"" PAK NGAH: BAB 4: Oriza Styra

Monday, April 20, 2020

BAB 4: Oriza Styra


Menurut laporan sejarah, padi merupakan tanaman yang utama di negara-negara Asia. Padi telah ditanam sejak dahulu lagi. Adalah sukar dalam memastikan asal-usul padi. Namun ada yang berpendapat padi telah mula ditanam di empat kawasan utama di pinggir sungai Ravi, di Kashmir. Padi mula diperkenalkan oleh puak Deutro-Malaya di Kepulauan Melayu sejak tahun 1599 sebelum masihi yang berhijrah ke rantau ini. Pada masa itu kepulauan Melayu didiami oleh Proto-Melayu. Sejak itu kedua-dua puak ini menanam padi dan seterusnya menjadikan beras sebagai makanan harian mereka. Kemudian penanaman padi terus berkembang hingga ke seluruh dunia. Selain negara-negara di Asia, Australia, Amerika Syarikat dan Argentina turut menanam padi. Di Asia Tenggara, Thailand, Indonesia, dan Burma adalah negara pengeluar padi yang utama. Negara-negara tersebut juga mengeksport beras ke Malaysia. Padi atau nama saintifiknya Oriza Styra (di Asia) dan Oryza Glaberrima (di Africa) adalah satu keluarga rumput dan gandum. Batang padi panjang sehingga 180cm, lurus, kecil, bulat dan berlubang di tengah-tengah. Saiz batang padi ialah lebih kurang 15mm. Warna batang padi ialah hijau dan kuning. Warna ini berbeza-beza mengikut peringkat umur padi. Semasa muda warna batang padi hijau dan keputihan dan semasa tua berwarna kuning dan keputihan. Akar pokok padi berbentuk rerambut. Akar jenis ini tidak panjang tetapi banyak dan halus seperti akar pokok tebu atau rumput. Akar ini tumbuh serumpun di pangkal batang padi. Akar padi halus lagi pendek dan senang dicabut. Daun padi serupa dengan daun lalang dan daun tebu. Pokok padi terdiri daripada pangkal yang menutupi batang sementara daunnya panjang, halus, tajam dan hujungnya melempai. Warna daun padi hijau semasa muda dan bertukar hijau kekuningan apabila padi masak. Daun padi tumbuh di sekeliling batang padi. Apabila daun-daun yang di atas tumbuh, daun-daun yang di bawah seakan kering dan terus gugur. Bahagian tepi daun padi tajam serta berduri dan menyebabkan daun itu agak miang. Panjang daun padi lebih kurang 30 hingga 60cm. Urat daun padi memanjang serupa dengan daun tebu dan lalang. Bunga padi pula berbentuk rimbun seperti bunga lalang. Bunga padi tumbuh dalam bentuk jurai yang panjang. Jurai ini dipanggil tangkai. Pada satu tangkai terdapat beberapa bunga padi. Jurai ini dipanggil tangkai. Pada satu tangkai terdapat beberapa bunga padi. Satu rumpun padi terdapat lima tangkai bunga. Bunga padi ini akan menghasilkan padi. Bunga padi tidak berisi sebelum menjadi buah dan berwarna kuning bercampur putih. Buah padi terjadi daripada proses pendebungaan secara sendiri. Apabila proses pendebungaan berlaku, isi padi terhasil. Isi padi pada peringkat awal terdiri daripada santan padi. Waktu ini padi lembut dan santan boleh dipicit keluar. Warna padi ketika ini ialah hijau muda. Kemudiannya, isi padi beransur-ansur menjadi keras dan menjadi paling keras apabila masak. Padi juga merupakan satu daripada spesies tumbuhan liar.
         
Pokok padi (sawah) yang sedang matang membesar.

Di Malaysia, penanaman padi menjadi satu kepentingan kerana beberapa sebab seperti ianya ialah tanaman makanan dan sara diri yang utama di Malaysia. Meliputi 10% daripada jumlah kawasan pertanian Malaysia. Hampir 80% padi sawah di tanam di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak adalah tertumpu kepada penanaman padi huma. Malaysia juga mengimport 15% daripada jumlah keperluan beras dari negara Thailand dan China. Antara faktor yang menggalakkan penanaman padi ialah hujan lebat hampir 2000 mm setahun semasa pertumbuhannya. Suhu tinggi hampir 23oC masa pertumbuhan dan hampir 26oC masa memasak, (c) tanah lanar yang rata, subur dan dapat menakung air, (d) tenaga buruh yang ramai,  (e) pengairan baik terutama di bahagian utara Semenanjung,             (f) bantuan kewangan, subsidi dan penyelidikan berterusan seperti dari Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Padi yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Padi yang ditanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah dan padi huma: (a) Padi Sawah - Padi sawah atau padi bendang adalah padi yang paling banyak ditanam di negara ini. Ianya ditanam di kawasan yang memiliki sistem saliran yang baik. Padi jenis ini ditanam disebabkan beras adalah makan ruji masyarakat Malaysia. Oleh itu kerajaan amat menggalakkan penanaman padi sawah. Lebih 30% penanaman padi di negara ini adalah padi sawah. Hanya beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak yang menanam padi huma untuk kegunaan harian mereka. Proses menanam padi sawah adalah bukan mudah. Ini disebabkan oleh padi sawah memerlukan kawasan yang berair. Kawasan yang mampu menakung air diperlukan untuk tumbesarannya. Lazimnya penanaman padi di Malaysia lebih tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di bahgian utara semenanjung yang melibatkan negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat kawasan berpaya yang datar dan mengalami satu musim lembab yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500mm. Kesesuaian ini ditambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan. Padi sawah tidak boleh hidup di kawasan yang kering. Ada kawasan yang dahulunya ditanam dengan padi dan terpaksa ditanam dengan tanaman lain disebabkan kawasan tersebut menjadi kering. Bagi memastikan kawasan padi terus dapat dikekalkan, sistem perparitan yang terancang adalah penting kerana ianya mampu menyalurkan air ke petak-petak sawah padi. Padi sawah mempunyai beberapa jenis. Kebiasaannya padi sawah boleh dibahagikan mengikut jenis asalnya dan juga umur padi dituai. Antaranya ialah padi Rendah, padi Tiga Bulan, padi Tahun, padi Malinja, padi Ria, padi Malaysia Satu, dan padi Malaysia Dua. MARDI bertindak sebagai agensi utama dalam pembangunan penyelidikan pertanian khususnya dalam teknologi penghasilan baka padi. Sehingga kini, ianya telah  mengkaji dan menghasilkan baka padi terbaik dari masa ke semasa secara berinovasi dan kreatif. Antara baka padi yang terbaru ialah MR269 dan MR219 sebelumnya. Pelancaran klon padi MR269 di laman Padi pernah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.  Difahamkan bahawa baka padi terbaharu iaitu MR269 dikatakan lebih baik kerana ianya tahan melawan penyakit karah dan perosak serta memberikan hasil yang lebih tinggi kepada petani. Padi juga boleh dibahagikan mengikut rasa dan kandungannya iaitu padi nacin dan padi pulut. Padi nacin ialah padi yang menghasilkan beras. Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan utama yang dihidangkan apabila tiba waktu makan. (b) Padi Huma - Padi huma ialah padi yang kurang menggunakan air, baja dan ditanam di lereng bukit. Padi huma juga tidak memerlukan sistem pengairan. Padi jenis ini dipanggil padi bukit dan diusahakan oleh penduduk yang tinggal di pedalaman seperti Orang Asli. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma ditanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta benih yang kurang baik. Padi juga tidak dijaga dengan baik dan selalu dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak ditanam di Sabah dan Sarawak. Dipelopori terutamanya oleh masyarakat Iban dan Murut. Di Semenanjung Malaysia pula, padi huma banyak ditanam oleh masyarakat Orang Asli untuk sara diri.
Malaysia, sebuah negara yang secara geografinya terletak di antara garis lintang 1oU hingga ke 7oU dan garis bujur 100oT hingga ke 120oT. Malaysia juga terdiri daripada dua kawasan yang utama, iaitu Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Negara-negara jiran Malaysia yang utama ialah Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei Darulsalam dan Filipina. Malaysia juga dikelilingi oleh beberapa laut iaitu Laut China Selatan (memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak), Selat Melaka (memisahkan Semenanjung dari Pulau Sumatera), dan Selat Johor (memisahkan Semenanjung dari Singapura). Kedudukan Malaysia yang strategik kerana ianya terletak di tengah-tengah jalan perdagangan; Selat Melaka ialah laluan antarabangsa yang penting antara negara-negara barat dan negara-negara timur; Selat Melaka menyambung Lautan Hindi dengan Laut China Selatan dan Lautan Pasifik; ia terletak di laluan udara antarabangsa,  ia juga terletak di Pelantar Sunda yang kukuh dan stabil (dengan itu, Malaysia bebas dari bencana alam seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi); dan ia terlindung daripada angin taufan oleh Pulau Filipina, Pulau Sumatera dan Pulau Sulawesi. Kira-kira 60% daripada daratan Malaysia terdiri daripada tanah tinggi. Banjaran-banjaran gunung di negara ini terdiri daripada gunung-ganang lipat yang telah mengalami hakisan. Beberapa sifat banjaran-banjaran gunung di Semenanjung Malaysia menganjur dari utara ke selatan. Banjaran Titiwangsa yang juga dikenali sebagai ‘tulang belakang Malaysia’ ialah banjaran gunung yang terpanjang. Gunung tahan dengan ketinggian 2187m yang terletak di banjaran tahan ialah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.  Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4104m  yang terletak di banjaran Crocker adalah gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Manakala Gunung Murud ialah gunung yang tertinggi di Sarawak dan ia terletak di Banjaran Tama Abu. Dari sudut iklim, Malaysia mengalami Iklim Khatulistiwa kerana kedudukannya berhampiran dengan Khatulistiwa, di antara 0o Utara hingga 7o Utara. Iklimnya panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia tidak mengalami musim kemarau yang nyata. Suhunya tinggi dan seragam sepanjang tahun kerana kedudukannya berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Suhu minimum tahunan Malaysia ialah 26oC hingga 27oC. Suhu di Tanah Tinggi Cameron ialah 18oC – 19oC dan di Kuala Lumpur suhunya ialah antara 27oC – 28oC. Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun iaitu kira-kira 2000 mm setahun. Iklim juga memberi pengaruh besar terhadap penduduk Malaysia. Dari sudut pertanian, iklim khatulistiwa membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, padi, koko dan lain-lain. Tanaman-tanaman ini memerlukan hujan lebat iaitu kira-kira 2000 mm dan suhu tinggi setinggi 21oC sepanjang tahun. Keadaan  cuaca yang panas dan terik membolehkan kerja-kerja menjemur isi kelapa, biji koko, kepingan getah, ikan dan keropok. Hujan yang lebat boleh memusnahkan biji-biji padi yang sudah masak. Maka, para petani terpaksa menyesuaikan kegiatan pertanian dengan keadaan iklim. Contohnya, petani mula menanam padi pada musim hujan lebat dan akan menuainya pada musim kering. Penternakan lembu, kerbau dan kambing dapat dijalankan sepanjang tahun kerana terdapat padang ragut tanpa musim sejuk atau kemarau. Perikanan pula adalah mengikut penyesuaian kegiatan penduduk mengikut iklim juga dapat dilihat di kalangan nelayan pantai timur. Mereka tidak dapat menangkap ikan di laut China Selatan yang bergelora pada musim Monsun Timur Laut. Sebaliknya mereka hanya menjalankan kegiatan perikanan pinggir laut. Iklim di Malaysia yang panas sepanjang tahun sangat digemari oleh pelancong-pelancong dari negara-negara beriklim sederhana sejuk. Keadaan iklim yang lebih sejuk dan nyaman di tanah-tanah tinggi sangat digemari oleh penduduk tempatan.                              
Pertanian adalah kegiatan ekonomi yang utama di Malaysia di mana ianya melibatkan hampir 35% penduduk. Pertanian meliputi hampir 17% daripada kawasan tanah pamah yang diusahakan. Pertanian juga merupakan sumber pendapatan utama negara ini iaitu kira-kira 45% daripada jumlah pendapatan negara. Malaysia merupakan pengeksport utama kelapa sawit dan getah di dunia. Hampir 1/4 pertukaran asing diperolehi daripada eksport hasil pertanian. Sektor ini menggalakkan perkembangan industri memproses hasil pertanian. Lantas mengeluarkan barangan berasaskan produk pertanian. Sejak awal kemerdekaan, pelbagai inisiatif  dan pendekatan dilakukan oleh kerajaan.  Umpamanya pembukaan kawasan baru untuk tujuan pertanian sering dilaksanakan. Khususnya pembukaan di  kawasan–kawasan luar bandar seperti dilakukan oleh organisasi  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),  Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),  Lembaga Kemajuan Pekebun KecilDan Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan danPemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956, MADA ditubuhkan pada 30 Jun 1970 dan RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973. FELDA ditubuhkan dengan matlamat untuk menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah dan melaksanakan kegiatan serta membantu memodenkan industri pertanian negara.  MADA pula ditubuhkan dengan dua matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa di Kedah dan Perlis dan mempertingkatkan hasil untuk keperluan negara. Manakala RISDA bertangungjawab sebagai sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, serta menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil. FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966 dengan matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Kemudian pada 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Kini FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. FELCRA Berhad juga berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama (31 August 1957 - 22 September 1970) dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri Malaysia Kedua (22 September 1970 - 24 August 1974), merupakan antara orang penting yang bertanggungjawab dalam penubuhan keempat-empat organisasi berkenaan demi kemajuan pertanian negara dan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Seterusnya dengan adanya pendekatan tersebut ianya sekaligus menggalakkan pertumbuhan bandar di kawasan luar bandar, misalnya, Bukit Ibam dan Durian Mas. Perkembangan dan kemajuan sektor pertanian di Malaysia sekaligus dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar. Perkara ini jelas dapat dilihat berlaku kepada masyarakat FELDA keseluruhannya dimana, kini mereka boleh digelar sebagai masyarakat kelas menengah yang berpendapatan sedehana tinggi. Menurut kajian dan perkembangan semasa, antara faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pertanian di Malaysia ialah: (a) faktor fizikal (bentuk muka bumi, tanah-tanih, iklim, dan saliran), (b) faktor teknikal (teknologi moden – benih baka, baja organik, baja kimia, jentera pertanian, sistem pengairan, sistem pengangkutan dan sebagainya), (c) faktor ekonomi dan (d) faktor tradisional. 
Ilmu piama dan tradisi penanaman padi terus dan tetap dipegang dan diamalkan Pak Ngah dengan tujuan supaya padi yang diusahakan mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam masa yang sama, aktiviti pertanian sara diri (padi) yang dilakukan oleh masyarakat tempatan di Asia tenggara, mempunyai ikatan yang erat dan dipengaruhi oleh unsur kepercayaan ghaib seperti “semangat padi”. Mengikut kepercayaan dan peganggan orang-orang dahulu, unsur tersebut melambangkan dewa-dewo atau penjaga semangat. Bagi masyarakat Asia Tenggara umumnya mempercayai bahawa setiap benda mempunyai “nyawa” dan penjaga yang wujud dalam bentuk semangat. Oleh yang demikian, bagi menjaga agar semangat tersebut sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak mengganggu, maka pelbagai bentuk acara diadakan. Upacara-upacara ini biasanya dijalankan pada setiap kali musim mengutip hasil seperti musim menuai atau masa yang difikirkan sesuai. Dalam masa yang sama, sewaktu proses penanaman, larangan tertentu perlu dipatuhi. Ini semua dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lumayan. Kesimpulannya, pertanian beras di Asia tenggara lebih tertumpu pada asalnya kepada ekonomi sara diri dan kemudian menuju ke arah ekonomi komersil. Aktiviti penanaman padi merupakan kegiatan asas pertanian yang banyak tertumpu pada tanaman padi sawah dan bukit. Kulit Pak Ngah pula tidak putih dan tidak hitam, tetapi sawa matang warnanya. Mukanya nampak gelap kerana dibaham dek panas terik matahari. Bila bersawah, bumbungnya langit lantainya bumi. Pancaran suria pagi, tengahari dan petang serta panas terik boleh dirasai secara terus-menerus. Ada kalanya suhu terlampau tinggi dan kepanasannya pula membakar dan merubah warna permukaan kulit petani. Ada kalanya nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tanpa pancaran suria. Ada kalanya bermandikan hujan. Basah kuyup dibuatnya sehingga ada yang pulang ke rumah dalam keadaan menggigil kesejukan. Ramai tidak sunggup bertani sebegini melainkan jika terpaksa. Mereka bertani bertemankan cuaca Khatulistiwa. Pernah ada petani yang rebah di atas batas bendang dan terus mati keras di situ di usia muda. Dikhabarkan jadi begitu kerana serangan mengejut penyakit jantung atau radang paru-paru yang tiba-tiba menyerangnya. Katanya lagi petani itu hari-hari suka makan banyak. Tidak berilmu dan ambil tahu tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Katanya lagi beliau juga takut hendak ke pusat-pusat kesihatan untuk bertemu dengan doktor pelbagai kepakaran. Sebaliknya bomoh tiupan dan semburan didampingginya. Rakan-rakannya juga diajak bersikap begitu. Inilah nasib hampir ke semua pengusaha, pesawah dan petani serta penghuni sebuah kampung di tanahairku Malaysia. Gerak kerja dan budaya mereka tidak sama dengan petani di negara Jepun, Eropah Timur dan Amerika Syarikat. Aku tahu sebab aku pernah bantu Pak Ngah di tanah sawah sewaannya. Kulit dan pakaian aku pernah busuk masam dibasahi dan disaluti lumpur bendang. Dalam industi pertanian, penggunaan teknologi terkini merupakan elemen terpenting untuk memperkembangkan industri pertanian negara ke tahap lebih baik bagi memenuhi kehendak pasaran domestik dan global. Seterusnya golongan pengusaha, petani, penternak dan nelayan perlu mempunyai ilmu pengetahuan serta berteknologi terkini untuk mencapai kejayaan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Kejayaan tersebut juga boleh dicapai dengan bantuan dan penyertaan sektor swasta dalam bidang pertanian. Dengan keupayaan modal serta kemahiran yang luas dalam bidang perniagaan agro iaitu sehingga ke peringkat global, sektor swasta mampu merubah pertanian negara kepada era kemodenan yang mampu melonjakkan pendapatan serta taraf hidup petani dan semua usahawan agro. Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia. Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan kambing intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian. Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap peri pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji atau mengupah paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu. Meskipun pertanian menggaji atau mengupah melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Traktor – Jentera moden untuk membersihkan sawah
 Traktor digunakan untuk membantu pesawah membersihkan sawah dalam kerja-kerja awal proses penanaman awal padi. Bantuan upah membajak yang diberikan oleh kerajaan ialah RM100 sehektar. Manakala bantuan input
pertanian maksimum (baja dan racun ) ialah RM140.00 sehektar semusim.

Hari ini aku belajar erti dan perbezaan tiga perkataan iaitu perlancongan, melancong dan merantau. Pelancongan sebenarnya adalah suatu industri yang terdiri daripada pelancong, sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti yang terlibat secara langsung dalam membentuk sebuah industri iaitu industri perlancongan. Malah di sesetengah negara dan tempat atau destinasi, perlancongan merupakan aktiviti penting dalam mempertingkatkan ekonomi atau pendapatan penduduk setempat. Dimana dengan adanya aktiviti-aktiviti tersebut struktur sosio-ekonomi setempat juga boleh berubah dari aras mundur kepada tahap yang lebih baik atau meningkat. Peningkatan ketibaan pelancong bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sesuatu tempat sebagai sebuah destinasi pelancong tetapi pastinya juga menyumbang kepada peningkatan pendapatan penduduk setempat. Umpamanya, Spin-off effect kebanjiran pelancong turut menguntungkan pengusaha hotel, gerai makanan, pengangkutan, inap desa, cenderamata dan sebagainya. Malahan peningkatan pendapatan secara meluas inilah yang menjadikan antara asas menyebabkan sesuatu tempat atau destinasi itu menjadi maju. Melancong, kebiasaannya merujuk kepada seseorang, seisi keluarga atau sekumpulan manusia pergi melawat, menziarahi atau berehat ke sesuatu destinasi tertentu. Mereka melancong ketika musim-musim cuti sekolah. Kemudian mereka kembali semula ke lokasi mereka apabila selesainya aktiviti-aktiviti melancong mereka. Mathieson and Wall (1982) pula mentafsirkan perlancong seperti berikut - "the temporary movement of people to destinations outside their normal places of work and residence, the activities undertaken during their stay in those destinations, and the facilities created to cater to their needs." Manakala merantau merujuk kepada orang yang tidak berwang banyak dan berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri mahupun keluarga. Mereka merantau dan berhijrah kerana mungkin peluang perkerjaan dan aktiviti di tempat mereka terhad. Mereka merantau dan berhijrah ke lokasi baru kerana lokasi lama ekonominya berterusan mundur dan tiada hidangan ataupun peluang lumayan. Mungkin juga tanah-tanih di tempat mereka tidak subur untuk pertanian. Lantas tiada pokok yang mahu tumbuh rendeng di situ. Mungkin juga tidak ada pemimpin yang mengajak pemilik industri terkemuka di dunia melabur, berpengkalan dan beroperasi di tempat mereka. Mereka merantau bertahun-tahun lamanya dan ada yang tidak pernah kembali semula ke lokasi asal mereka. Mereka gugur, sakit tenat dan mati berpusara di perantauan. Perlancongan tidak wujud tanpa adanya pelancong dan sektor-sektor itu. Malah, pelancong adalah ejen penting yang menentukan sama ada industri  pelancongan terus berkembang ataupun sebaliknya. Oleh itu, definisi pelancongan perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat kerana kekaburan pengertiannya boleh memberi impak yang negatif ke atas persekitaran, sosiobudaya dan komuniti. Sektor-sektor yang terlibat dalam menawarkan produk ataupun perkhidmatan pelancongan juga perlu dititikberatkan kerana merekalah yang berperanan dalam mewujudkan suatu persekitaran pemasaran yang global. Promosi-promosi dalam industri perlancongan mestilah dilakukan dengan lebih profesional supaya maklumat yang disampaikan kepada pengguna menjadi menarik dan tepat. Selain daripada memikirkan keuntungan hasil daripada promosinya kita juga perlu berbakti dan bersikap menyumbang. Orang-orang seperti Pak Ngah dan rakan-rakan sebaya dan senasib dengannya mestilah juga diajak ikut serta. Pelbagai pendekatan menarik boleh kita lakukan untuk menghiburkan mereka yang merupakan warga mas yang tidak berpendidikan tinggi moden. Dalam masa yang sama aku masih ingat ketika di bangku sekolah, di awal-awal minggu persekolahan cikgu sering bertanya, “Ceritakan pengalaman kamu semasa musim cuti sekolah dahulu”. Ketika itu aku di minggu pertama di tingkatan empat menengah di St. John Institution, Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah ini juga adalah sekolah dimana YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan adik-adiknya serta sepupunya belajar di peringkat menengah. Ramai kawan-kawan bangun khususnya anak kepada guru, pegawai kerajaan dan swasta, dan ahli-ahli perniagaan yang belajar di sekolah bercerita pengalaman mereka melancong ke pulau-pulau peranginan dan lain-lain lokasi di dalam dan luar negara. Anak-anak wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian UMNO, MCA dan MIC pun ada juga bercerita dengan nada yang sama. Ada juga di kalangan mereka membawa gambar-gambar menarik yang diambil ketika mereka melancong bersama keluarga mereka. Dalam masa yang sama, tanpa segan dan silu aku pernah bangun dan menceritakan pengalaman aku membantu ayah menoreh getah di kebun getah di tanah rancangan FELDA. Aku juga bercerita pengalaman aku membantu kerja-kerja jahitan pakaian yang dilakukan ibu di rumah. Gambar-gambar kenangan bersama mereka tiada ditangan dek kerana akau tidak memiliki kamera analog mahupun kamera digital. Aku ceritakan kepada mereka akan perik-payah kami membina kehidupan. Ada yang menyambut cerita aku dengan diam dan terkejut. Kata mereka, walaupun kamu dari keluarga sederhana dan masih miskin tetapi kamu boleh berjaya. Walaupun berpengalaman sebegitu tetapi kamu pintar dalam ilmu mathematik. Kemudian ada yang meminta petua daripada aku bagimana cara terbaik untuk belajar dan berjaya. Aku katakan kepada mereka, kerana pelajaran kita boleh berpindah dari luar bandar ke kota metropolitan.  Cara aku belajar mudah, walaupun tidak secemerlang mana tetapi boleh melangkah jauh. Rahsianya mudah. Belajar dan lakukan dengan ikhlas dan jujur. Fahamilah apa yang diajar oleh guru-guru dengan penuh ketekunan. Perbanyakkan latihan-latihan asas untuk membolehkan kita lebih memahami sesuatu permasalahan dalam sesuatu subjek yang kita pelajari. Bina dan pupuk keazaman untuk berjaya dalam kehidupan. Seterusnya berdisiplin, fokus dan berkeyakinan dalam pembelajaran. Dalam kata lain inilah inti sebenar dalam membina sesebuah kejayaan. Dalam bahasa yang mudah keenakan sebenar yang ada pada sesuatu donat yang dijual di kedai Dunkin Donat ialah keenakan rasa yang ada pada intinya.  Walau dalam apa perkara sekalipun jika kita gabungkan ketiga-tiga perkataan ini iaitu disiplin, fokus dan yakin - tentunya kita akan berjaya diakhirnya.  Tambahan lagi,   pribahasa atau bidalan Inggeris menyuarakan bahawa – "He that is master of himself, will soon be master of masters - self-discipline will help you achieve greatness". Perbincangan mendalam akan keistimewaan yang ada pada amalan ini akan kita bincangkan di dalam bab seterusnya. 

      

Laman Padi Langkawi
Laman Padi Langkawi terletak berhampiran Pantai Cenang. Laman padi ini telah dibina pada tahun 1999. Laman ini ialah Muzium Padi yang merupakan pusat pameran yang komprehensif mengenai peranan dan kepentingan padi dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Pengunjung yang berkunjung ke muzium ini berpeluang untuk melihat sendiri teknik penanaman padi di atas bumbung, melihat pemandangan sawah padi, dan juga mempelajari cara-cara penanaman padi. Sumber: Internet.

Kembali kepada cerita tentang perlancongan, kami sekeluarga tidak ke mana-mana kerana tiada wang yang banyak untuk ke sana ke mari. Ayah dan ibu lebih cenderong kepada menyimpan dan menabung serta menyimpan wang untuk kegunaan pembelanjaan anak-anak ke sekolah. Tidak ada penasihat kewangan ataupun “financial planner” datang memberi pandangan dan nasihat kepada keluarga kami. Dalam kata lain ayah dan ibu kena pandai-panadai sendiri menconggak dan menyusun atur akaun keewangan keluarga tanpa nasihat mana-mana professional kewangan yang bermoral tinggi (justly). Cuma setelah berkerja aku bawa mereka dan adik-adik bercuti di Pulau Langkawi. Kami sekeluarga juga pernah berehat-rehat seharian di Pusat Peranginan Tasik Pedu, Kedah. Baru tadi aku bersiar-siar di bandaraya Alor Setar dengan Pak Ngah. Selepas itu aku ajak Pak Ngah melawat tempat atau lokasi perlancongan terbaik di Kedah iaitu Muzium Padi. Kami sama-sama bersetuju semasa di dalam kereta tadi untuk ke sana.  Kemudian, kami juga sama-sama bersetuju bahawa tidak banyak lokasi menarik untuk dikunjugi di Bandaraya Alor Setar. Mak Ngah di rumah. Beliau tidak bersama kami hari ini. Kemudian kami juga pasang angan-angan. Suatu hari nanti kalau berwang dan kelapangan kita ke Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. Katanya, Tanjung Dawai adalah lokasi bersejarah di Kedah. Ianya dikenali sejak dahulu kala lagi. Manakala Pantai Merdeka pula ialah lokasi perkelahan hujung minggu dan kegemaran kebanyakan masyarakat di tanah besar negeri ini. Katanya lagi, Tanjung Dawai popular dengan produk ikan kering, ikan bilis dan belacan. Ketiga-tiga produk tersebut adalah produk hasil keluaran, kreativiti dan inovasi penduduk setempat. Di Muzium Padi, kami melangkah masuk dengan bayaran sebanyak RM3 seorang. Semua cerita-cerita berkaitan penanaman padi dibongkar dan direkodkan di sana. Peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh petani purba juga ada dipamirkan. Gambar bagaimana seekor kerbau sedang membantu pesawah membajak juga ada dipamirkan. Gambar mesin penuai dan pemungut buah padi yang berteknologi moden iaitu New Holand yang membantu memudahkan kerja-kerja petani juga ada di sana. Kedua-dua, lelaki dan wanita sering bantu-membantu membanting tulang mengerjakan sawah. Mereka hidup gembira membentuk suatu komuniti yang bergantung rezeki kepada sawah dan berekonomikan pertanian. Muzium Padi Kedah adalah sebuah muzium yang banyak menyimpan khazanah-khazanah dan maklumat-maklumat bernilai berhubung dengan penanaman padi secara tradisional. Memang itulah peranan muzium. Muzium juga boleh dijadikan sebagai destinasi perlancongan pendidikan individu, keluarga dan masyarakat. Adat kebiasaannya, ianya adalah tempat menyimpan rekod-rekod lama atau sejarah lampau untuk tatapan generasi ke generasi. Gambaran yang jelas lagi terperinci dipaparkan di sini. Ianya ibarat nostalgia lama yang hidup kembali. Aku mengambil peluang sepenuhnya untuk mempelajari cara-cara bersawah dengan lebih dekat. Pak Ngah kelihatan senyum gembira mengimbas kembali usia muda dan peralatan-peralatan bersawah yang pernah digunakannya.  Di sini aku mengenal mendalam cara menghasilkan padi dan beras. Dengan kandungan air yang cukup, para petani sibuk membajak tanah sawah mereka. Sawah dibajak dengan dua cara iaitu cara tradisional dan moden. Membajak secara tradisional dilakukan dengan pertolongan kerbau dan peralatan kuno. Membajak secara moden ialah merujuk kepada penggunaan jentera traktor dan kebota. Dengan menggunakan jentera pembajak moden, kerja-kerja petani menjadi jauh lebih mudah dan kerja-kerja tertentu dapat disiapkan dengan kadar yang cepat. Mereka seolah-olah menjimatkan banyak waktu dan tenaga. Kebanyakan para petani menyewa jentera pembajak daripada Persatuan Pertubuhan Peladang atau tauke Cina. Sewaktu kaum bapa sibuk bersawah, kaum ibu pula membantu suami mereka dengan menyediakan tapak semaian. Tapak semaian itu disediakan di pinggir kawasan sawah. Biasanya tapak semaian itu dipagari dengan daun-daun kelapa supaya ayam atau itik tidak mudah masuk memakan benih padi. Pagar juga dibuat untuk mencegah kambing merosakkan anak padi yang sedang membesar. Sebelum menabur benih padi ke dalam tapak semaian, benih padi yang baik dikenalpasti. Benih padi direndam di dalam bekas (besen) yang berisi air. Benih padi yang tenggelam dalam besen itu diambil untuk dijadikan benih padi, manakala benih padi yang terapung itu dibuang kerana tidak berisi. Benih padi biasanya direndam selama dua tiga hari. Kemudian, benih tersebut diambil dan ditabur rata ke atas tapak semaian yang sudahpun ditajak dan digembur-gemburkan. Dengan cara demikian anak padi itu akan tumbuh dengan subur. Kira-kira sebulan kemudian, anak padi dalam tapak semaian itu membesar. Seterusnya, beberapa orang kelihatan mengubah anak padi dari tapak semaian ke petak-petak sawah secara bergotong-royong. Secara tradisi dan kebiasaannya mereka adalah kenalan rapat antara satu sama lain dan hidup berjiran.  Sebelum anak padi diubah ke dalam sawah, air dialirkan masuk ke dalam petak sawah supaya sawah dipenuhi air terlebih dahulu. Di tapak semaian, anak semaian padi dicabut. Akarnya dibersihkan dan hujung daunnya dikerat sedikit. Kemudian ianya diikat secekak-secekak untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan anak semaian padi itu ke dalam petak sawah. Setelah dipindahkan ke dalam petak sawah, ikatan berkenaan dibuka. Sambil membongkok dua tiga anak padi dimasukkan ke celah kuku kambing. Seterusnya, anak padi tersebut dicucukkan ke dalam lumpur. Tidak lama kemudian anak padi tumbuh subur menghijau. Petak sawah dijaga supaya tidak ditumbuhi oleh rumput.  Tumbuhan rumput kebiasaannya boleh mengganggu tumbesaran anak-anak padi di dalam petak sawah. Kemudian, keseluruhan petak sawah dan padi yang sedang membesar dibajakan dengan baja urea. Baja urea keluaran tempatan. Baja urea ditabur dengan menggunakan tangan. Setelah selesai, tangan mereka dibasuh dengan menggunakan air sabun.
Di sesetengah kawasan pertanian padi, penyediaan tapak semaian tidak diamalkan lagi. Kata mereka cara lama ialah sebagaimana yang diterangkan terdahulu iaitu tapak semaian dan petak sawah serta penanaman anak padi disediakan dan dilakukan secara berasingan. Cara baru dalam bersawah ialah dengan menabur terus benih padi ke dalam petak sawah. Penanaman menggunakan kuku kambing dikatakan cara lama. Kos upah dan penyelenggaraannya juga tinggi. Kini kaum ibu tidak payah lagi membongkokkan badan untuk mengubah anak padi dari tapak semaian ke petak sawah. Padi yang ditanam biasanya ialah padi Sri Malaysia Satu, Ria dan Bahagia. Ketiga-tiga padi ini menjadi keutamaan kerana ianya mengeluarkan lebih banyak hasil daripada padi Mahsuri, Malinja atau Tangkai Rotan. Selain di baja padi juga disembur dengan racun kimia supaya padi tidak diserang oleh serangga perosak ataupun penyakit karah daun. Penyakit lain yang mungkin menyerang tanaman padi ialah penyakit hawar daun bakteria dan bintik merah. Jika padi diserang oleh penyakit hawar daun bakteria, daun padi menjadi kering dan kekuningan. Kebiasaannya penyakit ini menyerang anak padi selepas benih padi ditabur di bendang. Penyakit ini boleh dikawal dengan menabur baja urea secukupnya dalam masa dua minggu selepas benih padi ditabur ke dalam bendang. Manakala penyakit bintik merah dapat dikesan jika jika daun padi menjadi kering dan berbintik bujur atau berbintik bulat. Untuk mengawal penyakit sebegini, mula-mula benih padi yang akan ditabur terus itu direndam dalam air sejuk untuk jangka masa selama dua puluh empat jam. Selepas itu benih yang sama direndam ke dalam air yang agak suam selama lima minit. Jerami dan tunggul yang berpenyakit dibakar juga. Sewaktu anak padi sedang membesar terdapat dua tiga jenis musuh utama sering mengganggu iaitu ulat ratus, ulat gulung, ulat hampung serta tikus. Ulat ratus, ulat gulung dan ulat hampung merosakkan daun anak padi, manakala tikus yang lebih dikenali dengan gelaran ‘orang malam’ di kalangan para petani pula merosakkan anak padi itu. Penyakit-penyakit berkenaan hanya dapat dikawal dengan menyembur racun serangga. Manakala untuk menangkap dan menghapuskan tikus(orang malam), perangkap dan racun tikus digunakan. Seringkali racun tikus digunakan kerana kos untk memasang perangkap tikus belanjanya agak tinggi. Pak Ngah dan rakan-rakan petani cukup mahir dengan kerja-kerja sebegini. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka juga sering dinasihati oleh pihak MADA akan racun kimia yang sesuai dengan keadaan semasa. Racun kimia juga diberikan kepada mereka juga termasuk dalam skim bantuan subsidi kerajaan kepada petani.  Ketika padi sedang membesar, aktiviti merumput turut dilakukan. Ini adalah kerana rumpai yang tumbuh di kawasan bendang mengurangkan zat makanan padi dan menghalang anak padi daripada mendapat cahaya matahari yang cukup dan secukupnya. Pesawah sering mencabut rumpai ini satu persatu dengan tangan sendiri. Kadang-kadang mereka juga ada menggunakan cangkul dan racun rumpai. Itulah sedikit sebanyak ilmu piama penanaman dan penjagaan padi di sawah padi. Padi di luar musim masak kira-kira dalam tempoh 120 hari atau empat bulan. Air dari sawah dikeluarkan ketika padi sedang berbuah dan masak. Pada waktu ini para petani berada dalam keadaan kebimbangan kerana ancaman musuh padi boleh datang dan tiba pada bila-bila masa. Musuh padi ialah benah, burung dan tikus (orang malam). Apabila padi mula berbuah, racun serangga disembur di seluruh kawasan sawah untuk menghapuskan benah yang merosakkan tanaman padi mereka. Benah ini akan memakan buah padi yang muda. Apabila padi itu masak tinggallah hampas padi sahaja kerana santan padi yang terkandung dalam buah itu telah dihisap oleh serangga benah. Sewaktu padi sedang menguning, burung datang berkawan-kawan banyaknya. Para petani berusaha untuk menghalau burung-burung itu dengan menggoyangkan tin kosong yang direntang di tengah-tengah sawah. Bunyi yang bising itu menakutkan burung-burung itu. Suatu cara lagi ialah dengan membuat orang-orangan di kawasan sawah. Orang-orangan itu dicacak di tengah-tengah sawah atau pinggir sawah. Baju dan seluar yang koyak rabak serta topi dikenakan pada kayu itu. Dari jauh orang-orangan ini kelihatan seperti manusia, tetapi sebenarnya bukan manusia. Tikus memakan buah padi dan batang padi. Para petani menaburkan racun tikus di beberapa kawasan untuk membunuh tikus. Pada musim menui, pesawah pula bersiap sedia untuk menuai. Jentera penuai digunakan untuk menuai padi di sawah. Pada masa dahulu pesawah menggunakan pisau tuai untuk menuai padi. Dulu, cara menggunakan pisau tuai sering dilakukan oleh kaum ibu. Kerjanya agak lambat. Sabit pula digunakan oleh kaum tani yang tidak menggunakan jentera penuai. Kemudian padi dibanting. Kemudian, padi terhimpun di dalam tong banting. Makin banyak dibanting longokkan padi makin banyak terkumpul di dalam tong berkenaan. Buah padi gugur satu- persatu memenuhi tong banting. Tangkai dan batang padi atau jerami itu tidak dibakar sebab pengetahuan sains dan teknologi sekarang memungkinkan manusia mencipta sejenis kertas pembungkus yang berwarna perang daripada jerami berkenaan sebagai sumber bahan mentah. Kemudian, sebelum padi dihantar ke kilang, padi berkenaan dianginkan. Kipas angin digunakan untuk mengaginkan padi. Angin meniup padi yang jatuh ke hadapan. Hampa padi pula berkumpul di tempat yang berasingan. Padi yang dianginkan itu dimasukkan ke dalam guni dan dijual kepada pihak Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) atau sekarang dikenali dengan nama Beras Negara Malaysia (BERNAS). Subsidi diberikan kepada petani bagi setiap tan yang jual oleh para petani. Jentera penuai sering digunakan jika keluasan bendang yang ada agak luas.  Dengan penggunaan jentera penuai, tenaga dan masa dapat dijimatkan. Setelah dituai padi dihantar terus ke destinasinya untuk dijual ke kilang swasta atau kilang milik Lembaga Padi dan Beras Negara. Itulah sedikit sebanyak ceritanya bagaimana padi dan beras dihasilkan. Kesemuanya direkodkan dengan baik di lokasi Muzium padi Kedah. Dokumentari tentang penanaman padi juga ada disediakan. Padi juga direkodkan dengan baik di dalam rangkaian program Agrobisnes yang disediakan khas oleh Kementerian Pertanian dan Kementerian Penerangan Malaysia. Program sebegini juga sering disiarkan melalui rancangan-rancangan di televisyen saluran tempatan untuk tatapan orang ramai.

Ringkasan proses dan peringkat penanaman dan pemprosesan padi secara tradisional adalah seperti berikut:
Pertama: Membajak
Sawah dibajak dengan jentera pembajak / tenggala yang ditarik oleh kerbau pada musim hujan.
Batas-batas dibina untuk menakung air.
Kedua: Menyemai
Benih padi direndam 2/3 hari kemudian disemai di tapak semaian dan   anak padi akan tumbuh selama 30 hari.
Ketiga: Mengubah Anak Padi                               
-Anak padi di pindahkan ke sawah padi dengan kuku kambing / jentera.
Petani memastikan:    
-batas-batas tidak pecah
-paras air kekal
-rumput dicabut
-baja kimia dan racun serangga ditabur
Keempat: Menua
Selepas 6 bulan, padi masak.
Sawah dikeringkan dengan mengalirkan air ke terusan.
Padi dituai dengan jentuai/sabit.
Kelima: Membanting        
Tangkai padi dikerat dan dibanting supaya bijian diasingkan daripada tangkai.
Keenam: Mengangin       
Dijalankan supaya bijian dipisahkan daripada hampas padi dan  tanah.
Kemudian dijemur.
Ketujuh: Mengilang
Padi dikisar untuk mendapatkan beras.


Pelancongan pula merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The World Tourism Organization (UNWTO) berhubung dengan Status Perlancongan Dunia (World Tourism Ranking, di Asia dan Pacific, pada tahun 2011 merekodkan jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 217 juta orang iaitu dengan peningkatan sebanyak 6.1% berbanding tahun 2010. Dari pada jumlah tersebut China menjadi destinasi paling popular dilawati dengan menerima jumlah pelancong antarabangsa seramai 57.58 juta orang, Malaysia (24.71 juta), Hong Kong (22.32 juta), dan Thailand (19.10 juta). Kini, Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan tropika indah yang sangat diminati ramai dan sangat berpotensi di Asia. Ianya bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Skop perlancongan juga mesti dilihat dari perspektif yang positif yang boleh memberi pulangan lumayan kepada kerajaan dan rakyat khususnya sebagaimana berikut: (a)  Pelancongan boleh dan mesti dijadikan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. (b) Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. (c) Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ dari pengalaman-pengalaman para pelancong yang sudah melawat Malaysia.
Dalam plot dan lakaran ekonomi moden, perlancongan merupakan habuan ekonomi baru kepada kebanyakan negara baik di timur mahupun barat. Hanya dengan berbekalkan sedikit sahaja keunikan, kesungguhan dn kebijaksanaan pemimpinnya maka sesebuah negara itu akan berpotensi dijadikan destinasi yang diminati ramai. Dalam laporan terkini, Malaysia menyasarkan pendapatan RM120 bilion daripada industri pelancongan menjelang 2020 bersandarkan kemasukan 36 juta pelancong asing dalam tempoh berkenaan. Tahun lalu Malaysia mencatatkan peningkatan ketara kemasukan pelancong hingga lebih 25 juta dan pendapatan berkembang kepada RM6.6 bilion berbanding 2011. Pengurus Besar Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah berkata sebagai entiti diwujudkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihaknya merancang untuk mengembangkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi acara utama di rantau Asia Pasifik. Beliau berkata, menerusi penganjuran acara berkenaan di Malaysia, ia dijangka dapat menyumbang RM400 juta ke dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan menjana 8000 peluang pekerjaan sementara pada 2020.  “Malaysia dikenali sebagai negara berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai acara antarabangsa kerana mempunyai pelbagai infrastruktur dan kecanggihan sistem operasinya memberi peluang kepada kita untuk terus menarik penganjuran acara antarabangsa di sini. Malaysia Major Events akan menghadiri Konvensyen SportAccord 2013 di Saint Petersburg, Rusia bertujuan menawarkan Malaysia sebagai lokasi penganjuran acara sukan utama kerana kita berpengalaman mengendalikan acara besar di rantau Asia Pasifik seperti Grand Prix Formula 1 Malaysia, MotoGP Grand Prix Malaysia, Le Tour de Langkawi, PGA TOUR, ATP dan kejohanan WTA,” katanya. Pernah suatu ketika dahulu dan ketika itu aku menetap dan berkerja di bandaraya Kuala Lumpur. Ketika itu adalah di sekitar pertengahan tahun 1990an sehinggalah pertengahan tahun 2000. Ketika itu juga khususnya di penghujung tahun 1990an ekonomi negara melonjak dengan baik. Pada kebanyakan harinya, carta bursa saham memanah ke langit tanda ada peningkatan dalam urusan jual beli saham pada ketika itu. Ramai yang untung kecil, sederhana dan besar apabila bursa saham aktif di dalam pelbagai bidang perniagaan dan industri. Mereka yang untung kecil ialah mereka yang melabur pada skala yang kecil. Mereka yang untung sederhana ialah mereka yang mempunyai wang lebihan untuk dilaburkan berdasarkan citarasa hati dan melabur berbekalkan maklumat dan pengetahuan yang dimiliki. Manakala mereka yang untung besar ialah pemilik-pemilik syarikat-syarikat yang terpilih dan berkelayakan untuk disenaraikan di dalam bursa saham. Keuntungan yang dimiliki pula pernah mencecah berbillion ringgit sehari. Ketika itu juga, banyak dan pelbagai peristiwa lain berlaku antaranya banyak perniagaan-perniagaan baru diwujudkan. Bangunan-bangunan baru turut dibena. Seolah-oleh Malaysia sedang mengejar kemajuan dunia seiringan dengan prestasi ekonomi negara ketika itu. Pusat-pusat hiburan dan karoeke serta spa sama ada bersekala mewah, besar dan sederhana juga dibina dan dihidupkan. Tumbuh segar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakkannya dimiliki oleh peniaga-peniaga bukan berbangsa Melayu bumiputera. Pernah suatu ketika dahulu aku bertanya di sana  dan di sini, kenapa ini semua boleh berlaku. Pelbagai jawapan yang aku terima antaranya ialah untuk hidangan para pelancong luar negara dan bukan untuk rakyat tempatan. Agak menghairankan, kerana kebanyakan malah majoriti yang berkunjung ke sana ialah rakyat Malaysia, khususnya golongan muda-mudi. Ramai ke sana dengan alasan untuk tujuan bersosial dan menenangkan jiwa. Ada juga mencelah mencari kenalan baru katanya. Kemudian aku kembali menoleh kepada pelancong luar dan bertanyakan betulkah begitu. Jawapannya kami melancong dan ke Malaysia bukannya untuk tujuan meninjau pusat-pusat hiburan. Kami ke sini untuk menerokai keindahan alam sekitar, kemakmuran manusia dan  mencari kedamaian bersama.  


Pak Ngah orang lama berpengalaman banyak. Beliau tidak berpelajaran di peringkat menengah dan tinggi. Dia belajar sampai ke peringkat lima rendah sahaja. Pak Ngah juga telah lama berkeluarga. Hidupnya bertemankan usaha keras siang dan malam. Keluar rumah di waktu pagi dan pulang sebelum tengahari. Kadang-kadang beliau menungang motosikal ke pasar dahulu sebelum ke sawah. Membeli keperluan harian dan barangan untuk digunakan. Masakkan makanannya selalu disediakan oleh isterinya. Makan tengaharinya sering di rumah. Jarang sekali aku lihat Pak Ngah menjamah di luar. Cuma kadang-kadang kalau keluar bertiga, kami jamah nasi bersama berlaukkan ikan bakar dan ulam-ulaman di kedai Melayu Bumiputera. Selepas makan beliau berehat sementara menanti masuknya waktu Zohor. Beliau berehat selepas sembahyang Zohor hingga ke waktu Asar. Seringkali, malah boleh dikatakan hampir hari-hari apabila tepat jam 2:00 petang Pak Ngah dan Mak Ngah pasang telinga mendengar radio bersama-sama. Pada waktu itu untuk selama setengah jam ceramah agama berkumandang. Pelbagai tajuk perbincangan berhubung dengan agama dan masyarakat dikupas oleh penceramah-penceramah terpilih. Dalam kata lain mereka hari-hari memetik panduan dari corong radio saluran Kedah FM87.5 untuk dijadikan pedoman hidup. Mereka seolah-olah belajar sesuatu menggunakan saluran radio. Corong radio seolah-olah menjadi guru sosial dan guru agama kepada kehidupan mereka. Aku tidak hairan kerana radio dicipta untuk menyampaikan maklumat dan sebagai saluran hiburan kepada para pendengarnya. Kalau kita menggunakannya secara positif pastinya kita memperolehi kebaikan. Apatah lagi radio adalah lahir hasil rekacipta dan inovasi orang-orang barat seperti Guglielmo Marconi, Édouard Branly dan Waldo Warren. Sebenarnya, Radio  merupakan sejenis  komunikasi  yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio. Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio. Pada mulanya, radio atau radiotelegrafi dipanggil "telegrafi wayarles", atau singkatannya "wayarles" (wireless). Awalan radio yang membawa erti penyiaran tanpa talian, julung kalinya dicatatkan dalam istilah radioconductor, ciptaan ahli fizik Perancis Ã‰douard Branly pada tahun 1897, berasaskan perkataan Latin radius yang bererti "jejari roda" atau "sinar cahaya". "Radio" sebagai kata nama dipercayai dicipta oleh pakar pengiklanan Waldo Warren (White 1944), dan juga kelihatan dalam sebuah rencana tulisan Lee De Forest  pada tahun 1907, diterima guna oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1912, dan menjadi laris apabila bermulanya siaran komersil pertama di Amerika Syarikat pada 1920-an. Istilah "radio" turut diterima oleh bahasa-bahasa Eropah dan Asia. Negara-negara Komanwel British terus mengutamakan istilah "wayarles" sehingga pertengahan abad ke-20, meskipun majalah BBC di UK bernama Radio Times sejak julung kali diterbitkan pada awal 1920-an. Dalam masa yang sama, aku sedikit terkilan kerana Pak Ngah dan Mak Ngah di usia begini tidak pandai mengendalikan komputer peribadi. Banyak progam-program berkualiti boleh dipelajari daripada sistem komputer dan internet. Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk peyimpanan data; dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output. Catatan pertama penggunaan perkataan "komputer" adalah direkodkan pada tahun 1613, merujuk kepada orang yang melakukan pengiraan, atau komputasi, dan perkataan itu berterusan dengan makna yang sama hingga ke pertengahan abad ke-20. Sejak akhir abad ke-19, kata itu mula membentuk maksud yang lebih jelas, iaitu merujuk kepada mesin yang melakukan komputasi. Kemudian beliau berehat lagi dan tidur seketika hingga ke waktu asar. Selepas Asar, beliau keluar lagi ke sawah dan pulang semula sebelum senja. Di waktu maghrib dan Insyak beliau ke Surau. Beristiqamah meningkatkan ketaqwaan dan menunaikan tanggungjawab kepada tuhan bersama rakan-rakannya yang lain. Mungkin di dalam perjalanan menuju ke tempat ibadatnya, Pak Ngah terfikir-fikir tentang kejadiannya sebagai insan bernama manusia. Manusia sebenarnya dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Diberikan kepadanya keistimewaan-keistimewaan yang tidak terdapat pada makhluk-makhluk yang lain. Dimuliakan manusia itu sesuai dengan sifatnya sebagai “Khalifah Allah” di bumi untuk beribadat dan memakmurkannya demi kebahagian manusia seluruhnya. Manusia dijadikan secara semulajadinya suka bermasyarakat. Masing-masing perlu lagi memerlukan dan tolong-menolong untuk membina hidup yang lebih baik dan bererti demi kepentingan semua. Tanpa kerjasama yang erat antara satu sama lain maka pembentukan sesebuah komuniti, masyarakat atau negara yang aman makmur tidak mungkin dapat diwujudkan. Kalau padi sudah dituai beliau berehat panjang di rumah. Bersiul-siul di atas buaian sambil berehat. Beliau merokok. Sejak muda katanya.  Itulah kitaran harian hidup Pak Ngah dan petani tua lainnya. Keringatnya adalah keringat seorang petani, pengusaha dan pesawah. Pak Ngah seolah-olah berpuas hati dengan sistem ekonomi pertanian sara diri dan kecil-kecilan yang diamalkannya.

Sudah tiba masanya dimana penggunaan komputer dan internet di negara ini dan mungkin di seluruh dunia dioptimumkan.  Komputer dan internet juga merupakan punca dan gedung ilmu sedunia. Di negara-negara maju mungkin 2/3 penduduknya memiliki email peribadi, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan. Puluhan malah ratusan juta daripada mereka memiliki “blogs” ataupun “website” peribadi. Di negara-negara berkenaan juga perkembangan penggunaan telekomunikasi berlaku dengan pesat. Kemahiran teknikal mereka juga tinggi. Pelbagai produk yang berkualiti dan berteknologi tinggi dihasilkan dalam kadar yang cepat dan membanggakan. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan. Golongan muda hari ini kelihatan lebih mudah diasuh, dididik dan diarah untuk menggunakan produk-produk komunikasi yang berteknologi tinggi seperti komputer (peribadi dan riba), tablet dan telefon bimbit. Hari ini, Facebook, StumbleUp, Twitter, Instagram, Myspace dan Frienster antara yang popular di kalangan masyarakat dunia khususnya remaja. Begitu juga dengan golongan berpendidikan tinggi dan pelajar-pelajar di peringkat universiti. Penggunaannya menjadi satu fenomena baru bukan saja pengguna biasa malah artis, ahli politik, dan komuniti korporat menggunakan media ini. Laman media sosial kini bagaikan satu budaya, mendapat sambutan meluas diseluruh pelosok dunia malah kini dikatakan menjadi satu ‘trend’ kepada kehidupan anak-anak muda. Inilah bezanya antara orang muda dan orang lama berpengalaman banyak. Orang muda berilmu dan berpengetahuan dalam pengendalian alatan-alatan teknologi. Mereka cepat menyesuaikan dengan perkembangan dunia di sana-sini dengan berbekalkan telefon bimbit ipod dan komputer riba. Manakala orang lama berpengalaman agak ketinggalan dalam aplikasi-aplikasi moden sebegini. Hari ini dapat dilihat bahawa semua lapisan masyarakat tidak kira golongan pemimpin, professional sehinggalah ke peringkat kanak-kanak, mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Sebagai contoh, Facebook yang mencatatkan anggaran pengguna Malaysia seramai 14 juta orang yang mempunyai rangkaian sosial media itu. Instagram juga mendapat catatan pengguna yang ramai, apabila generasi muda kini menggunakan laman sosial itu untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan mereka. Laman sosial itu untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan mereka. Laman sosial ini juga dapat memberikan rakan Instagram, mengeluarkan pendapat atau komen terhadap gambar dan status yang mereka kongsi. Banyak kebaikan berbanding dengan keburukan yang diperolehi apabila seseorang itu mempunyai akaun media sosial ini, antaranya untuk mendapatkan maklumat dengan pantas terutama apabila berkaitan isu-isu semasa  yang berlaku sama ada di dalam dan luar negara. Media sosial juga dapat merapatkan hubungan dengan orang lain, seperti meminta bantuan rakan berkaitan isu-isu semasa yang berlaku sama ada di dalam dan luar negara. Media sosial juga dapat merapatkan hubungan dengan orang lain, seperti meminta bantuan rakan berkaitan dengan sesuatu perkara. Misalnya, apabila tugasan kuliah yang memerlukan pelajar lebih banyak berinteraksi dengan rakan dan pensyarah, maka laman sosial boleh digunakan untuk berkongsi pendapat dan idea berkaitan kerja-kerja itu. Malah boleh menjimatkan kredit telefon masing-masing, kita boleh memuat naik status di laman sosial itu berkaitan dengan perkara yang ingin diberitahu atau hantar mesej kepada rakan di Facebook secara percuma. Semuanya menjadi mudah hanya perlu menggunakan telefon yang mempunyai talian Internet. Bahkan kalau dulu MMS, gambar sekeping kepada rakan dalam telefon perlu menggunakan kredit 30 sen tetapi hanya menghantar dan berkongsi gambar di Facebook dan Insagram, hantarlah seberapa banyak pun semua tidak perlu bayar. Kesan penggunaan laman sosial ini sebenarnya bergantung kepada pengguna itu sendiri, tidak dinafikan laman sosial juga membolehkan ramai peniaga muda memperkenalkan dan memajukan perniagaan mereka. Apabila difikirkan semula, banyak kesan negatif kepada masyarakat. Kenalan penulis ada mengadu bahawa seorang isteri yang selalu taksub menggunakan laman sosial sehingga suaminya cemburu lalu sanggup melakukan perkara-perkara yang boleh memecah-belahkan persahabatan mereka. Laman sosial juga dikatakan mampu dan boleh menimbulkan kekeliruan terutama ramai kini yang ingin berkongsi maklumat tetapi tidak tahu sama ada sumber yang diperoleh benar atau tidak lalu timbul fitnah dan sebagainya. Kebanyakan pengguna Internet juga cuba mengaibkan orang lain dengan hal-hal berkaitan dengan rakan mereka dan ada juga yang berkaitan perihal peribadi sendiri tanpa segan silu memuatkan naik gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Ada juga yang berkongsi kisah peribadi mereka tanpa ditapis dan membuka aib sendiri. Semuanya hendak dicanang di laman sosial. Ramai akan merasa kecewa apabila ada juga antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, kononnya hendak luahkan perasaan marah tapi sebenarnya membawa satu pergaduhan siber apabila kawan di laman sosial menghebohkan hal itu kepada kawan yang diperkatakan. Seterusnya perang siber akan berleluasa. Pelajar sekolah pula jangan jadikan laman ini sebagai penghalang dan memalaskan diri untuk terus membaca buku-buku dan mengulang kaji  pelajaran. Penggunaan laman sosial diharapkan dapat memenafaatkan bukan hanya para pelajar tetapi masyarakat keseluruhannya.  Justeru itu, gunalah laman sosial sebaik-baiknya dengan penuh berdisiplin untuk faedah berguna kepada diri sendiri dan kebaikan bersama. Inilah antara peluang dan saluran untuk kita berkenalan dan bersahabat dengan masyarakat lain di seluruh dunia.  Harga-menghargai antara satu sama lain. Memakmurkan masyarakat dunia bersama. Golongan berpendidikan tinggi dan terpelajar mungkin mudah memahami agenda-agenda seperti “social network, networking and outsourcing”. Sebagai pencinta teknologi, untuk membina atau mewujudkan sesebuah teknologi sudah pasti ianya memerlukan kos yang kadang-kalanya agak tinggi. Manakala untuk meruntuhkan atau merosakkan sesuatu teknologi tidak memerlukan kos yang banyak, mungkin cuma hanya menyemaikan perasaan dan pakatan buruk, jahat dan khianat terhadap orang lain. Pada hari ini agak mengecewakan kerana di peringkat global masih ada sikap dan rancangan khianat-mengkhianati serta kurang selesa terhadap orang lain. Misalnya kewujudan laman siber Israel dirancang akan digodam dengan matlamat semata-mata untuk menghapuskan kewujudan laman siber masyarakat Israel di Internet. Wartawan www.hmetro.com.my turut melaporkan berita ini pada 06 April 2013. Menurut laporan agensi, berita di sana yang telah dikeluarkan di Baitulmaqdis dengan tajuk Hapus Israel dari Internet hari ini”. Menurut laporan berkenaan, kumpulan aktivis penggodam terkenal Anonymous bersiap sedia melancarkan serangan siber besar-besaran untuk menghapuskan Israel daripada Internet mulai hari ini. Ia bertepatan dengan sambutan hari peringatan Holocaust di negara haram Yahudi itu. Usaha itu akan berterusan hingga esok. Beberapa kumpulan penggodam turut menyertai rancangan itu yang matlamatnya untuk melancarkan serangan bersama. Beberapa hari terdahulu, kira-kira 15,000 akaun Facebook penduduk Israel digodam. Menurut laporan, virus yang dilepaskan menerusi satu alamat IP membolehkan ia menyerang komputer di Israel. Ini bukan kali pertama kumpulan pro-Palestin itu menyasarkan rejim Zionis. November lalu, Anonymous melancarkan serangan besar-besaram terhadap laman web kerajaan, bank dan syarikat perniagaan kad kredit Israel. Anonymous merancang misi yang dikenali Op-Israel itu bulan lalu. “Kamu tidak pernah merancang menghentikan pencabulan terhadap hak asasi manusia. Kamu tidak pernah mahu menghormati undang-undang antarabangsa. “Kerana itu anggota kami di seluruh dunia akan bersatu dengan rakyat Palestin untuk menghapuskan kamu daripada Internet,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. Jangan terburu-buru menghukum kaum Yahudi. Disebalik keburukan banyak juga kebaikan yang disusun atur oleh mereka. Umpamanya ribuan masyarakat dunia pelbagai bangsa bergantung harap dan upah bulanan daripada syarikat-syarikat besar milik bangsa Yahudi di seluruh dunia. Upah yang diperolehi itu jugalah yang digunakan untuk menyara hidup seseorang individu, keluarga dan masyarakat serta negara. Mereka bijak memodenkan diri dan melaksanakan apa yang dituntut oleh agama. Umpamanya dari sudut kebersihan, kesihatan, ketrampilan dan kebijaksanaan ternyata mereka lebih terkehadapan (more advance) daripada bangsa-bangsa lain di dunia. Biarlah tuhan menghukum mereka jika mereka menidakkan kehendak ketuhanan.

Dalam hal ini, contohnya mudah. Umpamanya negara kita Malaysia. Sebelum tahun 1963, ianya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Setelah Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan wilayah-wilayah lain iaitu Sabah, Sarawak, dan Singapura,  Malaysia merupakan negara demokrasi yang terletak di benua Asia. Secara khususnya, negara kita terletak di Wilayah Asia Tenggara bersama-sama 10 negara lain. Malaysia menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia atau pun Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Menurut catatan wikipedia.org edisi Bahasa Malaysia, Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila negara kita terlebih dahulu telah menggunakan nama tersebut secara rasmi. Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi. Semua tahu, sejak dahulu hingga kini ideologi politik majoriti penduduknya ialah demokrasi. Rmai penduduk dunia tahu bahawa, di Malaysia masyarakatnya adalah masyarakat majmuk (multiple ethnics groups). Komposisi masyarakatnya ialah Melayu, Cina dan India serta lain-lain bangsa. Jabatan perangkaan Malaysia, statistik terkini jumlah kepadatan penduduk Malaysia ialah 32.9 juta orang termasuk 3.2 juta  orang bukan warganegara pada tahun 2019. Bumiputera 20.4 juta orang atau (69.3%), Cina 6.7 juta orang atau  (22.8%), India 2.03 juta orang atau (6.9%), lain-lain bangsa seramai 294 ribu orang atau (1%). 

Pak Ngah, adalah seorang yang tidak pandai membaca pantas dan menulis panjang seperti aku.  Beliau tidak tahu akan faedah sistem komunikasi moden seperti Internet. Walaupun begitu dan tidak pandai mengendalikan komputer, beliau sekurang-kurangnya dapat dan tahu menggunakan telefon bimbit. Beliau seringkali dilihat berkomunikasi dengan rakan-rakan, sanak-saudara dan anak-anak serta cucu-cucunya dengan menggunakan telefon bimbit berjenama NOKIA. Difahamkan telefon berkenaan dihadiahkan oleh anaknya untuk digunakan dengan alasan supaya mudah berkomunikasi. Walaupun kurang memahami bagaimana mengopitimumkan dan menambah mahir penggunaan produk berkenaan seperti penghantaran SMS, akan tetapi beliau kelihatan berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan produk dan sistem komunikasi yang digunakan. Pak Ngah boleh memahirkan dan mengoptimumkan penggunaannya jika beliau rajin membaca panduan penggunaan telefon yang disediakan oleh pengeluarnya, NOKIA. Panduannya juga disediakan dalam pelbagai bahasa. Namun begitu, beliau mempunyai kemahiran tinggi dan mengamalkan ilmu tentang piama dan petua tradisi dalam selok-belok mengusahakan sawah padi. Mengira pun tidak sepantas pelajar sekolah rendah sekarang. Mencongak pun munkin ada yang tepat dan banyak yang salah. Pak Ngah adalah bapa saudaraku. Kahwin dengan adik perempuan kepada ayah. Mak Ngah pula satu-satunya isterinya. Umur mereka hampir sama. Cuma beza beberapa tahun sahaja. Mereka hidup bahagia bersama. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga jejaka. Ketiga-tiganya telah berkerja, berumahtangga dan membina ekonomi dan sosial sendiri. Mereka tidak lagi bergantung kepada Pak Ngah dan Mak Ngah seperti dahulu. Sebagai anak yang kenangkan pengorbanan ibubapa, setiap bulan Pak Ngah dan Mak Ngah dapat habuan. Elaun bulanan. Duit poket, hadiah dari anak-anaknya. Kadang-kadang mereka dihadiahkan pakaian cantik untuk dipakai. Pak Ngah dan Mak Ngah selalu senyum, suka dan amat gembira bila mereka diperlakukan begitu. Anak-anak mereka menghadiahkan duit dan pakaian cantik, tanpa mereka perlu meminta-minta. Mereka rasa pengorbanan mereka berdua dalam membesar, mendidik dan memberi pelajaran kepada anak-anaknya suatu ketika dahulu berbaloi dan amat dihargai oleh anak-anaknya. Pak Ngah tak pernah merungut, dan aku tahu isihati Pak Ngah.  Kini ketiga-tiga anaknya tidak berminat untuk menyambung tugasnya sebagai petani dan pesawah. Pak Ngah tidak berkecil hati walaupun anak-anaknya tidak minat untuk belajar darinya cara-cara bersawah. Lagipun hingga semalam Pak Ngah tak pernah memiliki harta berbentuk sebidang tanah. Ketiga-tiga anaknya itu berkerja di pejabat yang berhawa dingin. Salah seorang daripada anak-anaknya memiliki Ijazah daripada universiti tempatan. Seorang lagi memiliki diploma juga lulusan universiti tempatan.  Manakala anaknya yang bungsu berkelulusan Maktab Perguruan dan kini bertugas sebagai guru di sekolah kebangsaan. Ketiga-tiga mereka telah berjaya dan kini sudah boleh hidup berdikari. Mereka masing berkereta ke sana ke mari. Sesekali Pak Ngah dan Mak Ngah di pandu mereka ke sana ke mari. Kalau dulu Pak Ngah dan Mak Ngah menaiki motosikal untuk ke majlis kenduri-kendara,  tetapi semalam Pak Ngah dan Mak Ngah dipandu oleh salah seorang anaknya untuk ke majlis kenduri kahwin kenalan mereka. Anak-anaknya sering begitu perangai mereka. Menjadi pemandu kepada ayah dan ibu jika mereka diperlukan. Mereka sudah boleh hidup sendirian tanpa dorongan daripada Pak Ngah dan Mak Ngah lagi. Pak Ngah pernah bergurau dan memaklumkan kepada aku bahawa sandal yang dia pakai hari ini diperbuat daripada kulit. Sandal ini di beli di Kota London dan dihadiahkan kepadanya oleh salah seorang daripada anaknya. Salah seorang daripada anaknya suatu ketika dahulu berhijrah ke Kota London untuk tempoh lebih kurang tiga tahun lamanya. Hari ini Pak Ngah cukup berbangga apabila terkenangkan memori lama kehidupan beliau bersama keluarga dan anak-anaknya yang berjaya. Sebenarnya, ibu bapa ialah orang yang telah melahirkan kita. Tanpa mereka, kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Merekalah yang telah menjaga, mendidik dan menyayangi kita. Jasa ibubapa tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta benda. Kita wajib menghormati dan mentaati kedua ibubapa kita dengan patuh pada perintah dan nasihat mereka. Kita hendaklah bercakap dengan sopan, tidak melawan dan tidak meninggikan suara dengan mereka. Ibarat kata perpatah Inggeris, “Don’t answer back your mother”.  Akhir sekali, kita juga tidak wajar mendesak ibu bapa kita memenuhi apa yang kita ingini. Kemampuan mereka jangan dibandingkan dengan kemampuan orang lain. Bak kata pepatah Melayu, “Ukur baju di badan sendiri”. Walaupun dengan kemampuan kewangan yang terhad, berusahalah kita membalas segala pengorbanan mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu dikenang selagi hayat dikandung badan. Banyak sebab kita perlu membalas jasa mereka, Antaranya ialah mereka yang membesarkan dan memberikan pendidikan kepada kita. Selain itu, jika diimbas kembali kisah-kisah dahulu, ketika kita sakit merekalah yang membawa kita berjumpa dengan doktor. Banyak cara untuk membalas jasa mereka. Kita juga mestilah berdoa untuk keselamatan mereka, kita hantar mereka ke hospital apabila mereka sakit, memberi mereka wang dan semangat sekadar yang kita mampu dan sebagainya. Kita seharusnya sentiasa berdoa setiap detik dan ketika supaya ibubapa kita hidup tenang tanpa gangguan apa-apa baik bencana mahupun musibah. Dengan mereka hendaklah sentiasa diajak berbincang. Jangan sesekali berselisih. Segala perselisihan dengan mereka hendaklah dihindari dan diakhiri dengan damai di hati. Kesimpulannya, mengenang jasa ibubapa adalah tuntutan sepanjang hayat. Lihat kepada Pak Ngah, di usia emas jiwanya amat gembira dengan hanya berbekalkan hadiah berbentuk pakaian, kasut kulit dan sedikit wang saku dari anak-anaknya. Pak Ngah dan Mak Ngah walaupun tidak pernah dimaklumkan tentang berapa jumlah pendapatan yang diperolehi anak-anaknya, namun beliau tetap gembira. Itu adalah rezeki mereka dan keluarga mereka katanya.   



Kini bebanan kewangan Pak Ngah adalah bebanan biasa. Bukan lagi menyara hidup anak-anak seperti dahulu. Cuma bil-bil kecil perlu dibayar setiap bulan iaitu bil bulanan elektrik, air, cukai pintu, khairat kematian dan lain-lain bil. Keseluruhan jumlahnya kecil dan sedikit. Tidak banyak menganggu koceknya. Selebihnya dibelanjakan untuk keperluan minuman, makan, ubat-ubatan, pakaian dan keperluan asas rumahtangganya. Beliau pernah bercerita kepada aku, “Dulu hasil pendapatan dari penanaman padi tidak seberapa. Untuk dapat lebih, Pak Ngah jadi pengusaha dan broker kebota, trektor dan jentera penuai padi. Setiap kali musim membajak Pak Ngah bawa kebota dan trektor. Bila musim tuai, Pak Ngah jadi broker jentera penuai padi. Ada tauke padi berbangsa Cina percaya dan tolong Pak Ngah untuk bertindak sebagai broker hasil tuaian padi. Kalau Pak Ngah kehabisan wang perbelanjaan harian, Pak Ngah pinjam duit daripada tauke Cina. Tauke Cina ada duit. Banyak pula duit mereka. Bila padi sudah dituai Pak Ngah bayar balik duitnya. Lagipun setiap musim Pak Ngah tolak semua hasil padinya kepada tauke itu. Jadi bebanan Pak Ngah tidaklah seteruk orang lain.” Keyakinan Pak Ngah terhadap tauke Cina cukup tebal hingga sekarang. Katanya lagi, “Dulu-dulu, tauke Cina pernah tolong Pak Ngah di kala Pak Ngah kesempitan wang. Malah, Pak Ngah tidak pernah gagal kalau meminta pertolongan tauke padi itu. Tauke Cina pula tidak pernah mengecewakan permintaan Pak Ngah. Tauke berbangsa Melayu pula tidak pernah bantu dan tolong Pak Ngah sebegitu”. Beginilah kitaran hidup mereka, para petani, pengusaha dan pesawah. Keyakinan sesama mereka tidak wujud menebal sejak dahulu lagi. Mereka banyak mengalah kepada kehendak kewangan daripada membina rangkaian masyarakat yang utuh. Berkerjasama dan bersatu.  Di dalam membina ekonomi individu, masyarakat dan negara, kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan. Sikap saling yakin-menyakini dan percaya mempercayai antara satu sama lain amat diperlukan. Rangkaian atau jaringan (networking) yang mantap mesti dibina dan dimantapkan dari hari ke hari. Jika tidak, pastinya kita akan hidup sendirian dengan berbekalkan keletihan yang berpanjangan.  











ramai.



No comments:

Post a Comment