"" PAK NGAH: December 2016

Saturday, December 3, 2016

EKONOMI (Suatu Pengenalan Umum)

BAB 36: NEGARA-NEGARA YANG KURANG MAJU
Bukannya kekurangan wang tetapi kekurangan orang dan kebolehan jadi (bakat) yang ada pada seseorang yang menyebabkan sesenegara itu lemah. Voltaire

Mengapakah kita menghuraikan ekonomi negara-negara yang kurang sebagai satu kumpulan yang tersendiri? Sebahagiannya oleh negara-negara tersebut adalah lebih miskin daripada negara- lain; dan juga kerana mereka adalah berlainan. Prinsip-prinsip an sesebuah ekonomi pasaran, yang telah diperkembangkan di an-bahagian yang terawal buku ini, tidak semestinya dapat tikkan di negara-negara yang pasarannya adalah berpecah-belah ‘:dak sempurna. Preskripsi untuk dasar pertumbuhan yang mungkin t dipraktikkan di Perancis atau Australia tidak mungkin dapat tikkan di Ghana dan Sri Lanka. Untuk memahami mengapakah 'i demikian kita perlu meneliti ciri-ciri istimewa ekonomi-ekonomi kurang maju. Memang merbahaya untuk membuat kenyataan...

Hanya satu peratusan kecil orang-orang muda memperolehi syarat- syarat yang diperlukan (syarat mutlak) untuk mengikuti latihan maktab dan kemudahan-kemudahan pendidikan tinggi adalah kurang mencukupi dan ini amat menyedihkan. Republik Zaire yang sangat luas hanya mempunyai sebuah universiti, yang menerima masuk beberapa ratus pelajar saja setahun. Indonesia juga pada suatu masa dengan bilangan penduduk seramai seratus juta orang, hanya mempunyai dua buah universiti saja. Universiti-universiti itu kekurangan kakitangan dan gaji-gaji biasanya sangat rendah menyebabkan gaji-gaji kakitangan terpaksa ditambahkan dari sumber-sumber luar. Di Amerika Latin, mengajar di kolej boleh dikatakan selalunya merupakan pekeijaan sampingan untuk orang-orang yang pekeijaan utama mereka ialah dengan kerajaan, guaman atau perniagaan. Oleh kerana kebanyakan pelajar kolej di Amerika Latin mempunyai pekeijaan dan juga belajar secara sambilan, oleh itu latihan yang mereka perolehi tidak begitu intensif.
Latihan yang disediakan di universiti-universiti selalunya tidak mem­punyai kaitan yang banyak dengan keperluan-keperluan ekonomi. Bekas-bekas tanah jajahan British, terutamanya India, mempunyai lebihan siswazah-siswazah “liberal arts”, yang tetap menganggur di bandaraya-bandaraya yang lebih besar. Dalam pada itu, terdapat ke­kurangan pakar-pakar yang mendesak di bidang sains, kedoktoran dan eksekutif-eksekutif perniagaan.
Hampir kesemua negara ini mempunyai kekurangan yang sangat nyata dalam bidang-bidang kemahiran profesional yang dikehendaki dalam sebuah ekonomi moden. Terdapat terlalu kurang orang yang berpelajaran yang sesuai untuk bekeija dalam bidang pentadbiran perniagaan dan perkhidmatan kerajaan. Begitu juga terlalu kurang ter­dapat jurutera-jurutera, arkitek-arkitek, ahli-ahli agronomi, guru-guru ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli perangkaan, juruteknik-juruteknik per- ubatan dan penyelidik-penyelidik sains. Sebahagian daripada jurang ini hanya dapat ditutup dengan menghantar pelajar-pelajar ke Eropah atau ke Amerika Syarikat untuk latihan. Pada sesuatu peringkat, mesti ada usaha yang besar untuk memperbesarkan kemudahan-kemudahan pendidikan di negara-negara ini.
Terutamanya yang serius ialah kekurangan pembaharu-pembaharu (orang yang membawa perubahan atau pembaharuan) dan pengurus-pengurus. Pembangunan ekonomi mengikut definisinya melibatkan perlaksanaan perusahaan-perusahaan baru, pengenalan teknologj-teknologi baru, satu perubahan daripada corak-corak pengeluaran yang sebelumnya. Ini memerlukan orang yang mempunyai imaginasi untuk melihat kemungkinan-kemungkinan baru, kesanggupan menerima risiko dan keupayaan untuk mentadbir perusahaan-perusahaan yang agak besar. Orang-orang sedemikian jarang-jarang didapati meskipun di negara-negara perindustrian yang lebih matang dan begitu juga sukar didapati di negara-negara yang kurang maju. Setengah-setengah pemerhati yang berpengalaman, termasuk Profesor Everett Hagen dari menganggap ini sebagai satu-satunya rintangan yang terbesar terhadap pembangunan ekonomi.
Terdapat ramai ahli pemiagaan di negara-negara yang kurang maju. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah pedagang-pedagang, pemberi pinjam wang ataupun pengusaha-pengusaha harta-tanah, yang mementingkan perolehan dan keuntungan yang cepat. Mereka yang menceburkan diri dalam bidang pengeluaran biasanya mempunyai bengkel-bengkel yang kecil. Mereka kekurangan pengalaman, modal dan dalam kebanyakan kes, kurang keupayaan untuk melancarkan dan mengurus perusahaan-perusahaan perkilangan yang agak besar. Peniaga kecil-kecilan ini tidak boleh dipandang hina. Di negara-negara yang lebih maju, pemimpin-pemimpin perkilangan yang mula-mula biasanya diambil daripada golongan saudagar, tukang-tukang yang mahir dan tuan-tuan tanah. Tetapi mengambil masa yang agak lama untuk golo­ngan perindustrian ini muncul dan begitu juga perusahaan-perusahaan kecil yang telah dilancarkan oleh mereka akan mengambil masa yang lebih panjang untuk berkembang menjadi perusahaan-perusahaan yang besar. Ini merupakan satu pertanyaan yang terbuka sejauh manakah proses ini dapat dipercepatkan di negara-negara yang kurang maju?
Satu masalah yang khusus di setengah-setengah negara ialah bahawa perniagaan telah dikuasai oleh golongan-golongan yang masih dianggap sebagai “orang asing” walaupun mereka mungkin warganegara negara itu.
Orang Cina telah menjadi pedagang-pedagang, banker-banker dan tukang-tukang mahir di seluruh Asia Tenggara. Orang India telah menjalankan fungsi-fungsi ini di Burma, Afrika Selatan dan Afrika Tengah. Keadaan ini menimbulkan ketegangan-ketegangan yang buruk. Golo­ngan majoriti di negara itu marah akan kedudukan strategik dan pendapatan-pendapatan lebih tinggi yang didapati oleh “orang-orang luar” ini dan terdapat desakan politik untuk menghapuskan mereka.
Suatu kes sebagai satu contoh ialah usaha Indonesia untuk mengusir keluar ahli-ahli peniaga Cina tempatan. Tetapi oleh kerana anggota-anggota golongan majoriti itu tidak berpengalaman dalam penggunaan perniagaan, kesan serta-merta akibat daripada tindakan itu ialah berlaku kemunduran dalam pembangunan ekonomi.
Isu ini sering menjadi pokok perdebatan antara perusahaan persendirian dengan perusahaan kerajaan. Pertimbangkan mengenai kes Burma. Mengjkut tradisi British, orang-orang Burma yang berpelajaran dan daripada keluarga yang baik-baik biasanya setelah tamat pendidik- an di universiti berkhidmat untuk kerajaan. Oleh itu apa-apa saja yang diusahakan oleh kerajaan diuruskan oleh orang Burma. Sebaliknya perusahaan persendirian biasanya dikuasai oleh orang India atau orang Cina. Oleh itu apabila seseorang ahli politik Burma mencadangkan supaya kerajaan mengendalikan industri, dia tidak semestinya berhujah berasaskan pendirian sosialis. Dia berhujah terutamanya untuk kawalan orang Burma bagi menentang apa yang dia anggap sebagai kawalan asing.
Kekurangan ahli perniagaan di kebanyakan negara kurang maju sering membawa kepada cadangan bahawa perusahaan-perusahaan baru harus dilancarkan dan diuruskan oleh kerajaan. Ini mengandaikan bahawa terdapat satu penawaran pentadbir-pentadbir yang jujur, cekap yang juga cukup giat berusaha di dalam perkhidmatan kerajaan. Tetapi secara kebetulan kebanyakan kerajaan kekurangan kakitangan dan sering tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang perlu, tambahan pula untuk menanggung tanggungjawab-tanggungjawab yang baru.
Situasi yang berkaitan dengan perkara ini berbeza sekali daripada sebuah negara dengan sebuah negara lain. Orang British menggalakkan pelajaran tinggi di tanah-tanah jajahan mereka, menghantar ramai pelajar ke Britain untuk mendapatkan latihan dan mengambil siswazah- siswazah universiti yang terbaik bekerja dengan perkhidmatan awam yang dibentuk mengikut dasar-dasar British. Terutama sekaU di India dan Pakistan dan begitu juga di bekas-bekas tanah jajahan British yang lain, kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang cergas merupakan hasil daripada zaman penjajahan.
Sebaliknya orang Belgium, Belanda dan Portugis mengikuti satu dasar tidak menyediakan pendidikan universiti di tanah-tanah jajahan mereka. Orang-orang asli Belgium Congo tidak dibenarkan pergi ke luar negeri untuk mendapat latihan. Pendidikan universiti di Congo hanya dimulakan dalam dua atau tiga tahun di akhir pemerintahan Belgium. Semasa Belanda memerintah Indonesia, pelajar-pelajar Indonesia dibenarkan berusaha untuk memperoleh ijazah dalam bidang perubatan tetapi tidak pula dalam bidang-bidang pelajaran yang lain. Ini menyekat orang-orang tempatan daripada memegang jawatan-jawatan pentadbiran, yang seluruhnya dipenuhi oleh orang-orang dari negara Belanda. Selepas Indonesia mencapai kemerdekaan, jawatan-jawatan di bidang pentadbiran ditinggalkan begitu saja. Ini menyebabkan timbul keadaan tidak tersusun dalam pentadbiran ekonomi di Indonesia. Lebih dramatik ialah kes Congo (sekarang ini Zaire), yang mana dalam tahun 1960 telah kehilangan pucuk pimpinan yang terlatih.
Malahan di kawasan-kawasan yang telah lama merdeka, seperti Amerika Latin, seseorang biasanya tidak dapat menjawat suatu pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Pekeijaan-pekeijaan kerajaan terus terang berbau (bersifat) politik dan sudah pasti pekerjaan-pekerjaan ini akan bertukar tangan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan. Kelayakan utama untuk menjawat sesuatu jawatan ialah keluarga dan hubungan-hubungan; golongan pentadbiran atasan diambil daripada golongan atasan negara itu yang berpelajaran dan yang berada. Ramai daripada orang-orang ini berkebolehan dan rajin bekerja. Tetapi latihan yang diperolehi serta latar belakang mereka mempunyai hubungan yang sedikit sahaja dengan pekeijaan-pekeijaan yang dilaksanakan oleh mereka. Perlantikan-perlantikan yang dibuat oleh kerajaan sesungguhnya belum boleh dianggap sebagai pekeijaan. Perlantikan-perlantikan tersebut merupakan penghasilan tambahan politik yang mana seseorang itu berhak untuk menjadi anggota sesuatu golongan tertentu. Di bawah keadaan-keadaan ini seseorang tidak boleh mengharapkan keadaan yang berterusan, kecekapan dan semangat profesional untuk menunjukkan perkhidmatan-perkhidmatan awam negara-negara yang sudah maju.
Kecekapan ekonomi kerajaan yang terhad 
Kepimpinan politik di negara-negara yang kurang maju tidak mempu­nyai perpaduan, disiplin dan daya perangsang. Apa yang jelas ia lebih menggambarkan ciri-ciri negara sosialis. Sistem-sistem berbilang parti yang stabil di negara-negara kapitalis juga tidak ada. Hanya terdapat setengah dozen contoh demokrasi yang bercorak Barat dan ini pun tidak tentu.
Corak yang biasa ialah pemerintahan awam satu parti ataupun pemerintahan tentera. Di bawah kerajaan satu parti, parti yang memerintah cenderung kepada oligarki, yang terlalu tertumpu di ibu kota, dan mempunyai asas sokongan orang ramai yang kurang. Rakyat biasa, terutamanya petani, mempunyai pandangan yang penuh dengan syak wasangka dan kebimbangan terhadap kerajaan yang memerintah. Kira-kira separuh daripada negara-negara yang kurang maju kini dikuasai oleh rejim-rejim tentera, yang berbeza dalam kecekapan dan corak politik. Di setengah-setengah negara jawatan-jawatan pegawai lebih ter- buka kepada pemuda-pemuda daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah berbanding dengan pemuda-pemuda daripada golongan orang awam atasan, dan ini mungkin pada hakikatnya menjadi saluran utama untuk pemuda-pemuda daripada golongan miskin untuk meningkat maju. Di pandang dari segi ini, kemunculan kerajaan-kerajaan ten­tera “sayap-kiri” kebelakangan ini seperti di Peru, Bolivia, Libya dan Sudan (dan sebelum itu di Burma dan U.A.R.) tidak begitu luar biasa seperti yang mungkin diflkirkan.
Sesebuah kerajaan itu berada dalam keadaan yang tidak stabil, jika tidak terdapat peruntukan untuk pemindahan kuasa secara teratur. Coup (perebutan kuasa) menggantikan pilihanraya. Oleh yang demikian perhatian utama mana-mana kerajaan ialah untuk kekal dalam kekua- saan. Ini memerlukan had masa yang singkat serta tumpuan untuk memikirkan objektif-objektif keselamatan dan prestij. Mungkin ter­dapat sebab-sebab lain mengenai sikap tidak peduli (bena tak bena) kerajaan terhadap pembangunan ekonomi. Sesebuah kerajaan yang dikuasai oleh golongan yang kaya tidak mungkin akan mendesak perubahan-perubahan yang boleh mengganggu hak-hak istimewa yang ada. Golongan-golongan prokemajuan di dalam masyarakat terpaksa menentang satu golongan yang tidak begitu suka kepada kemajuan atau pembangkang yang kuat.
Selain daripada motivasi kerajaan, kecekapan kerajaan dalam pengu- rusan ekonomi biasanya terhad, kecuali di India dan kawasan bekas jajahan British, yang mana tradisi-tradisi perkhidmatan awam ditanamkan dengan teliti menyebabkan pekeijaan-pekeijaan kerajaan lebih cenderung untuk dianggap sebagai hadiah-hadiah politik daripada ter­paksa berusaha untuk beijaya mencapai tingkat-tingkat kemajuan sesuatu keijaya profesional. Pentadbir-pentadbir ekonomi biasanya tidak mempunyai latihan yang khusus untuk jawatan-jawatan mereka.
Seseorang akan mendapati seorang yang berkebolehan menjawat satu jawatan tinggi yang berkaitan dengan dasar selalunya tidak mempunyai ramai kakitangan untuk membantunya. Terdapat kekurangan yang besar dalam bilangan kakitangan bahagian “pengurusan pertengahan” iaitu antara pegawai tinggi dengan kerani. Meskipun isu-isu ekonomi penting, bilangan ahli-ahli ekonomi yang berkelayakan adalah kecil relatif kepada keperluan dan penawaran hanya meningkat secara perlahan saja. Gaji-gaji yang dibayar oleh kerajaan biasanya rendah berbanding dengan pendapatan-pendapatan dalam perniagaan swasta dan kerja-kerja profesional. Oleh itu tambahan pendapatan didapati melalui rasuah. Apa saja yang boleh dikatakan mengenai kebaikan “rasuah yang membina” dalam menyelesaikan sesuatu kerja, tidak akan membawa kepada penggunaan keutamaan-keutamaan dasar secara sistematik. Gaji-gaji yang rendah dan kelemahan daripada segi politik juga menyebabkan ramai orang yang berkebolehan mencari keija di negara-negara yang sudah maju atau dalam organisasi-organisasi antarabangsa.
Sistem pengambilan pekerja yang kurang baik dipersulitkan lagi oleh dua kesukaran yang lain: “statistik yang kasar” dan “mekanisme-mekanisme maklumbalas yang kurang baik”. Anggaran-anggaran menge­nai pengeluaran pertanian, kebanyakan jenis-jenis pengeluaran yang lain, tingkat-tingkat harga dan upah, pendapatan isi rumah dan sebagainya, biasanya kurang baik. Anggaran-anggaran KNK yang berdasarkan kepada bahan-bahan yang tidak dapat dipercayai (tidak kukuh) ini juga kurang baik. Dengan “mekanisme maklumbalas yang kurang baik” kita maksudkan bahawa kerajaan biasanya tidak sedar akan akibat-akibat tindak-tanduknya. Sebagai contoh, lesen-lesen diperlukan untuk semua import, tetapi tidak siapa pun peduli hendak menyimpan satu gundal (tally) maklumat siapa yang mendapat lesen-lesen itu. Peruntukan-peruntukan belanjawan dibuat untuk pembinaan jalan raya, tetapi apa- bila belanjawan yang berikut dibentangkan tidak siapa pun yang tahu berapa banyak keija yang sudah tercapai di bawah peruntukan tahun yang sebelumnya. Analisa-analisa projek menyediakan ex ante, tetapi tidak ada mengaudit ex post. Maklumbalas yang kurang baik menyebab­kan sukar untuk membetulkan salah anggaran dan kesilapan-kesilapan meskipun yang menjolok mata.
Akhir sekali, kita boleh mencatatkan kesedaran nasional yang berkembang di kebanyakan negara-negara yang sudah maju. Kebanyakan negara Barat telah mengalami perpaduan nasional untuk tempoh yang lama sebelum bermulanya pertumbuhan ekonomi moden. Nasionalisme secara khusus adalah satu kuasa yang memberi semangat yang menyokong pemodenan ekonomi. Tetapi kepada seorang penduduk Bali, Jawa merupakan sebuah tempat asing, bagi seorang anggota suku kaum Masai, Kenya dan Tanzania pada hakikatnya tidak memberi sebarang erti padanya. Oleh itu sekalipun kerajaan pusat cenderung kepada per­tumbuhan dan ingin mengerah rakyat ke arah suatu usaha nasional, ia tetap akan menghadapi kesulitan dalam menyampaikan mesej sedemikian.
Rekod pertumbuhan kebelakangan ini
Meskipun terdapat kesulitan-kesulitan yang dirangkakan di atas, kira-kira dua belas buah negara telah mencapai kemajuan yang besar mengikut peredaran generasi yang lepas. Purata kadar kenaikan peratusan dalam KNK semasa di tahun-tahun 1960-an adalah seperti berikut:9 Korea Selatan (10.6), Taiwan (9.9), Ivory Coast (8.8), Iran (8.8), Israel (8.7), Puerto Rico (8.3), Negeri Thai (8.2), Greece (7.3), Mexico (7.1), Zambia (6.8), Malaysia (6.7) dan Turki (5.9). Sebab-sebab terdapatnya prestasi yang baik ini pasti agak berbeza daripada kes ke kes. Setengah negara mempunyai keluaran-keluaran eksport yang menguntungkan — minyak dari Iran, tembaga dari Zambia, getah dan bijih timah dari Malaysia. Setengah negara pula telah menerima pindahan-pindahan besar dalam modal dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang telah maju, seperti dalam kes Taiwan, Korea Selatan, Israel dan Puerto Rico. Mexico mendapat faedah daripada kedudukannya yang hampir dengan pasaran-pasaran Amerika, sementara Greece dan Turki adalah negara-negara Eropah yang separuh maju yang telah mendapat faedah daripada perhubungan yang rapat dengan ekonomi-ekonomi Eropah Barat yang berkembang dengan pesatnya.
Dua perkara yang sama-sama dimiliki oleh kebanyakan negara di dalam kumpulan ini ialah: (1) wujudnya pucuk pimpinan kerajaan yang kuat. Dalam setengah-setengah kes (seperti Israel, Puerto Rico, Mexico), kepimpinannya lebih bercorak demokratik; dalam kes-kes yang lain (seperti Negeri Thai, Korea Selatan, Taiwan, Iran) ia jelas lebih bercorak diktator. Tetapi dalam kedua-dua situasi, kumpulan yang menguasai telah condong ke arah pertumbuhan dan berupaya membuat dan melak- sanakan keputusan-keputusan mengenai strategi ekonomi. (2) Secara relatif ini merupakan ekonomi-ekonomi yang kecil, dalam mana jumlah pertukaran asing yang sederhana daripada perolehan-perolehan eksport atau pinjaman dan bantuan asing mempunyai jumlah yang serupa dengan satu jumlah yang besar per kapita, cukup untuk mempunyai pengaruh ke atas ekonomi. Kes-kes yang keterlaluan, yang tidak di- senaraikan di sini ialah negara-bandaraya seperti Singapura dan Hong Kong yang telah tumbuh dengan pesatnya berpunca daripada bum (keadaan melambung) eksport yang dikekalkan.
Pada penghujung spektrum yang lain ialah sebilangan negara yang mempunyai kadar-kadar pertumbuhan yang rendah secara relatif semasa di tahun-tahun 1960-an, termasuk Chile (3.7), Argentina (3.6), Jndia (3.4), Indonesia (3.3), Mesir (3.2), Tunisia (2.8), Algeria (2.6), Ghana (2.2), Sudan (2.2) dan Nigeria (1.4). Sementara itu data-data yang boleh dipercayai bagi Zaire tidak dapat diperolehi, tetapi kemungkinan termasuk dalam kumpulan ini. Kebanyakan daripada negara-negara ini telah mengalami peperangan dengan negara asing, perang saudara, atau kekacauan-kekacauan politik yang besar. Setengah-setengah daripada negara ini mempunyai sumber-sumber yang agak terhad. Setengahnya pula adalah negara yang amat besar sektor modennya masih terlalu kecil untuk mempergiatkan daerah pedalaman yang kurang maju.
Di negara-negara yang besar terutamanya, tugas pembangunan adalah sukar sebagai suatu sifat semula jadinya. Tidak terdapat satu-satunya jawapan yang benar-benar menakjubkan. Pembangunan yang beijaya memerlukan kritik-kritik daripada banyak cabang terhadap beberapa bidang, iaitu satu usaha yang hanya dapat ditingkatkan oleh sebuah kerajaan yang bertenaga dan yang mementingkan pertumbuhan. Perkara ini akan dimajukan selanjutnya dalam bab yang berikut.
Ringkasan
Negara-negara yang kurang maju berbeza dalam hal-hal yang pen ting: saiz, asas sumber, pendedahan kepada perdagangan asing, ting- kat pendapatan dan kadar pertumbuhan. Walau bagaimanapun mereka mempunyai beberapa “ciri kekeluargaan”.
Pendapatan per kapita memang sangat rendah di Afrika dan Selatan Asia, sederhana di Asia Tenggara dan Asia Timur dan lebih tinggi di kebanyakan bahagian Amerika Latin.
Pemhentukan modal bersih secara khusus kurang daripada 10% daripada pendapatan negara. Ini disebabkan oleh satu kombinasi keupayaan-keupayaan menabung yang rendah, kekurangan-kekurangan institusi dan kekurangan dorongan untuk melabur.
Pertanian biasanya merupakan sektor paling mustahak yang sungguh produktif. Output seorang pekerja ladang amat rendah dan di kebanyakan negara, peningkatan dalam bidang ini hanya perlahan-lahan mengikut peredaran masa.
Ketaksempurnaan pasaran dan “herotan” yang serius dalam harga-harga menyebabkan berlakunya salah untukan sumber-sumber ekonomi serta daya pengeluaran sumber-sumber ekonomi yang rendah.
Tambahan penduduk adalah serius di kebanyakan bahagian di Asia dan setengah-setengah bahagian di Amerika Latin. Pengangguran dan kurang gunatenaga buruh sedang meningkat di kebanyakan negara yang kurang maju.
Kapasiti yang terhad dan dalam setengah-setengah kes suatu kekeliruan dalam orientasi sistem pendidikan akan menyumbangkan kekurangan yang serius dalam bilangan pentadbir-pentadbir awam dan swasta dalam kemahiran teknik dan iktisas yang lain.
Sesebuah kerajaan kadangkala tidak meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pembangunan ekonomi dan biasanya kerajaan-kerajaan itu kurang mempunyai kecekapan dalam bidang-bidang pengurusan ekonomi.
Meskipun terdapat kesulitan-kesulitan ini, kira-kira sedozen buah negara yang kurang maju telah mencapai kadar-kadar pertumbuhan KNK dalam lingkungan 6% ke-10% setahun semasa tahun-tahun 1960-an.

Perhatikan bahawa ini tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang kritis mengenai dari manakah datangnya sektor moden dan bagai- manakah ianya bermula. Ia hanya mengandaikan bahawa satu “beach­head” sudah pun dimulakan dan berjalan terus dari situ.

BAB 37: PEMBANGUNAN EKONOMI
Teori Dan Dasar


Sesiapa saja yang berjaya menghasilkan dua perkara (teori dan dasar) yang mam hanya satu daripadanya yang telah berjalan terlebih dahulu dan memberikan suatu perkhidmatan kepada negara. Voltaire.

Telah ditaksirkan bahawa pendapatan per kapita di Britain dalam tahun 1800 sudah pun berada di suatu tingkat yang lebih tinggi dari­pada kebanyakan negara yang kurang maju hari ini.
John Stuart Mill, Principles of Political Economy (Ashley Edition; London: Longmans, Green & Co., Ltd., 1909), m.s. 189-90.
Bagaimanakah bengkel-bengkel kecil itu dapat bergerak dengan kadar-kadar upah yang lebih rendah ini? Sebahagiannya ialah kerana terdapatnya keadaan lebihan buruh yang buruk di dalam ekonomi dan juga oleh kerana loji-loji yang kecil tidak terpengaruh oleh organisasi kesatuan, yang telah menjadi satu faktor yang mempunyai pengaruh kuat dalam industri skel besar-besaran semenjak Perang Dunia II.

Kita masih ada bermacam-macam idea yang bersifat mengusulkan mengenai teori awal, walaupun tidak ada yang diterima secara umum. Terdapat juga pengalaman-pengalaman sejarah mengenai apa yang berlaku di Britain, Perancis, Sweden, Jepun dan negara-negara lain. Idea dan pengalaman-pengalaman ini akan diringkaskan di permulaan bab ini.
Kita juga tahu bahawa terdapat isu-isu penting mengenai dasar yang mesti dihadapi dan diselesaikan atau gagal diselesaikan oleh kerajaan sesebuah negara yang kurang maju. Kita mesti selidik mengapa tiap-tiap satu isu ini penting dan juga selidik jalan-jalan yang mungkin untuk menyelesaikannya.

Teori-teori Pertumbuhan ekonomi yang awal
Dalam bab 33, kita telah pun menggariskan jenis teori pertumbuhan yang biasa digunakan di negara-negara perindustrian. Mengapakah ia tidak boleh digunakan di negara-negara yang kurang maju? Mengapakah perlu diadakan satu versi khas pertumbuhan ekonomi untuk negara- negara yang kurang maju? Jawapannya ialah perbezaan-perbezaan dalam struktur ekonomi menjadikan andaian-andaian dalam teori pertumbuhan moden terlalu tidak realistik bagi sesebuah negara yang kurang maju. Di sini biarlah kita cuba menerangkan dengan lebih khusus.
Di negara-negara yang sekarang ini sudah maju, pertumbuhan ekonomi yang dikekalkan sudah pun berlaku dan dalam kebanyakan kes ianya sudah beijalan untuk 50 hingga 100 tahun. Kewujudannya boleh diterima sebagai perkara biasa. Oleh itu, teori menumpukan per- hatian kepada soalan seperti apakah yang menentukan kadar pertum­buhan. Sebaliknya di negara-negara yang kurang maju, soal utama yang mungkin perlu diterangkan ialah mengapa pertumbuhan tidak berlaku. Bagaimana hendak menggerakkan sebuah ekonomi yang beku dan di peringkat yang tidak bergerak dan begitu juga bagaimana hendak memulakan pertumbuhan. Semua ini merupakan masalah yang berlain- an berbeza daripada soal menerangkan kecepatan sesuatu proses per­tumbuhan yang sedang berlaku.
Rangka kerja institusi negara-negara yang lebih maju pada dasar- nya menyokong pertumbuhan ekonomi. Di negara-negara kapitalis, mekanisma pasaran memupuk pengumpulan modal dan kemajuan teknik, dan ia menyampaikan keutamaan-keutamaan pekerja dan pengguna ke seluruh ekonomi. Di negara-negara sosialis, mekanisma peran- cangan pusat boleh mengatasi dan mengikuti berbagai-bagai masalah. Kebanyakan negara yang kurang maju tidak mempunyai sebuah rang- kaian pasaran berpadu mahupun satu sistem perancangan yang berben- tuk seperti negara Soviet. Pembentukan institusi-institusi yang meng- galakkan pertumbuhan juga merupakan masalah utama dasar.
Negara-negara yang lebih maju mempunyai kadar-kadar pertum­buhan penduduk yang sederhana, kira-kira 1% setahun. Mereka secara khusus menghadapi kekurangan buruh dan ini menjadi daya pendorong terpenting yang mendorong kepada rekaan baru dan penggunaan mesin. Sebaliknya, di negara-negara yang kurang maju, kadar-kadar pertum­buhan penduduk adalah tinggi dan buruh secara khusus adalah berlebihan. Seseorang boleh berhujah bahawa lebihan buruh ini adalah satu sumber tersembunyi yang berharga dan mobilisasinya boleh membantu pembangunan. Tetapi teori pertumbuhan yang konvensional tidak pula menerangkan bagaimana ini dapat dicapai.
Teori pertumbuhan moden adalah berorientasikan industri. Ini jelas dalam hal pemilihan buruh dan modal sebagai faktor-faktor asas pengeluaran, tanpa sebarang hubungan dengan tanah. Tetapi di negara- negara yang kurang maju, yang mana pertanian secara khusus merupakan kegiatan yang paling berpengaruh, tanah langsung tidak boleh diketepikan. Ekonomi pengeluaran di dalam pertanian berbeza daripada di dalam industri dan begitu juga dengan masalah penghasilan dan peng- gunaan teknik-teknik baru pengeluaran.
Teori-teori pertumbuhan yang telah dikembangkan untuk ekonomi-ekonomi yang sudah maju pada dasamya secara agregat. Keseluruhan ekonomi itu biasanya dianggapkan sebagai satu sektor tunggal. Ini sama dengan mengandaikan sebuah mekanisme pasaran yang berintegrasi sepenuhnya dan mobiliti sumber-sumber adalah sempurna, oleh itu tidak terdapat apa-apa kesulitan dalam memindahkan sumber- sumber dari satu bahagian ekonomi ke bahagian yang lain. Tetapi bagi sesebuah negara yang kurang maju, andaian-andaian tersebut sama sekali tidak sesuai. Ekonomi dipecahkan ke dalam sektor-sektor “moden” dan “tradisional”, dengan struktur-struktur dan prinsip-prinsip kendalian yang agak berlainan. Oleh itu seseorang perlu sebuah model “ekonomi dualisme” yang mempertimbangkan perbezaan- perbezaan ini.
Akhir sekali, model-model pertumbuhan yang biasa adalah model-model ekonomi tertutup, yang tidak mempertimbangkan secara eksplisit perdagangan asing. Walau bagaimanapun, di negara-negara yang kurang maju, perdagangan biasanya sangat penting.

EKSPORT—EKSPORT DAN PERMULAAN PERTUMBUHAN
Perhatikan sebuah ekonomi yang terdiri dari keluarga-keluarga tani, tiap-tiap keluarga mengeluarkan semua yang digunakan olehnya. Masih terdapat setengah-setengah tempat di dunia ini yang hampir sama dengan pola ini dan ianya adalah lebih biasa diamalkan satu abad yang lalu. Seseorang boleh membayangkan dalam fikiran mengenai perkembangan pengkhususan dan perubahan secara beransur-ansur di dalam sebuah ekonomi seperti itu. Tukang-tukang mahir di luar-luar bandar menjadi spesialis dalam mengeluarkan alat-alat, perkakas-perkakas rumah dan barang-barang buatan kulit, serta bahan-bahan membina bangunan-bangunan dan sebagainya. Benda-benda ini didagangkan kepada petani-petani untuk mendapat barang-barang makanan, dengan ini membawa kepada penggunaan wang, timbulnya pedagang-pedagang profesional, pertumbuhan bandar-bandar yang selanjutnya, tukang- tukang mahir meningkat maju menjadi majikan kecil-kecilan dan seba­gainya. Proses perkembangan secara beransur-ansur ini berlaku di Eropah dalam zaman pertengahan dan awal zaman moden, jauh lebih dahulu daripada bermulanya pertumbuhan ekonomi “moden”. Kita juga tahu bahawa negara China, India dan kerajaan Afrika Selatan serta kerajaan Incas di Amerika Selatan mempunyai sistem-sistem pengkhususan dan pertukaran yang sangat-sangat maju sebelum mereka membuat perhubungan awal dengan Barat.
Walau bagaimanapun permulaan perhubungan dengan negara luar yang dikaitkan dengan penjajahan salah sebuah kuasa Eropah, secara khusus mempercepatkan proses perdagangan dan penggunaan asing. Terdapat dua bentuk utama kemasukan ekonomi wang ke dalam ekonomi cukup hidup. Pertama, melalui pembukaan lombong-lombong, ladang-ladang, agensi-agensi perdagangan dan perusahaan-perusahaan perindustrian oleh pelabur-pelabur daripada kuasa yang menjajah. Modal dan para pengurus didapati dari negara asal (ibunda). Biasanya buruh yang diupah berupa buruh tempatan, tetapi kadangkala ada juga buruh yang diimport. Upah wang yang mengalir kepada buruh-buruh ini menaikkan permintaan untuk makanan keluaran tempatan, keluaran-keluaran pekeijaan tangan dan perkhidmatan-perkhidmatan serta mem­percepatkan perkembangan pengkhususan dan pertukaran. Walau bagai­manapun, sebahagian daripada pendapatan pekeija-pekerja yangbergaji biasanya dibelanjakan terhadap barang-barang kilang yang diimport dan kesan ke atas ekonomi tradisional selalunya tidak besar.
Contoh yang baik ialah industri teh di Sri Lanka. Industri ini telah dimulakan dalam abad ke-19 oleh pemilik-pemilik British, yang dapat mengawal kawasan tanah yang luas dan mereka telah membuka ladang-ladang teh. Modal diimport dari England, dan buruh diimport dari India Selatan. Sebahagian besar keluaran tersebut dieksport ke England dan keuntungan-keuntungan mengalir semula ke negara asal. Kerajaan penjajah British di Sri Lanka mengenakan cukai harta benda dan cukai eksport ke atas peladang-peladang teh, yang mana perolehan daripada cukai-cukai tersebut digunakan untuk menyediakan jalan-jalan dan kemudahan-kemudahan lain untuk ladang-ladang itu dan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman. Tetapi ini semua mem- punyai pengaruh yang sedikit saja ke atas ekonomi tradisional rakyat Sri Lanka. Mereka terus menanam dan mengguna beras yang ditanam oleh mereka sendiri, menjual serta membeli hanya sedikit saja dan pada sebahagian besarnya mereka dihalang daripada turut terlibat dalam sektor eksport yang berkembang maju. Eksport-eksport Sri Lanka telah berganda dan terus berganda dengan pesat sekali antara tahun 1850 dengan tahun 1940, tetapi kemajuan pesat di dalam sektor ini tidak mempengaruhi; (tidak memberi keuntungan kepada) sektor asal eko­nomi untuk mendorong pertumbuhan di dalam sektor tersebut.
Keadaan seperti itu kerapkali diistilahkan sebagai suatu “kepungan eksport” (export enclave). Sektor eksport berupa satu lanjutan kepada ekonomi negara asal, yang mana ianya terikat melalui perdagangan dan perhubungan-perhubungan kewangan. Saling tindaknya dengan eko­nomi tempatan adalah kecil sekali, terutamanya yang berkaitan dengan bayaran kepada buruh tempatan iaitu satu peratusan kecil daripada nilai output; dan ini tidak cukup untuk memulakan satu transformasi umum ekonomi.
Keadaan ini tidak semestinya terhenti dengan tercapainya kemerdekaan politik. Banyak bekas-bekas jajahan masih mempunyai perusahaan perlombongan, petroleum dan perladangan yang dihakmilikkan oleh orang asing. Walau bagaimanapun negara-negara yang sudah mer- deka dari segi politik, beransur-ansur mengetahui bahawa syarikat- syarikat asing dikawal agar mudah dimusnahkan dan pencukaian ke atas perusahaan-perusahaan itu boleh menjadi satu sumber utama hasil kera- jaan. Sekiranya hasil ini kemudiannya dilaburkan dalam pembangunan ekonomi amnya, seperti yang berlaku di Iran, Venezuela, Zambia dan sebilangan negara lain, yang mana sektor eksport boleh menjadi daya pendorong utama kepada ekonomi dalam negeri.
Satu jalan pembangunan yang agak berlainan ialah dengan cara mengeksport keluaran-keluaran pertanian yang dikeluarkan oleh para petani. Satu contoh ldasik ialah perkembangan pengeluaran koko di Ghana dan Nigeria. Apabila penanaman koko diperkenalkan, negara- negara ini mempunyai bekalan-bekalan tanah yang belum diusahakan yang lebih dari mencukupi. Buruh juga berlebihan, dalam ertikata keperluan-keperluan untuk hidup boleh dikeluarkan dalam beberapa jam sehari. Turut mengambil peluang dengan pengenalan pokok koko, ialah pedagang British yang menawarkan kain kapas dan barang-barang pengguna yang lain yang menarik. Untuk membeli barang-barang ini, para petani sanggup mengusahakan lebih tanah dan bekeija lebih masa (jam) daripada dahulu. Tidak terdapat sebarang tanda yang menunjuk- kan bahawa pengeluaran makanan dikurangkan. Pengeluaran koko hanya ditambahkan sebagai satu kegiatan baru. Dengan berlalunya masa, setengah-setengah petani meningkatkan pengkhususan mereka dalam pengeluaran koko dan mereka membeli sebahagian daripada makanan mereka daripada petani-petani lain. Ini menaikkan pusingan wang dan makanan di dalam negeri dan mendorong perkembangan sebuah ekonomi pasaran. Negeri Thai, Taiwan dan setengah-setengah negara di Asia mengikuti jalan pembangunan yang serupa, yang mana eksport-eksport beras memainkan peranan seperti koko.
Walau bagaimanapun kesan-kesan ke atas ekonomi dalam negeri secara keseluruhannya tidak baik. Import-import buatan kilang terbukti lebih digemari daripada hasil pertukangan tangan tempatan yang tradisional. Ini mengakibatkan output pertukangan tangan merosot. Ter­dapat bukti bahawa, di negara Thai, Burma dan Filipina dan banyak lagi negara lain, “bum” (keadaan melambung) dalam eksport-eksport barang tani disertai dengan satu kemerosotan dalam industri kecil-kecilan tempatan, yang terbukti tidak terdaya menahan daripada per- saingan asing. Berdasarkan latar belakang penjajahan, yang mana tarif tidak mungkin dapat dikenakan ke atas barang-barang import daripada negara penjajah, di samping itu tidak terdapat sebarang jalan untuk mengawasi proses ini atau untuk memulakan pengeluaran kilang secara besar-besaran di tanah jajahan.
Walau bagaimanapun, pada masa ini, kolonialisme, sebahagian besarnya adalah sesuatu yang sudah pun berlaku. Soal mengenai sejauh manakah tanah-tanah jajahan itu mungkin telah dieksploitasi oleh kuasa-kuasa penjajah ini mempunyai perkaitan dengan kepentingan sejarah tetapi sedikit saja perkaitannya dengan dasar semasa. Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara merdeka ialah sejauh manakah ia boleh terus bergantung kepada eksport bahan-bahan mentah sebagai satu pendorong kepada pertumbuhan, dan sejauh manakah langkah- langkah pembangunan yang lain diperlukan. Ini bergantung kepada keluaran-keluaran yang dipersoalkan. Minyak masih mempunyai harapan pasaran yang baik, begitu juga dengan setengah-setengah galian.
Tetapi barang-barang makanan yang merupakan sebahagian besar eksport-eksport utama, biasanya mempunyai keanjalan permintaan pen­dapatan yang iendah. Permintaan untuk banyak keluaran bukan makanan juga dikurangkan disebabkan terdapatnya rekaan-rekaan baru gentian-gentian sintetik yang menggantikan gentian-gentian asli, getah sintetik yang menggantikan getah asli dan sebagainya.
Selalu juga dibuktikan bahawa arah-arah aliran harga mungkin berlawanan dengan keluaran-keluaran asas pada jangka masa panjang. Pertumbuhan yang perlahan dalam permintaan dunia serta ketidak- mampuan negara-negara yang kurang maju untuk mengawal penawaran, dikatakan membawa kepada kecenderungan kejatuhan dalam harga- harga keluaran utama untuk jangka masa panjang relatif kepada harga- harga barang-barang buatan kilang yang diimport oleh negara-negara kurang maju. Bukti-bukti statistik mengenai hal ini tidaklah muktamad. Harga-harga keluaran asas kadangkalanya telah jatuh relatif kepada harga-harga barang-barang buatan kilang untuk selama 10 atau 15 ta­hun; tetapi di masa-masa lain terutama sekali semasa perang, harga- harga ini telah bergerak naik ke atas dengan pesatnya. Tidak terdapat apa-apa tanda bahawa dalam tempoh-tempoh yang sungguh panjang, katakan 50 ke-100 tahun, keluaran-keluaran utama telah mengalami kemerosotan di dalam harga relatif.
Walau bagaimanapun kesulitan-kesulitan mengembangkan kuantiti yang dieksport adalah benar, terutama sekali untuk tanam-tanaman makanan dan gentian. Sesebuah negara kurang maju yang tertentu mudah mendapati dirinya berada dalam suatu situasi yang mana ia ingin mengembangkan import-importnya sebanyak 10% setahun dan dalam pada itu mengalami kesukaran dalam menaikkan eksport-eksport tradisional sebanyak lebih daripada 4%. Jurang ini mungkin dapat ditutup sebahagiannya melalui pinjaman asing, walaupun hanya untuk semen- tara waktu. Eksport-eksport boleh digiatkan, mungkin dengan mempelbagaikan pengeluaran kepada keluaran-keluaran baru. Import-import yang tidak perlu boleh diharamkan. Masih terdapat lagi satu kemungkinan iaitu mengurangkan keperluan untuk import-import dengan cara perkembangan industri-industri perkilangan tempatan dipercepatkan, biasanya diistilahkan sebagai “penggantian import”. Pada ketika ini kita tinggalkan soal eksport buat sementara waktu dan tumpukan perhatian kepada teori-teori yang dipusatkan kepada pembangunan dalaman ekonomi.

PERTUMBUHAN DALAM NEGERI: “EKONOMI YANG MEM­PUNYAI LEBIHAN BURUH”
Membuat teori mengenai pertumbuhan ekonomi yang awal pada seba- hagian besarnya telah tertumpu kepada suatu jenis ekonomi. Negara yang dipertimbangkan ialah sebuah negara besar, yang boleh dianggap sebagai berkembang dari dalam dan tidak melalui perdagangan asing. Ia merupakan sebuah negara yang didiami sepenuhnya, dengan tidak ter­dapat sempadan tanah. Ia mempunyai penduduk yang padat dan bilangan besar buruh yang menganggur dan yang kurang digunakan tenaganya. Pendek kata ia adalah apa yang telah diistilahkan oleh Myint “model India”.
Ia juga adalah sebuah ekonomi dualistik, oleh sebab ia dipecahkan ke dalam dua sektor yang berasingan:
Satu sektor tradisional, yang bukan saja termasuk bidang perta­nian cukup hidup tetapi juga kegiatan-kegiatan perdagangan kecil-kecilan serta perkhidmatan-perkhidmatan. Petani di sawah padinya, peniaga di gerai kecilnya di pasar, penarik beca di sudut jalan menceburkan diri dalam sektor tradisional. Ia merupakan sektor yang unggul dalam pengertian mengandungi 80% atau lebih dari tenaga buruh.
Sebuah sektor moden, yang termasuk industri kilang, perlombongan, perusahaan-perusahaan kemudahan awam, pertanian ladang, pembinaan berskel-besar dan setidak-tidaknya sebahagian dari guna- tenaga kerajaan. Ini adalah sebahagian kecil daripada kegiatan ekonomi tetapi produktif dan (diharapkan) yang berkembang.
Ciri utama sektor tradisional ialah penduduk yang berlebihan dan kurang gunatenaga. Terdapat terlalu ramai pesawah-pesawah padi, peniaga-peniaga kecil dan penarik-penarik beca. Tiap-tiap seorang memperoleh pendapatan kurang daripada pendapatan bagi keija sehari. Ini menyebabkan output seorang pekeija menjadi rendah dan taraf hidup juga rendah. Di samping kurang gunatenaga, setengah-setengah negara mengalami banyak pengangguran ketara dan terbuka. Buruh lebihan datang beramai-ramai dari desa ke kota-kota besar, yang mana mereka tidak dapat mencari sebarang pekeijaan untuk dilakukan. Sektor tradisional ditunjukkan ciri-cirinya melalui penggunaan modal dan teknologi yang terhad dan yang tidak berubah-ubah. Para petani terus mengusahakan ladang seperti yang dilakukan oleh bapa dan datuk mereka sebelum itu.
Sektor moden tertumpu di bandar-bandar dan kota-kota besar. Pekerja-pekerja diberi keija dalam unit-unit pengeluaran yang besar secara relatif, yang menggunakan teknologi moden, modal yang banyak dan yang dibayar upah wang. Upah ini mestilah lebih tinggi daripada tingkat pendapatan di bidang pertanian, sebahagjannya untuk mengimbangi kos hidup yang lebih tinggi di bandar dan sebahagiannya untuk terus-menerus memberi perangsang kepada orang-orang untuk berpindah dari desa ke kota.
Dalam Rajah 1, S ialah tingkat pendapatan benar seorang pekeija dalam sektor tradisional, sementara W pula ialah upah benar dalam sektor moden. Kita andaikan bahawa jurang upah SW adalah cukup untuk mengekalkan kemasukan buruh ke dalam gunatenaga moden apa- bila diperlukan. Kelok penawaran buruh kepada sektor moden ialah garisan mendatar WW, satu keadaan yang telah dikatakan oleh Lewis sebagai “pembangunan ekonomi dengan penawaran-penawaran buruh yang tidak terhad.” Kelok permintaan untuk buruh dalam sektor moden “apabila tabir dinaikkan” ialah jadual daya pengeluaran margi­nal AY 2 Para majikan, yang memaksimumkan untung yang terbaharu, mengupah buruh hingga ke titik yang mana daya pengeluaran buruh marginal adalah sama dengan kadar upah. Oleh itu gunatenaga ialah Ex dan output ialah ON1Q1E1. Dari ini pekeija-pekeija dapat OWQ1E1 (bilangan pekeija yang diupah X kadar upah), sementara para majikan menyimpan WN1 Q1 sebagai untung.
Majikan-majikan industri boleh mengupah seberapa ramai buruh yang mereka ingin pada tingkat upah OW. Daya pengeluaran buruh marginal pada mulanya di- Nj[. Oleh itu gunatenaga ialah OEi, jumlah upah ialah OEjQiW dan untung ia­lah NjQiWi. Untung ini dilaburkan semula dalam loji dan kelengkapan, dengan ini meningkatkan daya pengeluaran buruh marginal ke Nj. Akibatnya ialah tenaga adalah sebanyak OE2 dan untung adalah lebih besar lagi. Pelaburan se- m'Ua untung ini meningkatkan daya pengeluaran buruh marginal ke N 3; dan se- terusnya.
Katakan majikan-majikan adalah manusia yang beijimat-cermat d&fi mereka menanam semula untung ini sebagai modal dalam loji dan kelengkapan. Pekeija-pekeija dapat bekeija dengan menggunakan lebih banyak kelengkapan, oleh itu daya pengeluaran marginal mereka naik ke-N2. (Sekiranya kita mahu, kita boleh juga menerima kemajuan teknik sebagai satu faktor tambahan yang menaikkan kelok daya penge­luaran mengikut peredaran masa). Sekarang sebanyak E2 pekeija di- upah dan untung-untung ditunjukkan oleh kawasan yang lebih besar WN2Q2. Melaburkan semula untung ini akan menaikkan daya penge­luaran buruh ke-7V3 dan seterusnya dalam satu proses kumulatif. Per- hatikan bahawa gunatenaga dalam sektor moden berkembang pada satu tingkat upah benar yang malar, W. Asalkan saja lebihan buruh boleh didapati dari sektor tradisional, tidak ada sebab mengapa upah akan naik.
Mengikut pandangan ini, intisari pembangunan ekonomi ialah pemindahan buruh yang berlebihan dari sektor tradisional ke sektor moden ekonomi. Mengapakah pindahan ini diingini? Pertama, oleh kerana daya pengeluaran marginal buruh di dalam sektor moden lebih tinggi daripada di dalam sektor tradisional, maka tiap-tiap pekeija yang dipindahkan mengeluarkan lebih daripada sebelumnya dan menaikkan output negara. Kedua, untung yang meningkat di dalam sektor moden menaikkan kadar pembentukan modal, yang bererti lebih tinggi lagi gunatenaga di masa depan. Ketiga, gunatenaga moden dan pendapatan yang lebih tinggi cenderung untuk memperbaiki kemahiran, tenaga dan motivasi (dorongan) tenaga buruh. Sejauh mana kemudahan-kemudahan kesihatan dan pelajaran bertamah baik di bandar daripada di desa, anak- anak kepada pekeija-pekeija itu juga tetap akan menikmati faedah- faedah ini.
Pendekatan ini juga menghasilkan satu ujian kuantitatif ke atas kejayaan usaha pembangunan sesebuah negara. Ujian ini berkisar pada dasar kenaikan gunatenaga di sektor moden. Memang penting di sini bekalan buruh yang berlebihan digantikan semula terus-menerus melalui pertumbuhan penduduk. Oleh itu kadar kenaikan gunatenaga “moden” mestilah melebihi kadar kenaikan tenaga buruh. Sekiranya ianya ber­laku demikian peratusan tenaga buruh yang diupah dalam sektor moden akan meningkat. “Pusat graviti” ekonomi akan berpindah ke arah sektor moden. Tetapi jika berlaku sebaliknya dan peratusan yang diupah dalam sektor moden merosot, ekonomi itu harus menerima gred (mutu) yang rendah.
Satu penjelasan secara ilmu kira-kira akan menjelaskan hal pokok ini. Ruangan pertama dalam Jadual 1 menunjukkan taburan tenaga buruh Ruritania untuk tahun 1965, yang diandaikan beijumlah 1 juta. Dengan satu kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi tenaga buruh dalam tahun 1980 dianggarkan ialah 1,400,000 orang. Dua ruangan yang ter- akhir dalam jadual tersebut menunjukkan dua taburan tenaga buruh yang berdasarkan hipotesis.
Dalam ruangan (2), gunatenaga dalam sektor tradisional telah meningkat sebanyak 31% semenjak tahun 1965. Di peringkat-peringkat awal pembangunan dan dengan satu kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi pada hakikatnya tidak mungkin dapat mengelakkan satu kenaikan mutlak dalam bilangan penduduk di sekitar tradisional. Walau bagaimanapun perkara yang penting, ialah gunatenaga moden telah meningkat sebanyak 87%, begitu tinggi di atas kadar kenaikan bilangan tenaga buruh. Oleh yang demikian kadar gunatenaga dalam sektor moden telah meningkat daripada 20% ke-15%. Pembangunan seperti ini akan dikira sebagai satu kejayaan. Sebaliknya dalam ruangan (3), guna­tenaga moden telah meningkat dengan kurang pesat daripada bilangan tenaga buruh dan kadar jumlahnya telah jatuh dari 20% ke-18%. Kes ini harus dikira sebagai satu kegagalan.

JADUAL1
Gunatenaga di Ruritania, 1965 — 80

1965
1980(S)
1980(F)

(1)
(2)
(3)
Jumlah tenaga buruh
1,000,000
1,400,000
1,400,000
diupah dalam sektor tradisional
800,000
1,050,000
1,148,000
diupah dalam sektor moden
200,000
350,000
252,000
Peratus daripada tenaga buruh dalam sektor tradisional
80
75
82
sektor moden
20
25
18
Kenaikan peratus tenaga buruh, 1965-80

40
40
gunatenaga tradisional

31
44
gunatenaga moden

87
26

Sekiranya kadar kenaikan dalam gunatenaga moden merupakan ukuran kejayaan, oleh itu kadar ini bergantung pada apa? Apakah yang menentukan sama ada, ekonomi itu akan atau tidak akan dapat menga- tasi halangan. Ada empat faktor penting yang khusus.
Pertambahan penduduk. Lebih rendah kadar pertambahan tena­ga buruh, lebih kecil usaha pembangunan yang diperlukan untuk memindahkan pusat graviti ekonomi itu.
Kadar pembentukan modal. Satu sifat sektor moden yang ter- sendiri ialah bahawa orang biasanya bekeija dengan menggunakan alat kelengkapan yang banyak. Lebih tinggi kadar pembentukan modal, lebih tinggi teijadinya kadar kenaikan gunatenaga. Secara kasar, kilang- kilang menyediakan peluang-peluang pekeijaan.
Kaedah-kaedah pengeluaran. Sesuatu amaun modal yang diberikan boleh digabungkan dengan lebih atau kurang buruh, bergantung kepada kaedah pengeluaran. Jika buruh boleh didapati dalam jumlah yang ramai dan murah, oleh itu adalah cekap untuk menggunakan lebih buruh bagi seunit modal daripada yang dikehendaki di Amerika Syarikat. Sehingga ke suatu titik, ia akan menaikkan output negara dan juga menyediakan lebih banyak pekeijaan.
Terdapat setengah-setengah kendalian perkilangan, seperti penapisan minyak dan proses-proses kimia tertentu, yang mana kadar jumlah buruh modal ditetapkan dan tidak boleh diubah-ubah lagi oleh tekno­logi. Tetapi dalam kebanyakan kes seseorang boleh mencari cara untuk mengguna lebih buruh relatif kepada modal: mengeijakan mesin yang sama dua atau tiga syif dan tidak hanya satu syif; menggunakan buruh dan tidak menggunakan pengangkut panggul dan trak forklift untuk memindahkan bahan-bahan; menggunakan lebih buruh untuk menye- lenggarakan dan memperbaiki kelengkapan yang lebih lama; dan mem­beri komponen-komponen kontrak (sub-contracting components) ke­pada bengkel-bengkel yang lebih kecil, seperti yang telah dilakukan secara meluas di Jepun. Kadar-kadar faktor lebih fleksibel lagi di dalam bidang pertanian, kerja-kerja yang berkaitan dengan jalan raya, pengairan, pembinaan bangunan dan dalam kebanyakan industri perkhid- matan yang mana buruh boleh bekeija dengan menggunakan modal yang sedikit sekali.
Perilaku upah benar. Dalam Rajah 1 kita telah tunjukkan guna­tenaga yang berkembang pada suatu upah benar yang malar. Walau bagaimanapun di kebanyakan negara yang kurang maju, terdapat tekanan untuk menaikkan tingkat upah industri melalui peijanjian-peijanjian kesatuan, undang-undang upah minimum dan skel-skel gaji kerajaan yang tinggi. Upah benar yang lebih tinggi di dalam industri dan kerajaan menguntungkan pekeija-pekeija yang sudah digajikan di situ. Tetapi upah yang lebih tinggi ini melambatkan perkembangan gunatenaga dengan mengurangkan insentif untuk mengguna buruh bagi mengganti­kan modal. Di setengah-setengah negara yang sedang membangun, sese­orang itu dapat melihat gabungan peristiwa-peristiwa ini: pelaburan yang banyak dalam industri moden dan satu kenaikan yang menggalak- kan dalam output industri; satu kenaikan yang besar dalam tingkat upah industri, yang menyebabkan kedudukannya semakin jauh di atas tingkat upah bidang pertanian; tetapi hanya satu kenaikan sederhana saja dalam gunatenaga industri, disertai dengan pengangguran yang terus meningkat di kota-kota besar dan kenaikan dalam buruh yang berlebihan di desa. Keputusan-keputusan yang baik bagi output disertai dengan keputusan-keputusan yang kurang baik bagi gunatenaga.
Pendek kata, satu kadar pertumbuhan penduduk yang sederhana, satu kadar pengumpulan modal yang tinggi, kaedah-kaedah pengeluaran yang cenderung ke arah menggunakan lebih buruh dan satu tingkat upah benar yang mantap memudahkan satu pemindahan pesat pusat graviti ekonomi dari kegiatan-kegiatan tradisional kepada kegiatan- kegiatan moden.
Walaupun tujuan model ini ialah untuk menyarankan sesuatu, tetapi ia. mempunyai batasannya dalam memberikan pemusatan terutama sekali kepada sektor industri dan memberi implikasi bahawa kemajuan pertanian adalah kurang mendesak. Tetapi sebenarnya, kemajuan indus­tri tidak dapat berterusan dengan lama tanpa satu kenaikan yang selari dalam output pertanian. Apakah yang akan teijadi apabila buruh dipindahkan dari desa ke kota? Pekerja-pekerja industri yang baru di kota mendapat pendapatan-pendapatan yang lebih tinggi daripada dahulu; dan satu perkara yang mereka tentu hendak buat ialah mendapatkan makanan yang lebih baik. Tambahan pula, hingga ke suatu peringkat yang mana rancangan pembangunan itu beijaya, pendapatan per kapita akan terus naik; dan pertambahan penduduk menambahkan bilangan yang perlukan makanan tiap-tiap tahun. Oleh itu permintaan untuk makanan meningkat dan sekiranya penawaran tidak berkembang secara berkadar harga-harga barang makanan akan meningkat relatif kepada harga-harga barang perkilangan.
Ini membuat kita berada di dalam keadaan yang serba salah. Harga- harga barang makanan sedang meningkat. Oleh itu para majikan perindustrian harus meningkatkan upah wang supaya dapat memberi pekeija-pekeija, upah benar yang sama seperti sebelumnya. Tetapi harga keluar- an-keluaran perkilangan tidak naik (penawaran mereka boleh diperkembangkan sehingga sesuatu masa pada kos yang malar). Oleh itu para majikan mendapati bahawa untung mereka berkurangan dan insentif untuk membuat pelaburan baru dikurangkan dan pertumbuhan eko­nomi terhalang.
Alasan kedua mengapa perhatian diberi kepada bidang pertanian ialah kenaikan dalam bilangan penduduk luar bandar. Meskipun dengan perpindahan penduduk luar bandar dalam bilangan yang besar ke bandaraya-bandaraya, tenaga buruh di luar bandar di kebanyakan negara yang kurang maju sedang meningkat sebanyak l%ke-2%setahun. Apakah yang hendak dilakukan oleh orang-orang ini? Menggunakan lebih ramai buruh untuk mengusahakan kawasan tanah yang sama dengan menggunakan teknik-teknik yang sama (tidak berubah) dan meskipun dengan usaha yang lebih taraf hidup mereka akan jatuh. Satu cara untuk membawa masuk buruh yang bertambah ke dalam bidang perta­nian tanpa kejatuhan seperti itu ialah dengan memajukan teknik-teknik pertanian yang akan menggunakan lebih buruh bagi tiap-tiap seekar serta menaikkan output seekar. Pada masa ini hal tersebut telah diakui oleh kebanyakan negara yang kurang maju sebagai satu masalah dasar yang utama dan kita akan menganalisanya dalam bahagian yang berikut.
Bukti-bukti Sejarah mengenai pertumbuhan ekonomi yang awal
Beralih dari teori kepada bukti sejarah, banyak yang kita tahu mengenai apa yang berlaku di negara yang lebih maju semasa pertumbuhan ekonomi mereka mula menjadi cepat. Sebagai contoh kita tahu bahawa kemajuan pertanian secara khusus telah menyertai ataupun telah men- dahului kemajuan industri. Memang, walaupun terdapat istilah “Revo- lusi Perindustrian”, kita sekarang sedar bahawa pertumbuhan ekonomi yang awal adalah kompleks, melibatkan setiap bidang ekonomi. Kita tahu bahawa di kebanyakan negara, pertumbuhan dikaitkan dengan penyertaan yang lebih ramai di bidang perdagangan antarabangsa. Kita juga tahu bahawa di kebanyakan negara, kerajaan mengambil tanggung- jawab yang utama untuk memajukan rangkaian-rangkaian jalan raya dan jalan keretapi, kemudahan-kemudahan perhubungan, pengeluaran kuasa elektrik dan perkhidmatan pelajaran serta kesihatan. Tidak tepat untuk menggambarkan pertumbuhan ekonomi Barat sebagai timbul hanya daripada inisiatif pihak swasta sedangkan kerajaan hanya memainkan peranan yang pasif.
Tidak jelas sejauh manakah pengalaman pertumbuhan yang awal ini ada hubungannya dengan negara-negara yang kurang maju pada hari ini. Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan kawasan-kawasan petempatan baru yang lain telah lama mempunyai penawaran tanah yang tak terhad, yang bersama-sama dengan import-import modal insan dan modal fizi- kal dari Dunia Lama, sebenarnya menjamin pertumbuhan ekonomi. Tidak banyak negara yang kurang maju berada di dalam keadaan yang menggembirakan ini. Malahan Britain dan negara-negara Eropah mempu­nyai kebaikan-kebaikan yang hanya dapat disaingi oleh sebilangan kecil sahaja negara-negara yang kurang maju hari ini: satu tingkat pendapatan yang tinggi secara relatif,3 yang meninggalkan satu margin untuk dita- bungkan dan untuk pengumpulan modal; satu kadar pertumbuhan pen­duduk dalam lingkungan 1% setahun, yang tidak meletakkan tekanan serius ke atas sumber-sumber satu tempoh masa perpaduan nasional yang panjang; kerajaan-kerajaan yang stabil dan tradisi undang-undang yang menghormati harta benda dan kontrak-kontrak persendirian; dan satu golongan perniaga yang agak besar, yang mana prestij sosial dan kuasa politiknya akan berkembang dengan pesat.
Pendek kata, keadaan di negara-negara yang lebih maju pada permulaan pembangunan yang pesat negara mereka sudah tentu lebih baik daripada yang terdapat sekarang di negara-negara yang lebih miskin. Pembangunan di hari ini adalah satu tugas yang lebih berat dan tugas yang agak berlainan daripada zaman-zaman yang lebih awal.

KES YANG BERKAITAN DENGAN JEPUN
Kalau terdapat mana-mana negara yang pengalamannya boleh memberi beberapa penunjuk kepada pembangunan ekonomi hari ini, mungkin negara itu ialah Jepun. Satu abadyanglalu Jepun adalah sebuah negara yang sangat miskin, dengan satu struktur politik yang bercorak feudal dan sebahagian besar daripada penduduknya mendiami satu kawasan tanah yang kecil. Bermula dengan Permulihan Meiji dalam tahun 1868, Jepun terus menjadi sebuah negara industri yang utama, yang mana di tahun-tahun yang kebelakangan ini telah menjadi salah sebuah dari­pada negara yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tertinggi di dunia. Bagaimanakah mereka mencapainya? Beberapa soal pokok boleh digariskan:
Walaupun terdapat tanggapan yang tersebar luas bahawa Jepun membangun dengan pesatnya selepas tahun 1868, sekalipun sebenar- nya pertumbuhan awal Jepun agak perlahan. Perindustrian sebenarnya tidak berjalan dengan giatnya di tahun-tahun sehingga 1890-an, iaitu 25 tahun selepas Pemulihan Meiji. Namun demikian, industri utamanya ialah kain. Sehingga lewat tahun 1930, Jepun masih belum “mampu diri” untuk bergiat dalam industri besi waja dan jauh daripada “mampu diri” dalam industri mesin. Industri logam, mesin dan bahan-bahan kimia belum lagi dapat menyaingi industri kain sehingga rancangan menyediakan kelengkapan senjata di dalam tahun-tahun 1930-an, dan tidak dapat menyaingi industri kain sehingga tahun-tahun 1950-an. Rentetannya ialah dari satu kemajuan di bidang terutama pertanian (1868-90), kepada industri kain dan industri ringan yang lain (1890- 1930) dan akhir sekali ke industri berat (1930 sehingga masa kini).
Pertumbuhan awal Jepun ditunjukkan dengan satu kenaikan yang pesat dalam output pertanian. Antara tahun 1878 dengan tahun 1908, tanah yang digunakan untuk pertanian naik sebanyak 35% dan output seekar naik sebanyak 80%, oleh itu jumlah output lebih dari­pada dua kali ganda. Bagaimanakah ini telah tercapai? Terdapat satu reformasi tanah yang asas pada awal tempoh itu, yang mana kerajaan telah membayar pemilik-pemilik tanah feudal dengan bon-bon kerajaan dan menjual semula tanah itu kepada petani yang mempunyai minat secara langsung meningkatkan daya pengeluaran. Terdapat juga pela- buran awam yang banyak dalam bidang pembinaan pengairan, parit- parit dan penebus-gunaan tanah.
Dalam rangka kerja ini, daya pengeluaran meningkat melalui per- baikan-perbaikan yang kecil: penggunaan baja yang meningkat, ber- bagai-bagai jenis benih baka baik, kawalan rumpai (rumput-lalang), penanaman dua kali setahun bagi beras, profil (susunlapis) tanah yang lebih baik dan kaedah-kaedah penanaman yang diperbaiki. Kegiatan- kegiatan penyelidikan dan perluasan bidang pertanian oleh kerajaan relatif kepada pendapatan negara Jepun adalah lebih besar berbanding dengan Amerika Syarikat dan penting dalam memajukan perbaikan- perbaikan ini. Kemudahan-kemudahan kredit pertanian yang diperbaiki dan usaha-usaha untuk meningkatkan kebolehan membaca dan menulis penduduk luar bandar juga penting. Pendapatan tani juga didapati daripada kegiatan-kegiatan sampingan: pengeluaran pekeijaan tangan yang tersebar luas di seluruh kawasan luar bandar dan penubuhan perusahaan ulat sutera, yang menjadi satu lagi keluaran eksport yang utama bagi Jepun.
Sebahagian besar daripada kenaikan dalam pendapatan petani di- ambil oleh kerajaan sebagai cukai untuk membiayai pembentukan modal di sektor-sektor ekonomi Jepun yang lain. Dari tahun 1878 ke tahun 1912, kira-kira dua pertiga daripada jumlah pungutan cukai da- tang dari sumber-sumber pertanian. Beban cukai ke atas pertanian, sebagai satu peratusan daripada pendapatan pertanian, adalah kira-kira tiga kali sama berat seperti sektor-sektor lain dalam ekonomi. Oleh yang demikian sektor pertanian menyediakan makanan untuk penduduk yang berkembang dan ia juga merupakan salah satu sumber utama eksport, sumber utama hasil-hasil cukai dan menyediakan satu pasaran yang berkembang untuk barang-barang perkilangan dalam negeri. Apa lagi yang hendak diminta oleh seseorang?
Pengaruh kerajaan ke atas pembangunan ekonomi adalah pen­ting tetapi dengan secara tidak langsung. Walaupun kerajaan yang memulakan membina model-model kilang dalam peringkat-peringkat awal perindustrian, tetapi kebanyakan daripadanya telah dijual dalam tahun 1882 kepada perbadanan-perbadanan swasta. Kerajaan terus mengendalikan hal-hal seperti jalan keretapi, besi waja dan alat-alat perang (untuk sebab-sebab peperangan). Perkara penting yang dilaku- kan oleh kerajaan ialah mencipta satu pasaran dalam negeri yang ber- padu melalui pengangkutan dan perhubungan yang diperbaiki, politik yang stabil, sistem cukai yang boleh dikuatkuasakan, undang-undang syarikat dan syarat-syarat mutlak yang lain supaya perusahaan swasta dapat beijalan dengan beijaya. Hal ini telah dijelaskan dengan baik oleh Patrick:
Kefleksibelan dalam penggunaan faktor-faktor ditingkatkan dengan banyaknya melalui penghapusan halangan undang-undang dan politik terhadap kebebasan memiliki tanah, memilih pekerjaan serta pergerakan buruh dan melalui pembaharuan-pembaharuan institusi dalam undang-undang, sistem pencukaian, matawang, urusan bank dan bidang-bidang lain. Hubungan-hubungan penggunaan dengan tabungan diubah, ter­utama sekali dalam soal agihan semula pendapatan daripada tuan-tuan daimyo dan orang-orang gaji mereka. Gerakan untuk membawa masuk ilmu pengetahuan dari luar negeri dan penyebarannya dimulakan mela­lui usaha kerajaan untuk membenteras buta huruf amnya, serta pene- kanan ke atas bermacam-macam jenis kemahiran teknikal dengan meng- adakan sekolah-sekolah vokasional, menggaji ahli-ahli teknik asing, menghantar rombongan-rombongan dan pelajar-pelajar ke luar negeri, mengimport mesin dan sebagainya.
Pada umumnya kerajaan menggunakan mekanisme pasaran swasta untuk menguntukkan sumber-sumber dan untuk mencapai objektif- objektif pada umumnya, dengan menggunakan pengaruhnya melalui pasaran (melalui tarif, subsidi, kadar cukai yang berbeza, pembelian dan sebagainya) daripada menggantikan pasaran melalui perancangan atau pengeluaran oleh kerajaan . . . kecuali pada mula-mulanya, kerajaan tidaklah penting sebagai pengeluar perindustrian dan sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi tidaklah terdapat pada perusahaan kerajaan.
Sebahagian besar daripada usahawan-usahawan Jepun yang awal berasal dari luar bandar — anak-anak lelaki kepada saudagar-saudagar desa, petani-petani kaya, atau tuan-tuan tanah. “Mereka adalah anak- anak muda yang berada dalam keadaan tidak tenteram (gelisah), mempunyai pendidikan yang agak tinggi dan keperluan pengalaman praktikal di peringkat awal lagi. Dalam suatu pengertian yang lain mereka terpisah dari masa yang lampau, mempunyai keyakinan penuh kepada kaedah-kaedah Barat dan sebagai anak-anak muda mereka ber- hijrah ke salah sebuah pusat bandar yang besar, mencari kemajuan dan kemajuan peribadi”.5
Mereka berusaha untuk mencari untung persendirian; dan mengga- bungkan usaha ini dengan memberikan perkhidmatan kepada Maharaja serta perkembangan kuasa negara. Memang telah dianggap benar bahawa “apa yang baik untuk Mitsubishi adalah baik untuk Jepun,” dan sebaliknya. Kemajuan perusahaan-perusahaan industri yang besar dianggap sebagai satu perkhidmatan untuk negara. Alangkah gembira sekiranya dapat menjadi kaya dan dalam pada itu juga memiliki sifat patriot. Struktur sosial negara tetap bercorak “oligarki”, dengan adanya pertalian erat melalui perkahwinan antara keluarga-keluarga peniaga, politik dan tentera yang berkedudukan tinggi. Golongan pemerintah yang baru ini mempunyai kuasa yang luas memegang kedudukan yang dipegang oleh tuan-tuan tanah feudal sebelum tahun 1868.
Di samping pertumbuhan industri kilang, kegiatan bengkel secara kecil-kecilan telah terus memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Jepun. Di akhir tahun 1955, tiga perempat dari guna­tenaga perkilangan terlibat dalam bengkel-bengkel yang menggaji ku­rang daripada 300 pekeija dan 40% terlibat dalam bengkel-bengkel yang menggaji kurang daripada 30 pekeija. Bagaimanakah bengkel-bengkel kecil ini dapat terus bertahan dan tidak ditekan keluar oleh perusahaan- perusahaan pengeluaran skel besar-besaran. Nampaknya terdapat bebe- rapa sebab. Pertama, lebihan dalam buruh dan kekurangan dalam modal di Jepun menyokong kaedah-kaedah yang menggunakan lebih buruh secara relatif, yang biasanya bererti unit-unit pengeluaran yang lebih kecil. Kedua, bengkel-bengkel kecil membayar upah yang lebih rendah. Dalam tahun 1954 loji-loji perkilangan yang mempunyai pekeija antara 100 hingga 500 orang membayar upah hanya 70% daripada upah yang dibayar oleh loji-loji yang mempunyai pekeija seramai 1,000 ke atas. Loji-loji yang mempunyai pekeija seramai 10 ke-30 orang hanya mem­bayar 55% daripada upah yang dibayar oleh perbadanan-perbadanan yang terbesar sekali. Oleh yang demikian upah yang rendah mengim- bangi daya pengeluaran yang lebih rendah di bengkel-bengkel kecil.
Ketiga, loji-loji yang kecil tidak semestinya berasingan dengan loji- loji yang besar. Sebaliknya sebahagian besar pekeija kilang-kilang besar sering diambil bekerja mengikut kontrak dengan pengeluar-pengeluar kecil kos-rendah. Dalam industri-industri pemasangan berperingkat-peringkat seperti basikal, mesin jahit, radio dan elektrffciik, yang mana bahagjan-bahagian alat sering dibuat di kedai-kedai kecil dan kemudian di hantar ke kilang utama untuk pemasangan terakhir. Ini mungkin boleh menjadi panduan kepada setengah-setengah negara yang baru membangun, yang mudah memikirkan bahawa perindustrian adalah sama dengan pengeluaran skel besar-besaran.
Perdagangan Luar adalah penting dalam pembangunan Jepun. Sebelum Perang Dunia II, Jepun secara khusus mengeksport kira-kira 20% daripada keluaran negaranya. Tetapi corak perdagangan ini telah berubah apabila perkilangan Jepun bertambah menjadi berbagai-bagai jenis dan semakin meningkat lagi kuasa persaingan. Dalam tahun 1880 Jepun mengeksport bahan-bahan mentah dan mengimport barang- barang modal dan barang-barang pengguna buatan kilang. Menjelang tahun 1940 Jepun sudah mengeskport, terutamanya barang-barang buatan kilang, sementara itu ia juga mengimport bahan-bahan mentah dan begitu juga bahan-bahan makanan.
Tidak seperti Amerika Syarikat dan banyak lagi negara lain, Jepun tidak bergantung dengan sepenuhnya atas pinjaman asing pada pering- kat-peringkat awal pembangunannya. Hampir kesemua pembentukan modal datang daripada sumber-sumber dalam negeri: kenaikan hasil-hasil cukai kerajaan, pelaburan semula untung-untung perniagaan dan tabungan-tabungan persendirian rakyat Jepun yang beijimat cermat. Memang menarik perhatian bahawa kadar pembentukan modal tidak tinggi dalam dekad-dekad awal yang berada dalam keadaan-keadaan yang gen ting. Dari tahun 1889 hingga ke tahun 1914 pelaburan kasar didapati antara 10% ke-11% daripada keluaran negara dan pelaburan bersih mungkin 6% ke-7% daripada keluaran negara. Pertumbuhan output negara pada sebahagian besar nampaknya disebabkan oleh kema­juan teknik dan perubahan-perubahan institusi dan bukan disebabkan oleh pelaburan sendiri.
Sebagai kesimpulan kita harus menegaskan semula mengenai sifat pertumbuhan ekonomi awal yang bersifat sementara. Pencepatan out­put dan pelaburan adalah secara beransur-ansur dan perlahan-lahan. Untuk tempoh-tempoh yang lebih pendek atau lebih panjang ia mung­kin terganggu. Hanya selepas berlakunya perkembangan untuk beberapa dekad barulah seseorang dapat membuat kesimpulan yang selamat bahawa ekonomi itu akan mencapainya.
Tempoh pertumbuhan yang bersifat sementara dan merbahaya ini telah diberikan berbagai-bagai nama. Ranis mengistilahkannya sebagai tempoh breakout. Rostow telah melabelnya tempoh pelancaran. Walau bagaimanapun, istilah ini adalah mengelirukan, oleh kerana ia menge- mukakan satu kadar pencepatan yang lebih pesat daripada yang biasa berlaku sebenarnya dan juga mengemukakan bahawa pergerakan ter- sebut selalunya di dalam satu arah. Sebagaimana yang dikomen oleh seorang ahli ekonomi Burma, “apabila kami lihat pada data statistik untuk tahun-tahun awal lima puluhan kami membuat kesimpulan bahawa kami telah mengalami tempoh pelancaran. Malangnya, tidak lama dari itu kami ‘menurun’ semula. Mungkin terdapat beberapa ‘penurunan’ seperti itu di tahun-tahun awal pertumbuhan. Seseorang cenderung untuk menyetujui kata-kata seorang ahli ekonomi Yugoslavia di suatu persidangan antarabangsa baru-baru ini: “Negara-negara di dunia tidak mengalami tempoh pelancaran”. Mereka merangkak-rang- kak untuk mencapai ambangpintu pembangunan.
Isu-isu penting dalam dasar pembangunan
Kita tidak akan berusaha untuk menentukan dasar pembangunan “yang betul” di sini. Sebenarnya dasar pembangunan berbeza-beza antara sebuah negara dengan sebuah negara, bergantung kepada keadaan dan akan melibatkan pertimbangan-pertimbangan bukan ekonomi dan juga ekonomi. Tetapi, kita akan mengemukakan dua jenis pertanyaan. Apakah keputusan-keputusan penting yang harus dibuat? Apakah yang dapat disumbangkan oleh taakulan (kajian ekonomi) kepada keputusan- keputusan ini?

RANGKA KERJA INSTITUSI
Sebelum melihat secara khusus terdapat satu masalah umum yang sering diketepikan. Di kebanyakan negara yang kurang maju, institusi-institusi ekonomi yang moden sangat kurang dimajukan dan keadaan politik tidak menyokong inisiatif ekonomi. Oleh yang demikian, dalam dekad- dekad awal pertumbuhan, kerajaan mesti memperbaiki organisasi ekonomi dalam cara-cara yang akan membolehkan modal dimobilisasi- kan dengan lebih mudah dan digunakan dengan lebih berkesan. Di kebanyakan negara yang kurang maju, sektor awam mengeluarkan hanya 10% ke-15% daripada output negara. Sementara peratusan ini sedikit sebanyak boleh dijangka akan naik apabila pembangunan ill jalankan, sebahagian besar daripada kegiatan ekonomi akan tetap dl bawah kawalan swasta. Oleh yang demikian, satu masalah utama ialah untuk mempergiatkan usaha dan inisiatif swasta di seluruh ekonomi, untuk menggalakkan beijuta-juta orang supaya bekeija, menabung dan melabur dengan lebih berkesan.
Pertamanya adalah perlu untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, melindungi harta benda, menguatkuasakan kontrak dan mengelakkan pemerasan yang sewenang-wenang oleh kerajaan. Orang tidak akan berusaha sedaya-upaya untuk memperoleh pendapatan yang lebih besar tanpa kepastian yang cukup bahawa ia akan menikmati gan- jarannya. Oleh kerana prinsip ini tidak begitu mendalam (peringkat asas) dan tidak asli, maka ia ditegaskan oleh John Stuart Mill dalam tahun 1848:

hasrat sesebuah negara yang sedemikian (yang kurangmaju), dipertimbangkan dari segi ekonomi ialah kenaikan dalam indus­tri dan keinginan pengumpulan yang berkesan. Keperluan-keperluan- nya, pertama ialah sebuah kerajaan yang lebih baik, keselamatan harta benda yang lebih sempuma, cukai-cukai yang sederhana dan kebebasan daripada pemerasan yang sewenang-wenangnya atas nama cukai; pemi- likan tanah yang lebih kekal dan lebih berfaedah supaya pengeluar memperoleh faedah yang tidak diagih-agihkan seberapa banyak yang boleh daripada industri, kemahiran dan ekonomi yang diusahakannya. Kedua, perbaikan kebolehan berfikir orang awam . . . ketiga, pengenal- an seni-seni asing, yang akan menaikkan pulangan yang boleh didapati
daripada modal tambahan            dan import modal asing, yang menjadi-
kan kenaikan dalam pengeluaran tidak lagi bergantung secara eksklusif kepada kehematan berbelanja penduduk-penduduk itu sendiri .... dan dengan menamakan idea-idea baru dan membuang halangan-halangan
tabiat cenderung untuk membentuk kehendak-kehendak baru
dalam diri mereka sendiri, cita-cita yang lebih dan pemikiran yang lebih luas mengenai masa depan. Pertimbangan-pertimbangan ini sediki sebanyaknya ada kena-mengena dengan semua penduduk Asia dan tempat-tempat yang kurang bertamadun dan menjalankan kegiatan perindustrian di Eropah seperti Rusia, Turki, Sepanyol dan Ireland.

Diberi sebuah kerajaan yang aman sebagaimana yang diaujurkan oleh Mill, perhatian utama harus ditumpukan kepada memperbaiki pasaran-pasaran seluruh ekonomi. Sekira pasaran didapati terlalu tidak sempurna, pasaran-pasaran ini tidak boleh menjalankan fungsi normal mereka dalam mengendalikan pengeluaran. Perkembangan pasar­an adalah sebahagian daripada hal-hal yang berkaitan dengan peng- angkutan dan perhubungan supaya pembeli dan penjual dapat membuat perhubungan antara satu dengan lain dengan lebih senang. Ini melibat- kan penyediaan maklumat-maklumat yang bersangkutan — sebagai contoh menasihatkan para petani mengenai harga-harga yang mungkin pada tahun hadapan untuk berbagai-bagai jenis tanaman; ataupun mem­buat ramalan jangka panjang mengenai permintaan untuk bermacam- macam jenis kemahiran pekeijaan, yang dapat membantu anak-anak muda membuat pilihan keijaya. Ia mungkin memerlukan pembinaan tempat-tempat untuk pertemuan, seperti pasaran keluaran tempatan ataupun pasaran buruh tempatan.
Satu syarat penting ialah bahawa kerajaan tidak masuk campur dalam hal urusniaga-urusniaga ekonomi dan harga-harga pasaran, kecuali jika perlu untuk melindungi kepentingan orang awam. Kerajaan negara- negara yang kurang maju hari ini mempunyai satu kecenderungan yang kuat untuk mengawal ekonomi secara berlebihan hingga ke suatu titik yang boleh melemahkan inisiatif swasta yang juga dapat diperhatikan di Britain dan Eropah semasa abad ke-18. Di setengah-setengah negara, kemajuan memerlukan kerajaan kurang mengawal ekonomi swasta dan menumpukan keupayaan pentadbirannya yang terhad itu kepada penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang perlu.
Perkembangan institusi mesti diuruskan secara bersistem dan teratur. Setengah-setengah institusi moden yang perlu terletak di dalam sektor awam; sebuah bank pusat; sebuah bank pembangunan kerajaan untuk mengumpulkan modal untuk pelaburan industri; satu sistem cukai yang dibentuk dan dirancang supaya dapat menaikkan hasil dengan pengu- rangan insentif ekonomi yang minimum, satu sistem belanjawan untuk merancang perbelanjaan. Walau bagaimanapun institusi-institusi sektor swasta lain yang memerlukan inisiatif kerajaan serta tindakan undang- undang: satu sistem urusan bank perdagangan yang moden; undang- undang syarikat dan undang-undang lain yang berkaitan dengan kontrak- kontrak perniagaan; reformasi-reformasi berkenaan pemilikan tanah untuk menggalakkan pertanian yang lebih cekap.
Ini semua mungkin jelas dan munasabah. Tetapi setengah-setengah negara yang mempunyai sumber-sumber yang banyak seperti Indonesia dan Zaire, tidak banyak berbuat sesuatu tindakan untuk memperbaiki rangka keija institusi mereka; oleh yang demikian tidaklah hairan out­put per kapita mereka stagnan (tetap) ataupun telah merosot. Sebagai satu contoh sebuah kerajaan yang beijaya, sekali lagi kita melihat ke­pada Jepun. Pada keseluruhan perkembangan sejarah pemodenan ekonominya, Jepun mula-mula merupakan sebuah ekonomi swasta. Tetapi kerajaan Jepun semasa tempoh yang genting di tahun-tahun 1870-1900, sangat-sangat aktif mengimport teknologi dari luar negeri, memulakan industri-industri baru, membawa pembaharuan kepada pertanian, menaikkan mutu pelajaran, memajukan sebuah sistem kewangan yang moden, membentuk peluang pekeijaan orang awam yang asas dan oleh yang demikian meletakkan asas-asas untuk pemba­ngunan ekonomi.

PERTUMBUHAN PENDUDUK
Bagaimanakah pula dengan penduduk di negara-negara yang kurang maju? Kuznets telah menunjukkan bahawa di negara-negara perindus- trian yang lebih matang tidak ada pertalian yang benar-benar mempu­nyai makna antara kadar kenaikan penduduk dengan kadar kenaikan output per kapita. Negara-negara yang mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi seperti Amerika Syarikat, dapat menaikkan output per kapita mereka sama pesat dengan negara-negara yang mem­punyai pertumbuhan penduduk yang sangat rendah, seperti Perancis dan Norway.
Walau bagaimanapun, adalah mengelirukan, untuk memindahkan kesimpulan-kesimpulan ini kepada negara-negara yang kurang maju. “Ledakan penduduk” abad ke-19 di negara-negara yang lebih maju berkembang secara beransur-ansur dan jarang-jarang sekali naik lebih daripada 2% setahun, dan kemudian turun ke lebih kurang 1% kadar masa kini. Tambahan pula, ledakan itu berlaku sesudah negara-negara ini memajukan keupayaan untuk memperkekalkan pertumbuhan eko­nomi. Sebaliknya di negara-negara yang kurang maju, ledakan itu adalah dengan tiba-tiba, disebabkan terutamanya oleh satu pengurangan yang mengejut dalam kadar-kadar kematian melalui perbaikan dalam kawalan kesihatan dan penghapusan wabak-wabak penyakit. Banyak negara yang kurang maju telah mengurangkan kadar-kadar kematian mereka dari 30-35 dalam seribu ke lingkungan 10-20 kurang daripada dua dekad. Sementara itu kadar kelahiran kerapkali menetap hampir pada kadar maksimum biologis iaitu sebanyak 40-50 dalam seribu. Akibatnya ialah pertambahan dalam penduduk sebanyak kira-kira 3% setahun. Ini telah pun berlaku sebelum kebanyakan negara yang kurang maju mencapai jalan pertumbuhan yang diperkekalkan dan mengancam untuk mensia- siakan usaha-usaha mereka dari mula-mula lagi.
Memandangkan latar belakang negara-negara yang kurang maju, tidak disangsikan lagi bahawa pertumbuhan penduduk yang pesat men- jadikan lebih sukar untuk menaikkan output per kapita.8 Dalam sebuah negara yang didiami penduduk yang ramai, ia menambahkan tekanan ke atas sumber tanah dan bekalan makanan. Ia meningkatkan lagi tingkat gunatenaga tak penuh, yang mana di setengah-setengah negara telah sampai ke kadar yang merbahaya dari segi pohtik. Ia meletakkan beban ke atas sistem pendidikan dan kemudahan awam yang lain dan oleh yang demikian memberi tekanan (straining) ke atas sumber fizikal kerajaan. Kebanyakan daripada kumpulan wang pelaburan negara digunakan untuk “memperluaskan modal” menyediakan modal yang sama banyak bagi seorang pekeija untuk anggota baru tenaga buruh sepertimana yang didapati oleh mereka yang sebelumnya dan menye­diakan rumah untuk penduduk-penduduk yang semakin bertambah bilangannya. Mungkin hanya ada sedikit saja ataupun mungkin tidak ada apa-apa yang tinggal untuk membentuk modal yang baru yang diperlukan bagi mewujudkan kemajuan teknik.
Keburukan-keburukan ini sekarang sudah diakui secara menyeluruh dan kebanyakan daripada negara yang padat didiami penduduk seka­rang memberi sokongan rasmi kepada rancangan-rancangan perancang keluarga. Walau bagaimanapun, terdapat kesulitan-kesulitan yang serius dan di kebanyakan negara, kemajuan yang tercapai adalah sedikit. Rin- tangan utama ialah kekurangan doktor-doktor, jururawat-jururawat, bidan-bidan dan pengamal kesihatan lain yang hanya dapat diatasi secara beransur-ansur melalui pengembangan pendidikan. Ini bermakna bahawa teknik-teknik yang bergantung kepada rawatan klinik oleh orang-orang yang terlatih, seperti alat ‘intrauterine’, pemandulan dan pengguguran, hanya boleh sampai kepada sebahagian kecil penduduk saja. Ia meletakkan satu premium ke atas teknik-teknik yang boleh dilaksanakan oleh pembantu-pembantu perubatan tingkatan lebih rendah.
Keputusan-keputusan tinjauan secara khusus menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga di negara-negara yang kurang maju tidak mahu jumlah bilangan anak-anak yang hidup ramai. Mereka yang terlalu ramai anak sebahagiannya disebabkan oleh satu kepercayaan yang diperkuat- kan oleh tradisi yang telah diamalkan beradab-abad, bahawa kebanyak­an daripada kanak-kanak ini akan mati sebelum dewasa. Apabila kepercayaan ini menjadi lemah dengan adanya kemajuan dalam per- khidmatan perubatan dan kejatuhan dalam kadar-kadar kematian kanak-kanak, sikap terhadap pembiakan mungkin akan banyak berubah.
Sikap-sikap berunsur kebudayaan adalah satu penghalang yang serius kepada perubahan di banyak negara. Satu masalah kebudayaan ialah taraf kaum wanita yang rendah di kebanyakan negara-negara yang ku­rang maju. Ramai suami bersikap “neutral” ataupun negatif terhadap perancang keluarga, terutama sekali di Latin Amerika yang mana kela- hiran banyak anak menunjukkan bahawa si suami yang mempunyai kekuatan seks (machismo) diberi penilaian yang tinggi. Oleh itu walau- pun kaum wanita mungkin mudah menerima perancang keluarga, kaum lelaki mungkin akan menghalang usaha mereka itu. Perancang keluarga hanya akan berkembang maju hanya sekiranya kaum wanita bebas dari­pada segi pendirian sosial dan ekonomi.

PERKEMBANGAN BIDANG PERTANIAN
Di kebanyakan negara-negara yang kurang maju, pertanian merupakan industri yang terbesar sekali. Ia menyediakan sebahagian besar daripada pekeijaan untuk tenaga buruh, makanan yang merupakan sebahagian besar daripada penggunaan isi rumah dan begitu juga bahan-bahan mentah industri dan juga keluaian-keluaran untuk eksport. Ini menge- mukakan bahawa ia berhak mendapat pertimbangan yang penting di dalam mana-mana rancangan pembangunan. Di negara-negara perindus- trian yang lebih tua, satu tranformasi dalam bidang pertanian secara khusus disertai dengan, ataupun didahului oleh pertambahan industri kilang. Untuk pertumbuhan yang kekal, negara-negara yang kurang maju hari ini juga memerlukan output pertanian yang bertambah.
Memang mudah untuk menunjukkan perlunya kemajuan pertanian daripada merancang jalan-jalan untuk mencapainya. Dalam setengah- setengah kes, satu penyusunan semula yang asas dikehendaki dalam bidang pertanian. Satu sistem pemilikan tanah yang luas dengan ramai daripada tuan-tuan tanah tinggal di kota-kota besar dan mengendalikan estet-estet mereka melalui pengurus yang digajikan, boleh menjadi satu penghalang yang serius kepada kemajuan pertanian. Tuan-tuan tanah mahukan pendapatan yang besar dan teijamin, tetapi tidak semestinya pendapatan-pendapatan yang meningkat; pengurus-pengurus bergaji mempunyai sedikit saja insentif untuk mengubah kaedah-kaedah penge­luaran; dan petani-petani-penyewa tahu bahawa sebahagian daripada sebarang kenaikan dalam output mereka akan dimiliki oleh tuan-tuan tanah sementara sebahagian besar usaha dan risiko ditanggung oleh mereka. Insentif-insentif boleh diperkuatkan dengan membahagikan pemilikan-pemilikan tanah yang luas ini kepada pengusaha kebun-kebun yang bersaiz keluarga, supaya petani yang membuat keputusan-keputusan pengeluaran juga menerima ganjaran.
Banyak negara, termasuk India, Pakistan, Iran, Mesir, Colombia dan Chile telah meluluskan undang-undang “reformasi tanah” mengikut garis-garis ini; tetapi undang-undang seperti itu tidaklah mudah hendak dilaksanakan. Sebagai contoh golongan tuan tanah yang mempunyai kuasa politik boleh mengelak daripada mematuhi undang-undang ini, dengan mengagihkan hak-hak memiliki tanah kepada ramai sanak- saudaranya, sementara kawalan berkesan tetap tidak berubah. Biasanya tuan tanah itu akan dibayar pampasan atas sesuatu pengambilan tanah yang berjaya dan ini menimbulkan masalah-masalah kewangan. Bekas petani-petani penyewa yang sekarang telah menjadi pemilik-pemilik, biasanya dibenarkan membuat bayaran ke atas tanah mereka dalam tempoh beberapa tahun; oleh itu kerajaan terpaksa terlebih dahulu membayar tuan-tuan tanah yang lama itu sebelum ia dapat memungut bayaran daripada pemilik-pemilik baru.
Mengubah petani penyewa kepada pemilik-pemilik tidak dengan serta-merta mengubah mereka kepada petani-petani yang progresif dan giat berusaha. Meskipun di negara-negara yang mana tanah lazimnya dimiliki oleh petani secara kecil-kecilan, kemajuan dalam bidang per­tanian adalah lambat dan sukar. Petani-petani terus menggunakan benih- benih, alat-alat dan kaedah-kaedah pengeluaran yang primitif yang di perturunkan kepada mereka oleh nenek moyang mereka kerana mereka buta huruf, terikat dengan tradisi dan takut kepada risiko dan per- ubahan. Bagaimana hendak memecah halangan-halangan adat resam yang kuat ini yang merupakan masalah pertanian utama.
Satu perkara yang tidak mudah difahami mengenai pertanian di negara-negara yang kurang maju ialah bahawa teknik-teknik yang di gunakan adalah begitu mundur sekali daripada yang diketahui oleh ahli- ahh sains pertanian. Di India, pakar-pakar menyatakan bahawa kadar hasil seekar boleh dinaikkan sebanyak 50% atau lebih, dengan cara menggunakan teknik-teknik yang diketahui sahaja. Namun demikian, laba yang mungkin didapati daripada output tidak tercapai. Mengapa tidak dan apakah yang boleh dilakukan mengenainya?
Pertama, penggunaan pengetahuan' yang ada kepada bidang-bidang baru biasanya melibatkan penyelidikan tambahan. Tanah,iklim, bekalan air, kesan penyakit tumbuhan dan haiwan, semuanya berbeza dengan luas daripada sebuah negara dengan sebuah negara. Oleh yang demikian kaedah-kaedah tidak boleh dipindahkan tanpa sebarang penyesuaian. Gandum Mexico—yang telah dimajukan melalui penyelidikan teliti untuk bertahun-tahun-agak sesuai di Pakistan Barat. Tetapi ia ter- paksa ditanam di sana secara eksperimen untuk beberapa “generasi tanaman” bagi menghasilkan benih-benih yang dapat disesuaikan sepenuhnya kepada keadaan-keadaan tempatan. Begitu juga dengan benih-benih padi Jepun, ia juga mesti disesuaikan supaya dapat ditanam dengan jayanya di Bangla Desh atau di India. Eksperimen yang serupa adalah perlu untuk baka-baka binatang ternakan, baja dan racun binatang perosak seperti serangga, tikus dan lain-lain. Mengajar petani- petani kaedah-kaedah yang baru sebelum sampai waktunya boleh mem- bawa akibat yang buruk dan boleh mengurangkan kepercayaan ter­hadap “pakar” asing untuk beberapa tahun sekiranya kaedah-kaedah itu tidak berhasil di kawasan itu disebabkan kekurangan penyelidikan yang cukup.
Kedua perbaikan dalam output pertanian secara khusus berkehendak- an satu “bungkusan” input-input yang diperbaiki dan bukan tambahan dalam satu input sahaja. Menambahkan baja tanpa bekalan air yang mencukupi akan membakar akar-akar tanaman itu. Satu kombinasi benih-benih yang baru yang betul, baja, perbaikan dalam bekalan air, racun binatang perosak dan binatang-binatang perosak serta kaedah- kaedah penanaman akan menaikkan output dengan lebih banyak dari­pada jumlah yang dihasilkan sekiranya perubahan-perubahan ini dilakukan secara berasingan. “Bungkusan” ini juga mesti mengandungi kemudahan-kemudahan kredit, jalan-jalan yang menghubungkan kawasan- kawasan yang jauh atau terpencil dengan jalan utama untuk menghantar hasil ke pasaran, maklumat mengenai permintaan dan harga-harga yang dijangka, institusi-institusi pemasaran yang diperbaiki dan sebagainya. Pertanian yang cekap secara berkeluarga memerlukan petani itu diling- kungi oleh satu rangkaian institusi-institusi perkhidmatan yang diken- dalikan pada skel yang lebih besar, seperti yang terdapat di Amerika Syarikat dan negara-negara lebih maju yang lain.
Ketiga, jurang perhubungan antara ahli-ahli sains pertanian dan pegawai-pegawai kerajaan di bandaraya-bandaraya dengan kaum petani di desa mesti dikurangkan melalui satu perkhidmatan tambahan di bidang pertanian yang berkesan. Kedegilan serta tradisonalisme penduduk-penduduk tani biasanya dilebih-lebihkan. Terdapat banyak bukti bahawa petani-petani adalah pintar, ingin menaikkan pendapatan mereka dan sanggup mengambil idea daripada langkah-langkah yang sudah ter­bukti untuk mencapai tujuan ini. Tetapi kaedah-kaedah baru itu mesti ditunjukkan. Di kebanyakan negara yang kurang maju, ejen pertanian yang mempunyai pendidikan dan menjadi seorang pegawai kerajaan, menganggap dirinya lebih tinggi daripada petani-petani. Ia akan mengedarkan bahan-bahan bacaan atau memberikan arahan-arahan tetapi tidak mahu pergi ke ladang-ladang dan menggunakan tangannya. Oleh yang demikian perhubungan yang berkesan tidak berlaku.
Di Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian yang lain, kita kaitkan kemajuan pertanian dengan bertambahnya penggunaan mesin. Untuk kawasan-kawasan yang kekurangan buruh, menjimatkan penggunaannya adalah patut. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara yang kurang maju, terdapat satu lebihan buruh di luar bandar yang gunatenaganya tak penuh. Oleh yang demikian apa yang dikehendaki oleh seseorang itu dalam peringkat-peringkat yang awal bukanlah ke- majuan-kemajuan dalam jimat-buruh tetapi kermjuan-kemajuan dalam jimat-tanah, langkah-langkah yang menaikkan output seekar dan juga memerlukan lebih buruh seekar. Ini bererti sistem-sistem kawalan air yang telah diperbaiki yang membenarkan penanaman dua kali atau tiga kali setahun, jenis-jenis benih yang baru, lebih banyak penggunaan baja, penggunaan racun-racun binatang perosak dan kaedah-kaedah penanam­an yang lebih intensif. Ini boleh diistilahkan sebagai “kemajuan teknik orang Jepun—orang Taiwan.” Untuk penanaman padi, Jepun menggunakan kira-kira empat kali sama banyak buruh seekar seperti yang digunakan di kawasan Benggala Barat di India; dan buruh ini tersebar dengan lebih sama rata di sepanjang tahun. Output beras seekar di Jepun adalah lebih dari tiga kali banyaknya di Benggala Barat.
Kemajuan teknik jenis ini membawa masuk buruh tambahan dalam tiga cara. Ia mengambil lebih buruh langsung untuk menanam dua jenis tanaman daripada menanam satu jenis tanaman, untuk menyediakan tanah dengan lebih sempurna, untuk menabur baja dan racun-racun binatang perosak untuk menuai, membanting serta memasarkan hasil tanaman yang lebih besar. Buruh tambahan diperlukan juga untuk membina parit-parit perairan, tali air, pondok-pondok simpanan dan jenis-jenis pelaburan tani yang lain, yang kebanyakan daripadanya boleh dilakukan semasa luar musim. Akhir sekali, pelaburan pelengkap oleh kerajaan dalam kerja-kerja membina tali air yang besar, jalan-jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh atau terpencil dengan jalan utama, yang biasanya boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah yang kadar penggunaan buruh adalah lebih.
Mobilisasi buruh lebihan untuk keija-kerja awam tidak sebegitu mudah seperti yang kadangkala diandaikan. Mengakui bahawa sebilang- an besar daripada buruh yang digunakan akan terbiar kalau tidak di­gunakan dan oleh yang demikian tidak berharga daripada segi sosial. Pekeija-pekeija masih perlu dibayar upah tunai apabila digajikan oleh kerajaan dan mesti disediakan alat-alat yang mudah, oleh itu terdapat masalah membiayai perbelanjaan tambahan ini.
Satu pendekatan ialah mengenakan cukai ke atas masa buruh dan tidak ke atas wang iaitu sesuatu yang paling senang dilakukan melalui kerajaan-kerajaan tempatan. Pada masa-masa dahulu, ini merupakan amalan biasa di kawasan-kawasan luar bandar di Kanada dan Amerika Syarikat. Tiap-tiap tahun kerajaan tempatan mentaksir cukai-cukai ke atas petani. Tetapi tiap-tiap tahun juga jalan-jalan di desa perlu diper­baiki. Oleh yang demikian seseorang petani akan datang dengan kuda- kudanya untuk meratakan jalan, membaiki lubang-lubang di atas jalan dan meratakan batu kerikil dan ia menerima kredit mengikut jumlah keija yang dilakukannya. Secara misteri, kredit yang diberikan kepada petani itu adalah kira-kira sama dengan bil cukainya. Sedikit saja wang yang bertukar tangan, tetapi kerja terlaksana.
Rancangan yang berlainan digunakan di Pakistan Timur (sekarang Bangla Desh) untuk melaksanakan satu rancangan besar iaitu pembinaan jalan dan kawalan air semasa luar musim aktiviti tani. Gandum Amerika yang dikirimkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Pakistan atas syarat-syarat kredit yang longgar di bawah P.L. 480, di- jual di pasaran untuk memperolehi rupee. Rupee ini kemudiannya di­gunakan untuk membayar pekeija-pekeija yang bekerja dalam projek- projek keija awam.
Soal menitikberatkan pelaburan perindustrian sepertimana yang ter­dapat dalam bahan-bahan bacaan mengenai pembangunan telah cende- rung untuk mengaburkan tentang perlunya pelaburan awam yang besar di dalam bidang pertanian. Selain daripada jalan-jalan dan sistem-sistem tali air yang lebih baik. Begitu juga tentang perlunya diadakan kilang- kilang yang mengeluarkan baja-baja, racun-racun pembunuh binatang- binatang perosak dan input-input pertanian yang lain; kemudahan- kemudahan dan stesen-stesen ujikaji. Pelaburan ini sedikit sebanyak ber- saingan dengan pelaburan di sektor-sektor ekonomi yang lain dan harus berpandu kepada kriteria yang sama. Belanjawan pelaburan harus di- peruntukkan dalam sesuatu cara supaya dapat menyamakan jangkaan pulangan-pulangan marginal tiap-tiap sektor. Di setengah-setengah negara, sekurang-kurangnya ada alasan untuk memikirkan bahawa pu- langan marginal sektor pertanian adalah lebih tinggi daripada sektor- sektor lain, dengan ini mengemukakan bahawa pelaburan pertanian ada­lah terlalu rendah.
Tinjauan pertanian, pada hari ini nampaknya lebih cerah daripada semasa tahun 1960. Penyelidikan intensif ke atas benih-benih yang lebih baik bagi gandum dan beras, yang dibiayai oleh yayasan Ford dan Rockefeller, telah membawa kepada penggunaan benih-benih ini dengan meluas di setengah-setengah tempat di India, Pakistan dan beberapa buah negara yang lain di Asia. Kadar hasil seekar telah semakin bertam- bah baik. Negara-negara yang dahulunya bergantung kepada import- import makanan sekarang ini menghampiri keadaan mampu diri. Banyak negara yang mengalami kesulitan-kesulitan telah mempunyai masa untuk mendapat perkhidmatan rawatan dalam jangka masa (diharapkan) perancangan keluarga dan rancangan membina yang lain boleh dihasil- kan.

INFRASTRUKTUR FIZIKAL (ASAS)
Setengah-setengah industri merupakan industri asas dalam ertikata ia menyediakan perkhidmatan kepada banyak jenis industri lain. Industri-industri ini termasuk sistem-sistem menjana dan mengagih kuasa elek- trik; pengangkutan jalan raya, keretapi, udara dan air; sistem kemajuan sungai serba guna; dan perhubungan pos, telefon dan radio. Istilah biasa bagi utiliti-utiliti awam meliputi kebanyakan industri ini. Mereka juga dipanggil infrastruktur ekonomi, sejenis rangka sokongan untuk seluruh ekonomi. Satu lagi istilah biasa ialah modal sosial overhed (SOC), yang mana seorang yang pintar telah mendefinisikannya sebagai “Bank Dunia akan beri pinjam wang untuk apa-apa saja”. Dua pertiga daripada beri pinjam oleh Bank Dunia ialah untuk pengangkutan dan tenaga elektrik.
Perkembangan modal sosial overhed biasanya dikira sebagai satu fungsi kerajaan. Industri-industri ini adalah “monopoli anugerah” untuk apa-apa saja yang harga untung dan kecekapan tidak tertakluk kepada kawalan-kawalan saingan. Mereka biasanya perlu satu perlaburan per- mulaan yang besar yang mungkin memerlukan kerajaan membuat pin- jaman daripada Bank Dunia atau daripada pemberipinjam asing. Dalam setengah-setengah kes, seperti penggunaan jalan besar, perkhidmatan tersebut tidak dikenakan sebarang caj (bayaran) dan dalam kes-kes yang lain, lebih baik mengenakan caj satu harga di bawah kos untuk meng- galakkan penggunaan penuh kemudahan itu.9Dalam jangka masa pan- jang hanya kerajaan saja mampu mengendalikan industri-industri yang merugikan. Soal utama ialah, bahawa keputusan-keputusan berkenaan dengan penentuan harga, output dan perluasan perkhidmatan-perkhid- matan infrastruktur begitu penting sekali kepada seluruh ekonomi, oleh itu kerajaan harus bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan itu.
Meskipun kerajaan tidak diharuskan membuat keuntungan, tetapi kos-kos serta faedah-faedah projek pelaburan yang dicadangkan harus dipertimbangkan dengan teliti. Teknik untuk melakukan ini dipanggil analisa kos-faedah.I0Setengah-setengah masalah praktis dalam meng- anggarkan kos dan faedah telah pun dibincangkan dalam Bab 28.
Satu lagi kesukaran dalam konteks negara yang kurang maju ialah saling bergantung antara bidang pengangkutan, perkilangan, tenaga (kuasa elektrik) dan industri yang lain. Faedah yang dihasilkan oleh sebuah “grid tenaga” dua puluh tahun dari sekarang bergantung kepada bilangan industri yang menggunakan tenaga telah ditubuhkan pada masa itu. Faedah daripada satu pemasangan perkilangan akan bergantung kepada sama ada terdapat cukup buruh yang mahir untuk mengendali- kannya, cukup tenaga untuk menjalankan mesin dan pengangkutan yang cukup untuk mengumpul bahan-bahan mentah dan mengagihkan keluaran. Masalahnya ialah menganggarkan kadar hasil bersama dari berbagai-bagai aktiviti moden, semuanya berkembang serentak pada kadar-kadar tertentu yang telah diandaikan.
Kesulitan-kesulitan ini tidak bermakna bahawa analisa kos-faedah tidak berguna. Sesuatu usaha untuk cuba membuat perkiraan adalah lebih baik daripada membuat serkap jarang. Sebaik-baiknya, seseorang mungkin dapat satu anggaran yang baik bagi pulangan-pulangan jang- kaan. Keburukan daripada perkiraan ini mendedahkan perbezaan dalam maklumat, menjelaskan pendapat dan gerak hati (firasah) yang terlibat dalam sebarang keputusan.
Satu analisa strategi yang umum ialah sama ada lebih baik untuk terlebih dulu ataupun dikemudiankan membuat pelaburan dalam modal overhed sosial (SOC) daripada pelaburan dalam perkilangan dan dalam aktiviti-aktiviti produktif langsung (DPA) yang lain. Pertanyaan ini telah dikemukakan terutamanya oleh Hirschman11 yang mana beliau mengistilahkan cara yang dahulu itu sebagai pembangunan keupayaan berlebihan (dalam modal overhed sosial) dan yang terkemudian, beliau mengistilahkan sebagai pembangunan melalui kekurangan.


Strategi pertama melibatkan pembinaan jalan keretapi, lebuh-lebuh raya, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan loji-loji kuasa terdahulu daripada permintaan serta-merta (immediate demand), dengan harapan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan ini akan menimbulkan pelabur- an dalam industri-industri kegiatan produktif langsung. Ini adalah satu strategi yang selamat dalam ertikata bahawa pada akhirnya negara itu akan berkembang secukupnya untuk menggunakan pelaburan-pelaburan overhed ini. Kesukarannya ialah keupayaan yang berlebihan ini hanya mempunyai kesan membiarkan daripada kesan memaksakan. Seseorang tidak boleh pastikan betapa cepatnya sesuatu kegiatan produktif secara langsung bermula. Jika kegiatan yang lambat memakan masa yang lama, kemudahan-kemudahan itu boleh merosot nilainya kerana kurang digunakan dan setengah-setengah daripada pelaburan pramasa (belum matang) akan terbuang sahaja.
Cara yang berlawanan ialah dengan mendorong seberapa cepat yang boleh pelaburan dalam kegiatan produktif secara langsung, yang akan meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan kemu- dahan awam. Oleh yang demikian apabila kekurangan dalam perkhid- matan ini menjadi nyata, teruskan saja dengan pelaburan modal overhed sosial untuk mengatasi kekurangan-kekurangan itu. Kebaikan daripada turutan yang memaksa ini ialah, jika langkah pertama yang diambil beijaya, yang kedua juga dijangka akan beijaya. Apabila jalan-jalan pengangkutan dan output tenaga tidak mencukupi akan terdapat tekanan politik untuk membuat sesuatu mengenainya dan langkah- langkah yang perlu akan diambil hampir-hampir secara automatik. Keburukannya dapat dihhat melalui pelaburan modal overhed sosial yang memakan masa yang begitu panjang sekah, suatu perluasan yang dilaksanakan hanya sesudah ketaranya kekurangan-kekurangan bererti kekurangan-kekurangan ini akan berterusan untuk beberapa tahun. Kewujudan halangan-halangan ini akan mempunyai satu kesan yang tidak menggalakkan terhadap pelaburan produktif selanjutnya.
Meskipun terdapat kesulitan-kesulitan ini, Hirschman menyimpulkan bahawa strategi yang kedua lebih disukai secara umum:

….jika kita anugerahkan sesebuah negara yang kurang maju dengan rangkaian lebuh raya kelas pertama, kemudajian elektrik-hidro yang meluas dan barangkali kemudahan-kemudahan pengairan, boleh- kah kita pasti bahawa kegiatan perindustrian dan pertanian akan ber­kembang sesudah terdapat kemajuan-kemajuan ini? Tidakkah kurang risikonya dan lebih menjimatkan kalau kita mempastikan dahulu ke­giatan seperti sedemikian. . . dan kemudian biarkan tekanan-tekanan yang terjadi sebagai akibat daripada ini menentukan belanja-belanja dan lokasi yang sesuai bagi modal overhed sosial? Sebagai contoh dan urut- an jenis ini, seseorang boleh menyebut pembangunan Jepun, Turki dan pada sebahagian besarnya K.R.S.S.

Pelaburan Manusia: Pendidikan
Berkait rapat dengan pelaburan dalam modal overhed fizikal ialah perbelanjaan ke atas kesihatan awam, pendidikan, latihan teknik dan perkara lain yang meningkatkan mutu tenaga buruh. Ini biasa dikelas- kan sebagai perbelanjaan semasa di dalam belanjawan-belanjawan kerajaan dan dianggap sebagai satu tambahan kepada penggunaan; tetapi ia mengandungi satu unsur pelaburan yang penting menjadikan tubuh badan manusia lebih kuat, mempunyai pengetahuan yang lebih dan lebih banyak kemahiran teknik untuk meningkatkan keupayaan produktif mereka sama seperti apabila mereka diberikan alat-alat dan kelengkapan yang lebih, rapi dan teliti.
Persamaan antara pelaburan dalam modal overhed sosial dengan pelaburan dalam manusia sebenamya memang menarik perhatian. Kebanyakan negara menganggap kedua-duanya sebagai fungsi-fungsi biasa kerajaan. Kedua-duanya mempunyai kesan-kesan berfaedah yang luas di seluruh ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan industri yang lain. Dalam kedua-dua kes, keluaran sosial daripada pelaburan ini adalah lebih besar daripada faedah swastanya. Akibatnya terdapat bahaya kurang pelaburan, yang hanya boleh dihindarkan oleh kerajaan melalui tindakan yang bijak.
Pelaburan manusia menimbulkan dua pertanyaan. Pertama, berapa banyakkah yang harus dibelanjakan oleh kerajaan dalam hal ini? Sese­orang boleh menjawab dengan pasti “Lebih daripada yang biasa di­belanjakan”. Meskipun di Amerika Syarikat, dengan sistem pendidikan- nya yang teliti, hasil daripada pelaburan dalam pendidikan masih tinggi. Seseorang akan menjangka bahawa ianya adalah lebih tinggi di negara- negara yang kemudahan-kemudahan pendidikannya terlalu terhad. Nampaknya ada kemungkinan bahawa di kebanyakan negara terdapat pelaburan berlebihan (secara relatif) dalam modal “bahan” dan kurang pelaburan untuk menaikkan kapasiti produktif peribadi.
Sungguhpun tingkat kemajuan pendidikan berbeza antara negara- negara yang kurang maju, situasi yang khusus adalah seperti berikut: kebanyakan kanak-kanak beijaya naik ke beberapa peringkat daijah di sekolah rendah asas, tetapi pelajaran yang didapati hanya sedikit saja menyebabkan mereka dengan cepat kembali semula kepada keadaan buta huruf. Bilangan yang tamat sekolah rendah lebih kecil daripada bilangan yang memasukinya pada mula-mula. Bilangan penuntut se­kolah tinggi sangat kecil dan ia merupakan satu golongan aristokrat yang mempunyai pendidikan seperti yang benar berlaku di negara-negara barat satu abad dahulu. Peratusan anak muda yang memasuki kolej sangat kecil dan mereka pada sebahagian besarnya terdiri daripada golongan ekonomi atasan.
Untuk memperluaskan tingkat-tingkat piramid pendidikan yang paling tinggi merupakan satu tugas yang berat. Halangan utama ter- hadap perluasan ini ialah kekurangan yang nyata dalam bilangan guru- guru pada tiap-tiap tingkat. Siswazah-siswazah sekolah tinggi tidak mencukupi untuk memperkembangkan dengan pesatnya penawaran guru-guru sekolah rendah. Begitu juga kekurangan bilangan siswazah- siswazah kolej, untuk mengajar pada peringkat sekolah tinggi. Halangan yang paling serius ialah dalam keupayaan untuk memberi latihan di peringkat sekolah tinggi. Di setengah-setengah negara, dengan tujuan untuk memperkembangkan pendidikan di peringkat sekolah rendah pada satu kadar yang diingini, menyebabkan semua siswazah-siswazah sekolah tinggi telah diambil sebagai tenaga pengajar tiap-tiap tahun. Tetapi, siswazah-siswazah ini juga diperlukan dalam gunatenaga di pejabat-pejabat (keija-keija kolar putih) dan sebagai bakal-bakal pelajar kolej. Ini bermakna sebenamya hanya satu jumlah yang kecil sahaja memasuki bidang perguruan.
Rintangan-rintangan nyata terhadap perkembangan pendidikan juga ketara sebagai konstren kewangan. Kira-kira empat perlima daripada kos-kos pendidikan di negara-negara ini adalah kos gaji guru. Oleh kerana tefdapat kekurangan guru, gaji-gaji mereka lebih tinggi relatif kepada tingkat upah umum daripada yang benar-benar terdapat di negara-negara yang sudah maju. Ini menghadkan bilangan guru-guru yang boleh di- gajikan dengan belanjawan kerajaan yang tersedia. Walaubagaimanapun, sekiranya desakan untuk memperkembangkan pendidikan beijaya, masalah pembiayaan akan berkurang mengikut peredaran masa. Dengan bertambahnya aliran siswazah-siswazah lepasan sekolah tinggi dan kolej, kenaikan dalam penawaran guru-guru secara beransur-ansur akan me- ngurangkan gaji-gaji relatif mereka dan membenarkan lebih ramai guru untuk digajikan daripada satu belanjawan yang telah disediakan. Meng- ambil bekeija lebih ramai guiu akan terus meningkatkan lagi aliran siswazah-siswazah dan seterusnya dalam suatu “putaran suci” (virtuous circle).
Soalan kedua ialah bagaimanakah sumber-sumber yang tersedia untuk pendidikan harus diperuntukkan. Isu yang asas ialah sejauh manakah — atau secepat manakah — seseorang harus bergerak ke arah keadaan boleh membaca secara biasa untuk semua kanak-kanak dalam usia di pering- kat sekolah rendah berbanding dengan pendidikan sekolah tinggi dan kolej yang mengambil masa yang panjapg (lama) untuk sebilangan pela- jar yang lebih kecil. Terdapat juga isu pendidikan “liberal” berlawanan dengan pendidikan teknik. Dalam suatu istilah “pengajaran politik” dan kebudayaan peribadi, seseorang mungkin ingin lebih ramai orang yang boleh tamat sekolah tinggi akademik dan kolej “liberal arts”. Tetapi dalam ertikata faedah daya pengeluaran maksimum, seseorang mungkin menghujahkan bahawa latihan yang lebih banyak yang memerlukan kemahiran-kemahiran tangan dan perkeranian di adakan di sekolah dan lebih banyak latihan teknik dan latihan profesional diberikan di pering- kat kolej. Isu-isu ini penting meskipun di negara-negara kaya. Di negara- negara yang miskin isu-isu ini sangat penting oleh keranajumlah sumber- sumber yang tersedia untuk pendidikan begitu terhad sekali.

PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN
Perkembangan pengilangan, secara mutlak dan juga sebagai satu peratus- an daripada KNK, biasanya mengiringi pertumbuhan ekonomi. Apabila pendapatan per kapita naik, penggunaan pekilang naik pada kadar yang tinggi. Tambahan pula bahagian penggunaan yang dibekalkan oleh pengeluar-pengeluar dalam negeri bertambah besar dan bahagian yang dibekalkan oleh import bertambah kurang.
Konstren yang asas ke atas perkembangan perindustrian ialah saiz pasaran dalam negeri. Untuk seseorang mendapatkan kecekapan yang berpatutan dalam bidang pengeluaran memerlukan saiz loji yang minimum. Saiz minimum yang berkemungkinan (boleh laksana) ini mungkin kecil, seperti dalam industri pakaian, atau agak besar, seperti dalam industri keluli asas atau pembersihan minyak. Tidak menjimat- kan untuk menubuhkan industri yang baru sehingga terdapat perminta- an yang cukup untuk membeli output sebuah loji yang bersaiz cekap. Hirschman telah mengemukakan bahawa sebuah industri baru boleh dimulakan apabila permintaan telah sampai ke tingkat separuh keupaya- an sebuah loji yang cekap. Sekiranya ekonomi sedang berkembang, permintaan akan meningkat ke tingkat keupayaan dalam tempoh yang berpatutan. Melalui peredaran masa, permintaan akan membenarkan loji yang kedua dan yang ketiga dan seterusnya, untuk menjalankan keiidaliannya.
Industri-industri yang mula-mula didirikan di sebuah ekonomi muda ialah industri-industri berskel kecil yang boleh bersesuaian dengan pasaran dalam negeri yang kecil. Mereka juga biasanya merupakan industri-industri yang dapat menjalankan kendalian dengan sendirinya (self-contained) yang mengunakan bahan-bahan mentah tempatan dan boleh berkembang dengan sendirinya tanpa bantuan daripada industri- industri lain. Contoh terbaik ialah prosesan bahan-bahan mentah per­tanian oleh kilang-kilang tepung, kilang gula, kilang membuat bir, kilang-kilang kapas (memisah kapas dari bijinya), loji-loji merendang kopi dan sebagainya. Relau untuk membakar batu-bata, loji-loji simen, kilang-kilang papan dan kuari-kuari batu juga termasuk dalam golongan ini. Begitu juga kedai-kedai menyamak dan menjual kulit, kedai-kedai pakaian dan kedai-kedai yang membuat alat-alat pertanian dan perkakas- perkakas dapur dari logam.
Peringkat yang kedua ialah perkembangan ke arah lebih banyak jenis-jenis industri barang pengguna, biasanya membuat pengkhususan di dalam satu peringkat daripada suatu urutan perkilangan dan oleh yang demikian bergantung antara satu sama lain untuk bekalan-bekalan dan saluran-saluran pasaran. Penggantian barang-barang import dengan pengeluaran dalam negeri selalu berlaku dengan menempuh satu urutan proses-proses yang berkait. Sebuah negara sedang mengimport, katakan pakaian rayon dan nilon. Sebagai langkah pertama, sebuah industri pakaian mungkin didirikan yang mana ia terus menggunakan kain yang diimport. Berikutnya, kilang-kilang kain mungkin didirikan dan negeri tersebut masih lagi menggunakan gentian-gentian yang diimport. Kemudian, kemudahan-kemudahan untuk mengeluarkan gentian sinte- tik boleh dibina, menggunakan bahan-bahan kimia yang diimport. Apabila industri tersebut berkembang bahan-bahan kimia itu lama-kelamaannya mungkin dikeluarkan di dalam negeri dan ini bererti penggantian sudah pun lengkap.
Hirschman telah menghujahkan bahawa pertalian ke belakang jenis ini merupakan satu sifat yang penting dalam pertumbuhan awal sesebuah industri. Sesebuah industri yang mengeluarkan barang-barang siap pengguna mesti mempunyai bahan-bahan untuk dikeijakan, dan apabila ia sudah menjadi cukup besar untuk menggunakan output sebuah loji pengeluar bahan tempatan yang bersaiz cekap, secara kebetulan loji ini akan didirikan.
Lama selepas itu perkembangan industri-industri kejuruteraan yang ringan mengeluarkan mesin-mesin tani, mesin-mesin industri yang lebih kecil, motor-motor elektrik, pam-pam dan kompres-kompres, motosikal dan akhirnya akan mengeluarkan automobil dan trak. Negara-negara yang kurang maju yang lebih besar bercita-cita hendak memasang sendiri automobil, trak dan bas-bas di dalam negeri. Enjin-enjin dan kebanyak­an komponen-komponen yang lain biasanya diimport pada mulanya. Walau bagaimanapun, secara beransur-ansur, semakin banyak kompo- nen dikeluarkan di dalam negeri sekali lagi satu persatu — diusahakan sehingga akhirnya 90% daripada jenis-jenis kenderaan dikeluarkan di dalam negeri.
Akhirnya wujud industri-industri asas yang berskel besar — keluli asas dan loji-loji yang mengeluarkan logam, bahan-bahan kimia perin­dustrian, kompleks-kompleks pertrokimia, pembinaan kapal, penge­luaran kapal terbang, mesin-mesin industri yang bersaiz besar dan kelengkapan untuk merata dan mengangkat tanah. Industri-industri tersebut hanya sesuai di negara-negara yang mempunyai saiz ekonomi yang besar sama ada kerana bilangan penduduknya yang sangat besar (India, China) atau pendapatan per kapitanya tinggi (Amerika Syarikat, Perancis, Kanada) ataupun kerana sesuatu kombinasi daripada kedua- dua yang disebutkan di atas.
Oleh kerana saiz pasaran yang kecil merupakan faktor utama yang inenghadkan kemajuan perindustrian, satu kemungkinan yang nyata ialah untuk beberapa buah negara yang kurang maju menggabungkan pasaran-pasaran mereka dengan menubuhkan satu kawasan perdagangan bebas atau “pasaran bersama”. Beberapa tahun yang lalu, negara-negara di Amerika Tengah telah melaksanakan satu rancangan pasaran ber­sama. Langkah-langkah awal telah diambil ke arah mewujudkan satu Daerah Perdagangan Bebas Latin Amerika (LAFTA) termasuk kebanyak­an daripada negara-negara di Selatan Amerika. Begitu juga langkah- langkah yang berhati-hati telah diambil untuk tujuan ini oleh satu kumpulan negara-negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Negeri Thai, Filipina dan (kebelakangan ini) Indonesia.
Satu halangan yang serius ialah bahawa negara-negara yang kurang maju sendiri berada pada peringkat-peiingkat yang tidak sama di bidang perindustrian; dan bagi negara yang kurang aktif di bidang perindustrian ingin mendapatkan perlindungan daripada menghadapi persaingan rakan-rakan mereka yang lebih maju di bidang tersebut. Peru tidak mahu industri-industri mudanya dimusnahkan oleh import-import dari Brazil dan Chile. Uganda dan Tanzania mahu menambahkan industri- industri tempatan mereka untuk bersaing dengan industri-industri yang telah lebih lama ditubuhkan di Kenya; dan pasaran bersama yang wujud untuk negara-negara ini semasa zaman penjajahan British banyak yang telah lenyap. Nasionalisme dan perasaan takut dan benci terhadap orang asing (xenophobia) merupakan pengaruh-pengaruh yang kuat, terutama sekali apabila digabungkan dengan kepentingan-kepentingan perniagaan tempatan. Negara-negara Eropah Timur, yang tidak menghadapi seba- rang tekanan perniagaan swasta dan yang dikatakan berkait dengan satu ideologi yang sama, telah gagal dalam menyusun peraturan-peraturan tentang pengkhususan dan perdagangan yang cekap.
Kebanyakan industri di kebanyakan negara yang kurang maju dijalankan oleh ahli-ahli perniagaan swasta. Oleh itu mengapakah kerajaan harus mengadakan sebarang “dasar perindustrian”? Kenapa tidak biarkan sahaja ahli-ahli perniagaan menubuhkan industri-industri yang memenuhi ujian keuntungan pasaran?
Mereka yang memulakan industri-industri baru biasanya meminta berbagai-bagai jenis bantuan dari kerajaan: konsesi-konsesi cukai bagi kendalian di tahun-tahun yang awal, perlindungan tarif daripada persaingan asing, peruntukan pertukaran asing untuk mengimport mesin dan bahan-bahan, pinjaman-pinjaman daripada sesebuah bank pemba­ngunan kerajaan untuk menambahkan sumber-sumber mereka sendiri. Permintaan bantuan seperti ini biasanya melebihi apa yang mampu diberi oleh kerajaan. Seseorang mesti memutuskan bahawa penubuhan perusahaan-perusahaan A, B dan C adalah lebih digemari daripada perusahaan-perusahaan K, L dan M. Tanpa menggunakan sesuatu kriteria tertentu dalam membuat keputusan, mereka tetap akan membuat keputusan tanpa keterangan yang cukup dan selalu berubah- ubah fikiran dan melakukan rasuah.
Perkiraan kos dan hasil persendirian tidak semestinya akan menun- jukkan keuntungan sosial sesebuah industri baru. Perkiraan-perkiraan persendirian berdasarkan kepada harga-harga pasaran faktor dan keluar­an. Tetapi diberi pasaran-pasaran yang tidak sempurna di kebanyakan negara yang kurang maju, harga-harga ini mungkin tidak membayang- kan dengan tepat kos-kos dan faedah-faedah sosial. Buruh kerap ditentukan pada harga yang terlalu rendah, sementara modal dan pertukaran asing ditetapkan pada harga yang terlalu rendah.
Keputusan-keputusan tentang pelaburan persendirian dibuat antara syarikat dengan syarikat. Walau bagaimanapun dari sudut pandangan negara, ada baiknya untuk melihat perhubungan industri-industri di dalam sebuah ekonomi yang sudah berkembang. Pelaburan baru dalam sebuah industri mungkin menguntungkan, sekiranya hanya industri- industri tertentu yang berkait juga sedang berkembang pada kadar- kadar yang berpatutan. Perkembangan industri boleh memberikan faedah-faedah tak langsung kepada industri-industri B, C dan D. Ini amat berharga kepada ekonomi negara meskipun industri-industri itu tidak menambahkan keuntungan industri A.
Dari sudut pandangan negara, seseorang hampir-hampir tidak dapat mengira keuntungan tiap-tiap tindakan pelaburan secara berasingan. Mengira keuntungan bersama “ikatan-ikatan” alternatif projek-projek yang saling berkait adalah lebih berguna.
Oleh yang demikian, pengawasan yang bijaksana oleh kerajaan dalam pembangunan industri adalah berdasarkan sebab-sebab yang berasas. Tetapi ini tidak pula bererti bahawa kerajaan perlu memiliki dan mengen- dalikan industri-industri baru ini. Terdapat banyak cara yang mungkin bagi menggabungkan inisiatif persendirian dengan kawalan dan sokong­an kerajaan.
Selalunya dihujahkan bahawa ahli perniagaan yang berpotensi me- mang sangat kurang di negara-negara yang kurang maju. Sia-sia sahaja untuk membuat rayuan kepada para pengusaha persendirian oleh kerana ianya tidak wujud. Saranan ini nampaknya agak meragukan. Memang benar, dikebanyakan negara ini, memiliki tanah, berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan menceburkan diri dalam bidang-bidang peker- jaan akan memberikan prestij yang amat besar dan perniagaan bukanlah satu pekeijaan yang sesuai untuk seorang yang berpendidikan, baik se­cara kecil-kecilan. Tetapi biasanya ada terdapat setengah-setengah orang:-  saudagar-saudagar, banker-banker, pengendali-pengendali industri kraftangan dan perkhidmatan secara kecil-kecilan — yang agak berminat hendak menambah untung mereka yang kecil itu kepada yang lebih besar. Mereka ini mungkin tidak begitu ketara tetapi kedudukan mereka yang tidak nyata merupakan pengesahan seseorang usahawan yang sedang meningkat naik. An da akan mengetahui bahawa ia wujud hanya sesudah ia telah muncul dan mempergunakan sesuatu kesempatan yang menguntungkan dengan sebaik-baiknya. Sikap kerajaan yang baik mungkin boleh membuka penawaran-penawaran yang agak besar dalam menghasilkan bakal-bakal ahli perniagaan, yang kerap berkelakuan tidak sopan dan berpelajaran rendah, tetapi pin tar dan cekap dalam tindak balas mereka terhadap insentif-insentif ekonomi.
Hujah utama mengatakan kerajaan bergantung dengan banyaknya kepada inisiatif swasta disebabkan kerajaan tidak mempunyai kaki- tangan untuk menjalankan tugas itu. Hanya sebahagian kecil pentadbir yang cekap diagihkan dengan luas; dan terlalu banyak perkara yang mesti dilakukan oleh mereka. Mereka mesti menaikkan cukai, meme- lihara undang-undang dan peraturan, menyediakan perkhidmatan- .perkhidmatan awam yang asas, memajukan infrastruktur ekonomi, merumuskan dan menggunakan berbagai-bagai jenis dasar ekonomi. Jika sebagai tambahan mereka terus mencuba menceburkan diri dalam bidang pengurusan perkilangan, perdagangan dan perusahaan-perusahaan perkhidmatan, sesebuah perusahaan baru mungkin memulakan kenda- liannya pada suatu kadar yang perlahan, dan kemungkinan pengurusan perusahaan-perusahaan ini mungkin tidak begitu beijaya dan tidak cekap. Sebaliknya, sekiranya pentadbir-pentadbir kerajaan sanggup menggalakkan inisiatif swasta di bidang-bidang ini, mereka mungkin boleh menaikkan jumlah penawaran bakal-bakal ahli pentadbir dengan agak banyak ataupun apa yang dipanggil oleh Hirschman “kemampuan membuat keputusan”. Tambahan pula pendekatan ini boleh mening­katkan kadar pembentukan modal. Di sektor swasta, sekalipun wang ditabung dalam vakum (in vacuo) dan kemudian baru dicari-cari peluang-peluang pelaburan tetapi urutannya kerapkali berlaku sebalik­nya. Tanggapan mengenai sesuatu peluang pelaburan itulah yang kemudiannya menyebabkan usahawan dan sekutu-sekutunya cenderung untuk membuat tabungan dan juga membuat pelaburan semula untung- untung perniagaan.
Proses untuk menggalakkan perusahaan-perusahaan kecil berkem­bang menjadi lebih besar, memang tidak boleh dilaksanakan dalam kebanyakan jenis perkilangan berat; tetapi walau bagaimanapun industri- industri ini terlibat agak lewat dalam urutan pembangunan, disebabkan skel optimum yang besar industri-industri tersebut memerlukan pasaran yang besar. Ia merupakan suatu proses yang perlahan, yang kelihatan tidak begitu menarik perhatian bagi mereka yang mimpikan untuk menikmati kemakmuran di bidang perindustrian dengan cepat. Tetapi adakah terdapat sebarang altematif yang realistik? Tidakkah pertum­buhan ekonomi sebenar tentu sekali meningkat secara perlahan-lahan (berperingkat-peringkat), sepertimana yang berlaku di dalam ekonomi- ekonomi industri yang lebih kaya dan yang sudah lama.
Pembangunan melalui sistem pasaran memang bersesuaian dengan beijenis-jenis kegiatan pelengkap oleh kerajaan yang memang memerlu- kannya. Penyediaan infrastruktur fizikal, serta pendidikan dan latihan teknik, telah pun disebutkan. Sebagai tambahan, di mana skel loji yang optimum adalah besar, kerajaan mungkin terpaksa memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan modal untuk pelaburan pengilangan. Sekarang banyak negara mempunyai bank-bank pem­bangunan yang dibenarkan untuk membeli saham perusahaan-perusaha­an industri ataupun memberi pinjaman-pinjaman jangka panjang kepada perusahaan-perusahaan industri ini. Salah satu contoh yang terkenal sekali ialah National Financera di Mexico. Pertubuhan ini mengumpul wang dengan menjual bon-bonnya sendiri, yang mempunyai pengkadar- an kredit yang baik di dalam pasaran kewangan. Ia kemudian meng­gunakan dana-dana itu untuk memperolehi pemilikan sebahagian dari­pada berbagai-bagai jenis perniagaan swasta. Kecuali hakikat yang mengatakan bahawa National Financera adalah milik awam, kendalian- nya adalah serupa dengan kendalian bank-bank pelaburan swasta di negara-negara industri yang lebih matang.




tindak balas yang agak besar terhadap “penggantian import” yang tak terkawal. Kajian-kajian yang teliti oleh Balassa, Myint dan lain-lain mengemukakan bahawa negara-negara yang telah mengikut dasar-dasar perdagangan yang bijaksana dan “mempunyai pandangan luas” telah mencapai kemajuan yang lebih baik pada masa generasi yang lalu ber- banding dengan negara-negara yang terlalu banyak menerima perlin­dungan.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Hampir tiap-tiap buah negara yang sudah maju ataupun yang kurang maju, melibatkan diri pada sesuatu had dalam perancangan ekonomi negara. Tetapi “perancangan” merupakan satu istilah yang mengeliru- kan, yang boleh mempunyai banyak erti. Pada suatu istilah yang eks- trim, ia mungkin bermakna satu telahan (projection) arah-arah ahran yang diingini dalam jumlah output, gunatenaga dan sebagainya, tanpa apa-apa mekanisme kawalan selain daripada alat-alat dasar kewangan dan fiskal. Suatu contoh ialah telahan-telahan ekonomi Amerika yang terbit tiap-tiap bulan Januari dalam Economic Report of the President. Pada suatu lagi istilah yang ekstrim ialah rancangan-rancangan penge­luaran yang terperinci, digunakan di K.R.S.S., yang telah pun dibincang- kan dalam Bab 4 (Jilid 1).
Negara-negara yang kurang maju berada antara dua istilah yang ekstrim ini. Rancangan-rancangan mereka sebenarnya bukan saja bermaksud untuk menjadi sebagai suatu telahan semata-mata tetapi lebih daripada itu; tetapi oleh kerana ekonomi-ekonomi mereka dikuasai oleh pihak swasta, kaedah-kaedah perancangan Soviet tidak boleh dipenggunakan. Tambahan pula, banyak negara yang kurang maju mempunyai rancangan- rancangan yang dijangka akan dapat memberikan kesanyang mendalam, tetapi sebenarnya sedikit sahaja yang dilakukan dalam amalan. Memang cukup mudah untuk menyiapkan satu dokumen rancangan, tetapi lebih sukar hendak membina satu organisasi perancangan. Ini memberikan bilangan kakitangan teknik yang agak besar, sokongan yang kukuh dari­pada Presiden atau Perdana Menteri dan koordinasi yang berkesan dengan jabatanjabatan tetap kerajaan. Hanya sejumlah kecil sahaja negara-negara mempunyai alat perancangan yang berkesan di masa kini.
Unsur-unsur utama di dalam sebuah rancangan pembangunan ialah:
Suatu telahan jumlah agregat dalam ekonomi. Ini biasanya dibuat
untuk 5 tahun ke hadapan dan termasuk jumlah output, agihan output mengikut sektor utama, penggunaan swasta, tabungan swasta, wang masuk (resit) dan perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan, eksport dan im­port dan seterusnya. Suatu penghadan yang serius ialah bahawa kebanyakan negara kekurangan statistik-statistik ekonomi yang boleh dipercayai. Ini menjadikannya sukar hendak menentukan apa yang telah teijadi pada masa lalu dan begitu juga tentang apa yang patut diharapkan di masa hadapan.
Tetapi angka-angka itu bukan semata-mata satu telahan mekanikal mengenai arah-arah ahran yang dahulu. Ia juga mengandungi unsur “maksud” dan penentuan sasaran. Sasaran-sasaran bagi output dan pe­laburan secara khusus dititikberatkan pada tingkat yang lebih tinggi daripada apa yang terlaksana oleh ekonomi itu sejak kebelakangan ini. Sejauh manakah bijak untuk menentukan sasaran-sasaran, ini merupa­kan satu keputusan daripada segi politik yang penting. Hingga ke suatu titik, sasaran-sasaran yang lebih tinggi mungkin dapat menolong me- ngerahkan tenaga tempatan dan memperolehi bantuan asing. Tetapi mereka tidak harus menjadi sebegitu tinggi sekali sehingga prestasi sebenar jatuh lebih rendah daripada sasaran-sasaran itu. Kalau tidak kerajaan akan kehilangan kepercayaan daripada pihak tertentu di dalam dan di luar negeri.
Di samping itu untuk menjadikan telahan-telahan dapat diterima ia mestilah konsisten. Tabungan dan pelaburan mesti seimbang; per- belanjaan kerajaan yang berancang mesti dibiayai daripada pencukaian ataupun daripada pinjaman; keperluan-keperluan import mesti ditutup oleh perolehan-perolehan daripada eksport campur bantuan-bantuan asing dan pinjaman-pinjaman asing. Masalah mengenai keadaan yang konsisten ini boleh dirangka dalam istilah ilmu matematik dan diselesai- kan dengan menyelesaikan satu set persamaan-persamaan serentak. Dalam amalan, ahli-ahli lembaga perancangan biasanya menggunakan kaedah-kaedah yang lebih primitif “memotong dan memadankan”. Jika tabungan jangkaan kurang daripada keperluan-keperluan pelaburan pada kali pertama anggaran dibuat, oleh itu sumber-sumber tabungan lain dicari dan setengah-setengah angka pada bahagian tabungan dalam imbangan tabungan dan pelaburan boleh dinaikkan. Jika masih terdapat satu kekurangan, setengah-setengah butiran pelaburan mesti dikurang- kan. Begitu juga untuk imbangan hasil dan perbelanjaan kerajaan dan “key pieces of the jigsaw” yang lain.
Sasaran-sasaran untuk pelaburan dan pengeluaran swasta. Ran­cangan-rancangan pembangunan biasanya diakui lengkap, meliputi pelaburan dan output dalam semua sektor. Sebenarnya, kerajaan tidak boleh mengawal perbelanjaan-perbelanjaan swasta sebegitu rapi seperti ia mengawal perbelanjaan-perbelanjaannya sendiri. Apa yang berlaku di sektor swasta bergantung kepada keputusan-keputusan ramai petani, pekilang-pekilang dan ahli-ahli perniagaan yang lain. Walau bagaimana- pun, kerajaan boleh mempengaruhi keputusan-keputusan ini, melalui cukai dan subsidi, tarif-tarif, kawalan pertukaran asing dan langkah- langkah lain. Berfaedah untuk mempunyai satu gambaran mengenai apa yang menjadikan pertumbuhan yang memuaskan dan kosisten secara dalaman dalam ekonomi swasta meskipun sementara ini terpaksa meng- akui bahawa apa yang berlaku mungkin berlainan dari jangkaan-jang- kaan..
Perhatian khusus diberikan kepada kemajuan dalam perkilangan, yang dijangka akan berkembang dengan lebih cepat daripada KNK di peringkat-peringkat awal pembangunan. Ini melibatkan mula-mula sekaU, satu analisa mengenai industri-industri manakah yang berupaya memperolehi satu pasaran yang cukup pada tingkat-tingkat kos yang berpatutan di masa depan yang boleh diketahui lebih dahulu; dan kedua, mereka satu sistem insentif yang akan menggalakkan pelaburan di dalam industri-industri ini. Memang pertanian merupakan sektor yang terbesar dan yang mempunyai masalah paling besar juga. Memenuhi sasaran output dalam sektor ini memerlukan langkah-langkah yang telah pun dihuraikan lebih awal dalam bab ini dan meskipun dengan usaha yang terbaik, perubahan-perubahan dalam cuaca mungkin boleh meng- hasilkan banyak perbezaan di antara rancangan-rancangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.
Satu rancangan untuk meningkatkan dan menggunakan dana-dana dalam sektor awam. Untuk tujuan-tujuan praktis, ini merupakan pusat rancangan, oleh kerana ia meliputi perkara-perkara di bawah kawalan langsung kerajaan. Sebahagian besar anggaran untuk sektor swasta adalah campuran tekaan, harapan dan peraga hias (window dressing). Tetapi kerajaan harus dapat mencapai rancangan-rancangan belanjawan- nya sendiri. Jika ia dapat berbuat demikian, latihan boleh dianggap sebagai satu perancangan kejayaan. Memang perlu, untuk mengadakan lebih daripada hanya satu jadual yang baik mengenai hasil-hasil dan perbelanjaan yang dijangka. Seseorang perlu jentera belanjawan yang berkesan di dalam kerajaan dan ini tidak mudah hendak ditubuhkan.
Sumbangan berguna terpentjng yang boleh dibuat oleh sesebuah badan perancang ialah memperbaiki peruntukan dan penggunaan dana- dana awam. Sesebuah organisasi perancang yang kukuh boleh memujuk jabatan-jabatan kerajaan dan perbadanan-perbadanan awam supaya melihat beberapa tahun ke hadapan dan tidak hanya satu tahun sahaja, untuk membuat perkiraaan-perkiraan kos-faedah yang lebih baik bagi projek-projek pelaburan yang telah dicadangkan dan untuk menyelaras- kan rancangan-rancangan mereka dengan rancangan-rancangan jabatan dan agensi yang berkait. Ia boleh memberikan ketua kerajaan suatu pandangan yang bebas berkenaan cara yang terbaik untuk membah'agi- kan “pie” belanjawan. Ia boleh membuat kawalan-kawalan sebagai ekoran untuk melihat sejauh manakah rancangan-rancangan yang telah diluluskan dalam belanjawan tahun ini sebenarnya dilaksanakan, bagai­manakah kos-kos sebenar dibandingkan dengan kos-kos anggaran dan sebagainya. Ini semua mungkin nampak nyata; tetapi apa yang nyata selalunya tidak dilakukan.

Konsep-konsep Baru
sektor moden
sektor tradisional
ekonomi dualistik
buruh lebihan
ekonomi infrakstruktur
kegiatan-kegiatan produktif secara langsung
“enclave” eksport
ledakan penduduk
penggantian import

Ringkasan
Di dalam sebuah negara yang kurang maju dengan buruh lebihan, pembangunan melibatkan pemindahan buruh daripada sektor “tradi- sional” ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada kegiatan-kegiatan moden dengan daya pengeluaran yang lebih tinggi.
Kadar penyerapan buruh dalam sektor moden bergantung kepa­da kadar pembentukan modal, kadar perubahan teknik, arah (meng­gunakan lebih modal atau lebih buruh) perubahan teknik dan perilaku tingkat upah.
kegiatan-kegiatan produktif secara langsung “enclave” eksport ledakan penduduk penggantian import.
Untuk sesebuah negara yang mengikuti sistem ekonomi campur- an, usaha awal membangunkan institusi-institusi ekonomi yang akan mengalakkan dan memudahkan kegiatan, ekonomi swasta adalah perlu.
Mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk merupakan suatu masalah utama dalam kebanyakan negara yang kurang maju.
Keperluan-keperluan pembangunan pertanian termasuk: satu sistem hakmilik tanah yang menyediakan insentif-insentif untuk petani; satu rancangan penyelidikan dan perluasan pertanian; bekalan-bekalan benih, baja dan input-input fizikal lain yang cukup; dan pengangkutan, kemudahan-kemudahan pemasaran, kredit serta perkhidmatan mem- bantu lain yang juga cukup.
Pelaburan dalam infrastruktur fizikal boleh diawasi sehingga se- suatu had, melalui analisa kos-faedah. Masalah strategi yang utama ialah sejauh manakah hendak membina terlebih dahulu permintaan serta- merta.
Pelaburan manusia melalui kemudahan-kemudahan kesihatan yang diperbaiki, pendidikan umum, latihan teknik dan profesional serta latihan sambil-keija berhak mendapat perhatian yang sama seperti pelaburan fizikal.
Keuntungan sosial sesebuah industri mungkin berbeza dengan keuntungan swastanya; dan ini berkehendakkan pengurusan mengenai perindustrian. Tetapi perlindungan yang tidak bijak untuk semua in­dustri yang cekap atau tidak cekap, boleh melambatkan pembangunan.
Kebanyakan kerajaan negara yang kurang maju boleh dan harus memungut lebih hasil cukai daripada yang mereka sedang buat sekarang. Satu rancangan bersistem untuk meningkatkan dan memperuntukkan hasil awam untuk satu tempoh beberapa tahun ke depan menjadi pusat apa yang dipanggil “perancangan pembangunan.”

SENARAI HURAIAN KONSEP
A
Agihan pendapatan mengikut fungsi Agihan bayaran-bayaran kepada faktor pengeluaran mengikut jenis faktor itu.
Agihan pendapatan perseorangan Agihan bayaran-bayaran pen­dapatan di kalangan isi rumah, mengikut jumlah pendapatan yang diterima (biasanya dikira atas dasar tahunan).
Agihan semula pendapatan mela- lui sistem fiskal Penggunaan hasil cukai untuk bayaran- bayaran pindahan kepada kum- pulan yang berpendapatan ren­dah.
Agihan semula pendapatan mela- lui pasaran Lang*kah-langkah yang mengubah agihan permi- likan faktor atau kadar-kadar pulangan kepada faktor.
Analisa kos-faedah Teknik yang digunakan untuk menganggar- kan kos dan pulangan yang di- perolehi melalui pengeluaran kerajaan; digunakan terutama- nya dalam projek-projek pela­
buran.
Arbitraj Membeli sesuatu mata- wang dalam sesebuah pasaran dan menjualnya di dalam pasar­an yang lain untuk mendapat- kan keuntungan daripada per- bezaan dalam harga; boleh juga digunakan dalam hal pembelian sekuriti-sekuriti dan barangan.
Asas cukai Kuantiti yang di­gunakan sebagai asas untuk membuat taksiran cukai.
B
Bantuan bersyarat Bantuan di­beri daripada satu peringkat kerajaan yang lebih tinggi ke­pada kerajaan yang rendah dengan syarat yang dikenakan ke atas kegunaan tertentu ter­hadap dana-dana tersebut, ber- beza daripada pemberian ban­tuan tanpa syarat atau pembe­rian bantuan kumpul.
Bantuan teknik Penasihat-pena- sihat pakar dalam bidang tek­nik disediakan dengan percuma kepada negara kurang maju oleh negara-negara maju atau pertubuhan antarabangsa.
Barang awam Satu barang yang dicirikan sebagai ‘non-appro­priability’ atau tidak ada saing- an dalam penggunaan atau kedua-duanya sekali.
Barang awam kuasi Satu barang yang mempunyai unsur-unsur ‘keawaman’ yang kuat atau mempunyai kesan-kesan luaran yang kuat.
Bayaran pencemaran Cukai yang diasaskan kepada jumlah dan jenis pencemar-pencemar yang dikeluarkan oleh seorang penge luar untuk menggalakkan pengurangan pencemaran.
Bayaran pindahan Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada individu-individu, biasanya da­lam bentuk tunai; dikira seba­gai cukai negatif.
Beban cukai (insidens cukai) Se­seorang yang akhirnya mem­bayar cukai setelah berlalu masa untuk pelarasan.
Buruh lebihan Memberikan mak- sud bahawa terdapat kemung- kinan para pekeija boleh di- pindahkan daripada sektor tra­disional kepada sektor moden tanpa sebarang kerugian dalam output dalam sektor tersebut.
Buruh “vintage” Satu ukuran input buruh yang mengambil-kira kualiti tenaga buruh yang bertambah baik yang diukur berdasarkan kepada pencapaian pelajaran atau campuran pekerjaan.
C
Cadangan simpanan (rezab) an­tarabangsa Suatu cara pemba-
yaran yang diterima secara umum dalam penyelesaian im­bangan di kalangan negara- negara; seperti emas, dolar, paun, SDRs.
Cukai berkadar Suatu cukai yang mengambil kadar jumlah yang sama daripada pendapat­an pada semua tingkat penda­patan.
Cukai eksais Asasnya ialah jum­lah atau nilai output, biasanya di peringkat perkilangan.
Cukai harta Asasnya ialah nilai tanah dan bangunan-bangunan.
Cukai jualan Asasnya ialah nilai jualan runcit, kadang-kadang dengan pengecualian barang makanan atau barang-barang tertentu yang lain.
Cukai pendapatan negatif Ca­dangan yang mengatakan baha­wa semua keluarga berhak mendapat satu tingkat penda­patan yang minimum, dilak- sanakan melalui bayaran-bayar- an pindahan dan bayaran-bayar­an tersebut dijadikan sebaha­gian daripada sistem cukai pen­dapatan sebagai cukai negatif.
Cukai pendapatan persendirian Asasnya ialah pendapatan yang diterima oleh seseorang indi- vidu atau keluarga selepas pengecualian dan potongan- potongan dibuat.
Cukai pendapatan syarikat Asas­nya ialah pendapatan syarikat bersih.
Cukai progresif Suatu cukai yang mengambil suatu kadar jumlah yang bertambahan daripada pendapatan orang ramai apa­bila seseorang yang berpenda- patan rendah meningkat ke pendapatan yang lebih tinggi.
Cukai regresif Suatu cukai yang mengambil suatu kadar jumlah yang berkurangan daripada pendapatan seseorang apabila dia meningkat daripada penda­patan rendah ke tingkat penda­patan yang tinggi.
Cukai tambah nilai Dikenakan kepada pekilang. Dikira sebagai peratusan daripada tambah ni­lai iaitu hasil jualan tolak kos bah an.
Cukai tunggal Cadangan yang mengemukakan bahawa pencu- kaian hendaklah ditumpukan ke atas tanah dengan suatu pandangan untuk mendapat untung-untung daripada sewa ekonomi.
D
Diskriminasi, dalam upah Bayar- an mengikut jumlah yang ber- beza-beza untuk kerja-kerja yang mempunyai kuantiti dan kualiti yang sama berasaskan ras, jantina atau sifat-sifat peri- badi yang lain.
E
Ekonomi dualistik Sebuah eko­nomi yang mempunyai peng- asingan yang nyata antara sek­tor ‘moden’ dengan sektor ‘tra­disional’; ini merupakan ciri negara-negara kurang maju.
Ekonomi mengikut skel (untuk sesebuah ekonomi) Konsep yang menyatakan bahawa ha­nya kenaikan dalam saiz eko­nomi sesebuah negara itulah yang dapat meningkatkan daya pengeluaran faktor.
Ekuiti mendatar Pembayar-pembayar cukai dalam keadaan yang sama yang biasanya dite- rangkan sebagai berada pada tingkat pendapatan yang sama, sepatutnya mem bay ar jumlah cukai yang sama; berbeza dari­pada ekuiti menegak.
Ekuiti menegak Merujuk kepada ekuiti di kalangan pembayar- pembayar cukai pada berbagai- bagai tingkat pendapatan; ber­beza daripada ekuiti mendatar.
F
Faedah bandingan Menyatakan hakikat bahawa kecekapan se­buah negara A berbanding dengan B berbeza-beza meng­ikut keluaran. Sebuah negara mempunyai faedah bandingan di dalam keluaran-keluaran yang kecekapan relatifnya paling tinggi.
Faedah bandingan dalam hubung- annya dengan ekonomi meng­ikut skel Sebuah negara yang besar dari segi ekonomi cende- rung untuk mempunyai kebaik: an bandingan dalam keluaran- keluaran yang mana ekonomi daripada pengeluaran skel besar adalah penting.
Faedah bandingan dalam hubung- annya dengan faktor anugerah Sebuah negara cenderung untuk mempunyai kebaikan bandingan dalam keluaran- keluaran yang menggunakan faktor-faktor yang boleh di- katakan banyak dan murah di dalam negara tersebut.
Faedah bandingan dalam hubung- annya dengan kepimpinan teknologi Sebuah negara yang mana sesuatu keluaran baru itu mula-mula dibentuk akan inengekalkan kebaikan banding­an keluaran tersebut untuk satu jangka masa tertentu.
Faedah bandingan dalam hubung- annya dengan permintaan da­lam negeri Hujah yang me­nyatakan bahawa eksport- eksport perkilangan cenderung untuk menjadi berlebih-lebihan berbanding dengan prestasi yang berjaya dalam pasaran da­lam negeri.
G
Garis kemiskinan Tingkat pen­dapatan yang diperlukan untuk sesebuah keluarga mengikut saiz tertentu sama ada bertem- pat di bandar atau luar bandar untuk mengelakkan daripada berada dalam “kemiskinan”.
H
Hak-hak mengeluar khas (SDR) Kredit-kredit dalam buku kira- kira Dana Kewangan Antara- bangsa (International Monetary Fund) dibentuk dan diperuntukkan melalui perjanjian an- tarabangsa.
Hasil keluaran marginal Tambah­an kepada hasil yang dihasilkan daripada penggunaan tam­bahan satu unit faktor pem- bolehubah.
Hujah mengenai tarif untuk in­dustri peringkat muda Hujah yang menyatakan bahawa se­buah industri baru jika diberikan perlindungan sementara akan berupaya mengurangkan kos-kos pengeluarannya mela­lui pengalaman dan dapat
menyaingi pengeluar-pengeluar asing.
I
Imbangan sosial Peruntukan sumber yang betul antara pengeluaran barang-barang swasta di suatu pihak dengan barang-barang awam dan ba­rang awam kuasi di suatu pihak yang lain; melibatkan pertim- bangan-pertimbangan nilai.
Infrastruktur, ekonomi Pengangkutan, perhubungan dan ke­mudahan-kemudahan bekalan kuasa yang memberikan khidmat yang luas kepada berbagai- bagai jenis industri yang lain.
J
Jadual penawaran bagi suatu matawang Menghubungkan harga suatu matawang asing meng­ikut nilai matawang dalam negeri dengan kuantiti mata­wang asing tersebut yang akan ditawarkan.
Jadual permintaan bagi suatu matawang Menghubungkan harga sesuatu matawang asing mengikut nilai matawang da­lam negeri dengan kuantiti matawang asing tersebut yang akan diminta; biasanya men- cerun ke bawah arah ke kanan.
Jaluran (band) turun naik kadar Sistem kadar pertukaran tetap membenarkan berlakunya tu­run naik yang kecil pada ke- dua-dua belah kadar pariti rasmi (pada masa ini 2 1/4% pada kedua-dua belah pariti terse­but).
K
Kadar cukai Kadar yang di- kenakan ke atas asas cukai un­tuk menentukan jumlah cukai yang ditanggung.
Kadar diskaun sosial Kadar yang digunakan dalam analisa kos- faedah untuk pendiskaunan faedah-faedah masa hadapan yang boleh diperolehi daripada sesuatu projek yang dipertim- bangkan.
Kadar pertambahan dalam daya pengeluaran faktor jumlah Ka­dar pertambahan dalam output tolak kadar pertambahan da­lam input faktor jumlah; yang juga dikenali sebagai “baki”.
Kadar pertambahan dalam input faktor jumlah Kadar pAtam- bahan kombinasi input, buruh dan modal diberikan imbangan mengikut bahagian masing-masing dalam pendapatan ne­gara.
Kadar pertukaran Harga sesuatu matawang yang dikira meng­ikut harga matawang yang lain.
Kadar pertukaran fleksibel Sua­tu sistem yang mana melaluinya kadar pertukaran dibenar- kan untuk turun naik sebagai tindak balas terhadap kuasa- kuasa pasaran, walaupun, kera­jaan mungkin campur tangan untuk mempengaruhi kuasa- kuasa ini.
Kadar pertukaran tetap Suatu sistem yang mana melaluinya kerajaan menjalankan kenda- liannya menerusi bank-bank pusat, memberikan jaminan bank-bank pusat dapat menge- kalkan kadar pertukaran tetap.
Kadar pertumbulimi okonotnl Kadar pertambalwin iliilnm KNK (Keluaran Negaru Kmuir) per kapita.
Kecekapan keseluruhan Termn suk beberapa kriteria wbngai tambahan kepada kecekapan statik.
Kecekapan statik (atau Pareto) Suatu keadaan yang mana sumber-sumber pengeluaran di- peruntukkan dan digunakan sehingga mustahil untuk membaiki kedudukan seseorang itu tanpa memburukkan kedudu­kan orang lain.
Kegiatan-kegiatan produktif se­cara langsung Pertanian, perki­langan dan industri-industri lain yang mengeluarkan output akhir; digunakan sebagai perbezaan kerana bertentangan de­ngan industri-industri infra­struktur seperti industri kuasa dan pengangkutan yang menge­luarkan barang-barang per- tengahan (perantaraan).
Kelok Lorenz Suatu kelok yang mengaitkan peratusan individu- individu atau isi-isi rumah dengan peratusan pendapatan persendirian yang diterima oleh tiap-tiap orang.
Kelok pembelajaran Konsep yang mengatakan bahawa daya pengeluaran sesuatu faktor itu adalah suatu fungsi bertambah- an (yang semakin meningkat) dengan output (atau pelabur­an) kumulatif yang lalu.
Kemajuan teknik tak terkandung Kemajuan teknik yang tidak di- satukan dengan input buruh atau modal.
Kemajuan terkandung Kema­juan teknik yang disatukan dalam input buruh atau modal.
Kepungan eksport Perlombong- an, petroleum atau kegiatan- kegiatan pertanian ladang sela- lunya dimiliki oleh orang asing, membuat pengeluaran untuk eksport dan kurang mempu­nyai hubungan dengan ekono­mi dalam negeri.
Kesan cukai Mereka yang mem- bayar cukai pada pertama kali.
Kesan kesatuan sekerja ke atas perbezaan upah Perbezaan an- tara perolehan pekerja-pekerja yang menjadi ahli kesatuan de­ngan mereka yang bukan ahli kesatuan yang bekerja dalam jenis pekerjaan yang serupa.
Kesatuan sekerja Kesatuan para sekerja yang berterusan dalam bidang pekerjaan atau industri yang sama, bertujuan untuk memperbaiki syarat-syarat ker- ja mereka.
Keseimbangan umum Menerang- kan keadaan saling bergantung pasaran-pasaran dalam sistem pasaran saingan swasta.
Ketidakpastian Satu risiko yang tidak mendapat jaminan biasa­nya bagi sesuatu jenis pernia­gaan; mendapat pampasan me­lalui keuntungan positif yang dijangkakan.
Koefisien Gini Suatu ukuran bagi ketaksamaan dalam pen­dapatan, diperolehi daripada kelok Lorenz; boleh berubah daripada sifar (penyamaan pe- nuh) hingga 1 (ketaksamaan penuh).
Kos overhed/asas Lihat kos tetap (Jilid 1).
Kuota import Suatu sekatan ke atas kuantiti suatu barang yang
boleh diimport secara keselu- ruhannya ataupun dari negara- negara tertentu.
L
Ledakan penduduk Merujuk kepada pengurangan yang pesat bagi kadar-kadar kematian di kebanyakan negara kurang ma­ju telah menyebabkan kadar- kadar pertambahan semula jadi tinggi.
M
Modal mutu tinggi Suatu ukuran stok modal yang mengandaikan bahawa barang-barang modal yang baru dikeluarkan adalah lebih produktif daripada barang-barang modal yang lama.
N
Negara kurang maju (LDC) Ne­gara yang dinyatakan ciri-ciri- nya seperti menjalankan kegiat­an pengeluaran cukup hidup yang meluas, perkembangan pasaran yang terhad, (biasanya) mempunyai sektor pertanian yang besar, sektor-sektor indus­tri dan awam yang kecil, stok bahan-bahan dan modal manu­sia yang kecil dan pendapatan per kapita yang rendah.
O
Output yang betul bagi barang awam Dinyatakan oleh per- silangan kelok permintaan de­ngan kelok kos marginal; tetapi kriteria ini bukan merupakan kriteria yang boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kendalian.
P
Pancang merangkak Suatu sis­tem yang mengemukakan ba­hawa ruang jaluran nilai kadar akan diturunkan secara auto- matik jika sesuatu matawang yang “lemah” menetap di ba- wah ruangan jaluran nilai kadar pertukarannya bagi sesuatu jangka masa yang tertentu. Pancang terlaras Suatu sistem yang mengemukakan bahawa kadar-kadar pertukaran boleh diubah dan kadang-kadang di- ubah untuk membetulkan ke- takse imbangan yang serius, walaupun kadar-kadar pertukar­an antara matawang-matawang utama pada sesuatu masa ter­tentu tetap.
Paradoks Leontief Keputusan berdasarkan penyelidikan sta- tistik menyatakan bahawa eksport-eksport Amerika Sya­rikat lebih ke arah intensif buruh berbanding dengan im- portnya, berbeza daripada jang- kaan ‘priori’.
Pasaran buruh dalam an Peratur- an-peraturan dan tatacara yang menentukan kenaikan pangkat dalam sesebuah syarikat. Pelaburan infrastruktur Pelabur­an dalam aktiviti-aktiviti yang memberi khidmat kepada sek- tor-sektor lain, seperti kuasa elektrik, pengangkutan dan perhubungan.
Pemberian pinjaman dua hala (bilateral) kepada negara ku­
rang maju Pinjaman-pinjaman daripada sebuah kerajaan ke pada sebuah kerajaan yang lain, seperti dari Amerika Syarikat kepada India.
Pemberian pinjaman hutang “ke- ras” kepada negara kurang maju Kadar-kadar bunga dan syarat-syarat bayaran balik pa­da tingkat-tingkat yang lazim terdapat di negara-negara maju pada masa ini.
Pemberian pinjaman hutang ‘lembut’ kepada negara kurang maju Kadar-kadar bunga lebih rendah dan syarat-syarat bayar­an balik lebih mudah daripada yang lazim terdapat di negara- negara maju.
Pemberian pinjaman hutang ‘ter- ikat’ kepada negara kurang maju Suatu pinjaman yang hanya boleh dibelanjakan ter­hadap keluaran-keluaran dari negara yang memberi pinjaman.
Pemberian pinjaman multilateral kepada negara kurang maju Pinjaman yang diberi oleh organisasi-organisasi antara- bangsa, seperti dari Bank An- tarabangsa bagi Pembangunan Semula (IBRD) kepada India.
Pemberian tanpa syarat atau pemberian blok Pemberian bantuan dari peringkat keraja­an yang lebih atas kepada peringkat kerajaan yang lebih rendah, tanpa sekatan-sekatan terhadap penggunaan wang dari dana-dana kewangan. Pembe­rian bantuan ini berbeza de­ngan pemberian bantuan ber- syarat.
Penawaran perkhidmatan factor - Jadual penawaran bagi sesuatu perkhidmatan faktor kepada seorang pengguna tertentu bia­sanya mencerun ke atas.
Penggantian import Dasar-dasar yang dibentuk adalah bertu- juan untuk mengurangkan im­port barang-barang perkilangan, khususnya barang-barang peng­guna dan menggantikannya de­ngan pengeluaran setempat (tempatan) terutamanya yang terdapat di negara-negara ku­rang maju.
Penggunaan tanpa penghindaran Suatu keadaan yang mana ti­dak seorang pun boleh dikecua- likan daripada mengguna sesua­tu barang; kesannya, dapat mencegah penjualan pada seba- rang harga.
Penggunaan tanpa saingan Suatu keadaan yang mana pengguna­an seseorang terhadap sesuatu barang itu tidak dapat mengu­rangkan jumlah yang sedia ada bagi penggunaan orang-orang lain.
Perbezaan-perbezaan yang me- nyamakan upah Di bawah per­saingan tulen, premium upah akan bertindak sebagai balasim- bal (off-set) kepada keburukan- keburukan sesuatu pekerjaan tertentu. Oleh itu cenderung untuk menyamakannya dengan jumlah tarikan terhadap peker­jaan tersebut.
Perbezaan upah mengikut geografi Perbezaan-perbezaan da­lam pembayaran upah meng­ikut kedudukan tempat yang berbeza-beza dari segi geografi.
Perbezaan upah mengikut peker­jaan Perbezaan dalam pemba­yaran upah berasaskan kepada jenis kerja yang dilakukan.
Perkecualian dalam pencukaian - Suatu cukai neutral ialah cukai yang tidak mengganggu perun- tukan sumber perseorangan, penggunaan atau keputusan- keputusan bekerja perseorang­an.
Perkhidmatan faktor Sumbang- an sesuatu faktor kepada penge­luaran untuk satu tempoh masa yang tertentu.
Perkongsiaan hasil Cadangan bahawa kerajaan federal harus membuat pindah bayar tanpa syarat yang besar kepada kera­jaan negeri dan tempatan dengan lebih kerap lagi.
Permintaan bagi barang awam Boleh diperolehi dalam prinsip melalui penambahan cancang (menegak) kelok-kelok permin­taan warganegara individu.
Permintaan bagi perkhidmatan faktor Untuk seorang penge- luar tunggal jadual permintaan untuk sesuatu perkhidmatan faktor merupakan jadual keluar­an hasil marginalnya.
Pintu kemasukan, ke dalam sese­buah syarikat Sesebuah syari­kat biasanya mengambil peker- ja-pekerja baru dari luar dan bukan melalui kenaikan pang- kat pekerja-pekerja dalam sya­rikat itu sendiri.
Prinsip faedah Prinsip yang me­nyatakan bahawa setiap warga­negara harus membayar cukai mengikut kadar jumlah faedah- faedah yang diterimanya dari kerajaan. Prinsip ini berbeza dengan prinsip kemampuan membayar.
Prinsip faedah bersih Tiap-tiap pemilik faktor memperuntukkan penawaran faktornya (bekalan faktor) kepada peng­gunaan yang akan menghasil- kan faedah bersih yang paling tinggi.
Prinsip kemampuan membayar Prinsip yang menyatakan ba­hawa sebuah keluarga yangi>er- pendapatan lebih tinggi harus- lah membayar cukai yang lebih tinggi berbanding dengan se­buah keluarga yang berpenda- patan lebih rendah. Prinsip ini berbeza dengan prinsip faedah.
S
Sektor moden Di negara kurang maju, termasuklah perbadanan- perbadanan kerajaan, perkilang­an loji dan perusahaan-per­usahaan berskel besar yang lain menggunakan buruh upahan. Sektor tradisional Di negara kurang maju, termasuklah bi­dang pertanian, kraftangan, perniagaan bandar dan aktiviti- aktiviti perkhidmatan. Keba- nyakannya bekerja sendiri. Sewa ekonomi Perolehan lebih­an dari sesuatu faktor yang melebihi perolehannya dalam penggunaan produktifnya yang tertinggi seterusnya.
Standard emas Suatu sistem yang mana cadangan-cadangan simpanan antarabangsa terdiri daripada bulion emas yang bo­leh dipindahkan antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain.
Standard pencemaran Suatu perintah yang melarang penge­luaran bahan-bahan pencemar yang melebihi suatu had terten­tu. Sesiapa yang melanggar
perintah ini akan dikenakan hukuman.
Standard pertukaran emas Sua­tu sistem yang mana cadangan- cadangan simpanan antara­bangsa mengandungi emas dan “matawang-matawang utama”.
Syarat niaga Boleh didefinisikan dalam beberapa cara. Konsep yang paling mudah ialah nisbah harga-harga yang dibayar oleh negara A bagi importnya ke­pada harga-harga yang diterima daripada eksportnya.
T
Tarif ad valorem Suatu cukai import yang diasaskan kepada nilai daripada keluaran yang diimport.
Tarif berkesan Nisbah duti im­port yang dipungut daripada keluaran kepada nilai yang di- tambah kepadanya oleh penge- luar tempatan, secara khusus lebih tinggi daripada kadar tarif nominal, tetapi boleh juga jadi negatif kerana ia mengambil kira tarif atau barang-barang pertengahan (perantaraan).
Tarif khusus Suatu cukai import yang diasaskan kepada kuantiti keluaran yang diimport.
Tarif saintifik Hujah yang me- ngatakan bahawa memanglah patut dikenakan cukai yang sama dengan perbezaan antara kos pengeluaran dalam negeri dengan kos luar negeri.
Tatacara ketidakpuasan Tata- cara bagi mengendalikan sungutan-sungutan (rasa ketidak­puasan) pekerja yang wujud di bawah perjanjian kolektif, bia­sanya di selesaikan dalam suatu perundingan melalui pengarbi- trasi iaitu golongan yang berke- cuali.
Tawar-menawar kolektif Urus- bicara antara sebuah atau ba­nyak kesatuan dengan seorang atau ramai majikan berkenaan dengan upah dan syarat-syarat pekerjaan yang lain.
Teorem penyamaan harga faktor Di bawah keadaan yang telah dipermudahkan, perdagangan antara dua buah negara yang mempunyai faktor anugerah yang berbeza-beza terdapat ke- cenderungan untuk menyama- kan nisbah-nisbah harga faktor dalam kedua-dua buah negara.
U
Usahawan (Pengusaha) Seseorang yang memperkenalkan sesuatu rekaan baru.
Ukuran kebajikan ekonomi Usa­ha untuk menyelaraskan data KNK bagi memperolehi satu petunjuk yang lebih bermakna mengenai perubahan-perubah-
an kebajikan per kapita.
Unit kecekapan (bagi buruh) Biasanya didefinisikan sebagai suatu kecekapan yang standard dalam jam —manusia (jam ker- ja).
Upah benar Upah wang yang di­sesuaikan dengan perubahan harga pengguna.
Upah minimum Kadar bayaran minimum yang sah di sisi undang-undang biasanya diasas- kan kepada setiap satu jam masa bekerja.
Usaha fiskal Di Amerika Syari­kat biasanya digunakan kepada kerajaan-kerajaan negeri; meli- batkan perbandingan pungutan cukai benar oleh kerajaan ne­geri dengan jumlah pungutan cukai yang diperolehi jika kera­jaan negeri itu menggunakan kadar cukai yang tingginya sama dengan purata kadar cu­kai bagi kesemua 50 buah kera­jaan negeri di Amerika Syarikat.
Usahawan (Pengusaha) Sese­orang yang memperkenalkan sesuatu rekaan baru.