar yang diingini, menyebabkan semua siswazah-siswazah sekolah
tinggi telah diambil sebagai tenaga pengajar tiap-tiap tahun. Tetapi,
siswazah-siswazah ini juga diperlukan dalam gunatenaga di pejabat-pejabat
(keija-keija kolar putih) dan sebagai bakal-bakal pelajar kolej. Ini bermakna
sebenamya hanya satu jumlah yang kecil sahaja memasuki bidang perguruan.
Rintangan-rintangan nyata terhadap
perkembangan pendidikan juga ketara sebagai konstren kewangan. Kira-kira empat
perlima daripada kos-kos pendidikan di negara-negara ini adalah kos gaji guru.
Oleh kerana tefdapat kekurangan guru, gaji-gaji mereka lebih tinggi relatif kepada
tingkat upah umum daripada yang benar-benar terdapat di negara-negara yang
sudah maju. Ini menghadkan bilangan guru-guru yang boleh di- gajikan dengan
belanjawan kerajaan yang tersedia. Walaubagaimanapun, sekiranya desakan untuk
memperkembangkan pendidikan beijaya, masalah pembiayaan akan berkurang mengikut peredaran
masa. Dengan bertambahnya aliran siswazah-siswazah lepasan sekolah tinggi dan
kolej, kenaikan dalam penawaran guru-guru secara beransur-ansur akan me-
ngurangkan gaji-gaji relatif mereka dan membenarkan lebih ramai guru untuk
digajikan daripada satu belanjawan yang telah disediakan. Meng- ambil bekeija
lebih ramai guiu akan terus meningkatkan lagi aliran siswazah-siswazah dan
seterusnya dalam suatu “putaran suci” (virtuous circle).
Soalan kedua ialah bagaimanakah
sumber-sumber yang tersedia untuk pendidikan harus diperuntukkan. Isu yang asas
ialah sejauh manakah — atau secepat manakah — seseorang harus bergerak ke arah
keadaan boleh membaca secara biasa untuk semua kanak-kanak dalam usia di
pering- kat sekolah rendah berbanding dengan pendidikan sekolah tinggi dan
kolej yang mengambil masa yang panjapg (lama) untuk sebilangan pela- jar yang
lebih kecil. Terdapat juga isu pendidikan “liberal” berlawanan dengan
pendidikan teknik. Dalam suatu istilah “pengajaran politik” dan kebudayaan
peribadi, seseorang mungkin ingin lebih ramai orang yang boleh tamat sekolah
tinggi akademik dan kolej “liberal arts”. Tetapi dalam ertikata faedah daya
pengeluaran maksimum, seseorang mungkin menghujahkan bahawa latihan yang lebih
banyak yang memerlukan kemahiran-kemahiran tangan dan perkeranian di adakan di sekolah
dan lebih banyak latihan teknik dan latihan profesional diberikan di pering-
kat kolej. Isu-isu ini penting meskipun di negara-negara kaya. Di negara-
negara yang miskin isu-isu ini sangat penting oleh keranajumlah sumber- sumber
yang tersedia untuk pendidikan begitu terhad sekali.
PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN
Perkembangan pengilangan, secara mutlak
dan juga sebagai satu peratus- an daripada KNK, biasanya mengiringi pertumbuhan
ekonomi. Apabila pendapatan per kapita naik, penggunaan pekilang naik pada
kadar yang tinggi. Tambahan pula bahagian penggunaan yang dibekalkan oleh
pengeluar-pengeluar dalam negeri bertambah besar dan bahagian yang dibekalkan
oleh import bertambah kurang.
Konstren yang asas ke atas perkembangan
perindustrian ialah saiz pasaran dalam negeri. Untuk seseorang mendapatkan
kecekapan yang berpatutan dalam bidang pengeluaran memerlukan saiz loji yang
minimum. Saiz minimum yang berkemungkinan (boleh laksana) ini mungkin kecil,
seperti dalam industri pakaian, atau agak besar, seperti dalam industri keluli
asas atau pembersihan minyak. Tidak menjimat- kan untuk menubuhkan industri
yang baru sehingga terdapat perminta- an yang cukup untuk membeli output sebuah
loji yang bersaiz cekap. Hirschman telah mengemukakan bahawa sebuah industri baru
boleh dimulakan apabila permintaan telah sampai ke tingkat separuh keupaya- an
sebuah loji yang cekap. Sekiranya ekonomi sedang berkembang, permintaan akan
meningkat ke tingkat keupayaan dalam tempoh yang berpatutan. Melalui peredaran
masa, permintaan akan membenarkan loji yang kedua dan yang ketiga dan
seterusnya, untuk menjalankan keiidaliannya.
Industri-industri yang mula-mula didirikan
di sebuah ekonomi muda ialah industri-industri berskel kecil yang boleh
bersesuaian dengan pasaran dalam negeri yang kecil. Mereka juga biasanya
merupakan industri-industri yang dapat menjalankan kendalian dengan sendirinya
(self-contained) yang mengunakan bahan-bahan mentah tempatan dan boleh
berkembang dengan sendirinya tanpa bantuan daripada industri- industri lain.
Contoh terbaik ialah prosesan bahan-bahan mentah pertanian oleh kilang-kilang
tepung, kilang gula, kilang membuat bir, kilang-kilang kapas (memisah kapas
dari bijinya), loji-loji merendang kopi dan sebagainya. Relau untuk membakar
batu-bata, loji-loji simen, kilang-kilang papan dan kuari-kuari batu juga
termasuk dalam golongan ini. Begitu juga kedai-kedai menyamak dan menjual
kulit, kedai-kedai pakaian dan kedai-kedai yang membuat alat-alat pertanian dan
perkakas- perkakas dapur dari logam.
Peringkat yang kedua ialah perkembangan ke
arah lebih banyak jenis-jenis industri barang pengguna, biasanya membuat
pengkhususan di dalam satu peringkat daripada suatu urutan perkilangan dan oleh
yang demikian bergantung antara satu sama lain untuk bekalan-bekalan dan saluran-saluran
pasaran. Penggantian barang-barang import dengan pengeluaran dalam negeri
selalu berlaku dengan menempuh satu urutan proses-proses yang berkait. Sebuah
negara sedang mengimport, katakan pakaian rayon dan nilon. Sebagai langkah
pertama, sebuah industri pakaian mungkin didirikan yang mana ia terus
menggunakan kain yang diimport. Berikutnya, kilang-kilang kain mungkin
didirikan dan negeri tersebut masih lagi menggunakan gentian-gentian yang
diimport. Kemudian, kemudahan-kemudahan untuk mengeluarkan gentian sinte- tik
boleh dibina, menggunakan bahan-bahan kimia yang diimport. Apabila industri
tersebut berkembang bahan-bahan kimia itu lama-kelamaannya mungkin dikeluarkan
di dalam negeri dan ini bererti penggantian sudah pun lengkap.
Hirschman telah menghujahkan bahawa pertalian
ke belakang jenis ini merupakan satu sifat yang penting dalam pertumbuhan
awal sesebuah industri. Sesebuah industri yang mengeluarkan barang-barang siap
pengguna mesti mempunyai bahan-bahan untuk dikeijakan, dan apabila ia sudah
menjadi cukup besar untuk menggunakan output sebuah loji pengeluar bahan
tempatan yang bersaiz cekap, secara kebetulan loji ini akan didirikan.
Lama selepas itu perkembangan
industri-industri kejuruteraan yang ringan mengeluarkan mesin-mesin tani, mesin-mesin
industri yang lebih kecil, motor-motor elektrik, pam-pam dan kompres-kompres,
motosikal dan akhirnya akan mengeluarkan automobil dan trak. Negara-negara yang
kurang maju yang lebih besar bercita-cita hendak memasang sendiri automobil,
trak dan bas-bas di dalam negeri. Enjin-enjin dan kebanyakan komponen-komponen
yang lain biasanya diimport pada mulanya. Walau bagaimanapun, secara
beransur-ansur, semakin banyak kompo- nen dikeluarkan di dalam negeri sekali
lagi satu persatu — diusahakan sehingga akhirnya 90% daripada jenis-jenis
kenderaan dikeluarkan di dalam negeri.
Akhirnya wujud industri-industri asas yang
berskel besar — keluli asas dan loji-loji yang mengeluarkan logam, bahan-bahan
kimia perindustrian, kompleks-kompleks pertrokimia, pembinaan kapal, pengeluaran
kapal terbang, mesin-mesin industri yang bersaiz besar dan kelengkapan untuk
merata dan mengangkat tanah. Industri-industri tersebut hanya sesuai di
negara-negara yang mempunyai saiz ekonomi yang besar sama ada kerana bilangan
penduduknya yang sangat besar (India, China) atau pendapatan per kapitanya
tinggi (Amerika Syarikat, Perancis, Kanada) ataupun kerana sesuatu kombinasi
daripada kedua- dua yang disebutkan di atas.
Oleh kerana saiz pasaran yang kecil
merupakan faktor utama yang inenghadkan kemajuan perindustrian, satu
kemungkinan yang nyata ialah untuk beberapa buah negara yang kurang maju
menggabungkan pasaran-pasaran mereka dengan menubuhkan satu kawasan perdagangan
bebas atau “pasaran bersama”. Beberapa tahun yang lalu, negara-negara di Amerika
Tengah telah melaksanakan satu rancangan pasaran bersama. Langkah-langkah awal
telah diambil ke arah mewujudkan satu Daerah Perdagangan Bebas Latin Amerika
(LAFTA) termasuk kebanyakan daripada negara-negara di Selatan Amerika. Begitu
juga langkah- langkah yang berhati-hati telah diambil untuk tujuan ini oleh
satu kumpulan negara-negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Negeri Thai,
Filipina dan (kebelakangan ini) Indonesia.
Satu halangan yang serius ialah bahawa
negara-negara yang kurang maju sendiri berada pada peringkat-peiingkat yang
tidak sama di bidang perindustrian; dan bagi negara yang kurang aktif di bidang
perindustrian ingin mendapatkan perlindungan daripada menghadapi persaingan
rakan-rakan mereka yang lebih maju di bidang tersebut. Peru tidak mahu
industri-industri mudanya dimusnahkan oleh import-import dari Brazil dan Chile.
Uganda dan Tanzania mahu menambahkan industri- industri tempatan mereka untuk
bersaing dengan industri-industri yang telah lebih lama ditubuhkan di Kenya;
dan pasaran bersama yang wujud untuk negara-negara ini semasa zaman penjajahan
British banyak yang telah lenyap. Nasionalisme dan perasaan takut dan benci
terhadap orang asing (xenophobia) merupakan pengaruh-pengaruh yang kuat,
terutama sekali apabila digabungkan dengan kepentingan-kepentingan perniagaan
tempatan. Negara-negara Eropah Timur, yang tidak menghadapi seba- rang tekanan
perniagaan swasta dan yang dikatakan berkait dengan satu ideologi yang sama,
telah gagal dalam menyusun peraturan-peraturan tentang pengkhususan dan
perdagangan yang cekap.
Kebanyakan industri di kebanyakan negara
yang kurang maju dijalankan oleh ahli-ahli perniagaan swasta. Oleh itu
mengapakah kerajaan harus mengadakan sebarang “dasar perindustrian”? Kenapa
tidak biarkan sahaja ahli-ahli perniagaan menubuhkan industri-industri yang
memenuhi ujian keuntungan pasaran?
Mereka yang memulakan industri-industri
baru biasanya meminta berbagai-bagai jenis bantuan dari kerajaan:
konsesi-konsesi cukai bagi kendalian di tahun-tahun yang awal, perlindungan
tarif daripada persaingan asing, peruntukan pertukaran asing untuk mengimport
mesin dan bahan-bahan, pinjaman-pinjaman daripada sesebuah bank pembangunan
kerajaan untuk menambahkan sumber-sumber mereka sendiri. Permintaan bantuan
seperti ini biasanya melebihi apa yang mampu diberi oleh kerajaan. Seseorang
mesti memutuskan bahawa penubuhan perusahaan-perusahaan A, B dan C adalah lebih
digemari daripada perusahaan-perusahaan K, L dan M. Tanpa menggunakan sesuatu
kriteria tertentu dalam membuat keputusan, mereka tetap akan membuat keputusan
tanpa keterangan yang cukup dan selalu berubah- ubah fikiran dan melakukan
rasuah.
Perkiraan kos dan hasil persendirian tidak
semestinya akan menun- jukkan keuntungan sosial sesebuah industri baru.
Perkiraan-perkiraan persendirian berdasarkan kepada harga-harga pasaran faktor
dan keluaran. Tetapi diberi pasaran-pasaran yang tidak sempurna di kebanyakan
negara yang kurang maju, harga-harga ini mungkin tidak membayang- kan dengan
tepat kos-kos dan faedah-faedah sosial. Buruh kerap ditentukan pada harga yang
terlalu rendah, sementara modal dan pertukaran asing ditetapkan pada harga yang
terlalu rendah.
Keputusan-keputusan tentang pelaburan
persendirian dibuat antara syarikat dengan syarikat. Walau bagaimanapun dari
sudut pandangan negara, ada baiknya untuk melihat perhubungan industri-industri
di dalam sebuah ekonomi yang sudah berkembang. Pelaburan baru dalam sebuah
industri mungkin menguntungkan, sekiranya hanya industri- industri tertentu
yang berkait juga sedang berkembang pada kadar- kadar yang berpatutan.
Perkembangan industri boleh memberikan faedah-faedah tak langsung kepada
industri-industri B, C dan D. Ini amat berharga kepada ekonomi negara meskipun
industri-industri itu tidak menambahkan keuntungan industri A.
Dari sudut pandangan negara, seseorang
hampir-hampir tidak dapat mengira keuntungan tiap-tiap tindakan pelaburan
secara berasingan. Mengira keuntungan bersama “ikatan-ikatan” alternatif
projek-projek yang saling berkait adalah lebih berguna.
Oleh yang demikian, pengawasan yang
bijaksana oleh kerajaan dalam pembangunan industri adalah berdasarkan
sebab-sebab yang berasas. Tetapi ini tidak pula bererti bahawa kerajaan perlu
memiliki dan mengen- dalikan industri-industri baru ini. Terdapat banyak cara
yang mungkin bagi menggabungkan inisiatif persendirian dengan kawalan dan
sokongan kerajaan.
Selalunya dihujahkan bahawa ahli
perniagaan yang berpotensi me- mang sangat kurang di negara-negara yang kurang
maju. Sia-sia sahaja untuk membuat rayuan kepada para pengusaha persendirian
oleh kerana ianya tidak wujud. Saranan ini nampaknya agak meragukan. Memang
benar, dikebanyakan negara ini, memiliki tanah, berkhidmat dalam perkhidmatan
awam dan menceburkan diri dalam bidang-bidang peker- jaan akan memberikan
prestij yang amat besar dan perniagaan bukanlah satu pekeijaan yang sesuai
untuk seorang yang berpendidikan, baik secara kecil-kecilan. Tetapi biasanya
ada terdapat setengah-setengah orang:- saudagar-saudagar, banker-banker,
pengendali-pengendali industri kraftangan dan perkhidmatan secara kecil-kecilan
— yang agak berminat hendak menambah untung mereka yang kecil itu kepada yang
lebih besar. Mereka ini mungkin tidak begitu ketara tetapi kedudukan mereka
yang tidak nyata merupakan pengesahan seseorang usahawan yang sedang meningkat
naik. An da akan mengetahui bahawa ia wujud hanya sesudah ia telah muncul dan
mempergunakan sesuatu kesempatan yang menguntungkan dengan sebaik-baiknya.
Sikap kerajaan yang baik mungkin boleh membuka penawaran-penawaran yang agak
besar dalam menghasilkan bakal-bakal ahli perniagaan, yang kerap berkelakuan
tidak sopan dan berpelajaran rendah, tetapi pin tar dan cekap dalam tindak
balas mereka terhadap insentif-insentif ekonomi.
Hujah utama mengatakan kerajaan bergantung
dengan banyaknya kepada inisiatif swasta disebabkan kerajaan tidak mempunyai
kaki- tangan untuk menjalankan tugas itu. Hanya sebahagian kecil pentadbir yang
cekap diagihkan dengan luas; dan terlalu banyak perkara yang mesti dilakukan
oleh mereka. Mereka mesti menaikkan cukai, meme- lihara undang-undang dan
peraturan, menyediakan perkhidmatan- .perkhidmatan awam yang asas, memajukan
infrastruktur ekonomi, merumuskan dan menggunakan berbagai-bagai jenis dasar
ekonomi. Jika sebagai tambahan mereka terus mencuba menceburkan diri dalam bidang
pengurusan perkilangan, perdagangan dan perusahaan-perusahaan perkhidmatan,
sesebuah perusahaan baru mungkin memulakan kenda- liannya pada suatu kadar yang
perlahan, dan kemungkinan pengurusan perusahaan-perusahaan ini mungkin tidak
begitu beijaya dan tidak cekap. Sebaliknya, sekiranya pentadbir-pentadbir
kerajaan sanggup menggalakkan inisiatif swasta di bidang-bidang ini, mereka
mungkin boleh menaikkan jumlah penawaran bakal-bakal ahli pentadbir dengan agak
banyak ataupun apa yang dipanggil oleh Hirschman “kemampuan membuat
keputusan”. Tambahan pula pendekatan ini boleh meningkatkan kadar pembentukan
modal. Di sektor swasta, sekalipun wang ditabung dalam vakum (in vacuo) dan
kemudian baru dicari-cari peluang-peluang pelaburan tetapi urutannya kerapkali
berlaku sebaliknya. Tanggapan mengenai sesuatu peluang pelaburan itulah yang
kemudiannya menyebabkan usahawan dan sekutu-sekutunya cenderung untuk membuat
tabungan dan juga membuat pelaburan semula untung- untung perniagaan.
Proses untuk menggalakkan perusahaan-perusahaan
kecil berkembang menjadi lebih besar, memang tidak boleh dilaksanakan dalam
kebanyakan jenis perkilangan berat; tetapi walau bagaimanapun industri-
industri ini terlibat agak lewat dalam urutan pembangunan, disebabkan skel
optimum yang besar industri-industri tersebut memerlukan pasaran yang besar. Ia
merupakan suatu proses yang perlahan, yang kelihatan tidak begitu menarik
perhatian bagi mereka yang mimpikan untuk menikmati kemakmuran di bidang
perindustrian dengan cepat. Tetapi adakah terdapat sebarang altematif yang
realistik? Tidakkah pertumbuhan ekonomi sebenar tentu sekali meningkat secara
perlahan-lahan (berperingkat-peringkat), sepertimana yang berlaku di dalam
ekonomi- ekonomi industri yang lebih kaya dan yang sudah lama.
Pembangunan melalui sistem pasaran memang
bersesuaian dengan beijenis-jenis kegiatan pelengkap oleh kerajaan yang memang
memerlu- kannya. Penyediaan infrastruktur fizikal, serta pendidikan dan latihan
teknik, telah pun disebutkan. Sebagai tambahan, di mana skel loji yang optimum
adalah besar, kerajaan mungkin terpaksa memainkan peranan yang penting dalam
menggerakkan modal untuk pelaburan pengilangan. Sekarang banyak negara
mempunyai bank-bank pembangunan yang dibenarkan untuk membeli saham
perusahaan-perusahaan industri ataupun memberi pinjaman-pinjaman jangka
panjang kepada perusahaan-perusahaan industri ini. Salah satu contoh yang
terkenal sekali ialah National Financera di Mexico. Pertubuhan ini
mengumpul wang dengan menjual bon-bonnya sendiri, yang mempunyai pengkadar- an
kredit yang baik di dalam pasaran kewangan. Ia kemudian menggunakan dana-dana
itu untuk memperolehi pemilikan sebahagian daripada berbagai-bagai jenis
perniagaan swasta. Kecuali hakikat yang mengatakan bahawa National Financera
adalah milik awam, kendalian- nya adalah serupa dengan kendalian bank-bank
pelaburan swasta di negara-negara industri yang lebih matang.
tindak balas yang agak besar terhadap
“penggantian import” yang tak terkawal. Kajian-kajian yang teliti oleh Balassa,
Myint dan lain-lain mengemukakan bahawa negara-negara yang telah mengikut
dasar-dasar perdagangan yang bijaksana dan “mempunyai pandangan luas” telah
mencapai kemajuan yang lebih baik pada masa generasi yang lalu ber- banding
dengan negara-negara yang terlalu banyak menerima perlindungan.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Hampir tiap-tiap buah negara yang sudah
maju ataupun yang kurang maju, melibatkan diri pada sesuatu had dalam
perancangan ekonomi negara. Tetapi “perancangan” merupakan satu istilah yang
mengeliru- kan, yang boleh mempunyai banyak erti. Pada suatu istilah yang eks-
trim, ia mungkin bermakna satu telahan (projection) arah-arah ahran yang
diingini dalam jumlah output, gunatenaga dan sebagainya, tanpa apa-apa
mekanisme kawalan selain daripada alat-alat dasar kewangan dan fiskal. Suatu
contoh ialah telahan-telahan ekonomi Amerika yang terbit tiap-tiap bulan
Januari dalam Economic Report of the President. Pada suatu lagi istilah
yang ekstrim ialah rancangan-rancangan pengeluaran yang terperinci, digunakan
di K.R.S.S., yang telah pun dibincang- kan dalam Bab 4 (Jilid 1).
Negara-negara yang kurang maju berada
antara dua istilah yang ekstrim ini. Rancangan-rancangan mereka sebenarnya
bukan saja bermaksud untuk menjadi sebagai suatu telahan semata-mata tetapi lebih
daripada itu; tetapi oleh kerana ekonomi-ekonomi mereka dikuasai oleh pihak
swasta, kaedah-kaedah perancangan Soviet tidak boleh dipenggunakan. Tambahan
pula, banyak negara yang kurang maju mempunyai rancangan- rancangan yang
dijangka akan dapat memberikan kesanyang mendalam, tetapi sebenarnya sedikit
sahaja yang dilakukan dalam amalan. Memang cukup mudah untuk menyiapkan satu
dokumen rancangan, tetapi lebih sukar hendak membina satu organisasi
perancangan. Ini memberikan bilangan kakitangan teknik yang agak besar,
sokongan yang kukuh daripada Presiden atau Perdana Menteri dan koordinasi yang
berkesan dengan jabatanjabatan tetap kerajaan. Hanya sejumlah kecil sahaja
negara-negara mempunyai alat perancangan yang berkesan di masa kini.
Unsur-unsur utama di dalam sebuah
rancangan pembangunan ialah:
Suatu telahan jumlah agregat dalam
ekonomi. Ini biasanya dibuat
untuk 5 tahun ke hadapan dan termasuk
jumlah output, agihan output mengikut sektor utama, penggunaan swasta, tabungan
swasta, wang masuk (resit) dan perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan, eksport dan
import dan seterusnya. Suatu penghadan yang serius ialah bahawa kebanyakan
negara kekurangan statistik-statistik ekonomi yang boleh dipercayai. Ini
menjadikannya sukar hendak menentukan apa yang telah teijadi pada masa lalu dan
begitu juga tentang apa yang patut diharapkan di masa hadapan.
Tetapi angka-angka itu bukan semata-mata
satu telahan mekanikal mengenai arah-arah ahran yang dahulu. Ia juga
mengandungi unsur “maksud” dan penentuan sasaran. Sasaran-sasaran bagi output
dan pelaburan secara khusus dititikberatkan pada tingkat yang lebih tinggi
daripada apa yang terlaksana oleh ekonomi itu sejak kebelakangan ini. Sejauh
manakah bijak untuk menentukan sasaran-sasaran, ini merupakan satu keputusan
daripada segi politik yang penting. Hingga ke suatu titik, sasaran-sasaran yang
lebih tinggi mungkin dapat menolong me- ngerahkan tenaga tempatan dan
memperolehi bantuan asing. Tetapi mereka tidak harus menjadi sebegitu tinggi
sekali sehingga prestasi sebenar jatuh lebih rendah daripada sasaran-sasaran
itu. Kalau tidak kerajaan akan kehilangan kepercayaan daripada pihak tertentu
di dalam dan di luar negeri.
Di samping itu untuk menjadikan
telahan-telahan dapat diterima ia mestilah konsisten. Tabungan dan pelaburan mesti
seimbang; per- belanjaan kerajaan yang berancang mesti dibiayai daripada
pencukaian ataupun daripada pinjaman; keperluan-keperluan import mesti ditutup
oleh perolehan-perolehan daripada eksport campur bantuan-bantuan asing dan
pinjaman-pinjaman asing. Masalah mengenai keadaan yang konsisten ini boleh
dirangka dalam istilah ilmu matematik dan diselesai- kan dengan menyelesaikan
satu set persamaan-persamaan serentak. Dalam amalan, ahli-ahli lembaga
perancangan biasanya menggunakan kaedah-kaedah yang lebih primitif “memotong
dan memadankan”. Jika tabungan jangkaan kurang daripada keperluan-keperluan
pelaburan pada kali pertama anggaran dibuat, oleh itu sumber-sumber tabungan
lain dicari dan setengah-setengah angka pada bahagian tabungan dalam imbangan
tabungan dan pelaburan boleh dinaikkan. Jika masih terdapat satu kekurangan,
setengah-setengah butiran pelaburan mesti dikurang- kan. Begitu juga untuk
imbangan hasil dan perbelanjaan kerajaan dan “key pieces of the jigsaw” yang
lain.
Sasaran-sasaran untuk pelaburan dan
pengeluaran swasta. Rancangan-rancangan
pembangunan biasanya diakui lengkap, meliputi pelaburan dan output dalam semua
sektor. Sebenarnya, kerajaan tidak boleh mengawal perbelanjaan-perbelanjaan
swasta sebegitu rapi seperti ia mengawal perbelanjaan-perbelanjaannya sendiri.
Apa yang berlaku di sektor swasta bergantung kepada keputusan-keputusan ramai
petani, pekilang-pekilang dan ahli-ahli perniagaan yang lain. Walau bagaimana-
pun, kerajaan boleh mempengaruhi keputusan-keputusan ini, melalui cukai dan
subsidi, tarif-tarif, kawalan pertukaran asing dan langkah- langkah lain.
Berfaedah untuk mempunyai satu gambaran mengenai apa yang menjadikan
pertumbuhan yang memuaskan dan kosisten secara dalaman dalam ekonomi swasta
meskipun sementara ini terpaksa meng- akui bahawa apa yang berlaku mungkin
berlainan dari jangkaan-jang- kaan..
Perhatian khusus diberikan kepada kemajuan
dalam perkilangan, yang dijangka akan berkembang dengan lebih cepat daripada
KNK di peringkat-peringkat awal pembangunan. Ini melibatkan mula-mula sekaU,
satu analisa mengenai industri-industri manakah yang berupaya memperolehi satu
pasaran yang cukup pada tingkat-tingkat kos yang berpatutan di masa depan yang
boleh diketahui lebih dahulu; dan kedua, mereka satu sistem insentif yang akan
menggalakkan pelaburan di dalam industri-industri ini. Memang pertanian
merupakan sektor yang terbesar dan yang mempunyai masalah paling besar juga.
Memenuhi sasaran output dalam sektor ini memerlukan langkah-langkah yang telah
pun dihuraikan lebih awal dalam bab ini dan meskipun dengan usaha yang terbaik,
perubahan-perubahan dalam cuaca mungkin boleh meng- hasilkan banyak perbezaan
di antara rancangan-rancangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.
Satu rancangan untuk meningkatkan dan
menggunakan dana-dana dalam sektor awam. Untuk tujuan-tujuan praktis, ini merupakan pusat
rancangan, oleh kerana ia meliputi perkara-perkara di bawah kawalan langsung
kerajaan. Sebahagian besar anggaran untuk sektor swasta adalah campuran tekaan,
harapan dan peraga hias (window dressing). Tetapi kerajaan harus dapat mencapai
rancangan-rancangan belanjawan- nya sendiri. Jika ia dapat berbuat demikian,
latihan boleh dianggap sebagai satu perancangan kejayaan. Memang perlu, untuk
mengadakan lebih daripada hanya satu jadual yang baik mengenai hasil-hasil dan
perbelanjaan yang dijangka. Seseorang perlu jentera belanjawan yang berkesan di
dalam kerajaan dan ini tidak mudah hendak ditubuhkan.
Sumbangan berguna terpentjng yang boleh
dibuat oleh sesebuah badan perancang ialah memperbaiki peruntukan dan
penggunaan dana- dana awam. Sesebuah organisasi perancang yang kukuh boleh
memujuk jabatan-jabatan kerajaan dan perbadanan-perbadanan awam supaya melihat
beberapa tahun ke hadapan dan tidak hanya satu tahun sahaja, untuk membuat
perkiraaan-perkiraan kos-faedah yang lebih baik bagi projek-projek pelaburan
yang telah dicadangkan dan untuk menyelaras- kan rancangan-rancangan mereka
dengan rancangan-rancangan jabatan dan agensi yang berkait. Ia boleh memberikan
ketua kerajaan suatu pandangan yang bebas berkenaan cara yang terbaik untuk
membah'agi- kan “pie” belanjawan. Ia boleh membuat kawalan-kawalan sebagai
ekoran untuk melihat sejauh manakah rancangan-rancangan yang telah diluluskan
dalam belanjawan tahun ini sebenarnya dilaksanakan, bagaimanakah kos-kos
sebenar dibandingkan dengan kos-kos anggaran dan sebagainya. Ini semua mungkin
nampak nyata; tetapi apa yang nyata selalunya tidak dilakukan.
Konsep-konsep Baru
sektor moden
sektor tradisional
ekonomi dualistik
buruh lebihan
ekonomi infrakstruktur
kegiatan-kegiatan produktif secara
langsung
“enclave” eksport
ledakan penduduk
penggantian import
Ringkasan
Di dalam sebuah negara yang kurang maju
dengan buruh lebihan, pembangunan melibatkan pemindahan buruh daripada sektor
“tradi- sional” ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada
kegiatan-kegiatan moden dengan daya pengeluaran yang lebih tinggi.
Kadar penyerapan buruh dalam sektor moden
bergantung kepada kadar pembentukan modal, kadar perubahan teknik, arah (menggunakan
lebih modal atau lebih buruh) perubahan teknik dan perilaku tingkat upah.
kegiatan-kegiatan produktif secara
langsung “enclave” eksport ledakan penduduk penggantian import.
Untuk sesebuah negara yang mengikuti
sistem ekonomi campur- an, usaha awal membangunkan institusi-institusi ekonomi
yang akan mengalakkan dan memudahkan kegiatan, ekonomi swasta adalah perlu.
Mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk
merupakan suatu masalah utama dalam kebanyakan negara yang kurang maju.
Keperluan-keperluan pembangunan pertanian
termasuk: satu sistem hakmilik tanah yang menyediakan insentif-insentif untuk
petani; satu rancangan penyelidikan dan perluasan pertanian; bekalan-bekalan
benih, baja dan input-input fizikal lain yang cukup; dan pengangkutan,
kemudahan-kemudahan pemasaran, kredit serta perkhidmatan mem- bantu lain yang
juga cukup.
Pelaburan dalam infrastruktur fizikal
boleh diawasi sehingga se- suatu had, melalui analisa kos-faedah. Masalah
strategi yang utama ialah sejauh manakah hendak membina terlebih dahulu permintaan
serta- merta.
Pelaburan manusia melalui
kemudahan-kemudahan kesihatan yang diperbaiki, pendidikan umum, latihan teknik
dan profesional serta latihan sambil-keija berhak mendapat perhatian yang sama
seperti pelaburan fizikal.
Keuntungan sosial sesebuah industri
mungkin berbeza dengan keuntungan swastanya; dan ini berkehendakkan pengurusan
mengenai perindustrian. Tetapi perlindungan yang tidak bijak untuk semua industri
yang cekap atau tidak cekap, boleh melambatkan pembangunan.
Kebanyakan kerajaan negara yang kurang
maju boleh dan harus memungut lebih hasil cukai daripada yang mereka sedang
buat sekarang. Satu rancangan bersistem untuk meningkatkan dan memperuntukkan
hasil awam untuk satu tempoh beberapa tahun ke depan menjadi pusat apa yang
dipanggil “perancangan pembangunan.”
SENARAI HURAIAN KONSEP
A
Agihan
pendapatan mengikut fungsi Agihan bayaran-bayaran kepada faktor pengeluaran
mengikut jenis faktor itu.
Agihan
pendapatan perseorangan Agihan bayaran-bayaran pendapatan di kalangan isi
rumah, mengikut jumlah pendapatan yang diterima (biasanya dikira atas dasar
tahunan).
Agihan semula
pendapatan mela- lui sistem fiskal Penggunaan hasil cukai untuk bayaran-
bayaran pindahan kepada kum- pulan yang berpendapatan rendah.
Agihan semula
pendapatan mela- lui pasaran Lang*kah-langkah yang mengubah agihan permi- likan
faktor atau kadar-kadar pulangan kepada faktor.
Analisa
kos-faedah Teknik yang digunakan untuk menganggar- kan kos dan pulangan yang
di- perolehi melalui pengeluaran kerajaan; digunakan terutama- nya dalam
projek-projek pela
buran.
Arbitraj Membeli
sesuatu mata- wang dalam sesebuah pasaran dan menjualnya di dalam pasaran yang
lain untuk mendapat- kan keuntungan daripada per- bezaan dalam harga; boleh
juga digunakan dalam hal pembelian sekuriti-sekuriti dan barangan.
Asas cukai
Kuantiti yang digunakan sebagai asas untuk membuat taksiran cukai.
B
Bantuan
bersyarat Bantuan diberi daripada satu peringkat kerajaan yang lebih tinggi kepada
kerajaan yang rendah dengan syarat yang dikenakan ke atas kegunaan tertentu terhadap
dana-dana tersebut, ber- beza daripada pemberian bantuan tanpa syarat atau
pemberian bantuan kumpul.
Bantuan teknik
Penasihat-pena- sihat pakar dalam bidang teknik disediakan dengan percuma
kepada negara kurang maju oleh negara-negara
maju atau pertubuhan antarabangsa.
Barang awam Satu
barang yang dicirikan sebagai ‘non-appropriability’ atau tidak ada saing- an
dalam penggunaan atau kedua-duanya sekali.
Barang awam
kuasi Satu barang yang mempunyai unsur-unsur ‘keawaman’ yang kuat atau
mempunyai kesan-kesan luaran yang kuat.
Bayaran
pencemaran Cukai yang diasaskan kepada jumlah dan jenis pencemar-pencemar yang
dikeluarkan oleh seorang penge luar untuk menggalakkan pengurangan
pencemaran.
Bayaran pindahan
Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada individu-individu, biasanya dalam
bentuk tunai; dikira sebagai cukai negatif.
Beban cukai
(insidens cukai) Seseorang yang akhirnya membayar cukai setelah berlalu masa
untuk pelarasan.
Buruh lebihan
Memberikan mak- sud bahawa terdapat kemung- kinan para pekeija boleh di-
pindahkan daripada sektor tradisional kepada sektor moden tanpa sebarang
kerugian dalam output dalam sektor tersebut.
Buruh “vintage”
Satu ukuran input buruh yang mengambil-kira kualiti tenaga buruh yang bertambah
baik yang diukur berdasarkan kepada pencapaian pelajaran atau campuran pekerjaan.
C
Cadangan
simpanan (rezab) antarabangsa Suatu cara pemba-
yaran yang
diterima secara umum dalam penyelesaian imbangan di kalangan negara- negara;
seperti emas, dolar, paun, SDRs.
Cukai berkadar
Suatu cukai yang mengambil kadar jumlah yang sama daripada pendapatan pada
semua tingkat pendapatan.
Cukai eksais
Asasnya ialah jumlah atau nilai output, biasanya di peringkat perkilangan.
Cukai harta
Asasnya ialah nilai tanah dan bangunan-bangunan.
Cukai jualan
Asasnya ialah nilai jualan runcit, kadang-kadang dengan pengecualian barang
makanan atau barang-barang tertentu yang lain.
Cukai pendapatan
negatif Cadangan yang mengatakan bahawa semua keluarga berhak mendapat satu tingkat
pendapatan yang minimum, dilak- sanakan melalui bayaran-bayar- an pindahan dan
bayaran-bayaran tersebut dijadikan sebahagian daripada sistem cukai pendapatan
sebagai cukai negatif.
Cukai pendapatan
persendirian Asasnya ialah pendapatan yang diterima oleh seseorang indi- vidu
atau keluarga selepas pengecualian dan potongan- potongan dibuat.
Cukai pendapatan
syarikat Asasnya ialah pendapatan syarikat bersih.
Cukai progresif
Suatu cukai yang mengambil suatu kadar jumlah yang bertambahan daripada pendapatan orang
ramai apabila seseorang yang berpenda- patan rendah meningkat ke pendapatan
yang lebih tinggi.
Cukai regresif
Suatu cukai yang mengambil suatu kadar jumlah yang berkurangan daripada pendapatan
seseorang apabila dia meningkat daripada pendapatan rendah ke tingkat pendapatan
yang tinggi.
Cukai tambah
nilai Dikenakan kepada pekilang. Dikira sebagai peratusan daripada tambah nilai
iaitu hasil jualan tolak kos bah an.
Cukai tunggal
Cadangan yang mengemukakan bahawa pencu- kaian hendaklah ditumpukan ke atas
tanah dengan suatu pandangan untuk mendapat untung-untung daripada sewa
ekonomi.
D
Diskriminasi,
dalam upah Bayar- an mengikut jumlah yang ber- beza-beza untuk kerja-kerja yang
mempunyai kuantiti dan kualiti yang sama berasaskan ras, jantina atau
sifat-sifat peri- badi yang lain.
E
Ekonomi
dualistik Sebuah ekonomi yang mempunyai peng- asingan yang nyata antara sektor
‘moden’ dengan sektor ‘tradisional’; ini merupakan ciri negara-negara kurang
maju.
Ekonomi mengikut
skel (untuk sesebuah ekonomi) Konsep yang menyatakan bahawa hanya kenaikan
dalam saiz ekonomi sesebuah negara itulah yang dapat meningkatkan daya
pengeluaran faktor.
Ekuiti mendatar
Pembayar-pembayar cukai dalam keadaan yang sama yang biasanya dite- rangkan
sebagai berada pada tingkat pendapatan yang sama, sepatutnya mem bay ar jumlah
cukai yang sama; berbeza daripada ekuiti menegak.
Ekuiti menegak
Merujuk kepada ekuiti di kalangan pembayar- pembayar cukai pada berbagai- bagai
tingkat pendapatan; berbeza daripada ekuiti mendatar.
F
Faedah bandingan
Menyatakan hakikat bahawa kecekapan sebuah negara A berbanding dengan B
berbeza-beza mengikut keluaran. Sebuah negara mempunyai faedah bandingan di
dalam keluaran-keluaran yang kecekapan relatifnya paling tinggi.
Faedah bandingan
dalam hubung- annya dengan ekonomi mengikut skel Sebuah negara yang besar dari
segi ekonomi cende- rung untuk mempunyai kebaik: an bandingan dalam
keluaran- keluaran yang mana ekonomi daripada pengeluaran skel besar adalah
penting.
Faedah bandingan
dalam hubung- annya dengan faktor anugerah Sebuah negara cenderung untuk
mempunyai kebaikan bandingan dalam keluaran- keluaran yang menggunakan
faktor-faktor yang boleh di- katakan banyak dan murah di dalam negara tersebut.
Faedah bandingan
dalam hubung- annya dengan kepimpinan teknologi Sebuah negara yang mana sesuatu
keluaran baru itu mula-mula dibentuk akan inengekalkan kebaikan bandingan
keluaran tersebut untuk satu jangka masa tertentu.
Faedah bandingan
dalam hubung- annya dengan permintaan dalam negeri Hujah yang menyatakan
bahawa eksport- eksport perkilangan cenderung untuk menjadi berlebih-lebihan
berbanding dengan prestasi yang berjaya dalam pasaran dalam negeri.
G
Garis kemiskinan
Tingkat pendapatan yang diperlukan untuk sesebuah keluarga mengikut saiz
tertentu sama ada bertem- pat di bandar atau luar bandar untuk mengelakkan
daripada berada dalam “kemiskinan”.
H
Hak-hak
mengeluar khas (SDR) Kredit-kredit dalam buku kira- kira Dana Kewangan Antara-
bangsa (International Monetary Fund) dibentuk dan diperuntukkan melalui
perjanjian an- tarabangsa.
Hasil keluaran
marginal Tambahan kepada hasil yang dihasilkan daripada penggunaan tambahan
satu unit faktor pem- bolehubah.
Hujah mengenai
tarif untuk industri peringkat muda Hujah yang menyatakan bahawa sebuah
industri baru jika diberikan perlindungan sementara akan berupaya mengurangkan
kos-kos pengeluarannya melalui pengalaman dan dapat
menyaingi
pengeluar-pengeluar asing.
I
Imbangan sosial
Peruntukan sumber yang betul antara pengeluaran barang-barang swasta di suatu
pihak dengan barang-barang awam dan barang awam kuasi di suatu pihak yang
lain; melibatkan pertim- bangan-pertimbangan nilai.
Infrastruktur,
ekonomi Pengangkutan, perhubungan dan kemudahan-kemudahan bekalan kuasa yang
memberikan khidmat yang luas kepada berbagai- bagai jenis industri yang lain.
J
Jadual penawaran
bagi suatu matawang Menghubungkan harga suatu matawang asing mengikut nilai
matawang dalam negeri dengan kuantiti matawang asing tersebut yang akan
ditawarkan.
Jadual
permintaan bagi suatu matawang Menghubungkan harga sesuatu matawang asing
mengikut nilai matawang dalam negeri dengan kuantiti matawang asing tersebut
yang akan diminta; biasanya men- cerun ke bawah arah ke kanan.
Jaluran (band)
turun naik kadar Sistem kadar pertukaran tetap membenarkan berlakunya turun
naik yang kecil pada ke- dua-dua belah kadar pariti rasmi (pada masa ini 2 1/4%
pada kedua-dua belah pariti tersebut).
K
Kadar cukai
Kadar yang di- kenakan ke atas asas cukai untuk menentukan jumlah cukai yang
ditanggung.
Kadar diskaun
sosial Kadar yang digunakan dalam analisa kos- faedah untuk pendiskaunan
faedah-faedah masa hadapan yang boleh diperolehi daripada sesuatu projek yang
dipertim- bangkan.
Kadar
pertambahan dalam daya pengeluaran faktor jumlah Kadar pertambahan dalam
output tolak kadar pertambahan dalam input faktor jumlah; yang juga dikenali
sebagai “baki”.
Kadar
pertambahan dalam input faktor jumlah Kadar pAtam- bahan kombinasi input, buruh
dan modal diberikan imbangan mengikut bahagian masing-masing dalam pendapatan
negara.
Kadar pertukaran
Harga sesuatu matawang yang dikira mengikut harga matawang yang lain.
Kadar pertukaran
fleksibel Suatu sistem yang mana melaluinya kadar pertukaran dibenar- kan
untuk turun naik sebagai tindak balas terhadap kuasa- kuasa pasaran, walaupun,
kerajaan mungkin campur tangan untuk mempengaruhi kuasa- kuasa ini.
Kadar pertukaran
tetap Suatu sistem yang mana melaluinya kerajaan menjalankan kenda- liannya
menerusi bank-bank pusat, memberikan jaminan bank-bank pusat dapat menge-
kalkan kadar pertukaran tetap.
Kadar
pertumbulimi okonotnl Kadar pertambalwin iliilnm KNK (Keluaran Negaru Kmuir)
per kapita.
Kecekapan
keseluruhan Termn suk beberapa kriteria wbngai tambahan kepada kecekapan
statik.
Kecekapan statik
(atau Pareto) Suatu keadaan yang mana sumber-sumber pengeluaran di- peruntukkan
dan digunakan sehingga mustahil untuk membaiki kedudukan seseorang itu tanpa
memburukkan kedudukan orang lain.
Kegiatan-kegiatan
produktif secara langsung Pertanian, perkilangan dan industri-industri lain
yang mengeluarkan output akhir; digunakan sebagai perbezaan kerana bertentangan
dengan industri-industri infrastruktur seperti industri kuasa dan
pengangkutan yang mengeluarkan barang-barang per- tengahan (perantaraan).
Kelok Lorenz Suatu
kelok yang mengaitkan peratusan individu- individu atau isi-isi rumah dengan
peratusan pendapatan persendirian yang diterima oleh tiap-tiap orang.
Kelok
pembelajaran Konsep yang mengatakan bahawa daya pengeluaran sesuatu faktor itu
adalah suatu fungsi bertambah- an (yang semakin meningkat) dengan output (atau
pelaburan) kumulatif yang lalu.
Kemajuan teknik
tak terkandung Kemajuan teknik yang tidak di- satukan dengan input buruh atau
modal.
Kemajuan
terkandung Kemajuan teknik yang disatukan dalam input buruh atau modal.
Kepungan eksport
Perlombong- an, petroleum atau kegiatan- kegiatan pertanian ladang sela- lunya
dimiliki oleh orang asing, membuat pengeluaran untuk eksport dan kurang mempunyai
hubungan dengan ekonomi dalam negeri.
Kesan cukai
Mereka yang mem- bayar cukai pada pertama kali.
Kesan kesatuan
sekerja ke atas perbezaan upah Perbezaan an- tara perolehan pekerja-pekerja
yang menjadi ahli kesatuan dengan mereka yang bukan ahli kesatuan yang bekerja
dalam jenis pekerjaan yang serupa.
Kesatuan sekerja
Kesatuan para sekerja yang berterusan dalam bidang pekerjaan atau industri yang
sama, bertujuan untuk memperbaiki syarat-syarat ker- ja mereka.
Keseimbangan
umum Menerang- kan keadaan saling bergantung pasaran-pasaran dalam sistem
pasaran saingan swasta.
Ketidakpastian
Satu risiko yang tidak mendapat jaminan biasanya bagi sesuatu jenis perniagaan;
mendapat pampasan melalui keuntungan positif yang dijangkakan.
Koefisien Gini
Suatu ukuran bagi ketaksamaan dalam pendapatan, diperolehi daripada kelok
Lorenz; boleh berubah daripada sifar (penyamaan pe- nuh) hingga 1 (ketaksamaan
penuh).
Kos overhed/asas
Lihat kos tetap (Jilid 1).
Kuota import
Suatu sekatan ke atas kuantiti suatu barang yang
boleh diimport
secara keselu- ruhannya ataupun dari negara- negara tertentu.
L
Ledakan penduduk
Merujuk kepada pengurangan yang pesat bagi kadar-kadar kematian di kebanyakan
negara kurang maju telah menyebabkan kadar- kadar pertambahan semula jadi
tinggi.
M
Modal mutu
tinggi Suatu ukuran stok modal yang mengandaikan bahawa barang-barang modal
yang baru dikeluarkan adalah lebih produktif daripada barang-barang modal yang
lama.
N
Negara kurang
maju (LDC) Negara yang dinyatakan ciri-ciri- nya seperti menjalankan kegiatan
pengeluaran cukup hidup yang meluas, perkembangan pasaran yang terhad,
(biasanya) mempunyai sektor pertanian yang besar, sektor-sektor industri dan
awam yang kecil, stok bahan-bahan dan modal manusia yang kecil dan pendapatan
per kapita yang rendah.
O
Output yang
betul bagi barang awam Dinyatakan oleh per- silangan kelok permintaan dengan
kelok kos marginal; tetapi kriteria ini bukan merupakan kriteria yang boleh
digunakan untuk menjalankan sesuatu kendalian.
P
Pancang
merangkak Suatu sistem yang mengemukakan bahawa ruang jaluran nilai kadar
akan diturunkan secara auto- matik jika sesuatu matawang yang “lemah” menetap
di ba- wah ruangan jaluran nilai kadar pertukarannya bagi sesuatu jangka masa
yang tertentu. Pancang terlaras Suatu sistem yang mengemukakan bahawa
kadar-kadar pertukaran boleh diubah dan kadang-kadang di- ubah untuk
membetulkan ke- takse imbangan yang serius, walaupun kadar-kadar pertukaran
antara matawang-matawang utama pada sesuatu masa tertentu tetap.
Paradoks
Leontief Keputusan berdasarkan penyelidikan sta- tistik menyatakan bahawa
eksport-eksport Amerika Syarikat lebih ke arah intensif buruh berbanding
dengan im- portnya, berbeza daripada jang- kaan ‘priori’.
Pasaran buruh
dalam an Peratur- an-peraturan dan tatacara yang menentukan kenaikan pangkat
dalam sesebuah syarikat. Pelaburan infrastruktur Pelaburan dalam
aktiviti-aktiviti yang memberi khidmat kepada sek- tor-sektor lain, seperti
kuasa elektrik, pengangkutan dan perhubungan.
Pemberian
pinjaman dua hala (bilateral) kepada negara ku
rang maju
Pinjaman-pinjaman daripada sebuah kerajaan ke pada sebuah kerajaan yang lain,
seperti dari Amerika Syarikat kepada India.
Pemberian
pinjaman hutang “ke- ras” kepada negara kurang maju Kadar-kadar bunga dan
syarat-syarat bayaran balik pada tingkat-tingkat yang lazim terdapat di negara-negara
maju pada masa ini.
Pemberian
pinjaman hutang ‘lembut’ kepada negara kurang maju Kadar-kadar bunga lebih
rendah dan syarat-syarat bayaran balik lebih mudah daripada yang lazim
terdapat di negara- negara maju.
Pemberian
pinjaman hutang ‘ter- ikat’ kepada negara kurang maju Suatu pinjaman yang hanya
boleh dibelanjakan terhadap keluaran-keluaran dari negara yang memberi
pinjaman.
Pemberian
pinjaman multilateral kepada negara kurang maju Pinjaman yang diberi oleh
organisasi-organisasi antara- bangsa, seperti dari Bank An- tarabangsa bagi
Pembangunan Semula (IBRD) kepada India.
Pemberian tanpa
syarat atau pemberian blok Pemberian bantuan dari peringkat kerajaan yang
lebih atas kepada peringkat kerajaan yang lebih rendah, tanpa sekatan-sekatan
terhadap penggunaan wang dari dana-dana kewangan. Pemberian bantuan ini
berbeza dengan pemberian bantuan ber- syarat.
Penawaran
perkhidmatan factor - Jadual penawaran bagi sesuatu perkhidmatan faktor kepada
seorang pengguna tertentu biasanya mencerun ke atas.
Penggantian
import Dasar-dasar yang dibentuk adalah bertu- juan untuk mengurangkan import
barang-barang perkilangan, khususnya barang-barang pengguna dan
menggantikannya dengan pengeluaran setempat (tempatan) terutamanya yang
terdapat di negara-negara kurang maju.
Penggunaan tanpa
penghindaran Suatu keadaan yang mana tidak seorang pun boleh dikecua- likan
daripada mengguna sesuatu barang; kesannya, dapat mencegah penjualan pada
seba- rang harga.
Penggunaan tanpa
saingan Suatu keadaan yang mana penggunaan seseorang terhadap sesuatu barang
itu tidak dapat mengurangkan jumlah yang sedia ada bagi penggunaan orang-orang
lain.
Perbezaan-perbezaan
yang me- nyamakan upah Di bawah persaingan tulen, premium upah akan bertindak
sebagai balasim- bal (off-set) kepada keburukan- keburukan sesuatu pekerjaan
tertentu. Oleh itu cenderung untuk menyamakannya dengan jumlah tarikan terhadap
pekerjaan tersebut.
Perbezaan upah
mengikut geografi Perbezaan-perbezaan dalam pembayaran upah mengikut
kedudukan tempat yang berbeza-beza dari segi geografi.
Perbezaan upah
mengikut pekerjaan Perbezaan dalam pembayaran upah berasaskan kepada jenis
kerja yang dilakukan.
Perkecualian
dalam pencukaian - Suatu cukai neutral ialah cukai yang tidak mengganggu perun-
tukan sumber perseorangan, penggunaan atau keputusan- keputusan bekerja
perseorangan.
Perkhidmatan
faktor Sumbang- an sesuatu faktor kepada pengeluaran untuk satu tempoh masa
yang tertentu.
Perkongsiaan
hasil Cadangan bahawa kerajaan federal harus membuat pindah bayar tanpa syarat
yang besar kepada kerajaan negeri dan tempatan dengan lebih kerap lagi.
Permintaan bagi
barang awam Boleh diperolehi dalam prinsip melalui penambahan cancang (menegak)
kelok-kelok permintaan warganegara individu.
Permintaan bagi
perkhidmatan faktor Untuk seorang penge- luar tunggal jadual permintaan untuk
sesuatu perkhidmatan faktor merupakan jadual keluaran hasil marginalnya.
Pintu kemasukan,
ke dalam sesebuah syarikat Sesebuah syarikat biasanya mengambil peker-
ja-pekerja baru dari luar dan bukan melalui kenaikan pang- kat pekerja-pekerja
dalam syarikat itu sendiri.
Prinsip faedah
Prinsip yang menyatakan bahawa setiap warganegara harus membayar cukai
mengikut kadar jumlah faedah- faedah yang diterimanya dari kerajaan. Prinsip
ini berbeza dengan prinsip kemampuan membayar.
Prinsip faedah
bersih Tiap-tiap pemilik faktor memperuntukkan penawaran faktornya (bekalan
faktor) kepada penggunaan yang akan menghasil- kan faedah bersih yang paling
tinggi.
Prinsip
kemampuan membayar Prinsip yang menyatakan bahawa sebuah keluarga yangi>er-
pendapatan lebih tinggi harus- lah membayar cukai yang lebih tinggi berbanding
dengan sebuah keluarga yang berpenda- patan lebih rendah. Prinsip ini berbeza
dengan prinsip faedah.
S
Sektor moden Di
negara kurang maju, termasuklah perbadanan- perbadanan kerajaan, perkilangan
loji dan perusahaan-perusahaan berskel besar yang lain menggunakan buruh
upahan. Sektor tradisional Di negara kurang maju, termasuklah bidang
pertanian, kraftangan, perniagaan bandar dan aktiviti- aktiviti perkhidmatan.
Keba- nyakannya bekerja sendiri. Sewa ekonomi Perolehan lebihan dari sesuatu
faktor yang melebihi perolehannya dalam penggunaan produktifnya yang tertinggi
seterusnya.
Standard emas
Suatu sistem yang mana cadangan-cadangan simpanan antarabangsa terdiri daripada
bulion emas yang boleh dipindahkan antara sebuah negara dengan sebuah negara
yang lain.
Standard
pencemaran Suatu perintah yang melarang pengeluaran bahan-bahan pencemar yang
melebihi suatu had tertentu. Sesiapa yang melanggar
perintah ini
akan dikenakan hukuman.
Standard
pertukaran emas Suatu sistem yang mana cadangan- cadangan simpanan antarabangsa
mengandungi emas dan “matawang-matawang utama”.
Syarat niaga
Boleh didefinisikan dalam beberapa cara. Konsep yang paling mudah ialah nisbah
harga-harga yang dibayar oleh negara A bagi importnya kepada harga-harga yang
diterima daripada eksportnya.
T
Tarif ad valorem Suatu cukai import yang
diasaskan kepada nilai daripada keluaran yang diimport.
Tarif berkesan
Nisbah duti import yang dipungut daripada keluaran kepada nilai yang di-
tambah kepadanya oleh penge- luar tempatan, secara khusus lebih tinggi daripada
kadar tarif nominal, tetapi boleh juga jadi negatif kerana ia mengambil kira
tarif atau barang-barang pertengahan (perantaraan).
Tarif khusus
Suatu cukai import yang diasaskan kepada kuantiti keluaran yang diimport.
Tarif saintifik
Hujah yang me- ngatakan bahawa memanglah patut dikenakan cukai yang sama dengan
perbezaan antara kos pengeluaran dalam negeri dengan kos luar negeri.
Tatacara
ketidakpuasan Tata- cara bagi mengendalikan sungutan-sungutan (rasa ketidakpuasan)
pekerja yang wujud di bawah perjanjian kolektif, biasanya di selesaikan dalam
suatu perundingan melalui pengarbi- trasi iaitu golongan yang berke- cuali.
Tawar-menawar
kolektif Urus- bicara antara sebuah atau banyak kesatuan dengan seorang atau
ramai majikan berkenaan dengan upah dan syarat-syarat pekerjaan yang lain.
Teorem penyamaan
harga faktor Di bawah keadaan yang telah dipermudahkan, perdagangan antara dua
buah negara yang mempunyai faktor anugerah yang berbeza-beza terdapat ke-
cenderungan untuk menyama- kan nisbah-nisbah harga faktor dalam kedua-dua buah
negara.
U
Usahawan
(Pengusaha) Seseorang yang memperkenalkan sesuatu rekaan baru.
Ukuran kebajikan
ekonomi Usaha untuk menyelaraskan data KNK bagi memperolehi satu petunjuk yang
lebih bermakna mengenai perubahan-perubah-
an kebajikan per
kapita.
Unit kecekapan
(bagi buruh) Biasanya didefinisikan sebagai suatu kecekapan yang standard dalam
jam —manusia (jam ker- ja).
Upah benar Upah
wang yang disesuaikan dengan perubahan harga pengguna.
Upah minimum
Kadar bayaran minimum yang sah di sisi undang-undang biasanya diasas- kan
kepada setiap satu jam masa bekerja.
Usaha fiskal Di
Amerika Syarikat biasanya digunakan kepada kerajaan-kerajaan negeri; meli-
batkan perbandingan pungutan cukai benar oleh kerajaan negeri dengan jumlah
pungutan cukai yang diperolehi jika kerajaan negeri itu menggunakan kadar
cukai yang tingginya sama dengan purata kadar cukai bagi kesemua 50 buah kerajaan
negeri di Amerika Syarikat.
Usahawan (Pengusaha) Seseorang yang memperkenalkan sesuatu rekaan baru.
Usahawan (Pengusaha) Seseorang yang memperkenalkan sesuatu rekaan baru.
No comments:
Post a Comment