"" PAK NGAH: BAB 2: Seorang Petani

Sunday, April 10, 2016

BAB 2: Seorang Petani

PAK NGAH
Dia seorang petani, pengusaha dan pesawah. 
Semalam beliau masih bersawah untuk sesuap nasi.

























 



Namanya Zakaria bin Abu Bakar. pemegang kad pengenalan berwarna biru yang bernombor 420314025245, bernombor Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) 415, dan ahli PPK A4 dengan keahlian 4660. Beliau adalah penerima Bantuan Kerajaan Persekutuan Kepada Pesawah bagi kawasan seluas 1.554 hektar dengan nilai sebanyak RM2,214.50 bagi tahun 2011. Dalam kata lain Pak Ngah adalah antara ratusan ribu petani di Malaysia yang masih dibantu oleh Kerajaan Pusat di bawah skim subsidi pertanian. Subsidi juga merupakan salah satu istilah penting dalam ilmu sistem ekonomi. Menurut Kamus Dewan (Edisi Empat), subsidi ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada pihak kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani, nelayan, pekerja kilang, pemandu teksi, pelajar, golongan daif dan sebagainya). Pada tahun 2012, di Malaysia, kerajaan dianggarkan menguruskan dan menanggung bebanan subsidi berjumlah sebanyak RM18.92 billion  bagi barang-barang kawalan bersubsidi tertentu. Difahamkan daripada jumlah, sebanyak RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair, RM1.2 bilion untuk minyak masak, RM567 juta untuk gula dan selebihnya untuk tepung gandum. Subsidi juga boleh dikatakan sebagai luruhan wang secara mudah dengan niat membantu daripada sesebuah kerajaan di negara tertentu kepada kelompok rakyat yang tertentu. Antara perkataan-perkataan lain yang sama penting dan sering dibincangkan ialah Fiscal PolicyInvisible HandKeynesian EconomicsLaissez FairePrice FixingEmerging Market EconomyFree Market, Free Enterprise dan Politic Economy”. Menurut laman web www.investopedia.com subsidi ditafsirkan sebagai A benefit given by the government to groups or individuals usually in the form of a cash payment or tax reduction. The subsidy is usually given to remove some type of burden and is often considered to be in the interest of the public. Politics play an important part in subsidization. In general, the left is more in favor of having subsidized industries, while the right feels that industry should stand on its own without public funds.” Laman web tersebut turut menerangkan bahawa “There are many forms of subsidies given out by the government, including welfare payments, housing loans, student loans and farm subsidies. For example, if a domestic industry, like farming, is struggling to survive in a highly competitive international industry with low prices, a government may give cash subsidies to farms so that they can sell at the low market price but still achieve financial gain. If a subsidy is given out, the government is said to subsidize that group or industry.” Dalam pada itu, www.en.wikipedia.org, mentafsirkan subsidi sebagai berikut: “A subsidy is an assistance to a business or economic sector for producers. Most subsidies are set in place by the government for producers or are distributed as subventions in an industry to prevent the decline of that industry (e.g., as a result of continuous unprofitable operations) or an increase in the prices of its products or simply to encourage it to hire more labor (as in the case of a wage subsidy)”.

Semalam usia Pak Ngah ialah 70 tahun. Dia seorang petani, pengusaha dan pesawah. Semalam beliau masih bersawah untuk sesuap nasi. Dimaklumkan, dia jadi petani dan bersawah sejak muda lagi, sejak umurnya belasan tahun. Kalau dicongak rupanya sudah lebih 50 tahun usianya dihabiskan dalam industri pertanian. Berambut lurus hitam keputihan. Bermisai tetapi tidak berjanggut dan berjambang. Badannya bersaiz Asia dan tidak terlalu tinggi dan tidak pula telalu rendah. Beratnya kurang daripada 80kg. Cukup sifat dan tiada kecacatan fizikal. Masih bertenaga walaupun sudah berusia lama. Berdarah B positif. Berkomunikasi hanya dalam bahasa Melayu. Loghat utara. Beliau tidak pernah berkomunikasi dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Arab, Sepanyol, Jepun, Korea, Cina, Tamil, Punjabi dan sebagainya. Jarang malah tidak pernah aku lihat Pak Ngah baca surat khabar dan apa-apa majalah. Pertanian penanaman padi adalah sumber ekonomi Pak Ngah sekeluarga. Sejak dahulu hinggalah semalam. Pak Ngah dilahirkan, dibesarkan dan mungkin berpusara di bumi bernama Kedah. Dia juga pernah berkata, “Apa jadi pun Pak Ngah akan tetap jadi pesawah hingga ke akhir hayat. Susah-senang aku, dah lama dengan bendang.” Pak Ngah juga ada menceritakan bahawa suatu ketika dahulu beliau pernah bersama-sama rakannya berkerja di kilang pemprosesan padi sebagai pekerja am. Ketika itu, adalah di sekitar akhir tahun 60-an dan awal tahun 70-an. Ketika itu usia perkahwinannya masih muda. Di kala itu juga habuk dan debuan kecil padi sentiasa berterbangan. Mereka pekerja di kilang berkenaan terpaksa hari-hari menyedut udara yang berhabuk. Katanya lagi kilang itu diasaskan dan dimiliki oleh saudagar berbangsa Cina. Nama kilang padi itu ialah Poh Seng Rice Mill & Co Sdn Bhd. Ketika itu, Pak Ngah dan rakan-rakannya berkerja kerana mereka sihat dan bertenaga. Mereka berkerja kerana mereka ada tanggungjawab yang sedang dipikul. Mereka berkerja untuk saradiri dan keluarga. Mereka terpaksa berkerja kerana mereka perlukan wang di hujung bulan. Mereka anak-anak petani sanggup bersabung nyawa untuk sesuap nasi. Walaupun tidak berpelajaran tetapi mereka ada kekuatan fizikal. Mereka boleh angkat dan tanggung berguni-guni padi, beras dan baja dalam sehari dengan mudah. Anak-anak nelayan khabarnya juga begitu. Mereka bersedia untuk membelah lautan pada bila-bila masa asalkan enjin perahu berpetrol atau berdiesel. Setelah 5 tahun berkerja di situ Pak Ngah membuat keputusan untuk berhenti kerja di kilang pemprosesan padi berkenaan. Seterusnya, menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja di sawah. Banyak juga wang dicarumkan oleh majikannya terdahulu ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya. Katanya jumlah keseluruhan caruman tersebut sejak dahulu hingga beberapa tahun lepas ialah sekitar RM3,000.00. Maklumlah gajinya hanya beberapa ringgit sehari. Semuanya terkumpul dalam akaun KWSP beliau. Walaupun tampak sedikit tetapi amat bermakna. Difahamkan, sebahagian daripada wang itulah juga yang Pak Ngah keluarkan untuk menampung perbelanjaan ketika hendak mengerjakan ibadah haji suatu ketika dahulu. Apapun itu semua adalah ragam dan pengalaman kehidupan sebagai salah seorang individu dalam masyarakat petani. Mereka boleh lakukan apa sahaja asalkan ianya berkaitan dengan penanaman padi. Mereka cukup bertenaga untuk menjayakan industri pertanian negara. Mereka tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Penanaman padi sudah sebati dengan kehidupan mereka khususnya di negeri Kedah Darulaman. Pak Ngah terlibat secara langsung dalam industri pertanian yang memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaannya. Pak Ngah tidak pernah menyumbangkan tenaganya dalam sektor lain seperti perindustrian, pembuatan dan pengangkutan di negaranya. Beliau berpendapatan kurang daripada RM10,000.00 untuk setiap 6 bulan. Pendapatan tersebut adalah hasil yang diperolehi daripada jualan padi yang ditanam dan diusahakannya secara kecil-kecilan dengan keluasan tanah bendang seluas 1.554 hektar. Pada aku, Pak Ngah adalah insan istimewa dalam lipatan sejarah pertanian dan penanaman padi negara. Pak Ngah juga merupakan salah seorang daripada jutaan penduduk Asia Tenggara yang terlibat secara langsung dalam industri pertanian. Pak Ngah juga salah seorang daripada penduduk dunia yang masih bergantung harap kepada industri pertanian sebagai sumber pendapatan. Walaupun hanya memasang harap kepada tanah sewaan dan bukan milik sendiri, Pak Ngah juga seorang yang masih gigih menyumbangkan tenaga dan keringat untuk pertanian dengan bersawah. Seterusnya, memastikan sumber makanan utama dunia iaitu beras mencukupi sebagaimana yang diperlukan oleh masyarakat tempatan dan dunia amnya.  Walaupun keletihan dan masih dibelenggu kemiskinan, Pak Ngah mesti berbangga kerana padi juga ditanam di kawasan tinggi Himalaya, Eropah Timur, Barat Afrika, Australia, China, India, Jepun, dan Korea. Padi juga telah dan sedang tumbuh segar di Madagascar dan Amerika Syarikat. Padi yang asalnya atau berasal dari Madagascar dibawa ke South Carolina, Amerika Syarikat sejak tahun 1694. Bezanya mungkin pertanian di negara-negara maju dah lama berteknologi moden. Menurut laporan statistik pada tahun 2012 yang dikeluarkan oleh “The US Department of Agriculture”, Amerika syarikat merupakan pengeksport beras yang ke-5 terbesar di dunia dengan jumlah sebanyak 3.3 juta metrik tan, selepas India (10 juta metrik tan), Vietnam (7.2 metrik tan), Thailand (6.5 metrik tan), dan Pakistan (3.7 metrik tan).

Kesimpulannya, Pak Ngah dahulu dan kini masih setia dengan pertanian. Nampaknya Pak Ngah mungkin akan selama-lamanya dengan industri pertanian sebagai petani. Kesian Pak Ngah kerana hidupnya sentiasa berpalitkan lumpur. Bersawah sambil dibakar oleh kepanasan matahari. Kadang-kadang basah kuyup dicurah air dari langit. Baju dan seluar pakaian bendangnya bukan sahaja terkoyak malah busuk masai di pagi hari. Tidak ada perkataan yang sesuai untuk digambarkan tetapi memang busuk sungguh baunya. Khabarnya dah berpuluh tahun lamanya Pak Ngah begini. Sawahlah sumber rezekinya. Sungguh, tidak ada sumber lain yang membantunya. Dalam kata lain, “He is living without a “Residul/Passive Income” Walaupun begitu Pak Ngah masih setia dengan kerja sawahnya – topi mengkuang, tanah lumpur, rumput rampai, benih padi, anak semaian, baja padi, gondang, racun serangga, buah padi, sekam dan jerami. Dalam kata lain semangat patriotik dalam memertabatkan pertanian negara masih ada padanya. Catatan dairi harian kehidupan Pak Ngah berbeza dengan Uncle Joseph. Uncle Joseph seorang saudagar penjual surat khabar. Warung kecil diletakkan dipinggir jalan berhadapan dengan Bank Islam dijadikan tempat untuk mempamirkan produk jualannya iaitu surat khabar dan majalah-majalah pelbagai tajuk keluaran tempatan. Pagi-pagi lagi di kala Pak Ngah bersiap –siap ke sawah, Uncle Joseph pula sibuk mempamirkan produk jualannya. Sementara menunggu pelanggan, dari jauh dapat dilihat beliau membilang wang kertas yang ada ditangannya. Sesekali beliau dilihat sedang membaca surat khabar edisi tamil, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.    Walaupun Pak Ngah tidak berdairi harian seperti Uncle Joseph, dapat diceritakan bahawa beliau tidak pernah gelong dalam percintaan dan masih menyayangi isterinya. Pak Ngah juga tidak mudah dipengaruhi dan dihasuti supaya gelong dalam percintaannya dengan Mak Ngah. Dalam kata lain percintaan mereka sama seperti apa yang pernah didendangkan oleh penyayi bersuara emas Datuk Rafeah Buang dalam lagunya yang bertajuk pengorbanan – “cintaku kepadamu seluas lautan yang tak bertepi”. Mungkin mereka sudah berjanji untuk berkasih sampai ke akhir hayat. Biar apa rintangan, pahit dan payah mereka tetap setia bersama. Kesannya sudah puluhan tahun mereka berdua berkasih-sayang dan bersama sebagai suami-isteri. Mungkin juga kerana hidup dalam serba kepayahan dan dengan hanya berbekalkan sumber kewangan yang terhad, Pak Ngah memilih untuk tidak berpoligami iaitu beristeri dua, tiga dan empat. Sekali-sekala mereka kelihatan bergeseran tetapi kembali mesra bila matahari terbenam. Seolah-olah sama seperti pasangan burung Kenari bertatih pulang ke sarang di waktu senja. Seolah-olah sama seperti pasangan burung Walet atau burung Layang-layang pulang ke sangkar sebelum bunyi azan maghrib bergema. Inilah antara citarasa gaya percintaan yang boleh kita tiru dari petani tua, burung Kenari dan burung Walet. Pak Ngah juga akan dikatakan tidak siuman jika keluar bersawah sambil memakai pakaian sawah dan mengenakan tali leher. Kerana ada warga petani dan peladang di barat sana berpakaian kemas dan bertali leher ketika mengunjungi dan melawat ladang-ladang mereka. Sebenarnya cuaca di barat tidak sama dengan cuaca di timur dan di Asia Tenggara. Hakikat ini mestilah diterima dengan penuh ketabahan. Akan tetapi, telah lama terbukti bahawa pertanian telah menghasilkan peluang perkerjaan dan ekonomi sara diri kepada lebih separuh daripada jumlah penduduk di dunia. Pak Ngah juga hidup di sebuah negara yang bernama Malaysia yang sedang membangun dan mahu maju serta berjaya seperti negara-negara lain di dunia. Bak kata perpatah Melayu, “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju lain di dunia. Malaysia kini ialah salah sebuah negara Dunia Ketiga yang sedang pesat membangun. Negara Dunia Ketiga ialah nama jolokan kepada negara-negara yang sedang membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Sebenarnya, negara Dunia Pertama ialah merujuk kepada negara-negara kapitalis di Eropah Barat, Amerika Utara, Australia, New Zealand dan Jepun. Manakala negara Dunia Kedua ialah merujuk kepada negara-negara Sosialis (Russia dan Eropah Timur). Malaysia yang duduk selesa di Asia Tenggara merupakan sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957 dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang terhasil sejak kemerdekaan. Sistem tersebut masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, kebebasan bersuara, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini juga merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dan dibentuk hasil daripada proses pilihanraya. Dalam proses pilihanraya rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Sebilangan daripada rakyat Malaysia juga berpengalaman dalam pilihanraya sejak tahun 1952 lagi. Sistem ini dipupuk dan dipelihara sehingga menghasilkan kestabilan negara. Hasil daripada kestabilan inilah membolehkan rakyat negara ini menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan sebagainya hingga sekarang.  


Selain daripada Uncle Joseph, diari kehidupan Pak Ngah juga turut berbeza dengan dairi kehidupan seorang penoreh getah. Walaupun mereka di dalam industri yang sama iaitu pertanian tetapi mereka di dalam sektor yang berbeza. Sebenarnya kehidupan penoreh getah berdepan dan terpaksa bergelut dengan cabaran terutama faktor cuaca. Jika musim tengkujuh mereka tidak dapat mencari sumber rezeki, begitu juga jika musim panas dan kering yang melanda negara kini kerana susu getah kurang, sekali gus menjejaskan pendapatan. Namun begitu, industri getah pernah menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara suatu ketika dahulu, sekali gus terus berkembang dengan pesat apabila banyak tanah rancangan FELDA dibuka di seluruh negara, termasuk di Kedah. Walaupun Kedah lebih dikenali sebagai negeri Jelapang Padi, namun beberapa daerah di negeri ini, terutama di Baling, Sik, Padang Terap dan Kulim sebagai contoh banyak dibuka kebun dan ladang getah dalam usaha menjana ekonomi rakyat. Bagaimanapun, perkembangan mutakhir ini juga kurang menarik apabila mereka berdepan tekanan apabila harga komoditi berkenaan jatuh dengan teruk sejak tahun lalu di tambah pula keadaan ekonomi tidak menentu hingga menimbulkan keresahan. Menurut istilah komoditi ialah barang yang mempunyai permintaan dan yang dibekalkan tanpa pembezaan kualitatif merentasi pasaran. Ia merupakan produk yang sama tanpa mengira siapakah yang menghasilkannya, misalnya petroleum, kertas buku nota, atau susu. Dalam kata yang lain, tembaga ialah tembaga. Harga tembaga adalah sejagat dan naik turun setiap hari, berdasarkan penawaran dan permintaan global. Sebaliknya, television mempunyai banyak tahap mutunya. Televisyen yang lebih baik (berdasarkan tanggapan) akan berharga lebih tinggi. Salah satu ciri barang komoditi ialah harganya yang ditentukan sebagai fungsi pasaran seluruhnya. Komoditi-komoditi fizikal yang bertapak mempunyai pasaran semerta dan pasaran terbitan yang didagangkan dengan giat. Umumnya, ini merupakan sumber asas dan produk pertanian seperti bijih timahminyak mentahbatu arangetanolgaramgulabiji kopikacang soya, aluminium, beras, gandumemas, dan perak. Pengkomoditian berlaku apabila pasaran barangan atau perkhidmatan hilang pembezaannya merentasi asas bekalan, seringnya diakibatkan oleh penyebaran modal intelektual yang diperlukan untuk memperoleh dan menghasilkan produk dengan cekap. Oleh itu, barang-barang yang dahulu memberikan harga premium kepada peserta pasaran telah menjadi komoditi, misalnya bahan farmaseutik generik dan cip silikon. Difahamkan, harga getah pernah jatuh serendah RM1.60 sekilogram pada tahun lalu, namun kini kembali naik kepada RM2.65 sekilogram tetapi keadaan itu sebenarnya masih belum berada pada paras menyenangkan hati golongan pekebun kecil berkenaan. Kehidupan mereka yang hanya bergantung hidup kepada sumber berkenaan memang menyulitkan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika sebelum ini harga getah pernah melambung tinggi pada hujung 2000-an dan kehidupan penoreh getah boleh dikatakan senang ketika itu tetapi resam dunia hidup ada pasang surut, apabila harga komoditi terbabit jatuh menjunam. Umum mungkin sudah mengetahui bahawa kejatuhan harga getah dipengaruhi, terutama oleh permintaan dan pembekalan. Pada masa ini, bekalan getah dikatakan lebih daripada permintaan dan ia turut melanda di negara pengeluar lain seperti di Thailand, Indonesia, India dan Vietnam.

Kini Kedah sekali lagi sedang menempa dan merekodkan sejarah baru. Sultan Kedah iaitu Al Sultan AlMu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menerajui negara setelah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada tanggal 13 Disember 2011. Perlantikan Tuanku Sultan Abdul Halim sebagai ketua negara itu sememangnya amat mengembirakan rakyat Kedah memandangkan baginda satu-satunya sultan yang setakat ini memegang tampuk kerajaan buat kali kedua. Kali pertama Tuanku Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 ialah pada 20 Februari 1970 dan menyandang jawatan tersebut hingga 21 September 1975. Sebagai ketua negara, Tuanku Sultan Abdul Halim sememangnya mempunyai pengalaman yang luas untuk mentadbir negara menuju kejayaan memandangkan baginda merupakan orang paling kanan dalam kalangan raja-raja Melayu. Tuanku Sultan Kedah amat mengambil berat mengenai perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di dalam dan luar negara. Malah sebagai raja, baginda menitik beratkan dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri. Tuanku Sultan Abdul Halim juga begitu prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata. Baginda dilihat sentiasa mencemar duli untuk berdampingan dengan golongan rakyat jelata. Baginda terkenal sebagai seorang raja yang mesra rakyat kerana banyak meluangkan bertemu dan bertanyakan khabar penduduk setiap kali berangkat ke majlis-majlis rasmi dan ketika melawat ke seluruh ceruk kampung. Seringkali dapat dilihat di sana –sini dan di kaca televisyen, di mana beliau sering bersalaman dengan rakyatnya tanpa mengira  jantina lelaki dan perempuan. Dalam kalangan rakyat baginda, Tunku Sultan Kedah terkenal dengan sifat sebagai seorang raja yang amat berhemah tinggi, berpertuturan  yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang didik sejak kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Jesteru, tidak hairan Tuanku Sultan Abdul Halim mempunyai hubungan akrab dengan rakyat jelata atau dengan kata lain baginda Tuanku adalah Raja Berjiwa Rakyat. Keperihatinan baginda jelas terbukti sewaktu menjalankan kewajipan sebagai Sultan Kedah apabila  baginda berangkat setiap hari ke pejabat di Wisma Darul Aman, Alor Setar.  Dalam bidang ketenteraan, kepimpinan baginda sentiasa dikagumi dan baginda dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Kor Peninjau Malaysia pada 23 Mac1966 sehingga tarikh baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-5 pada 23 Julai 1970. Dengan perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim juga adalah merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain sibuk dengan pentadbiran negara dan kerja-kerja amal, baginda bijak memperuntukan sebahagian masa untuk beriadah, berekreasi, bersukan dan baginda  mempunyai minat terhadap sukan golf. Bila ada masa terluang beliau selalu habiskan masa dengan bermain golf walaupun bersendirian. Tuanku Sultan Abdul Halim diputerakan pada tanggal 28 November 1927 di Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Cinta baginda kepada ilmu dan pendidikan mendorong baginda berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran di Wadham College, Oxford di London pada bulan Februari 1949 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di United Kingdom, Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 dan sekembali baginda ke tanah air setelah menamatkan pengajian pada tahun 1955, baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Alor Setar dan Perbendaharaan Negeri Kedah. Tuanku Sultan Abdul Halim bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda dikurniakan tiga puteri iaitu Panglima Besar Datuk Seri Diraja Tuanku Puteri Intan Safinaz, Datuk Seri Diraja Tuanku Soraya dan Tuanku Sarina (mangkat). Pada tanggal 9 Mac 1957, baginda dilantik menjadi pemangku Sultan Kedah sewaktu Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga 3 Julai 1957. Baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Kedah pada 14 Julai 1958 berikutan kemangkatan ayahanda baginda itu dan ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Kedah Darul Aman pada 20 Februari 1957. Menurut catatan sejarah baginda merupakan Sultan Kedah yang ketiga ditabalkan mengikut istiadat. Tuanku Sultan Abdul Halim bertemu jodoh dengan Tuanku Sultanah Haminah Hamidon pada 25 Disember 1975. Diputrikan sebagai anak kelima daripada tujuh beradik pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak, Tuanku Haminah dianugerah gelaran Sultanah Kedah pada 9 Januari 2004 dalam satu istiadat di Istana Anak Bukit, Alor Setar selepas kemangkatan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman. Sepanjang pemerintahan, baginda dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu D.K. (Februari 1964), D.K.H. (Januari 1973), D.K.M. (Februari 1971), D.M.N. (Februari 1959), D.U.K. (Julai 1958), D.K. (Kelantan – Julai 1959), D.K. (Pahang-Mei 1970), D.K. (Selangor-September 1978), D.K. (Perlis- Jun 1980), D.K (Negeri Sembilan 1983), D.K. (Terengganu – Mac 1985), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak – April 1977), D.U.N.M. (1990), SMDK., SHMS, SGMK., S.P.M.K. (Februari 1964), S.S.D.K. (Januari 1973), Grand Cordon of The Order Of The Rising Sun Of Japan (Februari 1970), Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia/Mac 1970), Order of the Rammata (Thailand) 1973, Hon. Knight Grand Cross Order Bath (U.K.) 1974 dan Asso. Knight Order St. John 1974., Hon. Ph.D (UUM)(2008).

Perdana Menteri Malaysia  adalah ketua pemerintahan tertinggi di Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik  terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri  berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969). Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari ahli-ahli UMNO sendiri mahupun ahli-ahli daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), akan melarang seorang bukan-Bumiputera  (misalnya daripada etnik  Tionghoa  dan  India Malaysia) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali menyakinkan rakyat, bahawa Perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seseorang Perdana Menteri daripada seorang bukan Melayu Bumiputera. Di Malaysia, proses untuk seseorang rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab dan tugas-tugasnya  adalah seperti berikut:- (1) Beliau adalah seorang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong – dimana syarat-syaratnya ialah (a) Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, (b) mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat, dan (c) Kewarganegaraan Perdana Menteri mestilah diperoleh melalui kuat kuasa undang-undang. (2) Perdana Menteri mempengerusikan kabinet dan memimpin kerajaan dan (3) Perdana Menteri juga Ketua eksekutif negara melaksanakan kuasa eksekutif sementara kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Manakala tugas-tugas sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut: (a) menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, (b) menamakan senarai menteri kabinet untuk dilantik oleh yang di-Pertuan Agong, (c) Menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara, dan (d) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen apabila sampai tempohnya bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan. Seterusnya digariskan juga bahawa pemecatan Perdana Menteri boleh berlaku melalui dua proses iaitu (a) melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh 2/3 ahli Dewan Rakyat., dan (b) Jika Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan iaitu (i) meletak jawatan, atau (ii) bermohon kepada Yang di-pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan. Senarai nama Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu mengikut urutan ialah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajTun Abdul Razak bin Haji Dato' HusseinTun Hussein bin Dato' OnnTun Dr. Mahathir Mohamad, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini, Malaysia ditadbirkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang ke-6. Menurut YAB Datuk Seri Mohd Najib, sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, beliau bertindak memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, beliau juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang dibentangkan, beliau memaklumkan bahawa banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari. Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.  Beliau juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.  Selain itu, beliau dikatakan sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat. Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan program GTP dan ETP, beliau turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat. Kesemua kejayaan itu adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan yang bertungkus lumus memastikan setiap daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya dilaksanakan. Tujuh NKRA berkenaan adalah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar Jenayah. Kesemua NKRA ini, Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada semua rakyat. Dengan kecemerlangan prestasi negara itu, beliau berharap rakyat dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan agar setiap apa yang dirancangkan untuk masa depan negara dapat dilaksanakan. Beliau turut mengajak rakyat bersama-sama memecut ke hadapan dengan seruan supaya kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti tinggi, yang berinovasi, dan yang sanggup mengambil risiko. Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan sebuah taman kebahagiaan untuk semua. Inilah antara ikrar keramat daripada pemimpin kepada rakyat. Harap-harap perjuangan dan pembelaan sebegini tidak bersifat sementara. Kekal berterusan sampai bila-bila walaupun kepimpinan negara silih berganti. Fokus utama perlu dipolakan kepada membahagia dan memakmurkan rakyat dan Negara. Kesimpulannya, iktibar dan pedoman serta ilham mestilah diganda-gandakan selalu. Ini adalah kerana dalam membela nasib petani bukannya mudah. Tuhan pernah memberi ingatan bahawa nasib seseorang atau sesuatu kaum atau bangsa tidak akan berubah jika orang atau kaum atau bangsa itu sendiri tidak mengubahnya. Inilah ayat yang sekurang-kurangnya mungkin mampu atau perlu diguna pakai dalam membakar semangat seseorang pejuang dan pemimpin untuk membela dan mengubah nasib petani yang malang yang hanya dibekalkan mimpi-mimpi tentang kesenangan dan kekayaan. Manakala kesenangan dan kekayaan yang melimpah-ruah sedang menjadi milik kekal  kepada orang-orang tertentu dan rakan-rakannya dan tidak mungkin akan jatuh ke riba mereka seperti luruhnya buah kelapa tua ke dalam sawah. Yakni para petani, nelayan, penjaja dan rakan-rakan seangkatan mereka yang lain iaitu puak-puak miskin mesti terima hakikat untuk terus berusaha, bersemangat kental dan bersatu tanpa pertikaian-pertikaian murahan yang boleh menggagalkan kesepaduan kelompok-kelopok mereka. 




Senarai Nama Bekas Perdana Menteri Malaysia Terdahulu Dan Terkini
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia / UMNO / 19571970 / (13 Tahun)
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein - Bapa Pembangunan / UMNO / 19701976 / (6 Tahun), 
Tun Hussein bin Dato' Onn - Bapa Perpaduan / UMNO / 19761981 / (5 Tahun) 
Tun Dr. Mahathir Mohamad - Bapa Pemodenan/ UMNO / 19812003 / (22 Tahun) dan 
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Bapa Pembangunan Modal Insan / UMNO / 20032009 / (6 Tahun)
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak






















Menurut sejarah, negeri Kedah merupakan antara negeri yang tertua di Malaysia. Ianya terletak di Utara Semenanjung Malaysia dengan keluasan kira-kira 9,420 kilometer persegi. Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar. Kedah terbena dengan gabungan 11 daerah yang lain iaitu Kota Setar, Baling, Bandar Baharu, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Padang Terap, Yan, dan Pendang. Purata penduduk negeri kedah ialah kurang lebih seramai 1,572,107 orang. Masyarakat Melayu merupakan golongan majoriti di negeri Kedah diikuti masyarakat Cina, India dan lain-lain. Negeri Kedah negeriku dan banyak memberi sumbangan  dari segi sejarah perkembangan ekonomi, budaya dan perubahan sosial bangsa Melayu dalam masyarakat. Contohnya peninggalan kebudayaan Hindu-Buddha pada era abad ke-4 dan ke-14 diikuti kedatangan Islam telah memberi dimensi baru terhadap susun galur sejarah Malaysia, khususnya  negeri Kedah sendiri. Negeri kedah juga diberi jolokan sebagai “Jelapang padi”. Akibat daripada pelbagai pengaruh ini telah menjadikan negeri “Jelapang padi” ini sebuah negeri yang begitu unik dan juga menarik. Kini Kedah semakin maju ke hadapan. Makin hari makin maju dan makin banyak infrastruktur baru dibina. Jalanraya diturap elok, jalanraya dinaikan taraf kepada empat lorong, dan lampu neon menerangi kiri-kanan kebanyakan jalanraya. Hospital berkapisiti besar dibina dan diberi nama Hospital Besar Sultanah Bahiyah di Bandaraya Alor Setar dan Hospital Besar Sultan Abdul Halim di Sungai Petani. Bangunan sekolah-sekolah baru juga ada dibina. Begitu juga dengan bangunan-bangunan lain seperti bangunan pentadbiran kerajaan dan ibu pejabat pasukan Polis Diraja Malaysia dibina dan dinaik tarafkan. Menara telekomunikasi yang antara tertinggi di dunia juga ada dibina di Bandaraya Alor Setar. Pendek kata rata-rata rakyat sedang mengecapi dan menikmati kemakmuran pemerintahan semasa.  Umpamanya dalam proses pentadbiran negeri, khususnya dalam strategi bajet pada tahun 2011 (Bajet 2012) dirancang untuk: (a) Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat. (b) Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, (c) Membangunkan modal insan, dan (d) Memperkasa takbir urus kerajaan negeri. Kerajaan Negeri juga dianggar mempunyai keazaman yang tinggi dalam Pembangunan perladangan dan pertanian yang berskala besar: Dalam bajet 2011 jumlah peruntukan dalam pertanian adalah seperti berikut: (i) RM13 juta peruntukan kepada Jabatan Pertanian untuk program pembangunan pertanian, (ii) RM13.6 juta peruntukan untuk kemudahan pengairan dan saliran sawah padi. (iii) RM5 juta: peruntukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veteriner bagi memajukan industri ternakan, dan (iv) RM0.5 juta peruntukan untuk membina pusat pengumpulan dan pemasaran buah-buahan dan produk hasil pertanian.


Sebenarnya, negeri Kedah Darulaman adalah salah sebuah daripada empat belas negeri di Malaysia. Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bemaksud warna hitam. Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang  seringkali dikaitkan dengan kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai teletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah. Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6. Ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu di tempat ini. Kedah amat kaya dengan sejarah dan berpengaruh di dalam budaya utama dunia. Sebab itu Kedah boleh berbangga sebagai negeri tertua di negara ini, dengan salasilah keluarga Di-Raja mereka dapat dikesan semenjak 100 tahun Masihi. Sejarah Kedah pada kebiasaannya dilihat bermula dari abad keempat melalui penubuhan kerajaan  pertama di Lembah Bujang oleh Merong Mahawangsa. Kedah pada abad kelapan dan kesembilan kemudianya pernah berada di bawah kekuasaan Kerajaan Srivijaya dan kemudiannya Kerajaan Siam. Sehinggalah kepada tahun 1909 selepas Perjanjian Inggeris–Siam, Kedah berada di bawah kawalan British. Berdasarkan sejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perlis, dan Satun pernah menjadi sebahagian daripada wilayah Kedah. Pemerintahan Islam Kedah yang pertama adalah Sultan Al-Muzaffar Shah I yang memerintah dari 1136 hingga 1179. Kedah sendiri pernah berada di bawah takluk jajahan beberapa kuasa seperti Siam, Inggeris dan Jepun. Negeri ini kaya dengan arkeologi yang berasal dari era Hindu-Buddha di dalam sejarah Malaysia. Dengan peninggalan sejarah ini menunjukkan Kedah adalah tamadun tertua di negara ini. Kedah Pernah dikenali dengan nama Saiburi oleh Siam. Penduduk negeri Kedah dianggarkan berjumlah 1.9 juta orang terdiri daripada Melayu 75.4 peratus, Cina 14.6 peratus, India 7.0 peratus, Thai 1.4 peratus dan lain-lain 1 peratus. Walaupun majoriti besar adalah orang Melayu, namun kepelbagaian dan kosmopilitan budayanya jelas melambangkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Ia dapat dilihat melalui elemen-elemen budaya Melayu, Cina, India dan Thai meliputi tarian, muzik, senibina, tulisan, kraftangan dan lain-lain. Kedah berkeluasan 9,425 kilometer persegi dan terletak bersempadan dengan Perak dan Pulau Pinang di selatan sementara Perlis dan Thailand di utara. Sebagai jelapang padi negara, Kedah terus memaju dan memodenkan sektor pertanian. Kawasan tanaman padi seluas 100,000 hektar menghasilkan 40 peratus keperluan beras negara. Kawasan tanaman getah meliputi seluas 56,000 hektar. Usaha mengeluarkan sayuran dan buah-buahan serta tanaman kontan secara komersial telah dijalankan secara agresif. Pelancongan pula merupakan sektor berkembang pesat dengan Pulau Langkawi kini terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Kedah juga menawarkan pelbagai produk pelancongan berasaskan sejarah dan warisan seperti Muzium Arkelogi Lembah Bujang, Medan Budaya Alor Setar, Rumah Kediaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Makam Diraja Langgar, Pekan Rabu dan Muzium Padi.

Rujukan/bacaan tambahan
History of Kedah
History of Malaysia
Pertanian di Malaysia (UtusanOnline)
1,361 Petani Padi Bukit di Bau Terima Subsidi - KUCHING 15 April, 2016 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari ini memberikan bantuan subsidi padi bukit kepada 1,361 petani di kawasan Bau di negeri ini…
Pertanian Di Malaysia (Sains Pertanian - SPM)
Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
(1) Faktor Iklim: (a) Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman
getah padi dll. (b) Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato
dan lain-lain. (c) Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia
(2) Faktor Sejarah: (a) Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri
seperti padi, kelapa dll. (b) Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.
- Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir - Imigran India membawa masuk
lembu LID. Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan.
(3) Faktor Ekonomi: (a) Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan
tanaman dan ternakan. (b) Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.
(c) Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air  dll.) untuk membangunkan sektor pertanian...
Panas Terjang Malaysia, Suhu Capai 40 Derajat Celsius
TEMPO.CO, Kuala Lumpur - Suhu panas sedang melanda Malaysia pekan ini. Jika suhu selama ini rata-rata 27 derajat Celsius, dalam beberapa minggu terakhir, suhu di Malaysia meningkat hingga 30 derajat Celsius...
Peran sektor pertanian sangat penting terhadap perekonomian di Indonesia terutamanya terhadap pertumbuhan nasional dan sebagai penyedia lapangan perkerjaan. Sebagai negara agraris...
Penternak Alami Kerugian Akibat Cuaca Panas - MyNewsHub
Apr 5, 2016 - Mohamed Razali berkata, cuaca panas menggalakkan pertumbuhan alga di ... Mohamed Razali berkata, pendapatan eksport diperoleh dari kerapu dan ... Pengerusi Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia, Samad ... akan mempengaruhi kepada pengeluaran susu dan daging yang rendah… 




2 comments:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Email us:creditloan11@gmail.com
    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....
    Email us (creditloan11@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete