PAK NGAH
Hujan Lebat, Air Bah dan Padi Tenggelam
Maju Petani, Majulah Bangsa
Maju Industri, Maka Terpaculah Ekonomi Negara
|
Dalam perang idea, golongan yang paling lemah ialah golongan yang selalu mengharapkan bantuan orang lain. Golongan ini, disebabkan oleh sekian lama dibantu, mereka tidak mempunyai fikiran yang kreatif, rasional dan professional serta telah terbiasa berpaut kepada bantuan. Mereka mudah dihasut ataupun menerima hasutan untuk mengkhianati sesiapa sahaja hanya berbekalkan sesuap nasi dan segelas manisan. Dek kerana terdesak dan kesempitan hidup kerana tiada sumber pendapatan yang sistematik.
"Life
is like riding a bicycle. To keep your balance,
you must KEEP MOVING". Albert Einstein
"Saya memilih Malaysia kerana suasananya
mendamaikan dan tenteram serta tiada kacau-bilau. Malah, saya turut dimaklumkan
rakan yang pernah mengunjungi Malaysia, rakyat negara ini pelbagai bangsa dan
agama tetapi boleh bersatu padu tanpa masalah. Terdahulu apa yang dimaklumkan
mereka betul kerana Malaysia negara unik dan semakin maju. Masyarakatnya
peramah, mudah mesra dan boleh menerima
saya walaupun kali pertama berkunjung di sini." Lafaz seorang pelancung dari sebuah negara di Barat sana.
Berdasarkan kepada
cerita, perbualan dan catatan di dalam buku ini diharapkan ianya dapat menjadi
pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Dapat membakar semangat anak-anak
muda untuk terus berjuang, berjihad dan berusaha untuk membina ekonomi, sosial
dan politik dengan bijak, berhemah, matang dan sistematik. Sebagai insan
bernama manusia, semakin hari kita semakin keletihan dan tidak bertenaga.
Malah, setiap hari kita dikejar oleh pelbagai penyakit. Tidak ada jalan pintas
dan tidak ada jalan lain yang sesuai. Mahu tidak mahu kita mesti rencana
sesuatu untuk hidup esok dengan sempurna. Matlamat kita adalah untuk hidup
sihat dan sejahtera, selamat dari ancaman dan bencana, sentiasa bahagia
dan gembira, dan memiliki hayat yang panjang. Kita mesti berpakat
bantu-membantu sesama insan. Bersahabat sehingga ke akhir hayat. Berpakat
dengan baik membina jaringan sosial yang matang dan montok. Kita mesti
berdisiplin, bersabar dan bertaqwa. Berpelajaran, berpengetahuan dan
berkemahiran. Membina sikap, kebijaksanaan dan bersosial dengan professional.
Berambut pendek, bersopan santun, cergas, segak, tegas, pintar, pantas,
berkelakuan baik, mesti berjaga-jaga dan hormat-menghormati antara satu sama
lain. Ini akan mengharumkan nama baik diri sendiri, keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara. Kita juga mestilah sentiasa kelihatan bersih, cantik,
bergaya dan berketrampilan agar masyarakat berbangsa lain di seluruh dunia mahu
bersahabat dengan kita. Tidak ada guna
jika kita ada pekan tetapi pekan kita tidak dihuni oleh insan-insan bijak,
cantik dan jelita. Tidak ada guna jika kita ada pekan tetapi pekan
kita majoriti penduduknya tidak bermoral dan cenderung kepada penipuan,
pengkhianatan, penzaliman dan pembunuhan. Tidak ada guna juga jika kita ada
kampung tetapi kampung kita dipenuhi dengan penyakit hati seperti hasad dengki,
fitnah dan kejahilan. Seterusnya, dalam masa yang sama tidak ada guna kalau
kita memiliki tanah tetapi tanah kita tidak produktif. Justeru itu, jangan lagi kita bertenggek di tempat-tempat
kotor. Jangan lagi kita makan di meja berlalat. Maruah agama, bangsa dan negara
mesti dijunjung serentak.
Belajarlah ilmu
mathematik, sains dan teknologi dengan cemerlang. Gunalah sains dan teknologi
terkini dengan matang. Teknologi dicipta untuk meringankan beban manusia.
Kemajuan sains dan teknologi telah terbukti telah memudahkan manusia untuk
membuat sesuatu dengan menggunakan peralatan yang direkacipta khas untuk
fungsi tertentu di samping mempunyai ciri-ciri yang menjimatkan masa dan tenaga
di samping mutunya yang berkualiti dan terpelihara. Umpamanya dalam bidang
kejuruteraan, ianya terbukti banyak membantu mempertingkatkan kualiti hidup dan
memudah kerja kita seharian. Secara keseluruhannya, sesuatu teknologi
direkacipta untuk memudah, mempercepat dan memodenkan pergerakan manusia. Kita
mesti bersama melangkah membina kehidupan yang bermatlamat dan berkualiti
tinggi. Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang
sempurna melainkan kejadian Tuhan. Dalam kata lain “no one is good and
only god is truly good”. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami
perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan
serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah,
manusia akan terus berfikir dan mengusahakan rekacipta untuk
keperluan-keperluan yang pelbagai. Para perekacipta perlu menggunakan kemahiran
dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. Dalam mengharungi perubahan teknologi yang
pesat ini, kecemerlangannya bergantung kepada budaya teknologi sesebuah
masyarakat itu daripada segi amalan penggunaan teknologi serta penguasaan
mereka tentang pengetahuan dalam perkara-perkara berkaitan dengan teknologi.
Sejarah membuktikan bahawa budaya teknologi dapat memajukan sesebuah bangsa
dengan kadar yang lebih cepat. Budaya pula memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan nilai serta sikap yang relevan dalam mempertingkatkan kemajuan
sesebuah masyarakat melalui teknologi. Budaya teknologi adalah berkaitan dengan
soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat
dalam penggunaan teknologi. Pembudayaan teknologi pula merupakan satu proses
penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani
perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Proses ini melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan
perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan
baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau banyak membuktikan bahawa
terdapat perkaitan positif antara budaya dengan perwatakan diri, gelagat
organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan ICT, kemampuan inovasi, perlakuan yang
berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kemajuan teknologi
sesebuah bangsa sebenarnya ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang
membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Perkara-perkara seperti ini pernah
dan sedang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah,
Israel, Jepun, Korea dan lain-lain negara. Justeru itu, budaya ilmu dan
pembelajaran, amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan
bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk
kekal berdaya saing. Akan tetapi sesebuah negara tidak bergantung pada
bangunan-bangunan pencakar langit, prasarana asas, kilang-kilang berteknologi
tinggi atau peningkatan pendapatan perkapita, tetapi bergantung pada usaha
membina negara bangsa dan peradaban dalam sistem nilai, termasuk sikap,
merupakan faktor-faktor penting yang akan menentukan mengapa sesetengah negara
lebih maju daripada negara-negara lain.
Pada hari ini,
di peringkat antarabangsa, Kumpulan BRICS iaitu kumpulan lima negara yang
sedang pesat membangun telah mengadakan sidang kemuncak ketiga di Sanya, China
iaitu pada April 2011, menegaskan bahawa kepentingan dan pengaruh negara-negara
membangun yang semakin menuntut tempat dalam sistem ekonomi dan politik global.
Lima negara tersebut iaitu Brazil, Rusia, India, China dan ahli terbaru Afrika
Selatan berkongsi pendirian dalam isu-isu utama ekonomi berdepan
perubahan-perubahan besar selepas Perang Dunia ke-2. Negara-negara berkenaan seperti China, India dan Brazil berpotensi menjadi kuasa ekonomi baru yang besar. Di dalam sebuah buku ilmiah bertajuk "The Globalization of World Politics (An Introduction to International Relations)" yang diterbitkan oleh Oxford University Press (John Baylis, Steve Smith dan Patricia Owens) menjelaskan bahawa "These emerging BRIC states (Brazil, Russia, India and China) are driving a South to South globalization and increasingly seeking to alter the rules and institutions of world order to reflect their new found influence and power." Negara terbabit menuntut
suara yang besar dalam institusi-institusi ekonomi dan kewangan dunia seperti
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. BRICS juga melihat struktur
kuasa dalam Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang
dikuasai Amerika Syarikat dan Kuasa Barat. IMF dan Bank Dunia ialah institusi
pentadbiran ekonomi dan kewangan global yang diterajui oleh Amerika Syarikat
dan Eropah sejak penubuhannya selepas Perang Dunia ke-2 iaitu pada tahun 1947.
Sidang kemuncak di China ialah yang ketiga melibatkan kumpulan ini selepas
pertemuan di Yekaterinburg, Russia pada Jun 2009 dan di Brasilia, Brazil pada
April 2010. Walaupun masih jauh daripada sebuah pakatan yang bersatu, kejayaan
mengadakan sidang kemuncak ketiga dan kenyataan bersama beberapa isu penting
memperlihatlkan BRICS yang semakin berpengaruh dan bersaing dengan kuasa
besar. Umpamanya selain Amerika Syarikat, China tidak terkecuali
menunjukkan kosistensi dan kuasanya dalam politik global melalui kekuatan
ekonomi . Pada Mac 2009, sebulan sebelum Mesyuarat G20 di London, Zhou
Xiaochuan menyuarakan pandangan kritikalnya dan menyeru mata wang rizab
global baharu menggantikan dolar AS. Walau bagaimanapun, permintaan ini
bukan sesuatu yang mudah diikuti. Hal ini mengambarkan peningkatan pengaruh China
dalam sistem kewangan global. China merupakan pengeksport utama di dunia dengan
pendapatan besar melalui perdangangan. Hal ini menjadikan China sebagai satu
kuasa ekonomi yang kuat dengan mempunyai suara dalam menentukan perjalanan
sistem kewangan global. Hari ini, China turut digolongkan sebagai sebuah negara
ekonomi pesat membangun (BRIC). BRIC, sebenarnya merupakan singkatan bagi
Brazil, Rusia, India dan China yang dicetuskan oleh Firma Goldman Sachs. Empat
buah negara ini memegang 13 peratus ekonomi antarabangsa yang meliputi 40
peratus penduduk dunia. Desakan China mendapat sokongan sekutunya Rusia dan
Brazil yang mempersoalkan peranan US dolar dalam 90 peratus pertukaran mata
wang perdagangan global. Walaupun empat buah negara ini bukan satu pakatan
rasmi, mereka mempunyai hubungan rapat dan persamaan antara satu sama
lain. Kesungguhan kumpulan ini dapat dilihat dalam pertemuan di
Yekateringburg, Rusia, pada Jun tahun lalu. Dalam pertemuan itu, peranan US
dolar menjadi salah satu agenda utama perbincangan. Keputusannya Brazil dan
Rusia (India kelihatan kurang terlibat dalam isu ini) mungkin terhad buat masa
ini. Namun, China sudah mula menjadikan mata wangnya, yuan sebagai mata wang
perdagangan dan rizab dunia. Sebagai permulaan kepada langkah tersebut, China mencapai
perjanjian bernilai AS$95 bilion (RM332.5 bilion) dengan enam buah negara
termasuk Malaysia melalui perdagangan dalam yuan.
Dalam membina
persahabatan, aku suka lihat lelaki Melayu berperangai seperti James Cameron
ketika diumumkan sebagai pemenang pengarah terbaik di OSCAR, beliau terus
menoleh ke arah isterinya dan mencium bibir isterinya. Dalam membina
persahabatan, aku juga suka melihat kamu membantu rakan-rakan yang lain
sehingga ke dalam liang lahat. Dalam kata lain bersahabat dengan sikap dan
amalan ‘BAQA’, yakni selama-lamanya. Seperti mana yang kita semua ketahui,
negara Jepun dan Korea malah Israel sememangnya telah dan sedang tersohor
dengan jolokan negara maju. Kemajuan yang mereka kecapi pada hari ini semuanya
datang daripada rakyat dan pemimpin mereka sendiri yang sememangnya rakyat dan
pemimpin mereka amat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
Kemajuan sesebuah negara dan bangsa itu tidak akan wujud jika hanya tahu goyang
kaki dan berfalsafah semata-mata.Yakinlah dan jangan malas-malas lagi. Sesungguhnya, aku akan lakukan apa sahaja, supaya tidak
dijadikan sebagai pemimpin kepada kamu jika majoriti daripada kamu tidak RASIONAL,
REALISTIK DAN PROFESSIONAL dalam merencana
kehidupan seharian. Ini adalah kerana memimpin mereka yang tidak rasional,
realistik dan professional adalah perkara yang sia-sia dan merugikan di sisi
agama. Buah-buah sentimen dan perpecahan mudah berbunga dan akhirnya berbuah
banyak. Rasional, realistik dan professional juga adalah elemen penting dalam membina
sesebuah negara maju. Conggakan yang cukup mudah menunjukkan bahawa percampuran ketiga-tiga faktor berkenaan akan bersamaan dengan Masyarakat Bijaksana (Brilliant Society). Kita juga harus sama-sama segera belajar
daripada negara-negara maju cara berdikari, berdiri dengan kaki sendiri dan
segera mewujudkan ruang persaingan sihat sesama kita. Kelangsungan pembangunan
dan kemajuan negara juga bergantung kepada cara generasi muda sekarang
mewujudkan kerjasama sesama mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru yang
lebih besar dan bertenaga yang akhirnya akan memberikan keuntungan kepada
negara. Perlu difahami, hari ini untuk membina
sesebuah negara dan masyarakat bukanlah mudah. Rencana sosial, ekonomi dan
politik mestilah seiringan, mantap dan berkesan. Dalam proses menguruskan
negara, kita juga memerlukan DANA BERBILLION RINGGIT DAN BERJUTA
PENDUDUK. Dana itu adalah untuk menguruskan
pelbagai keperluan negara secara sistematik untuk kebaikan semua yakni negara
dan rakyat. Membantu masyarakat dunia yang lain yang memerlukan pertolongan.
Jika tidak kita terpaksa berhutang dengan pihak lain baik di dalam mahupun luar
negara. Manakala jutaan penduduk pula mestilah sihat minda dan fizikal dan
sedia berkerja dengan komitmen dan produktiviti yang tinggi dan terbaik. Jika
tidak kita terpaksa mengimport rakyat negara lain untuk merancakkan lagi
ekonomi negara. Seterusnya, mungkin mereka juga sedikit sebanyak akan turut
menentukan struktur politik dan sosial negara. Dalam masa yang sama, yakin dan
percayalah, aku tidak akan khianati ISLAM. Kerana ISLAM adalah agama. Cuma aku
mahu melihat rakan-rakan seperti Muslim, Iman dan Rukun hidup mereka berhemah
dan berkualiti tinggi. Ramai berwang banyak. Tidak lagi seperti semalam dimana
hidup dibiarkan sendirian tanpa panduan, motivasi dan dorongan. Hidup
berpendapatan rendah. Berniaga kecil-kecilan di tepi-tepi jalan. Bertenggek
seperti aku di tepi longkang untuk segelas air kelapa muda. Masih di selimuti
kemiskinan walaupun sudah berusia lebih 40 tahun.
Semalam, mungkin ada
orang memilih Malaysia kerana suasananya mendamaikan dan tenteram serta tiada
kacau-bilau. Malah, tetamu luar yang pernah melancong ke Malaysia
pernah memaklumkan bahawa beliau suka negara kita kerana rakyatnya yang
pelbagai bangsa dan agama tetapi boleh bersatu padu tanpa masalah. Hidup
aman, damai dan makmur. Terdahulu apa yang dimaklumkan mereka mungkin betul
kerana Malaysia negara unik dan makin meningkat maju. Masyarakatnya peramah,
mudah mesra dan boleh menerima sesiapa sahaja walaupun kali pertama berkunjung
ke negara ini. Dalam perang idea, golongan yang
paling lemah ialah golongan yang selalu mengharapkan bantuan. Golongan ini,
disebabkan oleh sekian lama dibantu, mereka tidak mempunyai fikiran yang
kreatif, rasional dan professional serta telah terbiasa bergantung pada
bantuan. Dek kerana terdesak dan kesempitan hidup kerana tiada sumber
pendapatan yang sistematik. Ini semua akan merugikan perjalan hidup seseorang,
keluarga dan masyarakat dalam jangka masa yang terdekat atau panjang. Apa yang
perlu dilakukan ialah kita mestilah lebih bersikap terbuka dan fokus. Terbuka
kepada sistem-sistem ekonomi yang baru yang boleh memberi manfaat kepada diri
sendiri dan mahu serta ingin mempelajari ilmu-ilmu baru secara berterusan. Sikap
fokus juga akan membuatkan kita lebih teliti dalam mengatur perjalanan
kehidupan setiap individu. Minda fokus adalah minda emas. Dengan berkenaan
banyak urusan seharian yang kita lalui akan dapat diselesaikan dengan mudah,
berkualiti dan cermerlang. “Orang yang membiasakan dirinya meminta
tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi
peminta sedekah. Maka, dia tidak akan sampai ke mana-mana dalam perjalanannya, pekerjaannya dan mungkin berakhir tanpa mengecapi apa-apa kejayaan. Jika ada kejayaan pun mungkin dikeranakan tumpang tuah orang lain dan dalam kata lain itu semua bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri tetapi berlaku disebabkan pertolongan orang lain. Perangai suka minta tolong saja itu walaupun meminta
tolong kepada Allah kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan
secukupnya – sangat-sangat tidak betul dalam Islam. Oleh itu, anda perlu berdikari.
Elakkan sikap mengharapkan bantuan orang di sekeliling anda. Berdikari
bermaksud anda mampu melakukan pelbagai kewajipan tanpa bergantung pada orang
lain termasuklah ibu bapa. Jika pada usia remaja anda masih memerlukan ibu bapa
untuk mengemaskan bilik, mengejutkan anda ke sekolah dan untuk menyusun jadual
harian anda, hal ini menunjukkan anda masih belum berdikari. Anda perlu berdikari
apabila mencecah usia remaja. Apabila anda berdikari anda mampu menguruskan
hidup dengan baik tanpa bantuan orang lain. Sebagai contoh apabila ibu bapa
terpaksa berjauhan kerana berkursus atau berkerja, anda mampu memasak, mengemas
rumah, membersihkan rumah, menyiapkan sarapan dan menunaikan kewajipan dengan
baik. Anda tidak boleh berfikir bahawa anda masih memerlukan bantuan ibu bapa.
Anda perlu tahu usia remaja bukanlah seperti kanak-kanak. Belajarlah menjadi
manusia yang bertangungjawab dan mampu berdikari apabila dewasa. Impaknya akan
dapat dilihat pada hari muka apabila anda menjadi insan yang berjaya hasil daya
usaha sendiri.
Wang adalah penting dalam
kehidupan. Ini adalah kerana wang digunakan sebagai alat pertukaran dan
pembayaran kepada barangan atau perkhidmatan yang diperlukan. Ianya diguna
pakai di seluruh dunia. Keadaan ini berbeza berbanding suatu ketika dahulu
dimana untuk makan dan minum manusia hanya perlu berkerja mengambil upah
menggangkut batu dari satu tempat ke tempat yang lain. Untuk berwang kita mesti
berkerja, berniaga atau melabur. Orang-orang miskin lazim merujuk kepada
orang-orang yang memiliki wang yang sedikit dan terhad. Kadangkala tidak
mencukupi untuk melayani keperluan asas. Apatah lagi memakan makanan yang
berzat tinggi dan minuman berperisa enak. Orang-orang yang kaya dan berwang
banyak adat kebiasaannya kelihatan lebih bersih, kemas, ceria, dan
berketrampilan. Perjalanan hidup mereka lebih mudah dan bergaya dalam
serba-serbi. Mereka juga mempunyai pelaburan yang kemas tersusun rapi di dalam
dan luar negara. Menjadi miskin atau kaya ianya bergantung kepada kepandaian,
usaha dan titik peluh kita sendiri. Kita sepatutnya lebih positif mempergunakan
sepenuhnya akal fikiran yang kita miliki untuk berjaya sama seperti kejayaan
yang dikecapi oleh orang lain. Kesihatan diri juga amat penting dalam
mengharungi kehidupan seharian. Tanpa kehadirannya suasana akan menjadi lebih
sukar untuk kita meneruskan kehidupan seharian. Walau apa pun dugaan dan
cabaran yang kita lalui, kesihatan diri mestilah diutamakan. Pengkhianatan dan
penzaliman adalah agenda lapuk dan mesti kita tentang secara bersama.
Nilai-nilai murni dan kemanusiaan mestilah kita tegakkan secara bersepadu dan
bersama. Bersahabatlah dengan baik dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Antara sifat dan sikap yang perlu dimiliki oleh semua khususnya golongan belia
dan remaja ialah “positivity, passion,
humble, trustworthy, powerful communicators, effective listener, competitive, strong
work ethic, always Learning, and handsome”. Sikap positif
terhadap perkataan seperti “kindness, mercy dan peace” mestilah
sentiasa bermain di minda kita. Ini adalah penting kerana kamu akan menjadi
pemimpin atau agen pembangunan ekonomi dan sosial kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat, negara dan mungkin dunia global kelak. Golongan belia dan remaja juga
mesti berpewatakan menarik (handsome) dalam pelbagai sudut kehidupan.
Belia adalah aset utama sesebuah negara. Tenaga muda yang mantap
sihat minda dan fizikal amat diperlukan. Ini adalah kerana mereka adalah
golongan penting dalam rencana ekonomi dan sosial sesebuah negara. Jika belia
lumpuh, negara akan kekurangan keupayaan dari sudut tenaga kerja. Sebagai
pengganti, pemuda imigran atau robot pastinya akan dijadikan pilihan. Sebagai manusia kita memerlukan
motivasi secara berterusan. Motivasi ibarat batu pengasah yang mengasah
ketajaman minda secara berterusan. Jangan sesekali kita memandang rendah kepada
orang lain kerana mereka juga manusia. Justeru itu, pilihlah saluran motivasi
terbaik untuk memantapkan keperibadian anda. Jika mahu lebih berjaya
daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan melainkan berkerja dengan
lebih kuat, rajin, berdisiplin dan berteknologi. Sesungguhnya seseorang
petani itu berjaya kerana kerja keras yang beliau laburkan dalam pertanian yang
beliau ceburi ataupun dalam kata lain: “Work hard like a farmer. A farmer gets paid
well if he rises a large crop”.
Nota:
Kereta-kereta
keluaran barat seperti Roll Royce, BMW, Mercedes, Porc…
Kereta-kereta sebegini hanya mampu dimiliki
oleh mereka yang berjiwa besar, berpoket besar dan berwang banyak dan dilabur
kemas di sana-sini.
Long-held
judgements about the development process, as well as the workhorse formal
models of economic growth, suggest that poorer countries should tend to grow
more rapidly than richer countries and therefore should close the proportionate income gap over time. The main reason for expecting economic
convergence is that the poorer countries can import capital and modern
technologies from the wealthier countries and thereby reap the “advantages of
backwardness.” Yet in recent decades, there has been no overall tendency or the
poorer countries to catch up, or converge with the richer countries.
No comments:
Post a Comment