Semasa di Kedah Darulaman, aku banyak
menghabiskan masa di empat kawasan Parlimen iaitu di Padang Terap (P7), Pokok
Sena (P8), Alor Setar (P9), dan Kuala Kedah (P10). Pokok Sena adalah salah
sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah
Darulaman. Pak Ngah sekeluarga juga menetap di Kawasan Parlimen
Pokok Sena. Terdahulu Pak Ngah pernah menetap di Parlimen Kuala Kedah. Ayah
pula di Parlimen Padang Terap. Manakala Di Parlimen Alor Setar ada
sanak-saudara, kolam renang bersaiz olimpik 9 lorong, Stadium Darulaman,
Stadium Dato’ Syed Omar, Panggung wayang, Panggung teater dan kebudayaan, The
New Regency Hotel, outlet KFC, Pizza, McDonalds dan Restoran Salsabil. Di sini,
di kawasan Parlimen Pokok Sena, juga difahamkan terdapat seramai 18 Pengerusi
dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
Walaupun ada di kalangan mereka tidak berpelajaran tinggi, mereka telah diberi
amanah dan tanggungjawab untuk membangun dan memajukan masyarakat setempat.
Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah
pada 2009. Dalam peta, Pokok Sena terletak di
koordinat 6.2' Utara, 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga
jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah.
Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12
dalam pentadbiran kerajaan Kedah. Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah
pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan
2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar).
Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri
kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat
nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu. Katanya, ada perancangan di mana
Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung
pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana. Pokok Sena ialah
sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (Pterocarpus indicus)
banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk
di sini dengan pokok sena. Menurut kisah sejarah dahulunya Pokok Sena ini
terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah
Pokok Sena dan masih lagi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan
mewujudkan daerah berkenaan bertujuan untuk mengurangkan sedikit keluasan
daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu
Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena. Justeru, pengisytiharan sebagai daerah
baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan
selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat
setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan
dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ. Bagaimanapun, sebagai
sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat
mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini.
Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung
yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok
Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan
daerah-daerah lain.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah
pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi (2,816 hektar),
getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat
kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil
khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama
sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu. Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah
terbaru Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar.
Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal
merobah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio,
ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena
yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus
bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.
Daerah Pokok Sena berada di sebelah utaranya ialah daerah Kubang Pasu, di
sebelah barat daerah Kota Star, di sebelah selatan Daerah Pendang dan di
sebelah timurnya ialah daerah Padang Terap. Pekan Pokok Sena adalah pusat
bandar bagi daerah Pokok Sena terletak kira-kira 19 km di timur laut Alor Star.
Lokasinya adalah di persimpangan jalan yang menghala ke Kuala Nerang di sebelah
utara dan ke Naka di timur. Pekan Pokok Sena terletak di luar rancangan MADA.
Pentadbiran dan pengurusan daerah baru Pokok Sena yang mendorong kelicinan
pentadbiran di daerah ini. Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk
pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun di
Alor Setar. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga
dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar Alor Setar. Tambahan itu, sebuah bandar baru
dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi
Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya
dan populasi yang kian meningkat di Alor Setar sekali gus dijadikan bandar
satelit. Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis
Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Daerah Pokok Sena walaupun sudah menjadi daerah
baru. Pokok Sena dibangunkan bagi membina perangkaan penduduk dari Alor Setar
ke Pokok Sena. Banyak bandar baru akan dibina bagi memenuhi pertambahan
penduduk di Pokok Sena seperti Bandar Baru Dua, Bandar
Sejahtera dan Bandar Tunku Puteri.
Di Pokok Sena juga terdapat 6 mukim utama iaitu Gajah Mati, Jabi, Tualang, Lesong, Bukit Lada, dan Derang. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan
metropolitan ini akan diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan
sekitar di Alor Setar - Kubang Pasu (Jitra)-Pokok Sena-Pendang dan mungkin juga Padang Terap (Kuala Nerang, Padang Sanai dan Durian Burung). Zon metropolitan Alor Setar atau
Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama di sekitar Bandaraya Alor
Setar. Pokok Sena dan Pendang yang mempunyai penduduk melebihi 700,000 orang.
Bandar-bandar membentuk sebuah kawasan metropolis, menjadikan kawasan
metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang, Johor
Bahru-Singapura, Lembah Kinta, dan Zon Metropolitan Georgetown. Kerajaan
Negeri Kedah telah merancang untuk membina jalan di sini. Antaranya ialah
Lebuhraya Alor Setar - Pokok Sena-Kuala Nerang, Jalan Pokok Sena–Naka, dan Jalan
Kebun 500.
Peta Negeri Kedah Darulaman |
KAWASAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (JUMLAH PENGUNDI)
P004: LANGKAWI (37,536) P012: JERAI (74,410)
P005: JERLUN (52,383) P013: SIK (46,786)
P006: KUBANG PASU (65,550) P014: MERBOK (85,908)
P007: PADANG TERAP (41,960) P015: SUNGAI PETANI (93,176)
P008: POKOK SENA (80,174) P016: BALING (93,168)
P009: ALOR STAR (69,009) P017: PADANG SERAI (74,095)
P010: KUALA KEDAH (95,328) P018: KULIM/BANDAR BAHARU (60,910)
P011: PENDANG (70,135)
P005: JERLUN (52,383) P013: SIK (46,786)
P006: KUBANG PASU (65,550) P014: MERBOK (85,908)
P007: PADANG TERAP (41,960) P015: SUNGAI PETANI (93,176)
P008: POKOK SENA (80,174) P016: BALING (93,168)
P009: ALOR STAR (69,009) P017: PADANG SERAI (74,095)
P010: KUALA KEDAH (95,328) P018: KULIM/BANDAR BAHARU (60,910)
P011: PENDANG (70,135)
P008 – POKOK SENA / WAKIL RAKYAT
Keputusan pilihan raya umum Malaysia: 2004, 2008 dan 2013
Kawasan Parlimen: P8 Pokok Sena
Pemenang:
2004 / Datuk Abdul Rahman Ibrahim – (BN - UMNO) / Jumlah Undi: 29,740 / Majoriti: 7,300
2008 / Datuk Mahfuz Omar (PAS) / Jumlah Undi: 29,687 / Majoriti:5,731
2013 / Datuk Mahfuz Omar (PAS) / Jumlah Undi: 36,198 / Majoriti:3,935
Sumber: Internet
Menurut kamus rujukan bahasa
Indonesia, Politik adalah suatu proses pembentukan dan
pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain
kewujudan proses membuat sesuatu keputusan atau polisi pentadbiran, khususnya
berhubung dengan isu-isu pentadbiran di dalam sesebuah
negara. Pengertian ini merupakan upaya penggabungan antara
berbagai definasi yang berbeda mengenai hakikat politik yang
dikenal dalam ilmu politik. Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan
secara konstitusional maupun nonkonstitusional. Di samping itu politik
juga dapat ditilik dari sudut pandang berbeda, iaitu antara lain: (a) politik
adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama
(teori klasik Aristoteles), (b) politik adalah hal yang berkaitan dengan
penyelenggaraan pemerintahan dan negara, (c) politik merupakan kegiatan yang
diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat, dan (d)
politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan
kebajikan rakyat. Dalam konteks memahami politik perlu difahami beberapa kata
kunci lain, antara lain: kekuasaan politik, legitimasi, sistem politik, perilaku
politik, partisipasi politik, proses
politik, dan juga tidak kalah pentingnya untuk
mengetahui seluk-beluk tentang parti politik. Kebiasaannya, menurut
istilah Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya
mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk
membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan
diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya
akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak
terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar
dan menjadi sebuah barisan parti politik. Hak untuk menubuhkan serta menjadi
ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu di bawah Artikel
21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti
kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai
mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan
menyekat perkembangan parti pembangkang. Dalam masa yang sama, pilihan
raya pula merujuk kepada satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk
memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Pilihan
raya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Pilihan raya
dapat menjadi mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat,
oleh rakyat, untuk rakyat. Ia
merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk
memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal
undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ianya pula penting untuk memilih
wakil persatuan
pelajar. Mata pelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah
dipanggil "psefologi".
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu
samada perwakilan berkadar (proportional)
atau sistem majoriti (majoritarian).
Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut
pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang
bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses
penggubalan undang-undang. Oleh itu, cara pemilihannya amat penting dan
sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya
dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ianya dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR). Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah
ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat.
Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan
sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud "rakyat",
ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata
hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini
kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat ke atas kerajaannya. Demokrasi secara
ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat
terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung
dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat). Demokrasi hanya akan sihat dan subur di tengah
rakyat yang sedar, cerdas, jujur dan enlightened. Demokrasi akan
mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an yang mengekalkan kekuasaan dengan
strategi pembodohan rakyat, “(Dengan yang demikian) maka Fir`aun memperbodohkan
kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang
fasiq – derhaka..” Untuk menjayakan demokrasi elektoral kita
memerlukan mekanisme pilihan raya yang bersih, cekap dan berkecuali. Mekanisme
pilihan raya harus benar-benar mampu menghasilkan pemerintahan dari rakyat,
oleh rakyat untuk rakyat; mekanisme yang dapat menjamin bahawa yang naik adalah
yang terbaik. Dengan demikian kemenangan yang diraih oleh seseorang calon atau
sesebuah parti, benar-benar jelmaan kemenangan rakyat. Pilihan raya yang bersih
akan menggembirakan semua pihak kerana yang menang bukan wang, bukan rasuah,
bukan kecurangan dan bukan penipuan, tetapi yang menang adalah demokrasi yang
memang diperjuangkan oleh semua. Dalam kaitan ini kita harus menyuarakan
keprihatinan terhadap biaya pilihan raya yang terlalu mahal, sehingga yang
selalu menjadi masalah ketika menghadapi pilihan raya adalah soal dana. Pilihan
raya yang mahal akan membuka pintu rasuah seluas-luasnya. Ia akan mengundang
pelaburan para pemilik dana (kapitalis/korporat/cukong), dan apabila berlaku
persekongkolan politik dengan perniagaan, bererti kiamatlah moral politik.
Justeru, moral politik tidak akan laku di tengah kemeriahan pasar jual-beli
undi. Ketika ini juga wang seolah-olah sudah menjadi bahasa politik. (tidak ada
wang, tidak ada politik!). Wanglah yang menjadi tonggak kekuatan politik,
wanglah penentu elektibiliti parti dan akhirnya wang jugalah yang menentukan
pemenangnya. Dalam budaya politik korup seperti itu wang dapat membeli segala-gala:
suara rakyat, lawan politik, jentera, media dan segalanya. Pilihan raya adalah
kesempatan terbaik merebut peluang melabur dalam politik (pilihan raya) untuk
mendapat pulangan dalam bentuk projek dan kontrak kerajaan selepas pilihan
raya. Budaya politik wang akhirnya akan
berakibat terbentuknya kerajaan yang korup. Untuk melindungi kuasa yang korup
institisi-institusi penegak undang-undang dilemah dan dilumpuhkan. Itulah
yang akan berlaku kepada institusi-institusi seperti ketenteraan, kepolisan, kehakiman,
jabatan peguam negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan institusi-institusi
lainnya. Baik kerajaan, berkanun ataupun swasta. Akhirnya, rakyat terpaksa
menanggung bebanannya. Demikianlah transformasi yang akan terjadi, dari agen
penegak keadilan dan ketertiban menjadi alat melindungi korupsi. Justeru,
kekuatan institusi-institusi ini akan mengancam kelangsungan kuasa yang korup.
Apabila politik sudah menjadi sejenis bisnes orang berduit, tertutuplah peluang
untuk mendapatkan pemimpin yang baik, bermoral dan berintegriti. Para pelabur
tidak akan mencanai pemimpin yang kuat dan pro-rakyat, sebaliknya mereka akan
membiayai “pemimpin” tajaan mereka sendiri yang nanti akan dapat mereka kuasai.
Ini bukan mimpi, tetapi realiti yang telahpun terjadi. Fenomena penguasaan
orang bisnes ke atas ahli-ahli politik inilah yang diungkapkan oleh Noreena
Hertz dalam bukunya: “The Silent
Takeover: Global Capitalism and the Death of Democracy”. Beliau mengatakan, “Politicians are increasingly seen as
impotent, irrelevant, and dishonest. People see their government as unable to
deliver what they promise, obsessed with unimportant issues and internal
politicking, riddled with corruption, clinging to outmoded notions of
authority, and increasingly in the pockets of business people. The distinction
between incompetence and dishonesty is becoming blurred as, in country after
country, senior politicians are discovered to have engaged in corrupt
practices. (Hertz, Noreena, 2003: 121)”. Dalam budaya politik yang dikuasai oleh duit,
mereka yang tidak mahu menjadi calon tajaan kaum berduit harus menyingkir
meskipun berkualiti dan berpotensi menjadi pemimpin yang baik. Tidak kurang
memprihatinkan adalah gejala politik kekerasan. Demokrasi seharusnya menjadi
pentas adu kekuatan idea, bukan otot dan lengan. Politik samseng adalah
pengkhianatan terhadap prinsip dan nilai demokrasi elektoral. Politik adu-domba
kekuatan fizikal adalah amalan masyarakat yang tidak bertamadun. Parti-parti
politik yang menjunjung prinsip dan nilai demokratik seharusnya mampu membina
massa demokrat yang menghormati aturan main yang bersih dan beradab. Provokasi
yang melampaui batas juga boleh menyebabkan kecederaan. Yang pertama dan
utama adalah memenangkan demokrasi itu sendiri. Manusia demokrat tulen tidak
akan sanggup mencederai demokrasi atau melukai warga pengamal demokrasi,
semata-mata kerana ingin memenangkan diri dan kelompok sendiri. Rakyat yang
setia kepada nilai dan norma demokrasi harus tegas menolak politik kekerasan,
termasuk politik mengancam, mengugut, manakut-nakutkan dan lain-lainnya.
Perjuangan menegakkan demokrasi tidak boleh dipisahkan daripada perjuangan
pencerdasan dan pemberdayaan rakyat. Justeru, demokrasi hanya akan punya erti
jika rakyat memiliki kekuatan daya fikir dan keberanian bersikap. Para
pendukung demokrasi harus siap melawan pembodohan dan pemiskinan. Politik yang
didukung golongan yang bodoh dan miskin tidak beradap akan mengekalkan
kebodohan dan kemiskinan. Bagi mereka warganegara yang efektif, cerdas, kritis
dan tidak bersikap bergantung dan mengharap adalah bahaya yang akan menggugat
kekuasaan yang mereka sedang miliki sewenang-wenang. Memang survival penguasa
yang zalim selamanya bergantung pada kebodohan dan kemiskinan rakyat. Rakyat
yang miskin dan yang bodoh tidak beradab selalunya mengundi dan memilih atas
pertimbangan kepentingan peribadi dan habuan jangka pendek yang bersifat
kebendaan, bukan atas pertimbangan jangka panjang yang bersifat public
virtues, kebaikan bersama atau maslahah `amah. Perubahan-perubahan mungkin akan berlaku
tetapi mengambil masa yang lama untuk dicapai jika pertimbangan demi
pertimbangan mengambil masa terlalu lama. Dalam perlaksanaan sistem demokrasi,
demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dan berkait rapat dengan
institusi-institusi berikut:
(a)Perlembagaan yang
menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya
Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan
seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
(b) Pilih raya untuk memilih
pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil.
(c) Rakyat diberi hak mengundi
(d) Kebebasan
bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya).
(e) Kebebasan akhbar dan akses
kepada media.
(f) Kebebasan persatuan.
(g) Semua orang dalam masyarakat
menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi
ialah wujudnya Peraturan Undang-undang (Rule of Law).
(h) Rakyat yang berpendidikan dan
berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.
Demokrasi juga merupakan janji dan cabaran. Suatu janji untuk memastikan terbelanya kebebasan terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan berkerjasama dengan semangat kekitaan, aspirasi kepada kebebasan individu, peluang ekonomi kepada semua rakyat dan keadilan sosial. Ianya juga suatu cabaran kerana kejayaan pengusaha atau pengamal demokratik adalah terletak di bahu rakyat sesebuah negara dan bukannya orang lain. Dalam kata lain demokrasi ialah sebuah institusi kepada kebebasan (Democracy is the institutionalization of freedom). Seterusnya, berdekatan dengan Pekan Pokok Sena ada beberapa tempat penting iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati, Pejabat Pertanian Daerah Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati, Stesen Pembangunan Komoditi Gajah Mati dan Pusat Haiwan Gajah Mati. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara fertigasi. Semasa ini tanaman sedang mengeluarkan hasil secara berterusan adalah: Nenas jenis morris, Jagung, Sayuran dari jenis tertentu (semasa: sawi, bayam, kangkong, terung, serai, bendi, petola dan cili), Buah buahan: mangga (mengikut musim - Mac April Mei), dan Tebu. Pembelian runcit dan juga borong boleh dibuat pada Gerai Jualan Terus atau di Pusat Pengumpulan TKPM di Gajah Mati, Pokok Sena. TKPM Gajah Mati telah menyiapkan premis SALM ZONE bagi melaksanakan Jualan Terus Dari Ladang TKPM. Ia akan mula beroperasi pada Tahun 2011.Pejabat Pertanian Kota Setar ialah pejabat pertanian bagi Daerah Kota Setar. Tugas utama ialam memberi khidmat pengembangan kepada petani petani di Daerah tersebut. Pusat Pertanian pula adalah tempat penyimpanan benih benih sebelum diedar kepada petani dan perserta projek seluruh Daerah. Pusat Pertanian yang dikelola oleh Jabatan Pertanian ini terletak bersebelahan TKPM dan telah di buka sejak tahun 1920 bagi tujuan mengkaji tanah berkerikil dan bermasaalah Siri Gajah Mati. Pada masa ini pusat ini di jadikan lokasi pengeluaran benih tanaman bagi keperluan petani. Projek terkini yang sedang pesat dibangunkan ialah Program Pembangunan Ladang Organik menggunakan kaedah natural farming. Di dalam program ini Jabatan Pertanian menyediakan indegenous microorgism (IMO-mikroorgisma asli) sebagai agen pemulihan struktur tanah. Jabatan juga menyediakan baja larutan natural farming menggunakan bahan bahan sisa ladang. Jenis-jenis tanaman yang terlibat dalam program ini 2 hektar ladang mangga Chok Anan, 1 hektar longan, 0.25 pitaya dan 1 hektar limau madu serta sayur daun seluas 0.25 hektar.
Di Parlimen Pokok
Sena juga terdapat 16 buah Sekolah Menengah. Setiap tahun hampir 1,500 pelajar
menamatkan persekolahan samada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
Sijil Tinggi Perperiksaan Malaysia (STPM). Antara persoalan dan fenomena
yang agak sama di tempat-tempat lain di seluruh negara dan dunia ialah
(a) Di manakah pelajar-pelajar ini akan meneruskan pengajian atau mendapatkan
latihan seterusnya? (b) Adakah sebahagian dari mereka akan terus-menerus
terjebak dalam anasir-anasir yang tidak sihat seperti merempit, menjadi tokan
air ketom atau lepak tanpa membuat apa-apa? dan (c) Siapakah akan dapat
membimbing mereka selain dari ibubapa dan ketua-ketua masyarakat setempat?
Persoalannya setiap tahun makin ramai yang menamatkan persekolahan tingkatan 5
dan 6 dan ramai di kalangan mereka tidak dapat menjadi insan yang produktif.
Mungkin nama mereka tidak tersenarai untuk ke menara gading atau mana-mana
pusat kemahiran. Mereka terpaksa buat kerja apa yang ada untuk makan esok. Kita
mesti bertindak untuk memastikan belia dan remaja kita menjadi insan-insan yang
berguna dan produktif kepada agama, bangsa dan negara. Kita perlu secara
berterusan membimbing mereka dan menyediakan prasarana seperti pusat latihan
kerjaya atau institusi pengajian tinggi seperti kolej komuniti dan sebagainya
di kawasan setempat. Mereka ini adalah golongan muda yang perlu digalakkan
untuk sentiasa meningkatkan azam dan berganding bahu dengan pihak kerajaan
untuk terus memajukan negara. Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu
menyediakan asas kukuh untuk anak-anak muda negara ini membangunkan negara,
seterusnya mewariskan kepada generasi akan datang. Pihak kerajaan yang juga
pemerintah perlu melihat golongan muda di negara ini terbabit dan cemerlang
dalam semua bidang seperti pendidikan, kebudayaan serta kemahiran. Ini kerana
semuanya mesti disediakan dan dititikberatkan supaya masa depan anak muda akan
terjamin. Ini juga kerana mereka bakal menjadi pengundi dalam pilihanraya umum
dan kecil, dan sekaligus menjadi penentu kepimpinan dan pentadbiran masa depan
negara. Mereka juga bertanggungjawab memilih dan merencanakan sesebuah kerajaan
yang benar-benar dapat merealisasikan impian berkenaan. Umpamanya di Negeri
Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dianggarkan sebanyak 30 hingga 35
peratus penggundinya ialah golongan muda. Ini bererti jika jumlah keseluruhan
penggundinya ialah 982,311 orang bererti diangarkan seramai 294,693 daripadanya
adalah orang-orang muda yang berusia 40 tahun ke bawah. Difahamkan juga di satu
kawasan luar bandar iaitu Kota Belud, Sabah yang dianggarkan mempunyai bilangan
berkepadatan penduduk seramai 90,000, pengundi seramai lebih kurang 51,549, dan
jumlah mereka yang mendaftar serta memiliki akaun ‘facebook (FB)’ ialah
melebihi 16,000 orang kesemuanya. Pecahan komposisi penduduk di Kota Belud pula
ialah seperti berikut dimana Bumiputera Islam (58.22%), Bukan Islam (38.24%),
Cina (1.58%), dan lain-lain (1.96%). Ini adalah suatu statistik yang boleh
dibanggakan kerana walaupun berada jauh di pendalaman mereka tetap menghargai
dan memahirkan diri mereka dengan aplikasi teknologi maklumat moden iaitu
internet. Sehaluan dengan itu, ini semua perlu sentiasa dijadikan agenda utama
dan diberi perhatian penuh oleh kerajaan untuk membantu generasi muda
meningkatkan ilmu pengetahuan serta bersama-sama berganding bahu membina
jaringan kerjasama (network) sesama mereka dan akhirnya meneruskan asas
pembangunan bangsa dan negara. Para pemimpin di semua peringkat diseru supaya
mengatur dan membuat perancangan dan persiapan rapi untuk semua golongan khususnya
anak muda. Segala janji-janji kosong yang tidak produktif dan memalukan seperti
tahu berjanji bulan, matahari, bintang dan cakerawala tanpa perlaksanaan
mestilah disingkirkan supaya tidak bermaharajalela di dalam komuniti
masyarakat. Justeru itu, golongan muda atau anak muda diminta bertekad dan
berazam menyokong penuh segala transformasi dan perancangan ke arah memaju
serta memertabatkan masa depan mereka sebagai pewaris negara. Dianggarkan
seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak menggundi pada tahun 2013 untuk PRU13.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaporkan bahawa
seramai 579 calon mendaftar untuk bertanding kerusi Parlimen di 222 kawasan dan
seramai 1,324 calon mendaftar untuk bertanding kerusi DUN di 505 kawasan. Manakala
tarikh pilihan raya pula telah ditetapkan pada 5 Mei 2013 untuk PRU13.
Keputusan penuh PRU13 memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan 133 kerusi
Parlimen manakala pakatan pembangkang, Pakatan Keadilan Rakyat (PKR)
memperolehi hanya 89 kerusi. Jumlah kerusi Parlimen yang diperolehi oleh BN
didapati kurang sebanyak 7 kerusi berbanding dengan pilihan raya umum terdahulu
pada tahun 2008. Prestasi BN yang merupakan komponen kepada 13 parti politik di
Malaysia juga dikatakan semakin hambar dalam pilihan raya kali ini. Dalam
pilihan raya terkini, majoriti pengundi berbangsa Cina memilih menjauhi BN dan
mendekati PKR. Manakala orang-orang Melayu yang merupaka majoriti bangsa di
Malaysia memilih antara tiga parti utama iaitu, PKR, PAS dan BN. Kesannya,
peningkatan mendadak jumlah undi diperolehi oleh PKR di seluruh negara,
khususnya di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Dalam PRU13, PKR
dianggarkan memperolehi 3,000,000 undi orang-orang Melayu; 2,900,000 undi
orang-orang Cina; dan 400,000 undi orang-orang India. Secara
keseluruhannya, PKR dikatakan popular di kawasan Bandar khususnya bandar-bandar
besar manakala BN popular di kawasan luar Bandar. Dalam masa yang sama,
Presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama menghubungi YAB Datuk Seri Najib
Abdul Razak dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau dalam pilihan
raya kali ini. Di sebalik pengiktirafan itu, beliau juga memintak agar
dibetulkan segala kepincangan dan kecurangan SPR dalam pilihanraya
berkenaan.
PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL (BN)
United Malays National Organization (UMNO)
Malaysian Chinese Association (MCA)
Malaysia Indian Congress (MIC)
Malaysian People’s Movement Party (Gerakan)
People’s Progressive Party (PPP)
Parti Pesaka Bumiputera (PBB)
Sarawak United People’s Party (SUPP)
Parti Bersatu Sabah (PBS)
Liberal Democratic Party (LDP)
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
United Pesokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO)
Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
Sarawak People’s Party (PRS)
PAKATAN KEADILAN RAKYAT
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Democratic Action Party (DAP)
JUMLAH BILANGAN PENGUNDI PADA PILIHAN RAYA UMUM 13 (PRU13)
UNTUK TAHUN 2004, 2008 DAN 2013
UNTUK TAHUN 2004, 2008 DAN 2013
NEGERI 2004 2008 2013
PERLIS 112,482 117,471 134,870
KEDAH 821,091 859,941 1,025,930
KELANTAN 662,722 740,441 906,282
TERENGGANU 455,924 516,258 629,869
PULAU PINANG 672,362 700,164 834,730
PERAK 1,170,351 1,162,676 1,397,279
PAHANG 570,126 588,428 727,047
SELANGOR 1,422,274 1,549,970 2,020,496
WP KUALA LUMPUR 670,920 651,736 787,826
WP PUTRAJAYA 5,079 6,387 15,308
NEGERI SEMBILAN 429,786 445,291 434,885
MELAKA 345,917 358,914 434,885
JOHOR 1,184,788 1,293,671 1,579,877
WP LABUAN 22,006 19,159 24,478
SABAH 513,490 794,448 969,497
SARAWAK 695,969 896,100 1,069,654
JUMLAH 9,756,097 10,701,054 13,105,407
Berikut ialah jumlah pemilih ketika Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan kedudukan
semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dianggarkan jumlah keseluruhan pemilih
ialah 13.2 juta untuk 222 kawasan Parlimen dan 505 untuk kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN).(Statistik sehngga 10 Februari 2013).
Sumber: www.sinarharian.com.my/pru13/statistik
PECAHAN PENGUNDI YANG LAYAK MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA UMUM 13
(PRU-13) PADA 5 MEI 2013.
Negeri Lelaki Peratusan Perempuan Peratusan Jumlah
PERLIS 67,653 49.26 69,696 50.74 137,349
KEDAH 530,229 48.91 533,052 51.09 1,043,281
KELANTAN 457,457 49.70 462,976 50.30 920,433
TERENGGANU 318,267 50.04 317,733 49.96 636,000
PENANG 412,367 48.63 435,594 51.37 847,961
PERAK 700,108 49.66 709,664 50.34 1,409,772
PAHANG 372,471 50.30 365,030 49.50 737,501
SELANGOR 1,023,488 49.88 1,028,220 50.12 2,051,708
NEGERI SEMBILAN 277,763 49.87 279,259 50.13 557,022
KUALA LUMPUR 397,756 50.13 395,650 49.87 793,406
PUTRAJAYA 7,706 48.78 8,092 51.22 15,798
LABUAN 13,040 53.32 11,417 46.68 24,457
PERAK 277,763 49.87 279,259 50,13 557,022
MELAKA 215,377 48.96 224,492 51.04 439,869
JOHOR 804,299 50,01 804,027 49.99 1,608,326
SABAH 95,205 50.41 487,106 49.59 982,311
SARAWAK 543,845 50,07 542,346 49,93 1,086,191
(Gazetted – April, 2013)
Sumber: New Sunday Times / prime news / page 3
Dalam menghuraikan keputusan
Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), secara terus-terang aku tidak mempunyai banyak
pengalaman. Akan tetapi aku dapat melihat politik sebagai kombinasi
kepada tiga perkara iaitu “sciences, practices and the art of compromising”. Dalam amalan politik semasa, sikap dan
kemahiran seperti “condemnation, discrimination and intolerance” terhadap
parti dan pihak lawan telah dan sedang diamalkan. Mungkin ianya diamalkan
supaya seseorang atau sesuatu pihak mahu menampilkan kelebihannya dan
menidakkan amalan orang lain atau pihak lawan. Berkemungkinan juga peratusan
ketiga-tiga sikap dan kemahiran tersebut telah menyumbang kepada perpecahan
perpaduan sesebuah masyarakat amatlah tinggi dan mendukacitakan. Ada di
kalangan rakan-rakan dan saudara mara minta aku bertanding dalam pilihan raya
2013 (PRU13). Parti Bebas kononnya. Lalu aku katakan bahawa aku tidak berwang
banyak hari ini. Kalau menang bagaimana hendak menganjurkan jamuan kesyukuran
besar-besaran untuk meraikan jasa para pengundi. Apa kata mereka kalau makanan
yang dihidangkan tidak berlauk banyak, sedap dan enak. Apa kata mereka kalau
air sirap yang disediakan tawar tanpa gula. Pastinya ramai yang akan merungut
kerana air jamuan itu tawar tak bergula rasanya. Tambahan lagi adat kebiasaan
dan amalan orang-orang Melayu Bumiputera seringkali mahu mereka dihargai,
dilayan dan diraikan dengan baik. Seboleh-bolehnya sebaik mungkin. Ini mungkin
kerana mereka rasakan sebegitu kerana mereka merupakan penduduk majoriti di
bumi Malaysia. Pernah suatu ketika sebaik sahaja menang dalam PRU13 ada di
kalangan mereka membuat jamuan besar-besaran sehingga undangannya melebihi 5000
orang. Progam itu dianjurkan untuk meraikan pengundi-pengundi mereka katanya.
Radio juga turut mengumumkan dan mengundang orang ramai menghadiri majlis
berkenaan. Hari ini aku cuma sekadar penonton dan ahli biasa kepada gelagat
masyarakat dalam menghadapi sesuatu proses pilihan raya umum. Akan tetapi aku
sempat menghadirkan diri dan mendengar serta meninjau beberapa kempen pilihan
raya yang dianjurkan oleh Barisan Nasional di Markas Gerakan PRU13 di N10 DUN
Bukit Pinang (P8 Pokok Sena), di N16 DUN Kubang Rotan (P10 Kuala Kedah) dan P8
Pokok Sena. Ketiga-tiga majlis tersebut adalah majlis memperkenalkan
calon-calon yang akan bertanding mewakili kawasan masing-masing. Orang lama
dalam politik Malaysia iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
turut hadir dan memberi penerangan kepada para pengundi di N10 dan N16,
manakala YAB. Datuk Najib Tun Abdul Razak hadir memberi motivasi politik di P8
Pokok Sena. Manakala ceramah dan motivasi politik pembangkang pula dapat
diikuti dengan jelas melalui internet saluran mediarakyat.net
(youtube.com). Hampir keseluruhan program pembangkang dimuatkan ke
dalam laman web masing-masing, khususnya ceramah ketua parti pakatan rakyat
yang mengetuai kumpulan pembangkang. YAB Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Abdul
Razak banyak menyentuh tentang program tranformasi. Mengajak rakyat
bersama-sama membina negara ke tahap yang lebih baik. Manakala ceramah
parti politik pembangkang yang diketuai oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim terus
mempertahankan isu-isu berkaitan ketelusan dan keadilan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), perpaduan, keharmonian, penipuan, pembohongan, ugutan, penindasan,
pengkhianatan, kezaliman, rasuah politik, fitnah, kronisme, nepotisme,
pemborosan pentadbiran kerajaan, pembalakan haram, hak dan kebebasan rakyat dan
sebagainya. Keseluruhannya berkisar kepada isu-isu pentadbiran negara,
perpaduan kaum, keadilan dan kepentingan kepada rakyat dalam keseluruhannya.
Masing-masing tampil dengan falsafah perjuangan untuk mejana perubahan dan
membela nasib rakyat dan negara. Dalam suatu ceramah terdahulu pada 29
Disember, 2012, di Kawasan Parlimen, P170 Tuaran, Sabah, Datuk Seri Anwar
Ibrahim membongkarkan bagaimana “illicit fund” (wang hasil pendapatan haram -
hasil rasuh, pembalakan haram, judi tanpa lessen dan sebagainya) berjumlah
RM190 bilion pada tahun 2010 di bawa keluarkan daripada negara Malaysia.
Katanya lagi wang ini adalah wang rakyat yang boleh dibahagi-bahagikan untuk
pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Beliau juga mempersoalkan bagaimana
wang tersebut di bawa keluar sebegitu mudah dan tidak dimaklumkan oleh media
tempatan kepada rakyat. Laporan tersebut, adalah laporan yang dikeluarkan oleh
Global Financial Integrity (GFI). Manakala akhbar Hindustan Times, New Delhi
yang bertarikh 17 December, 2012 (www.hindustantimes.
com), dalam ruangan ekonomi, melaporkan bahawa
jumlah “illicit fund” yang dikeluarkan dari negara Malaysia dari tahun 2001
hingga 2010 ialah berjumlah sebanyak AS$285 billion. Malaysia di tempat ketiga
selepas China (AS$2,740 bilion) dan Mexico (AS$476 bilion). Di dalam
ceramah-ceramah yang lain, beliau juga memaklum dan menyakinkan para hadirin
bahawa daripada sudut ekonomi dan pemgalamannya sebagai Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan, Malaysia sebenarnya mempunyai sumber kekayaan
yang tersendiri misalnya, Petronas pernah menjana pendapatan tahunan sehingga
RM80 bilion setahun manakala komoditi Kelapa Sawit menyumbangkan pendapatan
sehingga RM70 bilion setahun kepada negara. Dalam masa yang sama beliau
berjanji akan meningkatkan mutu pendidikan negara ke tahap yang lebih baik
serta memansuhkan PTPTN. Sehingga tahun 2011, jumlah hutang PTPTN yang
sedang ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak RM30 billion. Dalam bajet 2013,
terdapat seramai 465,103 pelajar di semua pusat pengajian tinggi Awam (IPTA),
di Malaysia. Dua alasan diberikan untuk terhadap pendidikan percuma ialah (1)
golongan muda akan terus terbeban dengan hutang yang berpanjangan, dan (2)
memberi peluang kepada semua sama ada anak-anak kepada orang-orang yang
berpendapatan tinggi atau rendah untuk belajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Pendekatan ini dikatakan juga dapat membendung masalah diskriminasi dalam
masyarakat di mana setiap rakyat berpeluang melanjutkan pelajaran mereka berdasarkan
kepada kecemerlangan akademik dan bukannya faktor kewangan semata-mata yang
menjadi penentu. Semua jenis sekolah-sekolah sekolah kebangsaan menengah dan
rendah, sekolah vernakular (Cina dan Tamil) dan universiti-universiti tempatan
akan turut dibantu sepenuhnya. Selain itu, harga kereta-kereta juga akan
diturunkan. Pendekatan ini boleh
dilakukan dengan mengurangkan cukai-cukai yang dikenakan ke atas pembelian
sesebuah kereta seperti cukai eksais (75%), cukai jualan (10%) dan duti/cukai
import (5%). Cukai eksais ialah cukai yang
dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang dimport ke Malaysia atau di
kilang dalam Malaysia. Cukai jualan adalah cukai seperingkat
yang dikenakan pada peringkat import atau pengilangan. Di Malaysia, Cukai
jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan pada peringkat import atau
pengilangan. Di Malaysia, pengilang-pengilang yang mengeluarkan barangan
tercukai perlu mendapatkan lesen di bawah Akta Cukai Jualan, 1972.
Syarikat-syarikat yang mempunyai perolehan jualan kurang RM100,000 dan
syarikat-syarikat status Gudang Pengilangan Berlesen dikecualikan daripada
keperluan untuk mendapatkan lesen. Bagaimanapun, syarikat-syarikat itu
dikehendaki memohon sijil pengecualian lesen. Duti/cukai import
kebanyakannya dikenakan ad valorem sungguhpun beberapa duti spesifik dikenakan
ke atas sebilangan produk. Namun demikian, sejak beberapa tahun lalu, Malaysia
telah memansuhkan duti import ke atas pelbagai jenis bahan mentah, komponen dan
jentera. Lagi pun, Malaysia komited kepada Skim Tarif Keistimewaan Berkesan
Bersama (Common Effective Preferential Tariffs atau CEPT) ASEAN yang mana di
bawahnya produk-produk industri yang didagangkan di kalangan ASEAN dikenakan
duti import 0% hingga 5%. Kadang-kala
selain daripada ketidakyakinan beliau terhadap institusi kehakiman negara, YB
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap
sikap pihak media-media tempatan (khususnya saluran station televisyen dan
radio tempatan) yang tidak memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk
bersuara secara bebas dan terbuka melalui saluran-saluran berkenaan. Secara
keseluruhannnya, pembelaan pembangkang ialah berkait rapat dengan isu-isu
subsidi kerajaan, harga petrol, IPP dan kroni, harga-harga barangan, bantuan
pendidikan percuma, pembelaan terhadap semua kaum, hak-hak kebebasan rakyat,
ketelusan pihak media dan sikap boros dalam kepimpinan negara yang merugikan
rakyat.
Tempat/Kawasan Isu/ Maklumat
P170 Tuaran, Sabah “Illicit Fund”, RM190 billion (2010), GFI
P188 Lahat Datu (N50), Sabah Pembangunan Ekonomi Dan Perpaduan Rakyat
P121 Lembah Pantai, K. Lumpur Hak-hak Rakyat Dalam Menuntut Perubahan
P10 Kuala Kedah, Kedah Permasalahan Dalam Pengurusan Negara
P18 Kulim-Bandar Baharu Kebebasan, Ketelusan dan Akses Kepada Media
P128 Seremban, N. Sembilan Penyalahgunaan Wang Rakyat dan Kronisme
P48 Bukit Bendera, P. Pinang Hak Rakyat dan Tanggungjawab Dalam Pendidikan
P44 Permatang Pauh, P. Pinang Hak Rakyat Dan Tanggungjawab Dalam Pilihan Raya
P133 Dengkil, Selangor Adat Dan Budaya Dalam Berpolitik
GFI = Global Financial Integrity
Dalam
menghuraikan dengan lebih lanjut berhubung dengan keputusan PRU13, cetusan idea
yang dilahirkan oleh Dr Mashitah Ibrahim agak menarik. Mungkin juga
cetusannya hanya dibaca oleh sebahagian sahaja oleh orang-orang Melayu
Bumiputera Islam yang berminat membaca. Mungkin juga cetusan ideanya tidak
dibaca oleh kaum-kaum lain seperti Cina, India, Singh, Siam, Kadazan, Dusun dan
Dayak. Secara peribadi cetusan sebegini perlu pujian dan galakan serta baik dan
boleh diguna pakai untuk mendidik minda seseorang supaya menjadi lebih matang
dan berpengetahuan. Seterusnya, membantu ke arah mematangkan pembangunan sosial
dan politik masyarakat di negara-negara yang memiliki pelbagai etnik bangsa.
Malaysia. Sekaligus menyatupadukan masyarakat Melayu Bumiputera Islam dan
masyarakat Malaysia amnya. Cetusannya juga disiarkan oleh www.sinarharian.com.my bertarikh 10
Mei 2013, yang bertajuk “Jangan Semai Lagi Politik Benci”. Keseluruhan
cetusannya dalah seperti berikut. Keputusan PRU13 Ahad lalu mempunyai beberapa
persamaan dengan keputusan pilihan raya umum 44 tahun lalu. Dalam pilihan raya
1969, pengundian jelas mengikut kecenderungan kaum. Kaum-kaum utama memilih
parti yang didukung oleh kaumnya sendiri ataupun parti memperjuangkan isu-isu
yang memberi keuntungan maksimum kepada kepentingan mereka. Perbezaan yang
jelas juga berlaku dalam selera pengundi bandar dan luar bandar. Majoriti
pengundi bandar memilih parti pembangkang yang ekstremis, manakala majoriti
pengundi luar bandar memilih parti-parti yang sederhana pendekatannya.
Akibatnya, pertambahan kerusi yang dimenangi pembangkang dianggap sebagai satu
indikator kelemahan Perikatan sebagai sebuah kerajaan. Ia juga dilihat sebagai
kelemahan penguasaan politik orang Melayu dan Umno. Maka cabaran-cabaran
terbuka yang bersifat perkauman mula dilakukan sehingga mencetuskan permusuhan
dan kemarahan terbuka di antara orang Melayu dan Cina. Hal ini menjadi lebih
tenat apabila ada pihak luar (Parti Komunis Malaya) dan gerakan subversif lain,
mengambil kesempatan. Ada NGO yang bermotif politik ‘tumpang semangkuk’
menunjukkan simpati mereka kepada parti pembangkang. Akhirnya, berlakulah
pertumpahan darah pada 13 Mei 1969. Senario pasca-PRU 1969 dan pengalaman yang
dilalui Pengerusi Perikatan dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak,
kini sedang dihadapi anaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN
dan Perdana Menteri. Seperti bapanya dahulu, Najib kini berdepan dengan budaya
politik benci yang dicetus pembangkang. Sebahagian rakyat terpengaruh dengan
hasutan pembangkang untuk menzahirkan benci kepada kerajaan, benci kepada Islam,
benci kepada Melayu, benci kepada pemimpin tertentu dan benci kepada institusi
seperti polis, tentera, mahkamah dan Suruhanjaya Pilihanraya. Dalam buku The
New Hate (New York, 2012), Arthur Goldwag menerangkan bagaimana pihak yang
bermanipulatif sengaja mencipta pelbagai teori konspirasi dan mempengaruhi
penyokong yang taksub untuk memperolehi kuasa. Mereka sentiasa mencari ‘kambing
hitam’ sebagai sasaran dan menjadikan perbalahan, kemarahan, kebencian dan
huru-hara sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik. Politik adalah
perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara, namun jika kuasa politik
disalah guna, semuanya boleh hancur. Sejarah dunia menunjukkan bahawa banyak tamadun
runtuh akibat perpecahan, pertembungan emosi dan kejahilan yang mendorong
kepada ketaksuban dan kefanatikan melulu sehingga menafikan kebenaran pihak
lain. Golongan yang taksub,
fanatik dan ekstrem adalah mangsa kepada gerakan yang semata-mata mengejar kepentingan
politik, yakni merebut kuasa tanpa mengambil kira risiko perpecahan dan
huru-hara. Berdemonstrasi, mengkafir, menyebar budaya fitnah dan benci serta
berkelakuan mencaci, menghina dan memaki hamun pihak lain adalah perbuatan yang
melanggar batasan dan bertentangan dengan adab berpolitik dalam Islam. Rakyat memang berhak
menegur pemimpin seperti inti pati ucapan sulung Saidina Abu Bakar sebaik
diangkat menjadi khalifah yang pertama. Ini disokong hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud: Mana-mana hamba ALLAH yang diamanahkan suatu kumpulan rakyat dan
siapa yang mati dengan menipu rakyat, ALLAH akan jauhkannya dari syurga,
(Riwayat Muslim). Melihat kepada keadaan hari ini, nampaknya perjuangan Pakatan
Rakyat yang kononnya mahu menegakkan hak asasi, membasmi rasuah dan penjimatan
sudah bercampur aduk dengan kecenderungan sikap fanatik, kebencian melampau dan
kemaruk mendapat kuasa dan kedudukan semata-mata. Atas nama kebebasan dan
keadilan, mereka berdemonstrasi, menggugat keselamatan, menyusahkan orang ramai
dan merisikokan perpaduan. Mereka seharusnya dipandu ajaran seperti yang
dijelaskan dalam al-Quran (maksudnya): “Janganlah kamu membuat kerosakan di
muka bumi kerana ALLAH tidak menyukai orang yang membuat kerosakan.” Terdahulu
beberapa bulan sebelum PRU-13, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, menulis
sebuah rencana dan disiarkan oleh www.utusan.com.my yang bertajuk “Kenapa
Perlu Menang Majoriti 2/3”. Rencana ini disiarkan pada sabtu, 1 Disember,
2012 di muka 12 akhbar berkenaan, Utusan Malaysia. Menurut rencananya, setakat ini belum ada
analisis bebas yang mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam Pilihan
Raya Umum (PRU) Ke-13. Menang tetap menang. Persoalannya, menang dengan
majoriti 2/3 atau menang dengan simple majority (majoriti
mudah). Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dianggap satu malapetaka. Tetapi Datuk
Seri Najib Tun Razak membuktikan sebaliknya. Kerajaan simple majoriti
boleh berfungsi lebih baik. Ia menjadi resipi melakukan muhasabah, UMNO bangkit
semula, dan kini pembangkang pula yang defensif. Ia umpama bermain bola sepak.
Angka kadang-kadang tidak penting. Adakalanya pasukan dengan sembilan pemain
mampu mengalahkan pasukan lengkap sebelas pemain. Sebabnya, sembilan pemain
yang tinggal itu lebih berdisiplin, berkualiti, ofensif dan winnable. Malaysia
mendahului Hong Kong 1-0 dalam perlawanan persahabatan Piala Suzuki AFF. Tetapi
Hong Kong berjaya menyamakan kedudukan 1-1, beberapa minit selepas mereka
bermain dengan 10 pemain sahaja. Pokoknya, strategi, taktikal, kepimpinan dan
semangat bermain satu pasukan amat penting. Walaupun BN boleh memerintah tanpa
majoriti 2/3, tetapi dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum, kerajaan
majoriti 2/3 amat penting. Apatah lagi di Malaysia, kita berdepan dengan
pembangkang yang belum matang. Mereka enggan mengiktiraf sesuatu yang baik.
Pada mereka yang baik tetap tidak baik. Ada kalanya yang baik mereka cuba
musnahkan. Malaysia dan Amerika Syarikat sama-sama mengamalkan sistem politik
demokrasi. Tetapi kematangan parti-parti politik yang berebut kuasa di Malaysia
dan Amerika amat berbeza. Di Malaysia, kedua-dua parti pemerintah dan
pembangkang masih belum matang. Pada pilihan raya Presiden Amerika tahun 2000,
Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan dengan undi 5/4 mengekalkan
keputusan 4/3 Mahkamah Agung Florida. Florida kekal dimenangi oleh Bush yang
ditentang oleh Al Gore. Pembangkang di Amerika menerima dengan baik keputusan
tersebut. Tidak ada kekecohan, dan tidak ada demonstrasi jalanan. Ia berbeza
dengan sikap pembangkang di Malaysia. Apabila Sultan Azlan Shah (bekas Ketua
Hakim Negara) memutuskan mengikut Perlembagaan Negeri Perak, bahawa BN layak
melantik Menteri Besar baru kerana ketiga-tiga ADUN pembangkang berpaling tadah
menyokong BN, pembangkang bertindak liar dan tidak matang. Mereka bermesyuarat
di bawah pokok, ada penyokong berbaring secara biadab di jalan raya dan bekas
Speaker V. Ganesan (pembangkang) terpaksa diangkat dan diusung keluar kerana
enggan mengosongkan kerusi Speaker. Di Parlimen, pembangkang kerap kali
melakukan serangan hendap melalui undi 'belah bagi' (block voting) untuk
menggagalkan sesuatu Rang Undang-Undang. Ini termasuk cubaan untuk menolak
Bajet 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri. Mereka sering membawa usul
remeh seperti mahu memotong gaji menteri sebanyak RM10. Bayangkan, kalau Kelab
Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) membawa usul potong elaun Parlimen Ketua
Pembangkang, kerana suka bercakap bohong di Parlimen termasuk isu moralnya.
Tetapi BN tidak melakukannya kerana BN adalah parti yang matang. Pembangkang
menggunakan undi 'belah bagi' hanya untuk memalukan kerajaan. Kita ada
pengalaman pahit di mana Rang Undang-Undang diluluskan dengan majoriti satu
undi sahaja. Begitulah sukarnya jika pembangkang tidak rasional dalam sebuah
kerajaan bukan majoriti 2/3. Justeru, BN perlu serius untuk kembali membentuk
kerajaan majoriti 2/3. Jika tidak amat sukar kerajaan mahu melakukan perubahan.
Sewajarnya Perhimpunan Agung UMNO 2012 menjadi platform menyuntik iltizam
membahaskan idea-idea bernas bagaimana memenangi semula kerajaan majoriti 2/3.
Kita perlukan sentuhan emas untuk memenangi pengundi baru, pengundi wanita,
pengundi muda dan 'undecided voters'. UMNO perlu lebih ofensif. ‘Winnable
candidate’ juga penting. Tetapi ‘winnable candidate ‘ mestilah
yang sebenar-benarnya 'a winnable candidate'. Segala-galanya kini
terletak di tangan pemain, iaitu ahli dan pemimpin semua peringkat UMNO itu
sendiri. Ayuh mari berjuang melakar kemenangan.
Ringkasan Statistik Dan Keputusan Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13)
KEPUTUSAN PRU13
KEPUTUSAN PRU13
(Kerusi Parlimen) 2013 2008
Barisan Nasional (BN) 133 140
Pakatan Rakyat (PKR) 30 31
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 21 23
Democratic Action Party (DAP) 38 28
Bebas (Bebas) 0 0
Sumber: Internet/bharian.com.my
KEPUTUSAN PRU13
(Kerusi Dewan Undang Negeri, DUN) 2013 2008
Barisan nasional (BN) 344 275
Parti Pakatan Rakyat (PKR) 161 230
KEPUTUSAN PRU13
(Kerusi Dewan Undang Negeri, DUN) 2013 2008
Barisan nasional (BN) 344 275
Parti Pakatan Rakyat (PKR) 161 230
SOKONGAN RAKYAT DALAM PRU13
Sokongan Rakyat/Undi Pakatan Barisan Nasional
Parlimen 5,623,984 5,237,699
Dewan Undangan Negeri (DUN) 4,879,699 4,513,997
(50.3% rakyat Malaysia memilih Pakatan pada PRU13)
Sumber: Internet/harakahdaily
Tajuk-tajuk Menarik Mengulas Keputusan PRU13
Utusan.com.my
5 Mei – Hari Pengkhianat
Utusan.com.my/thechulan.blogspot.com.
BN tolak fahaman ekstremis
Husaini Amran utusan.com
utusan.com.my
Sinarharian.com.my
Strategi PR terbukti berbaloi
Kota Setar/Sinarharian.com.my
Jangan semai lagi politik benci
Dr Mashitah Ibrahim/sinarharian.com.my
Najib janji jadi PM seluruh rakyat
sinarharian.com
Strategi PR Terbukti Berbaloi
sinarharian.com
Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'
SalmiahDrumhamad Dr Ahsin, Noor Shazurazuki/sinarharian.com
Harakahdaily
Harakahdaily
Abdul Aziz Mustafa/Harakahdaily
Harakahdaily
A. Faizal Rahman/Harakahdaily
Mohd Azmi Abdul Hamid/Harakahdaily
Muhammad Hamidi bin Zamri/Harakahdaily
Ahmad Lutfi Othman/Harakahdaily
Harakahdaily (English)
Harakahdaily (English)
Harakahdaily (English)
Sumber: Internet
|
Keputusan Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13)
Senarai Kerusi Parlimen Dengan Majoriti Tertinggi
Parlimen Negeri Jumlah Menang
1. P122 Seputeh Wilayah Persekutuan 51,552 PR
2. P045 Bukit Mertajam Pulau Pinang 43,063 PR
3. P102 Serdang Selangor 42,206 PR
4. P051 Bukit Gelugur Pulau Pinang 41,778 PR
5. P106 Petaling Jaya Utara Selangor 41,672 PR
6. P114 Kepong Selangor 40,307 PR
7. P066 Batu Gajah Perak 38,596 PR
8. P123 Cheras Wilayah Persekutuan 37,409 PR
9. P085 Pekan Pahang 35,613 BN
10. P043 Bagan Pulau Pinang 34,159 PR
9. P085 Pekan Pahang 35,613 BN
10. P043 Bagan Pulau Pinang 34,159 PR
PR = Parti Perikatan Rakyat / BN = Barisan Nasional
Seterusnya, Salmiah Druhamad Drahsin dan Jamillah Hamzah tampil di www.sinarharian.com dengan nukilan yang bertajuk “Politik Samseng – Jangan gadai maruah kita”. Katanya, budaya politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku. Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya. Hakikatnya, ia hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. Namun, dalam senario politik yang semakin tertekan pada hari ini, parti pemerintah dan pembangkang terpaksa akur, kedua-duanya sudah tidak mampu mengawal gejolak jiwa penyokong masing-masing kerana terlalu taksub kepada pemimpin mahu pun fahaman politik mereka sehingga merelakan pertumparan darah. Peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak Selasa lalu menjadi saksi bahawa semakin ramai rakyat Malaysia gagal mengawal emosi apabila menyentuh hal-hal politik. Malah kes-kes sebelum ini apabila politik menghalalkan apa jua jenis perbuatan termasuk menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana maruah kita? Sinar Harian mengambil jalan tengah, menganjurkan satu wacana segar agar kedua-kedua parti, pemerintah dan pembangkang diberi ruang untuk mengupas seterusnya mencari jalan penyelesaian bagaimana budaya politik tidak bermaruah ini dapat ditamatkan. Meminjam kata-kata moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya bahawa seharusnya di Malaysia ini tunjangnya adalah "politik siuman", maka pelbagai pandangan dan punca berlakunya politik samseng ini dilontarkan oleh para panelis jemputan. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai panelis pertama berkata, sebagai sebuah demokrasi, pemilihan pemimpin sepatutnya tidak akan mewujudkan suasana kacau-bilau apatah lagi pertumpahan darah yang membahayakan keselamatan awam."Namun akhir-akhir ini ada wujud konflik itu," ujar Musa. Meskipun begitu kata Musa, keadaan ini pada hematnya boleh ditangani sekiranya pemimpin setiap parti politik mampu mengawal penyokong masing-masing dan tidak mencetuskan sentimen tertentu sehingga membawa kepada budaya politik seumpama itu. Musa mengambil contoh bahawa politik samseng seperti berdemonstrasi di jalanan dalam keadaan tidak terkawal bukan cara politik di negara ini. Malaysia tidak boleh terikut dengan negara-negara luar yang mahu menggulingkan kerajaan semasa dengan mencetuskan huru-hara menerusi reformasi jalanan. "Jangan import cara yang tak betul dari luar untuk menjatuhkan kerajaan," tegas Musa. Dalam hal ini, Musa berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga harus bertindak realistik dan tidak melagakan kedua-dua belah pihak. "Kita perlu mencegah, dulu masa ceramah politik tak ramai pun polis nak kena jaga, dan penceramah politik mengikut teguran namun sekarang pemimpin atau penceramah cabar dari segi arahan polis," katanya. Sementara, Ahli Parlimen Kuala Selangor, P. Kamalanathan pula menyifatkan budaya politik samseng di negara ini hakikatnya berpunca daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri yang mencetuskan suasana politik sedemikian. "Kawal penyokong satu keperluan tapi sebelum itu kena kawal diri sendiri, tak boleh jadi pencetus kepada masalah. Kena jadi pemimpin cuba selesaikan masalah," ujar beliau. Menurut Kamalanathan, memang benar penyokong akan bersikap fanatik untuk memenangkan parti yang mereka sokong, namun untuk mencorakkan dengan cara bagaimana penyokong boleh bertindak adil dan saksama, itu adalah tugas pemimpin parti tersebut. "Kita harus memenangi hati pengundi dengan cara paling sopan. "Bukan lemparkan fitnah, menghasut tetapi beritahu pengundi inilah perancangan saya pada masa depan," tegas pemimpin muda itu lagi. Ketika ditanya apakah budaya politik samseng di negara ini didorong oleh kegerunan terhadap pembangkang yang dilihat berpotensi untuk mentadbir Malaysia, Kamalanathan berkata, hakikatnya, dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini semua parti berpotensi untuk menang. "Apabila PRU semua calon mahu menang, peluang menang tetap ada. Sebab itu cuba buat apa yang patut untuk menang," ujar beliau. “Kami juga bawa pembangkang bersama-sama. Beri ruang dan peluang untuk ambil bahagian ikut majoriti dalam Parlimen. Kena sedar pada akhirnya rakyat yang buat keputusan," tegas beliau. Oleh itu katanya, satu bentuk memorandum persefahaman (MoU) perlu diadakan antara calon-calon yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan salah faham dan budaya politik samseng ketika PRU13 nanti. Sementara Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin berpandangan budaya politik samseng tidak akan berlaku sekiranya rakyat di negara ini menerima kepelbagaian idea dan perbezaan ruang pendapat dalam arena politik negara. Seharusnya kata ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu, perbezaan pegangan dan pandangan politik seseorang itu sepatutnya dilihat sebagai satu pertembungan yang sihat. "Seseorang yang berkepentingan sepatutnya memasarkan ideanya dengan lebih baik mengikut saluran yang sepatutnya, biarlah rakyat dan masyarakat umum menilai sejauh mana idea itu boleh diguna pakai atau boleh diterima secara rasional,” kata beliau pada Wacana Sinar Harian, "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. Namun Hanipa tidak menolak kemungkinan wujudnya budaya politik samseng ini berkemungkinan hasil daripada kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila sesuatu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka."Mereka selalunya merasakan idea mereka tak diterima, mereka tidak senang dan iri hati dengan idea orang lain, maka timbul politik samseng," katanya. Sementara, Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh pula menyifatkan hakikatnya, rakyat di negara ini semakin muak dengan budaya politik yang tidak ketahuan seperti hari ini. Rakyat sudah "jelek" katanya dengan politik Malaysia sambil menambah "(seramai) 35 peratus mengatakannya, bukan hanya orang Umno, orang yang menyokong Pas, dan orang yang menyokong DAP juga... la"Hanya bertelingkah, sibuk hendak mendapatkan kuasa sahaja," tegas Tap. Bahkan menurut Tap, hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pihaknya, raka-rata rakyat Malaysia mengharapkan politik Malaysia berubah. Mentaliti pemimpin politik dan penyokong politik juga harus berubah. Rakyat Malaysia mahukan politik baru. "Tafsiran politik samseng itu, masih menjadi kegagalan hingga hari ini, politik di negara ini masih perlukan penambahbaikan," jelas Tap. Berdasarkan pandangan mereka yang langsung terlibat dalam arena politik negara termasuk bekas seorang penguatkuasa, sudah tiba masanya, ahli politik dan penyokong masing-masing, bermuhasabah tentang politik bagaimana yang ingin kita warisi kepada anak cucu kita pada masa hadapan. Renung-renungkanlah...tepuk dada tanyalah hati.
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah pada 16 Mei, 2013 sebagai Perdana Menteri selepas PRU-13 di Istana Negara. Beliau menang di Parlimen P085 Pekan dengan majoriti 35,613 undi. Beliau turut berucap pada perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 4 Jun 2013. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin; Menteri dan Timbalan Menteri di JPM, serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Sebenarnya gengsterisme bermaksud kegiatan samseng atau perlakuan jenayah yang dilakukan oleh suatu kumpulan pelajar atau orang dewasa. Pada masa dahulu perlakuan ini hanya dilakukan oleh kongsi gelap yang dianggotai oleh orang dewasa. Kini perlakuan ini melibatkan segelintir pelajar menengah rendah. Gengsterisme melibatkan perbuatan seperti memeras ugut, menculik, mencuri, membuli dan merosakkan harta benda orang lain. Sejak akhir-akhir ini, penglibatan pelajar dan remaja dalam gengsterisme membimbangkan banyak pihak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan remaja-remaja terjebak dalam gengsterisme. Lazimnya, pelajar yang terlibat ialah mereka yang tidak berminat terhadap pelajaran dan pelajar yang banyak menimbulkan masalah disiplin. Keinginan untuk menguasai orang lain juga menjadi punca berlakunya gengsterisme dalam kalangan pelajar. Faktor lain ialah kelonggaran atau kurangnya penawasan disiplin di sekolah. Jika disiplin pelajar diberikan perhatian yang serius, peluang pelajar atau seseorang itu untuk terjebak dalam gengsterisme akan berkurangan. Di sekolah juga banyak terdapat mangsa yang boleh dibuli mereka dengan sesuka hati dan diperas ugut untuk mendapatkan sumber kewangan. Selain faktor di sekolah, faktor ibu bapa di rumah juga menjadi punca berklakunya gengsterisme dalam kalangan pelajar, Kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini datang daripada keluarga yang bermasalah. Keluarga yang tidak harmoni, yang kurang memberikan didikan agama dan kasih sayang serta perhatian terhadap anak-anak juga merupakan faktor berlakunya gengsterisme di sekolah-sekolah. Tanpa bimbingan dan perhatian daripada ibu bapa, remaja akan mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang nakal dan akhirnya dalam medan gengsterisme. Golongan pelajar perlu disedarkan tentang bahaya menyertai kumpulan samseng atau melakukan kerja-kerja jenayah kerana hal ini akan menjejaskan masa hadapan mereka. Perbuatan mereka sia-sia, bak kata perpatah seperti meluruskan ekor beruk. Semua pihak yang terlibat perlu berganding bahu untuk membendung masalah ini secara serius dan tegas. Sekarang bukan masanya lagi untuk kita saling menuduh atau untuk berseminar dan berdialog sahaja. Pendekatan yang effisien dan efektif mestilah dicari. Sekarang ialah masanya untuk kita sama-sama mengambil tindakan agar kegiatan ini tidak menjadi semakin parah.
Sementara itu, dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Datuk Seri Najib meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik secara berlebihan masa kerana ia hanya menyebabkan masa terbuang untuk negara terus melangkah ke hadapan. Menurut beliau sudah tiba masanya penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan amanah lebih besar yang diberikan oleh rakyat selepas Barisan Nasional (BN) mendapat mandate baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Katanya, sebagai warganegara Malaysia yang juga pengamal demokrasi matang, rakyat bukan hanya perlu setakat mengakui proses demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, malah juga menerima proses itu sebagai selesai. Kita perlu menunjukkan bahawa kita ini penerima dan pengamal demokrasi berparlimen yang cukup matang dan dengan keputusan itu (PRU-13), kita perlu lihat ke hadapan, masa depan negara dan tumpukan perhatian kepada apa yang perlu dilakukan. Menurut beliau, dunia sudah menerima bahawa BN mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan sejak sebulan lalu dan beliau menerima ucapan tahniah daripada hampir seluruh pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika, Barack Obama; Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron. Terkini, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr menyatakan dengan jelas dan terang bahawa proses pilihanraya Malaysia boleh dipercayai, tanpa ada niat untuk campur tangan dalam urusan dalaman Negara. Apatah lagi, dalam ucapan Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraannya, baginda membuat titah nasihat supaya keputusan (PRU-13) diterima dan jika ada pertikaian sama ada oleh pihak BN atau pembangkang, kita perlu menggunakan proses mahkamah dan undang-undang untuk membuat bantahan. Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menumpukan perhatian kepada mekanisme menangani perang persepsi yang diwujudkan pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan, contohnya tuduhan BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi, sehingga ia menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengundi. Katanya, mungkin kita kurang cekap dalam hal itu tetapi kita boleh rancang dari segi pengalaman kita, supaya pada masa akan dating kita akan lebih Berjaya memaparkan bukan persepsi tetapi realiti. Beliau turut mengesa penjawat awam untuk terus memperkukuhkan agenda tranformasi yang sedia dilaksanakan sebelum ini dan menilai keberkesanannya supaya member kepuasan kepada rakyat. Urutan daripada itu, hmetro.com.my dalam ruangan bisnes pada 5 Jun 2013 memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan pertumbuhan produktiviti tertinggi dan melebihi negara maju. Dalam Laporan Produktiviti 2012/2013 yang diterbitkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menunjukkan Malaysia mencatatkan peningkatan paras produktiviti daripada RM57,737 pada 2011 kepada RM58,875 pada tahun 2012 dan menjangka mencapai pertumbuhan produktiviti tiga hingga empat peratus pada tahun ini. Sektor pembinaan mencatatkan produktiviti tertinggi sebanyak 15.5 peratus sementara sektor pembuatan menokok 4.5 peratus dan sector perkhidmatan sebanyak 1.8 peratus. Peningkatan itu juga dikatakan didorongkan oleh Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berhasil meningkatkan prestasi produktiviti beberapa sector ekonomi. Prestasi pertumbuhan produktiviti negara yang berada pada tahap 2.0 peratus juga dikatakan lebih tinggi jika berbanding dengan negara maju lain seperti Korea (0.8 peratus), Jepun (0.5 peratus), Amerika syarikat (0.5 peratus), Finland (0.2 peratus) dan Singapura (0.03 peratus). Bagaimanapun, negara ini masih perlu mempertingkatkan perstasinya berbanding dengan tahap produktiviti tinggi yang direkodkan oleh negara-negara lain seperti Sweden, Norway, Amerika Syarikat, Switzerland, Norway, Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan Jerman. Negera-negara berkenaan berada pada tahap atau kedudukan 10 teratas dalam analisa produktiviti dan kecekapan diterbitkan oleh World Competitive Yearbook 2013.
No comments:
Post a Comment